Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Januari 2019

SPR Belum Sah Bila Gagal Lantik Lagi 6 Pemegang Amanah, Mana Boleh Kendalikan PRK Kata Peguam.

Azam Aziz | INI ADALAH SUATU PELANGGARAN PERLEMBAGAAN YANG SERIUS

1. Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut :-

"Suruhanjaya Pilihan Raya HENDAKLAH DI LANTIK oleh Yangdi-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang Timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain."


 
2. Ini bermaksud SPR itu hanya wujud apabila YDPA telah melantik 7 orang pemegang jawatannya seperti yang di nyatakan dalam Perkara 114(1) Perlembagaan.

3. Setakat hari ini, YDPA hanya melantik Pengerusi SPR dan 6 orang ahli SPR lain masih belum di lantik.

4. Ini bermaksud SPR masih belum wujud mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan.

5. Yang wujud sekarang hanyalah "SPR HANTU" (dulu istilah pengundi hantu).

6. SPR HANTU ini telah mengendalikan 2 Pilihanraya Kecil setakat ini dan di sebabkan SPR SAH masih belum wujud maka SPR HANTU tidak boleh berfungsi sebagai SPR sah mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan.

7. Maka keputusan PRK Port Dickson dan pengendalian PRK Cameron Highlands yg di buat sekarang adalah TIDAK SAH DAN TERBATAL kerana tidak di kendalikan oleh SPR.

8. Mengikut RULE of LAW, SPR masih belum wujud.

9. Bagaimana sesuatu yg belum wujud, boleh mengendalikan PRK?

10. Pengerusi SPR bermesyuarat seorang diri dan membuat keputusan SPR secara seorang diri selama ini.

http://www.spr.gov.my/…/i…/carta-organisasi/ahli-suruhanjaya

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412

Ya Najib, Awak Memang Tak Buat Homework Bila Tuduh Kerajaan Kurangkan Bantuan Makanan Asrama Dan Ini Dalil-Dalilnya..

Friends of Maszlee Malik | FAQ Tuduhan Najib Mengenai Bantuan Makanan Asrama (BMA)



 



1. Adakah harga Bantuan Makanan Asrama (BMA) pernah diletakkan siling sehingga RM18?
TIDAK. Seperti pernah diterangkan sebelum ini, harga makanan bergantung kepada jumlah murid, kedudukan sekolah dan jenis sekolah. Misalnya Sekolah Sukan oleh kerana diet makanan perlu mempunyai spesifikasi tertentu, ditetapkan pada harga RM30 sehari.

2. Adakah BMA hanya terhad untuk SBP seperti dilontarkan Najib?

TIDAK. Najib ni apa pun dia tak tahu. BMA untuk semua sekolah termasuk sekolah asrama harian.

3. Adakah penurunan 72% bermakna peruntukan dikurangkan sebanyak 72%?

TIDAK. Penurunan tu maksudnya dah diturunkan. Bukan turun tu maknanya potong. Ianya istilah dan terma kewangan kerajaan yang bermakna sudah 72% peruntukan diturunkan melalui waran agihan peruntukan kepada penerima seperti JPN, PPD & sekolah.

4. Bagaimana pula dengan baki 23% lagi?

Baki lagi 23% pula akan diselaraskan pada Julai nanti. Pelarasan bulan Julai ni adalah normal. Lagipun zaman Najib dulu pun peruntukan bukan turun 100% bulan Januari. Malah peruntukan tambahan boleh dimohon pada sesi Parlimen bermula Mac nanti. Ini sesuatu yang normal.

5. Betulkah peruntukan BMA dipotong RM100 juta untuk 2019?

BENAR. Pertama ada kemungkinan peruntukan ini tidak digunakan habis untuk tahun 2018 dan mempunyai baki, jadi peruntukan tahun 2019 dibuat berdasarkan penggunaan tahun 2019. Kedua mungkin peruntukan ini dipotong berdasarkan situasi kewangan semasa, walaubagaimanapun jangan lupa PERUNTUKAN TAMBAHAN boleh dipohon dari masa ke semasa.

6. Betulkah Najib Razak tak buat homework dan tak faham terma serta istilah kewangan kerajaan?

Saya tak tahu. Anda semua nilaikan sendiri.

Isnin, 28 Januari 2019

Kos Makan Pelajar Asrama Berkurangan? ZF Zamir Jawab Najib.

ZF ZAMIR | Adakah benar harga makanan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikurangkan dari RM 18 kepada RM 14.50?

7 perkara untuk dipertimbangkan untuk memahami isu ini.

 
1. Rekod Bahagian Perolehan KPM menunjukkan bahawa KPM tidak pernah mengurangkan kadar harga makanan bagi murid SBP.

2. Harga makanan asrama adalah berdasarkan menu yang diputuskan mengikut keperluan nutrisi murid seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

3. Ini termasuk bagi bekalan makanan bermasak dan pengiraan harga kontrak termasuk mengambil kira bilangan murid dan lokasi sekolah.

4. Maknanya, semakin ramai murid, semakin rendah harga ditetapkan atau semakin jauh sekolah dari kawasan bandar, makin tinggi harga ditetapkan.

5. Penetapan harga kontrak juga berdasarkan kepada kontrak, yang dianugerahkan melalui tender terbuka, dan dipersetujui antara kontraktor dengan Kerajaan.

6. Manakala bagi tender yang baru dianugerahkan untuk tahun 2019, pelantikan kontraktor adalah melalui kaedah tender terbuka dan pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang selaras dengan garis panduan, peraturan serta pekeliling berkaitan perolehan.

7. Jadi kembali kepada soalan – adakah benar dakwaan Najib harga makanan untuk SBP dikurangkan dari RM 18 kepada RM 14.50 – jawapannya TIDAK BENAR.

Sekian terima kasih. - 28 Januari 2019.

"Allah Beri Petunjuk Tolak PH" - Sepang Jawab Marang.

HANIPA MAIDIN | Hujah agamawan cum politician yang begitu simplistik.
1. Ada seorang pemimpin tertinggi dalam parti ehem dilapor media mengaitkan pemberian petunjuk daripada Allah kepada pengundi yang memilih calon beragama Islam (dari BN) bagi mewakili rakyat di Cameron Highland (CH).

2. Dengan lain perkataan atau bahasa mudahnya calon BN menang kerana hidayah dari Allah. "Mafhum mukhalafah"nya (pengertian sebaliknya) calon PH yang bukan Islam kalah kerana Allah tak bagi petunjuk atau hidayah pada pengundi di CH untuk undi calon PH tersebut.


3. Ini doktrin, yang, bagi saya, amat rapuh. Jika kita guna logik yang sama, kita berhak tanya bagaimana pula dengan calon PH yang bukan Islam yang menang dalam PRU 14 yang lalu? Dan bagaimana pula dengan calon BN yng bukan Islam yg kalahkan calon PH yg muslim? Dan bagaimanakah dengan calon parti ehem yang bukan Islam? Panjang senarai jika nak bagi ni.

4. Tak pe lah nak berteori tentang kemenangan BN di CH tapi janganlah terlalu simplistik hingga guna hujah petunjuk Allah secara mudah begitu.

Macam mana orang nak hormat pada Islam? Disgraceful !!! - 28 Januari 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...