Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Disember 2017

Apa Khabar Lebuhraya Rakyat - Soal Ketua Pemuda Amanah Kepada PAS.

Oleh : Hazmi Hassan
APA KHABAR LEBUH RAYA RAKYAT?
Dato' Mohd Amar Timbalan Menteri Besar Kelantan pernah memberitahu bahawa sebuah bangunan pun tidak boleh siap dalam masa 100 hari. Beliau mengulas dakwaan Prof Agus yang menyatakan kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa perubahan selepas menang Pilihan Raya Umum 13 (Pru13).
Hari ini sudah lebih 4 tahun Pas menang Pru13 di Kelantan namun pentadbiran masih seperti dulu. Tidak ada apa-apa perubahan yang besar selain hanya ikut pentadbiran yang telah ditinggalkan Almarhum Tok Guru.

Lebuh Raya Rakyat antara janji terbesar Pas pada Pru13. Dimana majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Almarhum Tok Guru pada 28 Mei 2012.
Wakil Kerajaan Negeri Kelantan memberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa Lebuh Raya Rakyat dijangka siap 3 Disember 2017. Pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini mengetengahkan sistem wakaf dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri tanpa kutipan tol.


Hari ini saya ke Kampung Berangan Mek Nab, Machang untuk melihat sendiri perkembangan Lebuh Raya yang merupakan senjata utama menghadapi Pru13.
Saya mencari batu asas dimana tempat Almarhum Tok Guru merasmikan projek ini. Almarhum Tok Guru begitu yakin bahawa projek dapat disiapkan dimana Dato' Haji Husam Musa diamanahkan almarhum untuk menyiapkan projek ini.
Namun sehingga kini projek Lebuh Raya Rakyat masih tidak siap dan terkini projek ini seperti dilupakan terus tanpa berita terkini. Walhal inilah diantara harapan besar Almarhum dimana Kelantan satu-satunya negeri yang membina sendiri sebahagian lebuh raya.
Banyak persoalan yang timbul apabila saya sampai sekali lagi di tapak majlis pecah tanah tersebut.
1) Kenapa laluan yang dibuka berhenti separuh jalan dan ada projek penanaman pokok getah oleh Felcra. Adakah pihak kerajaan masih tidak selesai hal pengambilan tanah?
2) Adakah kerajaan masih serius untuk menyiapkan projek ini?
3) Adakah kerajaan hari ini mampu menyiapkan projek ini seperti mana yang telah dijanji?
Jika kerajaan hari tidak serius atau tidak mampu untuk menyiapkan projek ini. Maka inilah bukti bahawa Kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas tidak mampu melakukan apa-apa perubahan dan tidak mampu untuk menjadi sebuah kerajaan.
Diharap wakil kerajaan negeri dapat membuat kenyataan terkini mengenai status Lebuh Raya Rakyat yang menjadi tanda tanya rakyat Kelantan.

Rafizi Akui Salah Fakta, Tidak Kisah Disaman Rahman Dahlan..

Ini susulan dari kesilapan Ahli Parlimen Pandan itu yang menamakan Raslan Dahlan, CEO di syarikat Pico Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd ialah abang kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (EPU), Datuk Seri Rahman Dahlan.

Rafizi yang membangkitkan hal itu pada awalnya cuba membayangkan wujudnya unsur favoritism dan nepotisme  pada syarikat yang mendapat tender kontrak untuk menguruskan ekspo #NegaraKu di Dataran Merdeka.


Namun beliau bertindak memadamkan semua kenyataannya termasuk di blog, facebook dan Twitter selepas 'tersedar' yang Raslan bukan abang kandung kepada Rahman Dahlan meskipun mempunyai nama bapa yang sama.

Bagaimanapun Rahman Dahlan menyelar tindakan Ahli Parlimen itu yang dakwanya menyebarkan fitnah. Raslan atau nama sebenarnya Nooraslan Bin Mohd Dahlan adalah individu yang berasal dari Johor. 

Beliau menjadi CEO di syarikat Pico yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam menganjurkan pameran dan event.

Rafizi dalam satu kenyataan mengakui yang beliau tersilap fakta dalam isu hubungan adik-beradik namun itu tidak akan menghalangnya dari mempersoalkan isu-isu berbangkit mengenai penganjuran eskpo berkenaan.

"Saya dah buat semakan dan memang betul Raslan bukan abang Rahman Dahlan. Info yang diterima sebelum ini tidak benar," jelas Rafizi.

"Ia tidak menjawab persoalan lain yang turut dibangkitkan. Berapa banyak EPU menghabiskan wang rakyat untuk melantik event manager bagi menganjurkan ekspo #NegaraKu yang berlangsung selama sebulan ini?

Saya akan teruskan jejak kerana kalaupun dia bukan abang kepada Rahman Dahlan, masih banyak persoalan yang perlu beliau (Rahman Dahlan) jawab," kata Rafizi kepada portal The Malaysian Insight.

Rafizi dipetik sebagai berkata kepada portal itu yang beliau bersikap terbuka dan meraikan apa sahaja tindakan Rahman Dahlan termasuklah menyamannya berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Rafizi diserang bertubi-tubi di laman sosial dan dijadikan bahan jenaka serta troll oleh warga internet selepas kantoi menfitnah Raslan ialah abang kepada Rahman Dahlan.

Selepas memadamkan semua kenyataan mengenai perkara itu di media sosial miliknya, Rafizi kemudiannya 'menghilang diri' tanpa sebarang makluman yang membuatkan netizens terutama penyokongnya tertanya-tanya.

Isnin, 11 Disember 2017

Kita Akan Dakwa Wartawan Yang Suka Fitnah Di Akhirat - Ku Nan.

Oleh : Malaysiakini

Media yang didakwa memutar-belitkan ucapan pemimpin kerajaan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. 

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini Tengku Adnan berkata setiap wartawan perlu bertanggungjawab atas setiap laporan yang mereka buat. 


Namun katanya masih ada kenyataan dibuat pemimpin kerajaan dilaporkan secara salah dan mendapat kecaman, terutama daripada pembangkang seolah-olah semua yang dilakukan kerajaan adalah tidak betul. 

"(Hari) ini saya percaya lepas ini (laporan mengenai saya pun) akan salah, macam apa yang Datuk Hamzah sebut berkenaan (isu) mengurangkan kos sara hidup dalam ucapan dia, kena spin off (putar belit). 

"Saya pun tak faham apa nak jadi kepada dunia ni," katanya selepas menyaksikan menandatangani perjanjian pengambilalihan saham syarikat pengangkutan awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd di antara Pulse Group dan anak syarikat milik penuh Gets Global Berhad, Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd.

Kenyataan Tengku Adnan itu dibuat sebagai mengulas laporan ucapan penggulungan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (gambar) pada hari terakhir Perhimpinan Agung Umno 9 Dis lalu. 

Hamzah yang mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata isu kenaikan harga barang sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Untuk membuktikan kenyataan itu Hamzah membawakan sepotong hadis mengenai hal berkenaan. 

Malaysiakini melaporkan Hamzah sebagai berkata, tindakan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam pasaran bebas selaras dengan amalan di zaman Nabi Muhammad. 

Beliau memetik hadis riwayat Abu Daud daripada Anas bil Malik, berkenaan permintaan sahabat Rasulullah yang meminta baginda menetapkan harga barangan untuk mereka. "Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta," katanya. 

Bagaimanapun dalam laporan The Star Hamzah kemudian mendakwa kenyataan beliau itu diputar belit sesetengah media. Isu kenaikan kos sara hidup menjadi satu daripada persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak sama ada di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur ketika Umno bersidang baru-baru ini atau di luar. 

Ia diakui turut menjadi beban kepada anggota serta penyokong Umno. Malah ia dianggp boleh menjadi bom jangka kepada parti itu ketika pilihan raya umum ke-14 akan berlangsung tidak lama lagi. 

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno berkata langkah untuk mendakwa wartawan yang melakukan kesalahan laoran itu dibuat kerana kerajaan berdepan dengan banyak tohmahan. "Kamu semua - wartawan - bertanggungjawab dengan apa yang kamu lakukan. 

"Ingat, kamu semua akan bertemu Tuhan dan kita akan dakwa saudara-saudara sekalian kerana membohong, fitnah yang dilempar kepada masyarakat kerana nak menolong orang-orang tertentu untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Selepas Bermalam Dua Hari Di Lokap, Jamal Mengadu Sakit Belakang.

Datuk Seri Jamal Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari berhubung kenyataan ugutan berbaur ancaman terhadap bekas menteri, Zaid Ibrahim pada jumaat lepas.

"Sultan Selangor dah murka. Mana dia PDRM. Mana dia Suruhanjaya Komunikasi. Kenapa lambat bertindak. Kenapa double standard. Kalau saya yang buat, kalau saya yang cakap, hari ini saya cakap semalam saya dah kena tangkap.

Dah berapa lama dah. Dah berapa hari dah. Bila, kami nak tunggu. Saya nak beri amaran. Jangan sampai hammer ini yang akan bertindak melampaui undang-undang yang kita ada", katanya dalam satu rakaman video dari portal The Star.


Jamal turut melabel Zaid sebagai 'laknat' dan mempersoalkan Azmin Ali dan kerajaan negeri yang menurutnya tidak mengkritik tindakan Zaid Ibrahim yang menyelar kenyataan Sultan Selangor mengenai Mahathir.

Jamal yang dibebaskan hari ini dilihat turut ditemani oleh Ayahanda Rani Kulup yang juga terkenal kerana sering membuat laporan polis di Malaysia.



Ketika dibebaskan Jamal memberitahu kepada pihak media yang beliau mengalami sakit belakang ketika bermalam di lantai simen di dalam lokap.

"Saya tak sihat eh, dua malam tidur di sana di atas simen terus naik gambar putih (pitam) tadi memang saya minta pihak polis untuk bawa ke hospital tetapi memandangkan reman dah habis mereka terus release (bebas) la.

Dua hari di dalam dan keluar ini pun saya dapat tahu Zaid masih lagi belum diambil tindakan. Jadi ini adalah satu perkara yang mendukacitakan. Jadi saya pun tidak tahu apa perkara yang patut dilakukan lagi," katanya.

“Pihak majistret telah membenarkan untuk saya diberi tilam, tapi sehingga saya dibebaskan, tilam tidak dapat dan peguam saya malam tadi berusaha untuk menghantar tilam kepada saya tetapi tidak dibenarkan dan saya tidur di atas simen,” katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizens menyindir bakal calon UMNO di Bukit Antarabangsa itu.

Menurut netizens Jamal hanya berlakon sakit dan kenapa beliau tidak kelihatan seperti sakit mahupun nak pitam ketika memberikan kenyataan kepada pihak media.

"Ada rupa orang sakit ke ni? Elok je sembang dalam hujan siap kena payung lagi. Macam raja. Sakit apa dia ni? Sakit mental aku percayalah," komen Mhm Alya.

"Sejak kawan dengan bapok tua ni, dia pun dah jadi lembut. Baru dua hari dah bising. Puii macam ni nak jadi pejuang," tulis Muhammad Firdaus pula.

"Cuma aku pelik la. Apasal Ayahanda Rani Kulup ada sekali? Satu geng ke? Normal la dalam lokap tidur atas simen. Tak akan nak tidur atas tilam siap ada bantal sekali. Agak-agaklah bodoh tu," respon Naim Jamel.

Jamal yang juga ketua bagi Gerakan Merah menjadi bualan masyarakat selepas melakukan pelbagai aksi dan gimik untuk mengkritik pentadbiran Azmin Ali dan Pakatan Harapan di Selangor. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...