Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 16 Ogos 2020

Kes Anwar, Pemfitnah dan Harga diri.

ZUNAR | Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.

Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.

Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham) mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"

Azizan: "Ya"

Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"

Azizan: "Saya tak tahu".

Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"

Azizan: "Ya".

Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"

Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.

Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.

Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.

Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. 

Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.

Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.

 

Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838.000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.

Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.

Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.

Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.

Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.

Selasa, 11 Ogos 2020

Timbalan Menteri Janjikan Surat Sokongan, Itu Sebenarnya Salah Faham - Zikri Zulkifli.

Zikri Zulkifli |  Semalam tular satu video berkenaan ucapan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Senator Wan Fayhsal menjanjikan surat sokongan kepada Ketua-Ketua ARMADA di peringkat bahagian dan cawangan sebagai sebahagian dari janji kempennya untuk jawatan Ketua ARMADA Nasional.

Timbalan Menteri Janjikan Surat Sokongan, Itu Sebenarnya Salah Faham - Zikri Zulkifli.

Saya lihat, ramai yang telah salah faham dan menyalah ertikan janji tersebut sebagai satu cubaan untuk menyogok para perwakilan ARMADA dengan surat sokongan bagi mendapatkan projek ataupun tender kerajaan.

Sebagai seseorang yang berada di situ sewaktu ucapan tersebut dibuat, izinkan saya memberi sedikit penerangan. Surat sokongan ada banyak jenis kegunaan. Yang dimaksudkan oleh YB Senator di dalam video tersebut bukanlah surat sokongan untuk mendapatkan projek atau tender kerajaan dengan mudah.

Sebaliknya, surat sokongan yang dimaksudkan adalah surat sokongan yang akan dibuat bagi membantu ahli-ahli ARMADA di akar umbi supaya dapat menjadi lebih efisien di dalam gerak kerja membantu masyarakat setempat terutama golongan belia dan anak muda.

Kita ambil contoh; jika di sebuah kampung ada anak muda yang memerlukan tiang gol baru di padang bola sepak mereka, Ketua ARMADA di kawasan tersebut boleh memanjangkan perkara tersebut kepada YB Senator berserta surat sokongan dari Ketua ARMADA tersebut.

Untuk permasalahan yang melibatkan kementerian lain atau 'cross ministries' pula, kita boleh ambil contoh jika ada anak muda yang menjalankan perniagaan tani. Anak muda ini mahu kembangkan perniagaannya dan memerlukan tambahan dana. Ketua ARMADA di kawasan tersebut boleh memanjangkan perkara tersebut kepada YB Senator. Pada waktu itulah YB Senator akan menulis pula satu surat sokongan kepada YB Menteri Pertanian agar memberikan perhatian kepada keperluan petani muda tersebut.

Jadi, apa yang diterang serta dirangka oleh YB Senator itu adalah untuk memperkasakan pemimpin muda di akar umbi agar dapat memberi khidmat kepada masyarakat setempat menggunakan segala jentera dan kemudahan kerajaan secara penuh.

Dari sudut pandang peribadi saya, impian dan niat YB Senator itu jelas, dia mahukan pemimpin akar umbi ARMADA dilihat betul-betul mampu menabur bakti serta berupaya menyelesai masalah masyarakat terutama perkara yang melibatkan kerajaan, bukanlah untuk menyogok para perwakilan dengan projek atau tender.

Wallahualam, saya serahkan pada tuan puan untuk menilai.

Isnin, 10 Ogos 2020

Armada Seru Hentikan Penyebaran Video Timbalan Menteri Dan Bertabayyun Sebelum Menghukum.

POLITIK | ARMADA hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menjawab penyebaran rakaman video yang merujuk kepada Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal yang tular di sosial media sejak petang semalam.

"Kami mengambil maklum tentang penyebaran video ucapan salah seorang calon Ketua ARMADA Nasional kami ketika berkempen di Pahang.

Untuk makluman, video berdurasi 23 saat itu telah disunting dengan niat tanpa menggambarkan konteks keseluruhan isi ucapan. Ianya juga sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memberikan gambaran buruk kepada bakal saf kepimpinan baru kami.

Justeru itu kami menyeru agar semua pihak berhenti menyebarkan video tersebut dan bertabayyun sebelum menghukum sesuatu perkara,"
kata ARMADA dalam kenyataan yang dipetik menerusi Facebook itu.

Dalam rakaman berdurasi lebih tujuh minit itu, Wan Ahmad Fayhsal dipetik sebagai berkata;

1. PAS telah bersetuju untuk bersama-sama dengan PPBM meskipun UMNO menolak untuk bersama dalam gabungan Perikatan Nasional.

2. Perikatan Nasional Sabah telah dibentuk dan akan menjadi medan ujian pertama kepada kerjasama PPBM - PAS di peringkat seterusnya.

3. Perikatan Nasional Sabah juga akan menjadi gabungan Perikatan Nasional yang pertama bertanding sebagai Perikatan Nasional menentang calon lain di PRN Sabah.

4. Perikatan Nasional Sabah akan bertanding menggunakan logo biru pekat dan tertera perkataan Perikatan Nasional.

5. Pilihanraya umum dijangka akan diadakan pada bulan 10 tahun ini paling awal dan bulan dua tahun hadapan paling lewat.

6. PPBM tidak bertolenrasi dengan Najib sama sekali dan tidak berkompromi dengan amalan rasuah termasuklah isu 1MDB dan SRC. Fayhsal juga menegaskan PPBM masih lagi mengekalkan perjuangan yang sama seperti asal.

7. Fayhsal turut meminta agar ARMADA mempertahankan TSMY sambil menjelaskan PPBM mengambil tindakan (khianati PH) kerana sentimen melayu tidak bersama PH dan PPBM akan kalah pada PRU15.

8. Fayhsal juga berkata, jawatan dan pangkat yang dimilikinya dikongsi bersama dengan cara membantu ARMADA.

9. Dengan jawatannya, beliau boleh menawarkan surat sokongan dan mengadukan kepada Perdana Menteri.

10. Wan Fayhsal juga menyeru agar memangkahnya calon 01 dalam pemilihan calon Ketua Pemuda Armada Pusat.

Sebagai rekod, rakaman video itu sebenarnya ialah rakaman live Facebook yang dipetik dari Facebook Ketua Armada Pahang. Bagaimanapun video tersebut telah dipadamkan dari Facebooknya. - 10 Ogos 2020.



Perikatan Nasional Belum Didaftarkan Tetapi Azmin Adalah Ketua Penerangan?

 POLITIK | Tersebar di sosial media satu gambar yang merujuk kepada aturcara program Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali di Sabah bertarikh 8 Ogos 2020.

Berdasarkan jadual program itu, majlis tersebut diadakan di The Magelian Sutera Grand Ballroom, Sabah.

Majlis itu turut merujuk Azmin Ali sebagai Ketua Penerangan Perikatan Nasional. Hal ini sekaligus menimbulkan tanda tanya memandangkan Perikatan Nasional sebenarnya belum didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang rasmi.

Semalam, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat yang menyokong pendaftaran Perikatan Nasional.

Awani melaporkan Timbalan Presiden PAS itu juga sedang menyiasat pihak yang menyebarkan surat palsu itu. 

“Tak betul. Tengah siasat siapa yang buat dan sebar,” katanya dipetik Awani pada Ahad.

Berdasarkan semakan, antara pihak yang menyebarkan surat palsu itu adalah ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin yang melompat dari PKR kepada PPBM. - 10 Ogos 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...