Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Julai 2019

Najib Balas Tony, Jangan Bagi Jawapan Setengah Masak..

NAJIB RAZAK | Saya ingat hanya telur boleh setengah masak je.

Tak sangka jawapan balas Tony Pua ini pun boleh setengah masak.



Pada 9 Julai lepas, saya bongkarkan sekali lagi bahawa Rakyat akan terus membayar faedah dan pinjaman RM6.2 bilion kerajaan PH untuk membeli balik 4 lebuhraya itu melalui caj tol (yang dijenamakan semula sebagai caj kesesakan) untuk selama-lamanya walaupun tempoh konsesi tamat.

Rakyat yang akan tanggung. Bukan kerajaan.

Tapi Tony Pua tak puas hati dan telah keluarkan kenyataan bahawa kerajaan juga perlu bayar untuk pemansuhan tol zaman saya PM.

Dia kata, sebab itu saya hukum rakyat dengan GST supaya ada wang untuk mansuh tol.

Pertama sekali saya nak tanya Tony:

Harga barang sudah turun selepas GST dimansuhkan, tak?

SST telah turunkan harga barang ke, seperti apa yang dia pernah ucap.

Bantuan kepada rakyat meningkat atau menurun selepas GST dimansuhkan?

Bagaimana pula dengan hutang negara?

Ok. Kita pulang ke isu tol.

Tony memetik isu tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau.

Konsesi kedua tol itu sebenarnya tamat pada tahun 2018.

Tapi pada tahun 2011 semasa saya PM, kerajaan lanjutkan konsesi kedua tol selama 20 tahun.

Yang sepatutnya tamat pada tahun 2018 kini tamat pada tahun 2038.

Kenapa BN lanjutkan konsesi untuk 2 plaza tol itu?

Kerana pada tahun 2011, kita beli balik syarikat PLUS sepenuhnya dari tangan swasta supaya syarikat itu kini milik 51% kerajaan dan 49% oleh KWSP.

Selepas beli balik, kita rundingkan semula perjanjian konsesi.

Kita lanjutkan dua tol itu untuk 20 tahun supaya kadar kenaikkan 10% setiap dua tahun yang dipersetujui PM ke-4 ditukar menjadi 5% setiap 3 tahun.

(Namun kadar tol untuk semua lebuhraya milik PLUS tak pernah naik sepanjang tempoh saya PM kerana kerajaan bayar pampasan kepada PLUS untuk tidak naikkan)

Dan kita lanjutkan konsesi untuk 2 plaza tol itu selama 20 tahun sebagai pampasan.

Bagaimanapun, selepas dilanjutkan pada tahun 2011 kedua tol itu telah dimansuhkan sepenuhya pada tahun 2018 - iaitu tarikh asal tamat konsesi sebelum dilanjutkan.

Ya, kita bayar pampasan untuk mansuhkan tol itu.

Pampasan dibayar 51% kepada kerajaan sendiri dan 49% kepada KWSP.

Bukan dibayar kepada syarikat swasta seperti kes 4 lebuhraya PH itu.

Yang Tony tak beritahu ialah tawaran RM6.2 bilion PH itu sebenarnya adalah 2.7 kali ganda nilai buku 4 lebuhraya itu.

Itulah sebab harga saham syarikat Gamuda melonjak naik setelah durian runtuh pengambilan tol ini diumumkan.

So, Tony patut boleh bezakan:

1. BN tak berjanji mansuhkan tol. Kita buat sahaja. Kita tak tipu pengundi seperti PH.

2. Kerajaan BN bayar pampasan kepada kerajaan sendiri dan kepada KWSP - bukan syarikat swasta.

3. Setelah konsesi tamat, BN robohkan plaza tol dan tak kutip apa-apa lagi.

4. PH pula akan terus mengutip tol dalam bentuk "caj kesesakan" untuk selama-lamanya walaupun konsesi tamat.

5. PH janji tol-free tapi apa yang rakyat dapat ialah tol-forever.

Yang lagi peliknya ialah Tony sendiri yang pernah kata kos pengambilan lebuhraya LDP hanya antara RM300 juta hingga RM1.33 bilion sahaja.

Kenapa sekarang PH nak tawar RM2.47 bilion untuk beli balik baki tempoh konsesi lebuhraya LDP?

Pengambilan balik Lebuhraya MEX yang Tony kata hanya RM344 juta itu bagaimana pula?

Isu Ambilalih 4 Tol, Ini Jawapan Tony Pua Kepada Najib Razak.

TONY PUA | Pada zaman Barisan Nasional, pihak konsesi tol untung besar manakala dengan cadangan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol oleh kerajaan Pakatan Harapan, pihak kerajaan, pembayar cukai dan pengguna lebuhraya yang beruntung.



Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan di dalam Parlimen (9 Julai 2019) bahawa pengambilalihan 4 lebuhraya bertol – LDP, SPRINT, SMART dan KESAS akan memberikan manfaat besar kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pihak Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat lebih daripada RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol. Pihak pengguna lebuhraya pula akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun atau lebih kurang RM2 bilion sepanjang hayat konsesi tol.

Tambahan lagi, model pengambilalihan ini tidak akan melibatkan sebarang perbelanjaan Kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar tol sekarang.

Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak cuba mempertikaikan jawapan Menteri Kewangan dengan hujah dalam Facebook bahawa ‘rakyat yang tanggung penuh bayaran balik hutang serta faedah kos RM6.2 bilion untuk beli 4 tol itu. Kerajaan tak bayar satu sen pun.’

Nampaknya, Dato’ Seri Najib sudah hilang keupayaan untuk mengira.

Takkan Dato’ Seri Najib tak tahu bahawa sekiranya konsesi lebuh raya ini tidak diambil alih oleh pihak Kerajaan, pengguna lebuh raya akan tetap membayar kutipan tol yang lebih tinggi kepada pihak konsesi yang membolehkan syarikat lebuhraya ini terus menikmati keuntungan yang besar?

Tambahan pula, Kerajaan masih perlu membayar sekurang-kurangnya RM5.3 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol semasa sehingga akhir hayat konsesi. Jumlah ini juga akan menyumbang kepada keuntungan besar syarikat konsesi.

Sebaliknya, dengan cadangan pengambilalihan kerajaan Pakatan Harapan, walaupun pengguna membayar caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar semasa, kutipannya adalah sudah mencukupi untuk membiayai kos pengambilalihan.

Dato’ Seri Najib juga cuba mengelirukan rakyat dengan kata bahawa “caj tol, yang dijenamakan semula menjadi caj kesesakan, terus dikutip selepas konsesi tamat. Maksudnya plaza tol tak akan roboh. Kekal di sana untuk selama-lamanya.”

Untuk makluman rakyat Malaysia, apabila kerajaan BN dulu ‘merobohkan’ plaza tol, beliau telah meluluskan bayaran pampasan berbilion-bilion ringgit kepada pihak konsesi lebuhraya. Ini bermaksud hanya keuntungan pihak konsesi diutamakan. Yang rugi adalah pihak pembayar cukai yang terpaksa menanggung pampasan yang begitu tinggi. Itulah antara sebabnya kerajaan BN perlu menyeksa rakyat dengan kutipan cukai GST yang begitu tinggi, untuk menampung kos operasi kerajaan yang melampau.

Jika pampasan tidak dibayar pun, tempoh konsesi lebuhraya dilanjutkan berpuluh-puluh tahun, seperti lebuhraya PLUS dari tahun 2018 sehingga 2038 supaya pihak pengguna lebuhraya akan terus membayar tol kepada pihak syarikat konsesi.

Di bawah cadangan yang baru, selepas tempoh konsesi lebuhraya asal tamat, caj kesesakan akan dikurangkan sekali lagi dengan signifikan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. Caj ini tidak akan mengandungi sebarang unsur keuntungan. Sekiranya caj kesesakan tidak dikutip, kos tersebut masih perlu ditanggung oleh pihak Kerajaan dan pembayar cukai secara amnya.

Semasa kerajaan Barisan Nasional berkuasa, terutamanya semasa pentadbiran Dato’ Seri Najib, beliau telah berkali-kali menegaskan bahawa ‘kerajaan tidak mampu mengambil alih lebuhraya’, ‘kerajaan akan mengalami kerugian besar’, ‘kadar tol tidak boleh dikurangkan’ dan ‘kos pengambilalihan adalah berpuluh-puluh atau beratus-ratus bilion ringgit’.

Tapi sekarang, kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan secara jelas bahawa kerajaan mampu mengambil alih lebuhraya bertol dengan tawaran RM6.2 bilion ini; kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian, malah akan menerima penjimatan melebihi RM5.3 bilion; dan kadar tol atau caj kesesakan dapat dikurangkan dengan signifikan.

Dengan jelas, kerajaan Barisan Nasional dulu hanya mementingkan keuntungan konsesi lebuhraya swasta, manakala kerajaan Pakatan Harapan mementingkan kepentingan rakyat dan pembayar cukai.

Usaha pengambilalihan ini merupakan langkah pertama merealisasikan janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat. Sehingga kedudukan kewangan negara membaik pulih pada masa depan, Kerajaan akan terus meneroka cara penyelesaian untuk meringankan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Najib Kata Azmin Lidah Bercabang, Tipu Kononnya Khazanah Nak Tumpu Pelaburan Domestik.

Najib Razak | Apabila Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah jual pelaburan mereka di Arab Saudi yang untung tiap-tiap tahun kepada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar, dia bagi alasan:

"Kerana Khazanah mahu tumpukan perhatian mereka kepada pelaburan domestik."

Tapi baru satu minggu dahulu, Khazanah umumkan mereka akan memperluaskan pelaburan mereka di Amerika Syarikat.

 

 
Sejak bila Amerika dianggap sebagai domestik?

Yang saya pernah dengar ialah UK itu bermaksud Ulu Klang. Tak pernah saya dengar USA itu maksud Gombak.

Kenapa pula Khazanah jual IHH Berhad yang disenaraikan di Malaysia itu kepada Jepun dengan harga RM8.4 bilion tahun lepas itu?

Azmin sudah lupa penjualan saham-saham CIMB (RM364 juta) dan Tenaga (RM1.05 bilion) milik Khazanah awal tahun itu?

IHH, CIMB dan Tenaga itu adalah syarikat asing ke?

Juga dilaporkan oleh media bahawa Khazanah sedang dalam rundingan untuk menjual syarikat UEM dan PLUS Berhad.

UEM Bhd dan PLUS Bhd itu syarikat negara mana?

Negara pasir berdengung ke?

Kenapa hampir semua Menteri-menteri PH mengamalkan dasar lidah bercabang?

Dorang sangka ianya sangat senang untuk menipu Rakyat ke atau Rakyat mudah lupa?

Kalau niat adalah untuk menjual aset-aset negara secara lambak, cakap sahaja.

Janganlah bagi alasan yang jelas membuktikan korang memang penipu dan pembohong.

Dua hari dahulu, syarikat Malakoff mengumumkan bahawa pembelian dengan harga cuma RM290 juta itu dari Khazanah akan menaikkan keuntungan mereka setiap tahun dengan serta-merta.

Contoh yang mereka beri ialah pembelian ini akan menaikkan keuntungan mereka untuk tahun kewangan 2018 sebanyak RM68.3 juta dari RM274.4 juta kepada RM342.7 juta.

13 Julai 2019: Pelaburan domestik jadi tumpuan Khazanah, kata Azmin
https://www.malaysiakini.com/news/483617

6 Jul 2019: Khazanah perluas pendedahan pelaburan di AS
https://www.malaysiakini.com/news/482678 - 14 Julai 2019.

ADUN PKR Diketawakan Kerana Buat Kesilapan Remeh..

SOSMED | Nampaknya setiap wakil rakyat samada dari Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, mereka perlu berhati-hati sebelum mengemaskinikan akaun masing-masing.


Ini kerana setiap apa yang mereka kemaskinikan di akaun akan menjadi perhatian netizens yang mengikuti mereka.



Contohnya kesilapan yang dilakukan oleh ADUN PKR dari Kubang Rotan, Kedah ini.



Asmirul Anuar telah membuat kesilapan apabila mengatakan tidak menyangka Pertandingan Pancaragam Antarabangsa Dan Kebangsaan akan dihadiri dari peserta luar negara.



Kenyataannya itu kemudiaannya menjadi bahan ketawa di laman sosial.



"Nama pun ANTARABANGSA.. kahkahkah," - Mohd Nizam


"YB parti mana ni woi. Apasal bodoh sangat," - Dwan Pasir


"Saya tak sangka dia YB," - Ishraaf Mazlan


"Malunya kami..," - Jaja Rashnor

Adun Kubang Rotan itu kemudiannya telah membetulkan kesilapannya selepas beberapa jam post itu dimuatkan di Facebook.



Bagaimanapun hal itu tetap menjadi bahan sindiran netizens sehingga komen-komen terpaksa dipadamkan.

Namun tinjauan kami mendapati berkemungkinan besar post lama telah dipadamkan dan Asmirul Anuar telah memuatkan post baru.

Ini kerana jika dikemaskini sekalipun post lama, netizens masih mampu melihat post lama menerusi button 'view edit history'.

Mungkin hal itu akan menjadi polemik berterusan menjadikan post lama perlu dipadamkan dan digantikan dengan post baru. - 14 Julai 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...