Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 Oktober 2018

Latheefa Mengutuk Perangai #TeamReformasi20Tahun Kaw-Kaw.

LATHEFA KOYA | Teliti baik-baik;
 

Mula-mula sekali pemilihan 2 orang kena tangkap pasal rasuah oleh pihak MACC - dan ini tangkapan yang dibuat bukan atas fitnah kosong semata-mata ala budak kecik tetapi secara serius ditangkap oleh pegawai-pegawai MACC dan dirakamkan - adalah 2 orang yang rapat dengan gang budak kecik. Wang yang terlibat ialah RM20 ribu.


2. Kemudian keluar pulak video - calon ketua AMK geng budak kecik dalam video - dilihat membantu tekan pengundi - siap diberi amaran.

3. Kemudian keluar pulak video - Calon ketua wanita geng budak kecik dalam video - terang-terang sedang beri habuan dan siap menukar kertas 'cai'.

4. Kemudian tersiar cerita - kupon makanan yang disediakan gang budak kecik lagi - semasa pemilihan di cabang.

5. Kemudian - tersebar luas rakaman video yang merakamkan pengundi-pengundi yang tidak dikenalpasti yang hadir untuk mengundi - dibawa dalam van - memakai lencana William Leong (jelas gang budak kecik). Aduan dan laporan polis telah dibuat.

6. Juga keluar video 7 orang pengundi (bukan anggota) yang juga cuba menggunakan ID anggota secara palsu - dilapor dan ditangkap polis.

7. Beberapa orang tentera juga turut telah dicam yang datang ke cabang siap sedia dengan borang 11 yang telah pun diisi dengan tulisan yang sama (borang undi ragu).

8. Terdapat juga aduan rasmi dan berita berkenaan peningkatan anggota secara mendadak dicabang Julau, Sarawak. Siapakah mereka ini.

9. 3 hari lalu lagi calon Naib Presiden gang budak dilapor polis kerana sekali lagi didakwa memberi rasuah - tetapi jawapan yang diperangkap.

10. Dan akhir sekali semalam parti dikejutkan dengan berita satu alat jammer dijumpai di balai pemilihan - yang disangsi sebagai alat untuk sabotaj pemilihan di Kuala Selangor - angkara siapa ini?

Jadi masih nak melaung-laungkan REFORMASI 20 tahun! - 29 Oktober 2018.

Shahidan Kassim & Skandal Cabul Remaja 15 Tahun - Kronologi Kes.

KRONOLOGI | Semua ini bermula apabila Pengerusi MyWatch, Datuk Sri R. Sanjeevan mendedahkan perkara itu di Twitternya malam tadi.


Perkara itu kemudiannya dipetik oleh beberapa media tempatan dan dilaporkan secara berleluasa.

 
Polis bukan sahaja mengesahkan dakwaan tersebut adalah benar bahkan mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh remaja itu pada 20 Oktober 2018 sememangnya telah ditarikbalik oleh keluarga remaja tersebut.




Susulan dari beberapa laporan itu, Sanjeevan kemudiannya tampil mendedahkan nama bekas menteri yang dimaksudkannya dalam TWEET sebelum ini.


Menurut Sanjeevan, bekas menteri itu ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau yang juga dari parti UMNO.

Laporan polis itu ditarikbalik kerana keluarganya enggan memanjangkan perkara tersebut.

Kes berkenaan dilaporkan oleh The Malaysian Insight adalah seperti berikut;


Menurut laporan itu, gadis itu memasuki kereta suspek selepas diberitahu oleh seorang lelaki yang dipercayai guru beliau bahawa suspek ingin melihatnya.


Mangsa yang berasal dari Arau itu tampil dengan kumpulan yang bernama Kumpulan Aukustika pada 7 @ DSSK Busker di Stadium Tuanku Syed Putra.

“Beliau tampil bersama kumpulan itu sebelum seorang lelaki yang disebut sebagai ‘Cikgu Azhar Hassan’ memberitahunya bahawa suspek ingin melihatnya di dalam kereta.

“Gadis itu bersetuju. Kedua-dua suspek dan mangsa menghabiskan 20 minit di dalam kereta di mana suspek telah menawarkan gadis itu peluang untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Beliau ditawarkan RM4,000,” kata sumber lain.

Pelajar sekolah menengah itu memutuskan untuk keluar dari kereta selepas ahli politik veteran itu menyentuh bahunya tanpa persetujuan daripadanya.

Sebelum menyentuh bahunya, dia memegang tangan gadis itu.

“Gadis itu pergi dan berlari selepas berasa takut tetapi kami tahu bahawa lelaki itu hanya memegang tangannya dan membelai bahunya.”

“Dia tidak menyentuhnya di tempat lain,” kata sumber itu
.

Sementara itu dalam perkembangan yang berkaitan, beberapa pihak tampil memberikan pandangan berhubung laporan polis yang ditarikbalik itu.
 

Antaranya peguam PKR, Latheefa Koya.
 

“Ini membingungkan kerana laporan polis yang dibuat atas kesalahan jenayah tidak boleh ditarik balik. Ia mesti disiasat.

“Hakikat bahawa kanak-kanak itu tiba-tiba menarik balik laporan itu adalah satu amaran yang perlu diambil perhatian dan ia sangat membimbangkan,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Latheefa juga menyeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk segera melindungi gadis itu dan menyiasat perkara tersebut.

“Kementerian Wanita, yang bertanggungjawab terhadap mangsa penderaan seksual, harus segera mencari gadis muda ini dan memastikan beliau mendapat perlindungan, bantuan dan kaunseling yang sesuai".

“Sebaliknya, jika terdapat asas untuk laporan itu tanpa mengira sama ada ia ditarik balik, maka mengapa pelaku atau suspek masih bebas?

“Polis perlu segera mendapatkan bukti, termasuk menangkap suspek yang dinamakan oleh gadis itu.

“Jelas sekali perkara ini melibatkan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak, ia mempunyai kepentingan awam yang serius; dan menjadi lebih serius kerana dikatakan melibatkan seorang ahli politik terkemuka,”
katanya lagi.
PDRM pula menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya telah menutup kes berkenaan. Perkara ini disahkan oleh
Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner,
Noor Mushar Mohd.

Noor Mushar Mohd, dipetik sebagai berkata, Sanjeevan tidak mengetahui prosedur sebenar yang dilakukan oleh pihak polis.

“Aduan (didakwa) itu sudah ditarik balik oleh pengadu pada hari yang sama dia membuat laporan kepada pihak polis, minggu lalu.

“Walaupun aduan sudah ditarik balik, namun pihak polis masih melakukan siasatan dan ada pihak yang dipanggil untuk diambil keterangan.

“Malah, pihak polis sedang mendapatkan nasihat daripada Timbalan Pendakwa Raya mengenai kes ini sama ada ia boleh diteruskan untuk pendakwaan atau tidak,”
katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro hari ini.

Noor Mushar juga berkata, beliau berharap Sanjeevan jangan campur tangan kerana dibimbangi dia boleh didakwa kerana mengganggu siasatan polis.

“Kita tidak melindungi sesiapa meskipun pesalah itu daripada golongan kelas atasan sekali pun.

“Seeloknya dia (Sanjeevan) tidak mencampuri urusan polis kerana dakwaan yang dilakukannya seolah-olah dia tidak mengetahui prosedur yang dijalankan pihak kami,”
katanya.



Di sosial media kelihatan penyokong parti telah membuat beberapa spekulasi liar.



Antaranya, dakwaan ini adalah bertujuan untuk menekan Shahidan Kassim agar menukar parti.


Malahan ada yang beranggapan laporan polis ditarikbalik kerana ugutan dari pihak tertentu yang berpengaruh di Perlis.

Shahidan Kassim setakat ini belum lagi memberikan apa-apa respon mengenainya. - 29 Oktober 2018.

Ahad, 28 Oktober 2018

PH Guna Lapan Strategi Untuk Manipulasi Pemikiran Rakyat Kata Najib.

NAJIB RAZAK | Dakyah hutang RM1 trilion yang direkacipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik mereka. 


Antaranya ialah:

1. Memburukkan kerajaan BN sebelum ini.


2. Alasan untuk menjual aset-aset negara.


3. Alasan untuk tidak memenuhi janji-janji manifesto


4. Alasan untuk mengurang atau menghapuskan program pemberian dan kebajikan untuk rakyat.


5. Alasan untuk mereka membatalkan projek-projek kepada kawasan-kawasan parlimen yang bukan di bawah PH.


6. Alasan untuk membuka tender semula projek-projek dan beri peluang kepada pihak-pihak tertentu.. 


7. Alasan untuk menaikkan cukai sedia ada atau memperkenalkan cukai-cukai baru serta meminta rakyat berkorban.


8. Alasan untuk menuding jari kepada kerajaan BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot.


Oleh itu, kerajaan PH akan terus menggunakan ayat "trilion" kerana ia amat mudah difahami oleh orang ramai walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, EPU dan BNM serta badan-badan asing seperti Bank Dunia dan semua agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion.

Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada ditahap yang luar-biasa tinggi manakala laporan rasmi RMK11 minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi merumuskan:

"Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh." - 28 Oktober 2018.

Najib Bela Kelantan, Minta Menteri DAP Hentikan Serangan.

NAJIB RAZAK | Saya rasa tidak adil dan kurang senang dengan serangan tidak henti hampir setiap hari dari menteri DAP terhadap kerajaan Kelantan sejak minggu lalu. Terbaru, serangan dibuat ahli parlimen Pulau Pinang hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang kerajaan Kelantan ialah RM1.4 bilion pada tahun 2016.


Apakah keperluan dan matlamat untuk menghina termasuk tindakan kerajaan pusat untuk mendedahkan surat-surat sulit dari kerajaan Kelantan kepada kerajaan pusat?

Baru-baru ini, Menteri Kewangan sudahpun mengesahkan bahawa penurunan hutang Pulau Pinang sebanyak 90% ialah jasa kerajaan pusat pada masa itu. Selain bantuan tunai yang lain, kerajaan pusat juga telah memberi geran sebanyak RM1.3 bilion kepadanya bagi menaikkan kapasiti empangan Mengkuang.

Adakan kerajaan BN memperlekeh dan bertanya mengapa negeri yang kaya tidak dapat menampung keperluan air sendiri?

Maka, apa keperluan kerajaan pusat PH menghina Kelantan yang kadangkala memerlukan pertolongan - terutamanya selepas banjir yang teruk akhir tahun 2014?

Ya, tak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin pada ketika ini tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah PM ke 4 yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satupun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna di negeri itu.

Kerana faktor ini, sumber pendapatan dan pembangunan kerajaan Negeri adalah terbantut.

Pada akhir tahun 2007 iaitu sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang ialah negeri kedua terkaya di Malaysia dengan nilai Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK) Per Kapita untuk Pulau Pinang sudahpun RM31,039 iaitu 4.5 kali ganda berbanding RM6,943 untuk Kelantan.

Ini bermaksud harga tanah di Pulau Pinang jauh lebih bernilai berbanding Kelantan dan DAP mampu memilih jalan mudah untuk menjual tanah kerajaan seperti satu penjualan seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara sahaja pada tahun 2012 dan memperolehi RM1.07 bilion.

Beribu-ribu hektar tanah dan hak tanah kerajaan Pulau Pinang telah dijual ataupun ditukar sejak DAP mengambil alih.

Negeri Kelantan tidak mempunyai jalan mudah yang sama.

Semasa saya menjadi PM, saya banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetul dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL, pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh PH) ataupun penebatan banjir.

Lanjutan ini, Kelantan dapat mengurangkan defisit setiap tahun dan KDNK mereka naik 95.8% dari 2008 kepada RM13,593 pada akhir tahun 2017 berbanding kenaikan 60.6% untuk Pulau Pinang pada tempoh yang sama - bermaksud perkembangan ekonomi Kelantan pada tempoh itu lebih tinggi berbanding Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang ialah Rakyat Malaysia. Rakyat Kelantan juga Rakyat Malaysia.

Negeri yang kurang pembangunan patut dibantu dengan lebih banyak oleh kerajaan pusat - bukan dihina dan diperlekehkan dengan berterusan. - 28 Oktober 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...