Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Januari 2016

Selamatkan Duit Anda, Jangan Bayar Saman AES - Peguam Janji Tampilkan Diri Bantu Pengguna Jika Perlu Ke Mahkamah.


SELAMATKAN DUIT ANDA - JANGAN BAYAR SAMAN AES.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Low Tiong Lai semalam dilaporkan sebagai berkata Kementeriannya akan menyambung semula perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula MAC 2016 serentak dengan penguatkuasaan semula Sistem KEJARA. 

Minggu lepas Timbalannya Datuk Aziz Kaprawi berkata Kementeriannya juga akan membawa cadangan kepada Jemaah Menteri bagi memberikan diskaun 50% kompaun saman-saman AES yang masih belum dijelaskan. Cadangan pemberian diskaun tersebut bertujuan menyelesaikan masalah lambakan saman AES yang masih tertunggak berjumlah lebih kurang 1.91 juta saman. Aziz juga berkata Kerajaan sanggup kerugian hampir setengah bilion ringgit bagi tujuan tersebut.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF dengan ini menyeru dan mengajak semua pengguna jalanraya yang menerima saman AES sejak September 2012 sehingga hari ini yang masih belum membuat bayaran agar TIDAK MEMBUAT BAYARAN saman-saman yang diterima.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF mengajak semua penerima saman AES supaya mengabaikan sahaja saman-saman yang telah diterima.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF menegaskan bahawa saman tidak diperlu dijelaskan. Tiada sebarang peruntukkan mewajibkan saman dijelaskan.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF memberi aku janji akan bersama mempertahankan anda jika anda dibawa ke Mahkamah kerana tidak menjelaskan saman-saman AES.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan membatalkan dan melupuskan semua saman-saman yang telah dikeluarkan sejak September 2012 sehingga sekarang.

JANGAN PENAT MELAWAN PENINDASAN.
BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
19012016


Sumber.

Dan Akhirnya Nasruddin Akui Dia Menfitnah Lim Guan Eng..


Penyokong-penyokong PAS berikrar mahu mempertahankan Nasruddin hingga ke titisan darah yang terakhir.

Karangan-karangan agama mereka bertebaran di segenap sudut laman sosial.

Ayat Alquran dicanangkan, laungan lawan dikibarkan.

Bersungguh mereka mempercayai Nasruddin. Setelah Nasruddin juga bersungguh mempertahankan dirinya sambil disulami dengan kalimah Allah SWT tanpa henti.
Kononnya bersedia bertemu LGE di mahkamah. Ya, memang sudi bertemu. Bertemu untuk mengakui si Nasruddin telah melakukan fitnah dan merasa kesal di atas tindakan tersebut. Hilang 10 ribu duit pejuang Islam seperti Nasruddin. Duit yang boleh digunakan untuk membantu puluhan anak-anak miskin yang lebih memerlukan perhatian Nasruddin di Temerloh, bukan begitu ke?

Tempat sendiri tak terjaga.
Tempat orang yang dia sibukkan.

Kata seorang teman. Perselisihan di antara Lim Guan Eng dan Nasruddin samada berjaya menemui titik penyelesaian mahupun tidak, kemenangan tetap berpihak kepada Hadi Awang.

Berjaya jatuhkan sebahagian besar dari AJK PAS Pusat.
Berjaya memecahbelahkan PAS dari Pakatan Rakyat.
Ini antara hasil yang dicapai apabila sebahagian dari ketua-ketua pejuang-pejuang Islam dalam PAS memutuskan bahawa DAP itu lebih musuh dari musuh (UMNO) itu sendiri.

Ketika ini di laman FB rasmi milik Nasruddin bertebaran komen-komen sindiran yang diabaikan oleh Nasruddin.

Jika disindir kerana melawan UMNO, ada maafnya.
Jika disindir kerana mempertahankan rakyat ditindas, nampak heronya.
Ini disindir kerana menfitnah itupun selepas beria mempertahankan sehinggakan si pengikut pun terpedaya, maaf cakap, hanya layak diketawa.

Nasruddin oo Nasruddin, lain kali jangan buat kerja biol macam neh lagi ya.

Kah Kah Kahhhhh

Khamis, 14 Januari 2016

Sebelum Ubahsuai Bajet, Buang Dulu 9 Penasihat & Duta Khas Ini Wahai Najib Razak.

Ini muka-muka penasihat khas Najib yang sampai sekarang haram aku faham keperluan dan peranan mereka dalam pentadbiran negara ;
 

Dan blogger UMNO menulis ;
 
Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang.

Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang lemah.

Ketika Bajet 2016 dilaksanakan, harga minyak mentah dunia ialah sekitar US$48 satu tong , tetapi penurunan terus berlaku sehingga kepada US$31 satu tong ketika ini.

Pakar-pakar ekonomi juga menjangkakan harga minyak mentah dunia akan terus turun lagi.

Walaupun Najib pernah menyebut bahawa cukai GST yang dilaksanakan adalah penyelamat ekonomi negara berdasarkan kutipannya sebanyak lebih RM30 bilion sehingga Disember 2015, namun penurunan berterusan harga minyak menyebabkan banyak perancangan bajet bakal tergendala.

Soalnya, apakah pengubahsuaian, penyelarasan dan penjimatan Bajet 2016 yang akan diumumkan Najib pada 28 Januari nanti? 

Berapa banyak akan dipotong? Apakah ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat?

Sementara penantian tarikh itu, ada baiknya Najib turut mengambil kira penjimatan yang satu ini iaitu menghapuskan semua penasihat atau duta khas bertaraf menteri yang dilantiknya kerana semua perlantikan itu jauh lebih membazirkan wang rakyat.

Sehingga ini terdapat sembilan penasihat dan duta khas yang dilantik Najib dan semuanya adalah bertaraf menteri yang bermakna mereka mendapat gaji, elaun dan kemudahan seperti seorang menteri juga.

Sudahlah saiz kabinet kita merupakan paling besar dengan jumlah 36 menteri untuk penduduk seramai 30 juta orang, ditambah dengan sembilan lagi penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ahhh...betapa banyaknya pembaziran di sini saja.

Penasihat khas Perdana Menteri  bertaraf menteri itu terdiri daripada Abdullah Md Zin (agama), Zainal Abidin Osman (koridor utara), Rais Yatim (sosial dan budaya), Shahrizat Jalil (pembangunan wanita), Noh Omar (untuk Selangor) dan Shaziman Abu Mansor (penasihat khas politik menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis)

Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri pula ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).

Tidakkah semua penasihat dan duta khas ini suatu pembaziran? Sudah ada 36 anggota kabinet yang boleh memberi nasihat dan pandangan kepada Perdana Menteri serta duta-duta di seluruh dunia mewakili negara, apa perlunya lagi penasihat dan duta khas itu?

Ternampak bahawa semua perlantikan itu hanyalah untuk memberi imbuhan, kedudukan, gaji dan kemewahan sedangkan tidak kelihatan tugas dan peranan yang mereka mainkan.

Sebelum Najib melakukan pengubahsuaian lain dalam Bajet 2016 untuk menyesuaikannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kedudukan sembilan penasihat dan khas itu seharusnya lebih dulu diambil kira.

Selain ramai yang mempertikaikan apa nasihat dan kerja mereka yang bermanfaat untuk rakyat dah negara, membuang mereka jauh lebih mendatangkan kebaikan dan penjimatan kepada wang negara. 

Bahkan jika sembilan orang ini ada maruah dan ingin sama-sama menyumbang untuk kebaikan negara, mereka juga seharusnya mengundur diri secara sukarela dengan segera. (SH 14/01/2016)

Selasa, 12 Januari 2016

Mengutuk2 Bloggers UMNO Suka Cakap Lucah Rupanya AMK Sendiri Gemar Berkata Lucah.

Kenyataan Media 
11 Januari 2016
1. Merujuk kenyataan media saya pada 7 Januari 2016 yang menggesa parti termasuk presiden untuk campur tangan dalam pertembungan Chegubard – Azmin yang dilihat mampu memberi kesan pada tapak sokongan parti. Azmin dituduh chegubard menipu di media . Menipu di media bukan kes SPRM, maka dalam kenyataan media yang sama juga saya mencabar Azmin membersihkan nama dengan menyeret Chegubard ke mahkamah.
2. Namun kenyataan saya telah menyebabkan ramai kurang senang, mereka mengalihkan isu kepada rekod kehadiran saya. Tiba – tiba saya dipecat melalui kenyataan media, status fb dan twetter oleh Afif, Timbalan Ketua AMK. Alasannya kerana dia mengatakan saya dipecat kerana tiga kali tidak hadir mesyuarat sedangkan menurut undang – undang boleh dikenakan tindakan disiplin selepas 6 kali tidak datang mesyuarat.
3. Pemecatan saya dibuat tergesa gesa hanya kerana kenyataan saya. Itu saya amat yakin. Pemecatan saya selaku EXCO kalaupun kerana rekod kehadiran ia harus melalui proses yang betul bukan melalui sidang media oleh Timbalan. Persoalanya, di mana Ketua AMK ?
4. Umum mungkin terkejut dengan penyebaran print screen perbualan dari aplikasi whats app kumpulan AMK mengenai saya, tetapi saya tidak. Kerana inilah bentuk pemikiran mereka yang saya kenali menyebabkan saya menjarakkan diri. Yang didedahkan di media Cuma sedikit ada ada yang tidak terdedah lagi sebenarnya. Perkara ini sangat memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita. Adakah ini pemimpin muda parti progresif ? Perangai mereka lebih biadap dan jijik dari pemuda Umno.
5. Dalam kenyataan kepada media saya sangat lucu apabila mereka memusing fakta kononya nasihat berdasarkan agama. Jelas apabila sudah tersepit, alasan agama diperdagangkan. Malah tanpa berselindung timbalan Ketua AMK selangor di media menyatakan dia tak tahu siapa yang dedah print screen itu kerana banyak “kem” dalam AMK. Dengan kenyataan tersebut, dia sendiri telah mengesahkan bahawa AMK berpecah dan bergaduh sama sendiri. Lihat sahaja situasi sekarang. Di mana Ketua AMK? kenapa kenyataan dan keputusan semuanya dibuat Timbalan AMK pusat? Malah di negeri negeri termasuk Selangor, dimana pergi Ketua AMK Selangor? Kenapa keputusan dan kenyataan semua dilihat dibuat oleh para timbalan ? Adakah dalam parti ini, para Timbalan yang menguasai ?
6. Untuk pengetahuan umum, itulah antara sebab mengapa saya menjarakkan diri dari amk pusat kerana sikap bergaduh sesama sendiri dan mengampu yang sangat menebal. Saya tidak perlu komen banyak tetapi ia hakikat yang sudah pun menjadi rahsia terbuka dalam parti.
7. Kemudian, kononya ada amk yang menulis permohonan maaf dalam laman sosialnya. Soal saya, kamu malukan dan hina Halimah Nasoha, maka kamu wajib meminta maaf dengan Halimah Nasoha. Dan jika diteliti, dari print screen itu lebih teruk lagi salah seorang pimpinan amk menfitnah saya dengan menyatakan pendirian itu bukan pendirian rasmi amk tp hanya pendirian seorang kekasih gelap yang pertahankan kekasihnya dan tuduhan ini dibaca oleh ramai orang. Kamu parti yang melawan fitnah dan seumpamanya tetapi apabila gagal menjawab tuduhan, demi mengampu dan menjilat kamu sanggup hambur fitnah.
8. Perkembangan memalukan ini jelas menjejaskan imej parti. Berlaku biadap dan seksis, menyebut perkataan lucah, melakukan penghinaan terhadap wanita dan memfitnah menjadi mainan pimpinan AMK pusat ini harus diambil tindakan oleh parti. Presiden harus menyatakan sikap.
9. Atas semua perkara ini saya mengulang penegasan kenyataan saya 7 januari lepas di mana pendedahan chegubard dan pertembungan dia dan azmin perlu dihentikan dengan campur tangan serius pimpinan utama parti atau jika Azmin berani dan benar sila seret chegubard ke mahkamah.
Halimah Nasoha
Bekas EXCO Angkatan Muda KeAdilan yang di pecat melalui kenyataan Media.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...