Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Mac 2018

Selangor Juara Masalah Air Sejak Tahun 2015 Ikut Stastistik.

SELANGOR menjadi negeri yang paling teruk mempunyai masalah ganguan air serius sejak tahun 2015. Itulah stastistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Teknologi, Hijau dan Air (KeTTHA).



Mengikut jadual, bagi tahun 2015 sahaja sekurang - kurangnya 235,650 aduan gangguan bekalan air dilaporkan bagi negeri itu.

Aduan itu meningkat pada tahun 2016 iaitu sebanyak 259,537 kali. Untuk dua tahun berturut-turut sekurang-kurangnya hampir setengah juta kali aduan ganguan bekalan air dilaporkan berlaku di Selangor.

Selangor juga menjuarai aduan paip pecah dan kebocoran dengan 123,673 kali pada tahun 2015 dan 123,930 kali pada tahun 2016. 

Wilayah Persekutuan Labuan paling sedikit aduan ganguan bekalan air mungkin disebabkan saiz dan bilangan penduduknya. 

Negeri lain seperti Pulau Pinang, Pahang dan Perlis juga menunjukkan aduan ganguan bekalan air yang kurang sedikit berbanding negeri-negeri lain.

Selepas Selangor, Johor mencatatkan aduan kedua tertinggi yang diterima sejak tahun 2015. Ganguan bekalan air di Johor ialah 34,160 pada tahun 2015 dan angka itu meningkat hampir sekali ganda pada tahun 2016 iaitu 68,851. - 14 Mac 2018.

Viral Gambar Bersama Suspek Terima Rasuah 19 Juta, LGE Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang yang boleh dilakukan atas penyebaran gambar Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersama seorang suspek utama dalam isu skandal terowong di Pulau Pinang.

Gambar itu dikesan mula disebarkan oleh Eric Se To yang juga Penasihat Strategik Unit Media Barisan Nasional di sosial media.


"Menurut Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri telah bergambar dengan ramai personaliti dan tidak ingat setiap satunya dimana dan bila ia diambil.

Ya benar Ketua Menteri telah berjumpa dengan ramai pihak dalam pelbagai program dan ada kemungkinan dia tidak mengingati setiap satunya dimana dan dengan siapa dia bergambar.

Bagaimanapun, pernahkah anda membuka kasut anda andai berada dalam situasi seperti di berada dalam pejabat Ketua Menteri, restoran, program ceramah, dewan atau ketika masuk istana sekalipun.

Kebiasaannya, kita akan membuka kasut ketika berada dalam rumah seseorang.

Dan jika anda sanggup ke rumah seseorang sudah tentulah seseorang itu anda kenal (sedia maklum) dan penting dan semestinya anda boleh mengingatinya bukan, Lim Guan Eng?," tulis Eric Se To ketika menyebarkan gambar berkenaan pada ahad.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada semalam, Lim Guan Eng dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang ke atas penyebaran gambar tersebut yang disifatkan dengan sengaja mahu merosakkan dan menjatuhkan reputasi Lim Guan Eng.

Baca : N Gnanaraja dapat 19 juta, SPRM siasat dakwaan

Suspek yang bergambar dengan Lim Guan Eng antara suspek utama yang disiasat selepas Zenith menuntut pembayaran semula wang 19 juta yang pernah dibayar kepada individu itu atas alasan 'boleh menyelesaikan siasatan SPRM' ke atas isu tender projek pembinaan terowong. - 14 Mac 2018.

RTM Minta Maaf Selepas Tersilap Letak 'Bin' Pada Nama Azalina.

Oleh : Sinar Harian

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi memuat naik permohonan maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said susulan berlaku kesilapan pada nama beliau.




Permohonan maaf itu dimuat naik di Facebook rasmi RTM, dengan menyatakan pihaknya kesal dengan kesilapan tersebut.

“RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siaran langsung dari Parlimen pagi tadi,” jelas RTM.

Kesilapan itu berlaku apabila RTM menerusi siaran langsung Sidang Dewan Rakyat memaparkan nama Azalina sebagai “bin” dan ia ditayangkan secara langsung.

Paparan kesilapan itu berlaku ketika Azalina sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) berkaitan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).

Gambar-Gambar Bas Ambifia Rosak Di Tengah Sungai.

TULAR gambar-gambar kerosakan bas ambifia yang bernilai rm3 juta di laman facebook sejak semalam. 

Gambar-gambar itu dikongsikan oleh seorang Facebooker yang dikenali dengan nama Mohd Ropi Mat Sin dengan caption, "Hidup Mat Razif. 3 juta sutir," katanya dalam posting tersebut.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan oleh individu itu, kelihatan bas ambifia itu rosak ketika sedang beroperasi di atas air.






Tidak dapat dipastikan samada ketika itu ada atau tidak penumpang di dalam bas tersebut. Bas itu yang rosak kemudiannya tarik keluar oleh kenderaan lain selepas didatangi sepasukan penyelamat.

Lokasi kerosakan tidak dikongsikan oleh individu itu namun dipercayai ia berlaku di Sungai Terengganu.

Untuk rekod, bas tersebut baru sahaja dirasmikan pada 31 Januari yang lepas. Ketika dirasmikan dalam operasi sulungnya, beberapa rakaman video yang menunjukkan bas berkenaan seperti tersangkut ketika menaiki darat tular di laman sosial.

Bagaimanapun penyebaran video itu dianggap oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif sebagai fitnah dan cubaan untuk merosakkan industri pelancongan.

Terdahulu beberapa kontroversi menyusul selepas kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk membeli 2 unit bas ambifia yang dikenali sebagai amphicoach.

Mengikut perjanjian asal, bas ambifia harus memulakan operasi pada Mei 2015 namun ianya lewat sehingga 3 tahun lamanya.

Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd diberikan tender bagi membekalkan dua unit bas ambifia namun sehingga kini hanya sebuah sahaja yang tiba dan beroperasi. Kos bas itu pula dianggarkan rm3 juta seunit. 

Tidak dapat dipastikan jika kerajaan negeri ada mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas pembekal mengenai kelewatan dan kekurangan unit bas yang diterima setakat ini. - 14 Mac 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...