Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Oktober 2020

Bersabar Untuk Babak Seterusnya - A. Kadir Jasin.

A. Kadir Jasin | 1. Debaran berterusan. Tayangan berhenti sebentar untuk " intermission". Ada penonton yang ke tandas. Ada pergi beli bertih jagung. Ada yang curi-curi hisap rokok. Dan ada yang bosan terus tinggalkan panggung. 


2. Begitulah saga Selasa persembahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu ini nampaknya ketidaktentuan akan berterusan.

3. Dalam sidang akhbar selepas menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pagi tadi Anwar berkata, dia telah memaklumkan yang dia mempunyai majoriti yang kuat dan meyakinkan. 

4. Dia kedengaran menyebut lebih 120 Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Dewan Rakyay ada 222 orang ahli kesemuanya. 

5. Kenyataan Istana Negara pula mengesahkan yang Presiden PKR itu "telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau."

6. Walau bagaimanapun, tambah kenyataan itu, Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. (Rujuk gambar).

7. Sementara itu, saya difahamkan oleh satu sumber kanan PKR bahawa ketua-ketua parti DAP, Amanah dan PKR dalam surat mereka ada menyebut jumlah ahli yang sokong tapi tidak menyebut nama.

8. Dia mendakwa surat daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menyebut bahawa sejumlah Ahli Dewan Rakyat Umno menyokong Anwar.

9. Tambahnya lagi, ada Ahli Dewan Rakyat yang secara individu telah membuat akuan bersumpah menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu. 

10. Dalam perkembangan berkaitan, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Seri Paduka Baginda sebelah petang. Laporan media mengatakan Seri Paduka Baginda akan juga menerima menghadap ketua beberapa buah parti politik. 

11. Jadi nampaknya sesiapa saja yang berminat dengan babak-babak seterusnya kenalah bersabar. 

Wallahuaklam. Terima kasih.

Apa Dah Jadi Pada Kes Adib, RCI TH, Banglo LGE Soal Ketua Pemuda UMNO Johor.

KENYATAAN MEDIA | Apa status kes arwah Adib, RCI TH dan kes banglo serta terowong LGE? 

Lupakah Kerajaan tentang perkara tersebut?
SAYA mulakan penulisan ini dengan membangkitkan persoalan ini, sudah hilang taringkah atau pimpinan BN dan PAS lupa dengan isu-isu yang mereka bangkit dan suarakan sebelum ini ketika masih bergelar pembangkang?

Jika lupa, suka saya ingatkan isunya adalah:

1. ISU PEMBUNUHAN ARWAH ADIB

2. RCI TABUNG HAJI

3. KES BANGLO DAN TEROWONG LIM GUAN ENG

4. BANYAK LAGI

Adakah selepas BN dan PAS memiliki kuasa pemerintah bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN), isu-isu yang dibangkitkan itu semakin dilupakan dan dipandang sepi?


Janganlah pimpinan BN dan PAS dibuai mimpi indah selepas mendapat kerusi empuk dalam kerajaan, jangan terus lena dibuai mimpi.

1. ISU PEMBUNUHAN ARWAH ADIB

Kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman di Subang Jaya, Selangor pasti tidak akan dilupakan rakyat.

Sehingga kini, kes Allahyarham Muhammad Adib mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya termasuk bila kes itu akan selesai.

Rakyat ternanti-nanti bila suspek yang bertanggungjawab dalam insiden pada 27 November 2018 itu akan dibawa muka pengadilan.

Adakah kerajaan dilihat serius dalam menyelesaikan kes berhubung insiden itu terutama segera mendakwa suspek bertanggungjawab?

Dalam kes berkenaan, intergriti dan ketelusan kerajaan terus dipersoal oleh rakyat. Pimpinan BN dan PAS khususnya perlu buktikan kepada rakyat kita serius bagi memastikan individu yang membunuh Allahyarham Muhammad Adib segera dibawa ke muka pengadilan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Mahkamah Koroner mendapati kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Rakyat akan terus tertanya-tanya, seriuskah kerajaan dalam menyelesaikan kes itu dan mencari keadilan buat Muhammad Adib?

2. RCI TABUNG HAJI

Umat Islam khususnya pendeposit Tabung Haji (TH) tidak lupa tentang dakwaan salah laku, penyelewengan dan skandal dalam TH.

Ini kerana, yang menerima impak besarnya adalah golongan pendeposit sendiri yang mana pada 2018 nilai hibah diterima hanya 1.25 peratus, hibah terendah dalam sejarah Tabung Haji.

Sukarkah kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua dakwaan salah laku, penyelewengan dan skandal dalam Lembaga Tabung Haji (TH)?

Jika Pakatan Harapan (PH) sewaktu berkuasa 22 bulan enggan dan berdiam diri soal menubuhkan RCI TH, adakah kerajaan PN yang turut diwakili BN dan PAS tidak mahu RCI ditubuhkan?

Jika benar berlaku salah laku, penyelewengan dan skandal dalam TH seperti didakwa, segeralah melakukan siasatan dan tubuh RCI.

Saya berpandangan kerajaan Pusat pimpinan PN perlu berani kerana benar. Segera tubuh RCI bagi memulihkan keyakinan pendeposit kepada TH.

Ini cukup penting kerana, TH telah berdepan pelbagai tuduhan penyelewengan, jualan aset dan ladang-ladang milik TH Plantations.

Saya berpandangan, dengan apa yang berlaku ini dan segala dakwaan yang timbul, adalah wajar RCI menyiasat TH ditubuhkan kerajaan.

TH milik umat Islam dan setiap pendepositnya berhak tahu apa yang berlaku kerana setiap wang malah aset TH juga adalah milik mereka.

Janganlah terus dibiarkan kerisauan dan kegusaran bermain difikiran pendeposit TH kerana ia boleh menjejaskan kepercayaan mereka terhadap TH.

3. KES BANGLO DAN TEROWONG LIM GUAN ENG

Lupakah BN dan PAS tentang kes banglo dan terowong membabitkan Lim Guan Eng?

Setelah memiliki kuasa ketika ini, adakah BN dan PAS seolah-olah tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan dua kes itu terus disiasat?

Jangan hanya dulu sewaktu belum berkuasa BN dan PAS 'bergegar-gegar' mahu kes itu disiasat oleh SPRM, tapi kini bila sudah memiliki kuasa, adakah BN dan PAS tidur lena di kerusi empuk dimiliki?

Guan Eng telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminta suapan daripada projek terowong dasar laut bernilai berbilion ringgit, bagaimana pula dengan kes banglo yang digugurkan mahkamah pada 2018?

Adakah kes banglo berkenaan perlu terus dibiarkan digugurkan begitu sahaja yang mana seluruh rakyat tahu peguam negara pada ketika kes itu digugurkan adalah Tan Sri Tommy Thomas.

Rakyat ketika ini sedang memerhatikan tindak tanduk pimpinan BN dan PAS setelah dua parti itu ketika ini berada dalam kerajaan.

Tiga isu yang saya bangkitkan itu semuanya membabitkan soal keadilan. Jangan kita meminggirkan keadilan setelah berkuasa. Bangun dari tidur dan janganlah terus bermimpi indah.

"BN dan PAS tolong kejutkan ABAH yang mungkin terlepas pandang"

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Ahad, 11 Oktober 2020

Tak Benar Dakwaan Hotel TH Diurus Bukan Islam.

SOSMED | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan media rasmi bagi menjawab dakwaan yang tular di sosial media sejak beberapa hari lepas.

Menurut kenyataan itu, dimaklumkan cadangan melantik bukan Islam sebagai Pengurus Besar Movenpick telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah TH pada 1 Oktober lepas ketika cadangan itu dibawakan ke peringkat mesyuarat dan perbincangan.

Pada awalnya isu tersebut diperkatakan netizens apabila beberapa penyokong pro UMNO dilihat mempersoalkan perlantikan itu di sosial media.

Antara yang mempersoalkannya ialah Abdul Rahim Hilmi Zakariya yang menulis di Facebooknya pada 9 Oktober lepas;

Maaf. Tapi saya tak boleh nak faham idea disebalik cadangan pelantikan seorang non muslim sebagai Pengurus Besar Movenpick - hotel patuh syariah milik Tabung Haji.  
Patuh syariah bukan sekadar pekerja kena pakai tudung atau tak boleh hidang daging babi. Patuh syariah juga melibatkan sistem pentadbiran, kewangan dan muamalah.
Sistem akaun yang patuh syariah mempunyai prasyarat ketat bagi mengelakkan sebarang unsur riba dan syubhah dalam perolehan hotel. Itu belum lagi proses pengasingan kewangan apabila berlakunya bayaran yang tidak patuh syariah.
Pentadbiran yang syari'i bukan sekadar tak boleh pakai seluar pendek. Tetapi juga melibatkan tapisan bagi setiap kelulusan acara / event yang menggunakan premis hotel agar tidak terkeluar daripada garis syariat.
Dan garis syariat ini pula sangat luas. Apabila kita bercakap tentang muamalah dan fiqh, seseorang Pengurus Besar mesti mempunyai kemampuan minimum sekurang2nya dalam memahami impak setiap pandangan mazhab yang boleh diaplikasikan apabila berlakunya situasi luar biasa dalam pengoperasian hotel.
Saya yang muslim ni pun tak reti. Jadi apa justifikasi sehinggakan seorang Non Muslim boleh dicadang sebagai orang No 1 dalam sebuah hotel milik TH yang antara fungsi tahunannya adalah sebagai kompleks haji dan stesen berlepas jemaah ke Makkah?
Sudahlah begitu, semua 4 nama yang disenarai pendek juga non muslim. Apakah tidak ada langsung pengurusan kanan sedia ada yang boleh ditimbang bagi menggantikan tapak ketua mereka? Internal promotion (kenaikan pangkat dalaman) adalah langkah sepatutnya bagi menaikkan motivasi kakitangan. Kalau kakitangan rasa tersisih, letak Raja Majapahit jadi GM pun tak ada guna.
A leader is only as strong as his team.
Begitu juga, nak buat apa kita ada UiTM yang setiap tahun melahirkan ribuan anak muda dalam bidang hospitaliti kalau seorang pun tak layak ditimbang sebagai pentadbir hotel milik penuh umat Islam ini?
Kita tiada masalah dengan penglibatan non muslim dalam hotel milik umat Islam. Malah saya percaya calon yang dicadangkan itu sangat layak untuk memimpin mana-mana hotel konvensional di Malaysia.
Tetapi untuk hotel patuh syariah milik umat Islam, biarlah orang no 1 itu datang daripada pakar muslim yang mempunyai ilmu agama yang luas. Kerana orang inilah yang akhirnya akan menjadi kata pemutus dalam setiap hal operasi syarikat.
Belajarlah daripada Duyong Marina Resort Terengganu (DMR) - sebuah hotel patuh syariah milik kerajaan negeri. Asalnya sebuah hotel bermasalah tetapi akhirnya berjaya mencatat perolehan hampir RM1 juta setiap bulan walaupun dalam keadaan wabak COVID-19 yang belum pulih sepenuhnya.
Kerajaan Terengganu pun janganlah kedekut sangat. Pinjamkanlah Us
Faizul Abas
Pengurus Besar DMR ke Tabung Haji. Tunjukkan bagaimana Pak Lebai pun boleh mengalahkan orang putih dalam pengurusan hospitaliti.
Kesianlah sikit kat TH ni!," katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataa media dari Kementerian Hal Ehwal Agama;

- Kementerian Agama tak dimaklumkan dan terlibat dalam sebarang proses cadangan menamakan Pengurus Besar Movenpick

- Cadangan itu bagaimanapun telah ditolak pada 1 Oktober lepas

- Isu tersebut tidak berbangkit sama sekali selepas cadangan tersebut ditolak

- Kementerian juga telah mengarahkan cadangan baru yang mana barisan calonnya perlulah terdiri dari orang Islam.

Apa yang menghairankan ialah kenapa cadangan yang ditolak pada 1 Oktober ini dimainkan oleh kumpulan yang dilihat cenderung kepada UMNO?

Tidakkah mereka mencari maklumat bahawa cadangan ini sebenarnya telah ditolak dan tak sepatutnya ia menjadi isu berbangkit?

Ini pula kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas ketika berkongsikan penafian Kementerian Agama;

Bermaksud tidak ada pun pelantikan Non Muslim sebagai Pengurus Besar hotel milik Tabung Haji. Jadi apa yang dibising-bisingkan tu?

Nampak macam sedang menyindir. Tidak pula memetik dan menyalahkan penyokong PH, mungkin ditujukan pada geng sendiri barangkali?

Tak aneh juga. Ini kerana, sejak kebelakangan ini juga terdapat beberapa kumpulan yang dilihat pro UMNO menyerang kepimpinan TSMY dan PPBM secara terbuka, seolah-olahnya ada satu movement terancang yang menyasarkan sesuatu agenda. Sama-sama kita saksikan drama politik seterusnya selepas ini. - 11 Oktober 2020.

Najib Persoalkan Penggabungan UEM Sunrise - ECO, Dakwa ECO WORLD Ada Banyak Hutang.

Najib Razak | Jika saya masih pengerusi Khazanah Nasional, saya tak akan luluskan penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World pada masa kini dan berdasarkan penilaian (valuation) serta terma yang diumumkan minggu lepas.

Dalam tempoh 9 tahun saya PM dan pengerusi Khazanah Nasional, nilai aset bersih (selepas tolak hutang) Khazanah naik dari RM32 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM116 bilion pada akhir tahun 2017 sebelum jatuh ke RM91 bilion pada tahun 2018 dan jatuh lagi ke RM73 bilion dalam tempoh gagalkrasi PH.

Dalam tempoh itu juga, syarikat-syarikat milik Khazanah UEM-Sunrise mencatat purata keuntungan sebelum cukai sebanyak RM391 juta setahun.

Paling rendah ialah RM129 juta pada tahun pertama saya jadi PM iaitu RM129.5 juta. Paling tinggi ialah RM686.3 juta pada tahun 2014. 

Pada tahun 2017, UEM Sunrise juga catat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM433.6 juta.

Namun selepas kerajaan PH banyak menghentikan, melewatkan dan juga menjual projek-projek hartanah UEM-Sunrise termasuk projek-projek mereka di Australia, UEM-Sunrise kini tak banyak projek baru sedang diusahakan sekaligus dapat menokok pendapatan mereka.

Sebab itu, pendapatan UEM-Sunrise jatuh hampir 90% bagi suku kedua tahun 2020 ini kerana tak banyak projek malah mencatat kerugian RM93 juta. Ini semua terjadi ketika pemerintahan gagalkrasi PH.

Tapi paling aneh ialah Khazanah pilih zaman Covid dan UEM Sunrise pada keadaan paling lemah ini untuk teruskan rancangan penggabungan UEM Sunrise dengan syarikat swasta Eco World yang telah bermula 2019 tahun lepas ketika PM7 menjawat sebagai pengerusi Khazanah. 

Setelah meneliti penyata akaun kedua-dua syarikat, saya simpulkan bahawa UEM-Sunrise TIADA KEPERLUAN untuk membeli Eco World untuk kelangsungan mereka sebab wang tunai UEM melebihi RM700 juta dan mempunyai bebanan hutang yang rendah.

Tetapi Eco World lebih perlukan UEM Sunrise kerana Eco World kini dibebani hutang yang tinggi memandangkan banyak tanah milik mereka dibeli hanya beberapa tahun lalu ketika harganya mahal.
Sebaliknya, tanah-tanah milik UEM-Sunrise sudah dibeli sejak puluhan tahun dahulu.

Kebanyakan tanah milik UEM-Sunrise termasuk 5,000 ekar di Iskandar Malaysia masih disimpan UEM dengan harga asal pada tahun 1995 - iaitu dengan harga RM10 setiap kaki persegi.

Jika dinilai semula, tanah di Iskandar Malaysia ini sahaja akan menaikkan nilai tanah UEM sebanyak RM10 bilion memandangkan nilai tanah Iskandar sudah naik ke RM60 setiap kaki persegi pada masa ini.

Sebab itu, kenapa pula UEM-Sunrise hanya menilaikan mereka dengan harga RM1.8 bilion sahaja dalam rancangan pergabungan UEM-Sunrise dengan Eco World?

Lebih-lebih lagi, Iskandar Malaysia merupakan antara stesen utama laluan keretapi pantas HSR Singapura-Kuala Lumpur dan ia juga dalam lingkungan dengan stesen Bukit Chagar untuk keretapi RTS Singapura-Johor.Ianya hanya akan ambil masa 21 minit untuk perjalanan kereta dari stesen RTS Bukit Chagar melalui Lebuhraya Persisiran Pantai Iskandar.

Sudah tentu nilai Iskandar Malaysia sahaja akan naik lebih tinggi pada masa depan setelah projek-projek rel ini beroperasi.
Selain beban hutang yang tak banyak serta wang tunai yang tinggi, UEM-Sunrise juga ada sokongan Khazanah Nasional dan ianya tidak terdesak seperti Eco World.

Eco World bukan sahaja dibebankan hutang yang tinggi tapi pemilik-pemilik saham utama Eco World juga dilihat seperti terdesak kerana saya tengok mereka terpaksa menjual saham mereka beberapa bulan mereka setelah harga saham Ecoworld telah jatuh dari RM1.70 ke sekitar 40 sen pada masa kini.

Merujuk kepada pengumuman Eco World di Bursa Malaysia, saya percaya pemilik saham terbesar Eco World mengalami tekanan hebat kerana mereka telah meminjam wang dari bank dengan menggunakan saham Eco World mereka sebagai cagaran.

Alasan diberi oleh Khazanah kenapa UEM-Sunrise perlu digabungkan dengan Eco World pada masa kini ialah branding Eco World lebih baik dan pengurusan Eco World lebih cekap berbanding UEM Sunrise.

Tapi saya tengok branding Sunrise yang merupakan pemaju utama Mont Kiara di Kuala Lumpur tak kurang berbanding Eco World.
Malah, apa keperluan menggunakan branding Eco World walhal kita boleh melantik agensi pemasaran tempatan yang layak dan berkebolehan?

Alasan pengurusan lebih baik dan dinamik juga digunakan semasa PNB membeli SP Setia.

Namun selepas dibeli PNB, pegawa-pegawai pengurusan SP Setia dilarikan orang dan akhirnya semua bertapak di Eco World pulak.
Dan apa jadi dengan harga saham SP Setia ketika ini?

Apa jaminan peristiwa ini tidak akan berulang?

Jika UEM Sunrise beli Eco World pada masa kini, UEM akan mengambil alih bebanan hutang berbilion-bilion Eco World dan juga tanah-tanah yang dibeli dengan harga tinggi. Pada pendapat saya, yang akhirnya rugi ialah UEM serta Khazanah Nasional dan wang rakyat.

Khazanah juga berkata bahawa setelah penggabungan ini, pemilikan saham khazanah dalam UEM Sunrise cuma jatuh dari 66% ke 48% dan Khazanah masih menjadi pemegang saham terbesar syarikat yang telah digabung manakala pemegang saham Eco World cuma ada sekitar 25%.

Namun ini belum masuk lagi pemberian Warrant (iaitu hak untuk membeli saham baru pada harga tetap) kepada pemilik saham Eco World serta program ESOS yang memberi hak kepada pengurusan baru syarikat itu (yang sudah tentu dikuasai pengurusan serta pemilik Eco World) sebanyak 5% daripada jumlah saham syarikat baru - seperti apa yang telah diumumkan minggu lepas.

Silap-silap, pemilik saham Eco World boleh menambahkan beberapa peratus pemilikan saham pada masa hadapan untuk menjadi pemegang saham terbesar syarikat UEM-Sunrise dan menggantikan Khazanah. Akhirnya rakyat yang rugi.

Sebab itu, saya tidak boleh sokong penggabungan ini pada ketika ini.
Saya juga berpendapat bahawa perletakan jawatan CEO UEM-Sunrise yang dlantik pada tahun 2014 serta seorang lagi pengarah beberapa hari selepas penggabungan ini diumumkan juga merupakan satu tanda protes bahawa penggabungan ini tidak menguntungkan Khazanah dan pemegang saham kedua terbesar iaitu Tabung Haji. 

Jika pengurusan Eco World begitu hebat sehingga UEM-Sunrise terdesak untuk bergabung dengan mereka pada masa kini, kenapa pula Khazanah tidak berani menetapkan jaminan keuntungan (profit guarantee) ke atas pemilik saham Eco World sebagai satu syarat utama penggabungan? - 11 Oktober 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...