Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Februari 2014

Cat Merah, Bangkai Ayam Dilemparkan Ke Pejabat Teresa Kok..

Memang bangang la orang yang buat macam neh. Siyes aku cakap bangang. Fikir punya fikir punya fikir pun aku tak dapat perkara seperti ini boleh dikaitkan dengan perjuangan agama. Kalau perjuangan Abu Jahal aku nampak la kaitan nya. Mengherdik, menfitnah, membaling najis dan sebagai. Sebijik macam orang2 yang melawan Islam ketika Islam mula2 berkembang kat dunia neh. 

Lihat gambar yang dikongsikan oleh Teresa Kok di wall facebooknya tadi ;


Kita tahu puak2 sebelah sana memang gemar bermain cat berwarna merah. Dan kita juga tahu baru2 neh NGO Islam la sangat yang juga friendly dengan BN bermain sembelih2 ayam. Dua clue yang membabitkan puak sana kita dapat kaitkan kat sini.

Ayam + cat merah.

Ayam tue dah sembelih ke belum?

Hehe..

Ayam tue dari ko buang2, lempar2 depan pejabat orang, masak buat sup ka goreng ka pun sedap. Lepas tue makan ramai2.  Jamu kawan2. Kenyang dapat, pahala dapat. Aku takmo la tuduh2 mana2 pihak yang terlibat. Tapi kalau ada yang terasa nasib le. Dah memang puak2 korang juga suka buat kerja2 bangang macam neh. Sekarang lue tanggung la sendiri persepsi masyarakat pasal perjuangan dan parti lue sendiri. Sendiri yang tempah kan?

KAH KAH KAH

Selasa, 18 Februari 2014

PM Thailand Di Siasat Angkara Penyelewengan Subsidi Beras.


Kurang ajar punya negara kafir laknat tak guna confirm neraka adik beradik setan neh. Ada ka patut agensi penyiasatan mereka bersikap biadap dengan menyiasat satu skandal penyelewengan yang membabitkan subsidi beras di negara mereka. Gila ke apa?

Woooiii korang neh memang jenis tak takut pemimpin ek? Tuhan = Allah korang kenal tak? Islam = agama kenal tak? Dalam Islam (tafsiran rakyat Malaysia = muslim UMNO) ;

BERSABAR adalah sebaik2 jalan bila berhadapan dengan pemimpin yang zalim dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

Orang yang tidak BERSABAR ialah orang yang tak terima ujian Allah.

PEMIMPIN ZALIM ialah ujian dari Allah.

Cara menanggani pemimpin yang ZALIM ialah dengan BERSABAR, BERDOA dan JANGAN MELAWAN PEMIMPIN supaya darah kita menjadi HARAM untuk dibunuh.

Hish hish hish..

Aku isytiharkan diri aku murtad dari ISLAM VERSI UMNO neh. Takmo aku jadi ISLAM versi depa. Tak layak beb. Aku mana reti sabar punya orang. Aku jenis memberontak dan melawan. Takde ciri2 penjilat. Confirm la tak diterima oleh mereka punya.

Berbalik kepada cerita dari negara Thailand tadi yang aku baca disini ;
Thailand's anticorruption agency said Tuesday it will press charges against embattled Prime Minister Yingluck Shinawatra for alleged negligence of duty in her management of the government's multibillion-dollar rice subsidy program.
The National Anti-Corruption Commission said in a statement that Ms. Yingluck had ignored warnings of irregularities and corruption linked to the rice subsidy, which resulted in massive financial losses to the state. If it finds Ms. Yingluck guilty, the panel said it would launch an impeachment trial against Ms. Yingluck, adding yet more pressure on the leader amid ongoing street protests to try to force her from office.
Ms. Yingluck defends her handling of the rice subsidy. She said in a televised statement before the panel's announcement that the financial management of the rice subsidy was in line with monetary and fiscal discipline.
"I must reaffirm the rice pledging scheme is the right policy and there was no conspiracy to corrupt," Ms. Yingluck said, adding that she welcomed investigations by the antigraft agency.

Ada tiga perkara yang buat aku terfikir ;

1. Agensi anti-rasuah Thailand berani membuka kertas siasatan meskipun ia melibatkan kepimpinan tertinggi Thailand (atau ia sekadar menambahkan garam ke atas luka.. almaklumla pendemo2 semakin ramai di sana untuk menjatuhkan PM sekarang.. ini mungkin sebahagian dari konspirasi untuk menjatuhkan Yingluck)

2. PM Thailand yang mengalu2kan siasatan terbuka ke atas nya = tanpa campurtangan dalam urusan penyiasatan macam mengugut ka, ataupun bagi rasuah ka supaya siasatan dihentikan/di diamkan.. (atau mungkin ada cubaan tetapi gagal, asal nama politician, jangan percaya dorang 100% k)

3. Keberanian rakyat Thailand yang tak bagi chance walaupun sikit kat pemimpin2 yang dorang rasakan tak adil dan tak menjalankan tanggungjawab. Sapa yang salah dorang lawan. Kalau kena lawan 10 tahun untuk dapatkan pemimpin yang adil pun dorang fight for it. Tak takut woo. Apsal non muslim berani gila untuk berusaha mati-matian mendapatkan pemimpin yang adil? Agaknya takde ulama yang menakut2kan mereka gunakan hujah agama kot.

Agama sepatutnya membantu kita jadi lebih baik, lebih jujur, lebih amanah, lebih berani berjuang, lebih berani melawan tetapi agama hari neh digunakan untuk menutup kepincangan dan menakut2kan jiwa kita. Agama masih relevant pada aku tetapi penafsiran agama oleh ulama2 yang berat sebelah, perlu kita hapuskan. Lawan agamawan yang jahat.
Ayuh. Errr darah aiii halal dah ke neh? Berapa ribu mao tawar?


KAH KAH KAH

DBKL Perkenalkan Caj Kesesakan - Kenderaan Luar YG Masuk KL Bakal Didenda..

Hebat.

Hebat cara dorang cari duit ek. Mari kita perhalusi dulu cadangan terbaru dari DBKL atas nama nak kurangkan kesesakan jalan raya di sekitar KL.

Lihat ;



Point mereka ;

1. DBKL mahu perkenalkan caj kesesakan di beberapa lokasi terpilih di sekitar KL.

2. Ini dibuat kerana DBKL tiada cara terbaik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang teruk di KL setiap  hari.

3. Caj kesesakan ini akan tertumpu kepada zon larangan waktu puncak yakni bermaksud ada sesetengah jalan dilarang masuk/digunakan pada waktu2 puncak.

4. Kenderaan luar antara mereka yang akan dilarang dari memasuki KL pada waktu puncak berdasarkan sistem ini.

5. Menurut Dr Harlina, selain dari memperkenalkan sistem caj kesesakan, adalah amat bagus jika DBKL juga turut ;

- Menaikkan caj tempat letak kereta (parking) 

- Mempromosikan berbasikal (keluar ke tempat kerja, belajar menggunakan basikal)

- Mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam

- Kerajaan juga diseru mempertingkatkan pengangkutan awam

- Perkenal satu tiket untuk semua jenis pengangkutan awam

Peraturan ini tidak positif dan tidak perlu (merujuk kepada statement DBKL).

Kenapa?

Bila saja, sistem pengangkutan awam kat negara neh cekap, menjimatkan, selesa dan meluas maka secara automatik rakyat akan hilang minat nak berpenat-penatan pandu kenderaan sendiri.

Keluar rumah, jalan 10 minit atau berbasikal 3 minit, sampai tempat tunggu bas atau tren LRT, naik pengangkutan awam bayar rm2.00 lepas 15 minit sampai tempat kerja. Sapa tak suka?

Murah. Cepat. Jimat lagi. RM4x24 hari masa bekerja. Daripada tuang minyak. Bayar tol. Lepas tue kena memandu pula. Badan letih2. 

Sebab tue aku cakap DBKL jangan buat macam neh. Point Dr. Harlina tue dia minta sediakan jaringan pengangkutan awam yang effisen dulu. Dari luar bandar sampai ke bandar. Aku tak nampak pun dia bersetuju agar caj kesesakkan ini dilaksanakan sebelum kerajaan menambahbaik jaringan pengangkutan awam di seluruh negara. Dalam erti kata lain, DBKL tak sepatutya la laksanakan idea tersebut pada ketika ini.

Ayat DBKL ==>"DBKL tiada pilihan lain selain memperkenalkan peraturan menghadkan kenderaan luar dan mengenakan caj kesesakan melalui zon larangan waktu puncak"

Ini maksudnya apa?

Bukan kah ini memberikan gambaran bahawa DBKL telah pun bersetuju mahu melaksanakan peraturan ini?

Bila ia mahu dilaksanakan? Bagaimana DBKL mahu ia dilaksanakan? Apa penanda aras yang DBKL gunakan ketika menghukum kenderaan2 luar yang memasuki KL? Apa tafsiran kenderaan luar mengikut peraturan DBKL? Apa jenis kenderaan yang dilabelkan sebagai kenderaan luar? Berapa agaknya caj kesesakan yang bakal dilaksanakan ini? Apakah jalan2 yang terlibat? 

DBKL patut tampil memberikan penjelasan lanjut. Mana boleh keluarkan statement separuh masak macam neh. Buat kelirukan orang je pun. Silap2 esok lusa tak pasal2 ada je orang kena denda pasal caj kesesakan tanpa tahu apa2 mengenai peraturan tersebut. 

DBKL jangan main2 tau. Bukan kita menolak untuk naik kenderaan awam. Tetapi memang sesetengah tempat kenderaan awam macam kenderaan HARAM. HARAM sebab apa? HARAM sebab HARAM aku nampak ada kenderaan awam kat tempat tue. Jadi sebelum nak perkenalkan apa2 peraturan sekalipun, amek tahu dulu feedback rakyat. Jangan main buat keputusan syok sendiri je. Oke bai.

Gambar Najib Berucap Dalam Gereja Pula Tersebar..

Jika sebelum neh Anwar memasuki gereja untuk menjayakan kempen kajangmove dan perkara itu telah diperkatakan secara meluas oleh mereka2 yang beragama Islam tanpa kira dari side PR mahupun BN. Ada yang menyokong tak kurang juga ada yang membantah. Macam2 hujah yang disandarkan untuk membantah dan menyokong perkara tersebut.

Aku ingat lagi satu insiden. Ada satu gambar yang ikon internet popular pernah share dulu. Mat Lufti. Kenal nama ini? Dulu dia pernah sharekan gambar dia memasuki gereja. Ramai juga yang mempersoalkan tindakan dia. Kenapa memasuki gereja itu salah jika tujuan kita adalah untuk meraikan kepelbagaian? Adakah kalau masuk saja gereja kita semestinya murtad, terkeluar dari Islam, tergelincir akidah ataupun orang yang sesat dari Islam?

Sejak2 dari itu aku rumuskan sesuatu. Ada orang Islam kat negara neh lebih takutkan gereja berbanding takutkan Allah. Berapa ramai mereka2 yang bukan penganut kristian, tak pernah jejak gereja sekalipun, tetapi masih lagi menjadi atheis? Tidak mempercayai konsep mengimani Allah? Berapa ramai lagi anak2 melayu yang berzina, yang hidupnya penuh dengan kemaksiatan, yang terlibat dengan budaya negatif tetapi tidak pernah menjejaki gereja? Yang mengaku murtad yang mengaku gay pun tak pernah melawat gereja. Jadi apa sebab bila ada mana2 muslim yang memasuki gereja mereka di anggap sedang merosakkan akidah diri?

Aku nak juga citer sejarah aku dengan gereja. Aku nak juga citer sejarah aku hidup dengan penganut kristian. Tapi aku tak rasa penceritaan aku akan membawa mood manusia untuk berfikir lebih positif. Mereka akan beranggapan semua saja yang berbeza dengan kita adalah negatif dan wajib diperangi secara total. Maaf cakap, terima kasih la umat Islam sebab berjaya menakutkan umat Islam yang lain macam aku. Aku tak takut dengan penganut agama yang berbeza dengan aku sebab aku belajar untuk memahami perbezaan tersebut tetapi aku takut dengan orang Islam walaupun kita ada banyak persamaan.

Lihat gambar Najib memasuki gereja pula ;

 
Inila gambar yang disiarkan oleh TMI. Najib berucap dalam gereja. Sebelum neh masa penyokong2 PR memerli dan menyindir Najib yang bertemu dengan paderi ketua gereja katolik, Pope Benedict XVI. Jangan kita buat2 lupa.

Bukan semua, tetapi ada. Menyindir yang Najib mahu meraih kembali kepercayaan masyarakat kristian yang peratusan nya kecik aje kat negara neh. Menyindir yang Najib mengadaikan akidah sampai jejak ke dalam gereja.

Macam mana kita nak bentuk persefahaman kalau masing2 dari kumpulan kita ada mereka2 yang berfikiran ektremis? Aku boleh faham sindiran tersebut kalau ia merujuk kepada Nik Aziz yang diserang oleh bloggers BN akibat meraikan perbezaan (TGNA dikecam kerana meraikan paderi kristian) tetapi aku tak boleh faham sama sekali bilamana point2 dari penyokong PR nampaknya tak ubah sama sekali macam point2 yang digunakan oleh penyokong2 BN dalam isu Anwar masuk gereja ketika ini. Bukan kah ini masanya untuk kita amek cermin dan fikirkan sejenak?

Dua kumpulan yang berbeza, mempersoalkan satu perkara yang sama. Macam mengadap kembar seiras yang bergaduh woitt apasal muka ko dan muka aku sama hah?

Itu yang aku nampak dan jika korang tak hentikan apa yang korang buat sekarang neh korang hanya menambahburukkan situasi mengenai Islam di mata dunia. Respon dan kutukan yang keterlaluan ke atas Najib yang memasuki gereja, ke atas Anwar Ibrahim yang memasuki gereja, ke atas pimpinan PAS yang masuk gereja bantu umat kristian, ke atas mana2 muslim yang memasuki gereja adalah tidak perlu.

Daripada melihat individu apa yang masuk gereja dan mari kita kutuk mereka kerana memasuki gereja, apa kata kita lihat apa sebab dia masuk gereja dan apa peranan yang dia mahu bawakan dalam gereja?


Ada banyak sebab kenapa politik kita sukar mencapai peringkat kematangan kat negara neh. Tidak, sekurang2nya untuk tempoh terdekat ini. Selain tertarik dengan gambar pemimpin bersolat, tertarik dengan pemimpin yang tahan teksi, tertarik dengan pemimpin yang bagi roti, ataupun tertarik dengan pemimpin yang berpayung pegang jenazah, kita juga tertarik nak mengulas isu perbezaan agama dengan cara yang sangat negatif daripada menangganinya secara positif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...