Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Februari 2019

Selepas Dikecam Bertubi-Tubi Akhirnya Pengasas Hausboom Minta Maaf Namun Pertahankan Hak Bercakap Benar.

Azri Zahier Azmi | PERMOHONAN MAAF SEMPENA TAHUN BABI

Aku bukan ahli politik. Bahasa aku, apa yang aku cakap adalah benda yang betul. Isi hati. Realiti. Rakyat marhaen. Aku bukan nak please sesiapa. Just me and my team.


Hanya usahawan sebenar paham kekecewaan aku dan team aku rasa. Kami usaha bertahun-tahun balik lewat, tinggal anak bini, ikat perut, pinjam duit orang, bergolok bergadai demi membangunkan bisnes.

Wallahi. Bukan sebab nilai sponsor tu. Demi Allah. Siapa yang pergi event-event aku tahu yang kami suka bagi free je. Setahun bajet kami ratusan ribu botol untuk diberi percuma.

Ia juga bukan isu “menteri tak tolong” kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.

Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.

4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran MENGINGATKAN janji tidak tertunai itu.

Sebab itu, Syed Saddiq TAK SENTUH LANGSUNG bab ini.

Termasuklah aku hantar surat rasmi beserta invoice. Pada aku, kalau tak boleh kotakan janji pun takpe la. Bayar sahaja kos sponsor tu. Bukan banyak mana pun kepada sebuah kementerian; RM192 sahaja. Tapi besar NILAINYA kepada usahawan muda macam kami.

Pun tidak dilayan juga. Pada 16 January, pegawai KBS hantar gambar YB dengan produk aku. Itu sahaja. Tidak seperti yang dijanjikan. Pegawai sendiri beritahu, gambar itu BARU DITANGKAP SETELAH DIPUSH oleh beberapa pegawai lain sebab PEMILIK-PEMILIK PRODUK YANG LAIN SUDAH BISING.

Tapi aku sendiri dah tak kisah dah. Sumpah.

Cuma yang triggered aku balik bila semalam Syed Saddiq promote satu produk ni. Kata beliau, ini atas inisiatif yang sama. Setiap minggu dia buat macam ni. Eh??? After 4 months, u claimed u have been doing this every week?? Aku baca komen, RAMAI yang nak hantar produk untuk tujuan sama.

Jadi, aku berasa bertanggungjawab untuk berkata benar walaupun pahit.

Ramai je usahawan mengucapkan terima kasih sebab jadi wakil meluahkan isi hati semua.

Tapi takpe la. Nasi dah jadi bubur.

Aku mengaku salah aku menggunakan bahasa yang kasar. Bak kata Chef Wan; dirasuk syaitan.

BUT I MANAGED TO SEND HIM AND HIS POLITICAL TEAM A VERY, VERY, VERY CLEAR MESSAGE:

1. Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi.

2. Media sosial ADALAH SALURAN YANG TEPAT untuk mendapatkan respon ahli politik.

YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab “u are the minister”. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan social media campaign kami tahu jawapan sebenarnya.

Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; BUKAN KERANA NAMA (atau undi).

Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf ATAS KEKASARAN BAHASA saya.

Assalamualaikum.

Yang benar,
AZRI ZAHIER AZMI
Do or Die

P/S: kepada parti politik yang lain, jangan la berjimba mcm ini juga kejayaan korang ye. Korang pun dua kali lima juga dulu.

SAYA JUGA MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

JELAS, SAYA BUKANLAH USAHAWAN YANG LAYAK JADI ROLE MODEL ANDA SEMUA. - 5 Februari 2019.

"Jadilah Seperti Babi," Aktivis DAP Diserang Netizens Bawang.

SOSMED | Nampaknya kata-kata ucapan sempena Tahun Baru Cina, Marina Ibrahim, Ahli Majlis dan juga aktivis DAP telah menyebabkan kumpulan netizens bawang menyerang wanita itu bertubi-tubi di akaun Facebooknya sejak semalam.


"Selamat Tahun Baru Cina.

Selamat menyambut tahun babi.

Tuhan tidak pernah mensia-siakan setiap ciptaanya di dunia.Kita manusia adalah perumpamaan seperti babi.Ada kebaikan dan ada keburukan.Babi sering dikaitkan dengan sifat atau tabiat buruknya yang pemalas.Jangan ambil sikap ini ya.

Tetapi tahukah anda babi juga adalah haiwan berjasa yang mempunyai banyak kegunaan dari lemak,bulu hingga ke tulang?

Maka jadilah kita seperti babi yang mana kehidupan kita memberikan manfaat kepada setiap orang walaupun apa keadaanya dan keburukan yang ada pada diri kita.Tidak perlu tunggu menjadi baik untuk berbuat baik.

Selamat Tahun Baru Cina,"
kata Marina dalam kenyataan itu.


Kenyataan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa dan wanita itu menerima pelbagai serangan menerusi ruangan komen dan messenger yang akhirnya menuntut beliau untuk membuat penjelasan susulan.

"Meh sini saya bantu hadam, siap kisarkan bagi faham. Tinggal telan je,kalau-kalau akal tu sukar untuk berfikir.

Dalam kenyataan saya,ada saya nyatakan BABI adalah halal? Sila tunjukan di mana kalau ada.

Yang saya maksudkan adalah,Jadi seperti babi walau ada keburukan tetapi berJASA.Bukan saya cakap makan babi halal.

Adakah kamu sebagai manusia/ hamba yang hidup di dalam dunia ini tidak mempunyai sebarang keburukan? Tak tahu lah kalau perasan baik tiada keburukan langsung.Apa saya maksudkan seburuk mana diri kita,jadi orang yang berguna pada manusia lain.Tak payah tunggu jadi baik baru nak buat baik.

Sekarang saya tak pelik macam mana ramai yang masih percaya pokok boleh menangis kalau macam ni cara pemikiran,"
jelasnya.



Marina turut meminta agar pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataannya tidak membuat serangan dan tohmahan yang melampaui batas sehingga ke tahap menghina dan merendahkan maruah dirinya.

"Terima kasih kepada semua yang faham apa yang saya cuba sampaikan.

'Marina ambil tindakan page ni hina u' Terima kasih juga atas keperihatinan anda.

Untuk saya, saya tidak akan ambil sebarang tindakan. Boleh je letak gambar hidung babi sekalipun, sikit pun saya tidak rasa terhina. Kita bebas untuk cakap diri kita lebih baik dari yang lain, akhirnya perbuatan kita yang akan mengambarkan bagaimana sikap kita.

Cuma sedikit nasihat saya, saya adalah orang yang bebas terima kritikan. Untuk membuktikan anda muslim yang lebih baik dari saya, anda tidak seperti 'babi' dalam perumpamaan yang saya berikan, tidak perlu lah PM menggunakan kata kesat seperti 'sundal' ' pelacur' ' dah berapa kali jual puki' 'sedap ke jual puki kat apek'. Itu bukanlah kaedah yang baik menegur dan berdakwah . Jangan guna pendekatan ini dikemudian hari pada orang lain apabila menegur kesilapan.

Saya bukan mereka yang layak memberi nasihat, hanya menuntut di madrasah beberapa tahun. Ilmu itu tidak mungkin layak untuk saya menegur. Tetapi melalui pelbagai kes saya hadapi, cara makian yang digunakan pada yang lain, ianya hanya menjauhkan mereka dari islam sahaja. Jangan gunakan nama islam untuk berdakwah cara begini. Mesej anda tidak akan sampai.
Selamat bercuti,"
katanya lagi.

Ini adalah bukan kali pertama wanita melayu yang menyertai dan menyokong DAP menjadi mangsa serangan siber buli. Sebelum ini Dyana Sofia dan Rara pernah menerima nasib yang serupa. - 5 Februari 2019.

Usahawan Coklat Jawab Pengasas HausBoom, Nafi Dipromosikan Atas Dasar Kronisme.

BEN ALI | Salam Tuan Azri Zahier Azmi aka John Lemon,

Memandangkan tuan dah mencuit saya dalam posting di FB tuan, saya rasa perlu untuk saya tampil menjelaskan isu yang melibatkan nama saya ini .

Pertama sekali , adalah tidak adil tuan melabel saya kroni kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya kerana beliau mempromosikan produk saya dan membawanya ke dalam Mesyuarat Kabinet. Saya difahamkan melalui staff di Kementerian Belia Dan Sukan, Produk saya adalah produk usahawan muda yang ke-5 seumpamanya di ketengahkan ke Mesyuarat Kabinet.

Dan saya lampirkan sekali “screenshot” di mana saya berhubung dengan saudara Redzuan yang merupakan pegawai khas kepada YB Syed Saddiq sekitar bulan September 2018 dan saya menyatakan hasrat saya untuk “Sponsor” produk saya ke Mesyuarat Kabinet. Namun jalan saya bukanlah mudah seperti yang Tuan sangka kan, saya juga harus melalui proses yang sama seperti usahawan-usahawan yang lain iaitu mengisi borang dan menghantar Profil Syarikat dan sebagainya. Walaupun status saya sebagai Exco Armada aka ( Kroni ) seperti yang Tuan nyatakan, Hal ini langsung tidak diketahui oleh YB Syed Saddiq sendiri kerana permohononan saya itu adalah melalui KBS dan bukannya “direct deal” dengan YB.










Oleh disebabkan saya merasakan syarikat saya pada ketika itu kurang kekuatan dari segi “Performance”, saya menangguhkan hasrat saya untuk memasuki slot yang di tawarkan KBS kerana saya khuatir sekiranya saya submit juga pada ketika itu dan Company Profile saya tidak cukup kuat, maka permohonan saya akan ditolak.

Jadi selama 3 bulan selepas tarikh tersebut saya dan pasukan di dalam syarikat saya iaitu Absolut Chocolat , bertungkus lumus memperkemaskan dan mempertingkatkan lagi operasi kami yang pada ketika itu baru berusia 7 bulan. Bermacam macam cara kami lakukan untuk menguatkan lagi Jenama dan syarikat kami.

Dan akhirnya, setelah saya rasa syarikat saya ini bersedia, baru lah saya menghantar semula permohonan kepada KBS, dan pegawai KBS ada menghubungi saya meminta agar saya menghantar company profile saya. Ini bukan cakap kosong. Bukti semua ada saya sediakan. Pada masa dan ketika saya menerima contoh Company Profile Tuan Azri dan membacanya, jujur saya kagum dan berbangga dengan pencapaian Tuan Azri yang saya kirakan cukup hebat, pada usia yang muda sudah berjaya menembusi pasaran di Malaysia dan juga Antarabangsa .

Terus saya berkongsikan info ini kepada isteri saya tentang kejayaan jenama tuan. Oleh kerana terlalu kagum, kami berdua membelinya pada hari tersebut. Kami berbangga dapat support produk anak muda tempatan yang diterima di peringkat antarabangsa.

Terjenak pada hati saya, kalau lah dapat berjumpa dengan owner Haus Boom ni mesti best. Boleh dengar dia sharing success story dia, untuk sama sama belajar. Untuk pengetahuan tuan, saya memang suka berguru dengan owner-owner produk yang dah berjaya seperti Tuan, sebelum-sebelum ni pun saya berjumpa dengan owner Mood Republik, Anasism, Propaganda Fest, PakdinNasty dan banyak lagi lah owner produk yang saya jumpa hanya untuk mendengar cerita kejayaan mereka supaya saya boleh menerapkan nilai-nilai tersebut pada diri saya dan juga pada syarikat saya.

Apa yang saya nak tekan kan disini, saya juga MELALUI PROSES yang SAMA seperti usahawan yang lain. Jangan lah disebabkan saya berjawatan di dalam parti terus tidak melayakkan saya untuk mengambil peluang seperti orang lain. Saya juga gunakan saluran yang betul dan bukannya “back door”. Ada jawatan di dalam parti pon bukannya bergaji tuan. Jadi , sebaiknya kita sebagai manusia dan juga sebagai orang yang beragama islam, jangan lah kita saling bergaduh sesama kita. Lagi lagi kita orang melayu. Dan kalau tak da info yang jelas atau sahih, jangan la viral kan atau kongsikan, ianya boleh menimbulkan fitnah. Dosa menfitnah itu semua orang tahu. Kalau ada bukti yang jelas tak apa lah. Macam contoh Tuan Azri petik nama saya kroni Syed Saddiq, ada pula netizen yang kata “ALAA DIA SENANG LA UP KAN PRODUK DIA SEBAB ADA CABLE”, bawak-bawak lah mengucap tuan-tuan dan puan-puan.

Anda semua tak tahu langsung apa yang saya lalui di dalam membina jenama syarikat saya tersebut bersama Isteri saya Nadiyah Shahab selama hampir setahun beroperasi ni. Bersengkang mata siang dan malam kami memikirkan cara untuk mengembangkan jenama syarikat kami. Tak perlulah saya menjelaskan secara detail bagaimana kami bermula dan sebagainya. Niat kami pada ketika itu cuma nak cari sedikit wang yang halal untuk melangsungkan perkahwinan kami, dan dengan bermodalkan RM50 Alhamdulillah Allah S.W.T bantu kami dengan membuka jalan seluas-luasnya buat kami berdua mencari rezeki. Selebihnya kami usahakan sendiri. Yang penting nawaitu kita tu kena betul.

Kepada Tuan Azri, waimah apa pun tuan katakan pada saya , saya tak kan berdendam dengan tuan. Saya maafkan tuan di atas tuduhan-tuduhan tuan ke atas saya itu. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Saya mendoakan jenama tuan terus sukses di masa akan datang. Dan kalau tuan ada masa lapang , mari lah ke pejabat saya atau saya juga sanggup datang ke pejabat tuan. Saya teringin nak berguru dengan tuan tentang bagaimana tuan berjaya pasarkan produk tuan ke peringkat antarabangsa.

Assalamualaikum Saudara Seagama ,

“Bahasa Jiwa Bangsa”

Sekadar Menulis,


Ben Ali. - 5 Februari 2019.

Dituduh Suka Menipu Usahawan Dan Laparkan Makan, Minum Free, Ini Penjelasan Syed Saddiq.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Hari ini saya nak ceritakan tentang seorang usahawan muda.
(Warning : Cerita panjang & gambar lama Hausboom sekadar hiasan)

Pada mesyuarat jemaah menteri pertama, saya lihat ada makanan & buah buahan yang dihidangkan. Saya tanya kepada pegawai di sana, “Siapa yang buat?”
Saya dimaklumkan ini memang hidangan setiap minggu bila tibanya mesyuarat jemaah menteri.



Setiap minggu dihidangkan kepada kami, tetapi pengendali tidak dikenali. I saw an opportunity here. An opportunity to promote Youth products kepada Perdana Menteri/Timbalan PM dan rakan rakan kabinet yang lain.

Balik ke KBS, saya maklumkan kepada #TeamKBS untuk cari produk anak muda yang nak dipasarkan kepada jemaah menteri. Boleh selitkan profil mereka supaya dikenali.

Saya juga akan ambil masa semasa jemaah menteri untuk perkenalkan produk anak muda ini kepada rakan rakan kabinet. Gambar yang diambil akan dikongsikan dengan pemilik untuk dihebahkan. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan bahawa produk tersebut sudah dihidangkan kepada jemaah menteri juga akan diberikan.

Sesen pun saya tak terima. Credit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh JawatanKuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda.

Here comes the story of this particular “usahawan muda”.

Saya dimaklumkan oleh #TeamKBS bahawa ada produk anak muda yang ingin memasuki 7Eleven tetapi tidak dapat2. Produk ini perlu dibantu.

Sebaik sahaja saya dengar, saya kata kita boleh promosikan kepada semua jemaah menteri termasuk dengan profail business & owner. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan boleh kami keluarkan. Saya juga akan cuba berjumpa dengan Tan Sri Vincent Tan untuk maklumkan berkenaan perkara ini. Perbincangan khusus berlaku dan pandangan pun disampaikan kepada pihak KSU on how we can help our local youth entrepreneurs to enter big chains like 7Eleven.

I did all of that with the intention to help. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7Eleven & ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke branches mereka, termasuk Hausboom. Sebelum ni bukan main susah, alhamdulillah, gradually it’s changing. Saya juga nak lihat Tesco dan yang lain ikut perkembangan baik ini.

Fast forward, pagi tadi saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke Jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan Profil businessnya, produknya yang saya push untuk masuk rangkaian 7E dan yang lain, mencaci saya kerana tidak bantu dia.

I am not a person to rant out like this, but i am truly disappointed. Banyak yang kata ini taktik untuk promosikan jualan dia & that i should not respond sebab itu yang dia mahukan.

To be honest, if it helps him, alhamdulillah. But my disappointment stands. Saya akan sentiasa doakan supaya produk dia berjaya.

P/s Dia kata barang yang kami bantu promosikan secara percuma, haram. I have instructed my team to pay the cost in full. May Allah open his heart in the future & may his business succeed. - 5 Februari 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...