Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Nasib Baik Telur Bukannya Batu, JAMAL Berjanji Akan Lebih GANAS Lagi Terhadap BERSIH 5.

Siapa sebenarnya yang terlibat dengan DAESH dan ISIS tu?

Jamal pongpang depan media lagak samseng.

 










Berikut di atas ialah jawapan-jawapan Jamal terhadap soalan yang dikemukakan oleh pihak media. Untuk kau semua nilai sendiri betapa celarunya manusia bernama Jamal Yunos. Bila ahli dia dibawa polis untuk disiasat dia kata ikut undang2. Tapi ahli dia yang sepak, teranjang kacau orang lain, ikut undang2 mane pula bagidol neh?

Tambahan lagi. Undang2 di Malaysia neh meraikan hak sesiapa sahaja untuk berhimpun. Ia juga sebahagian dari undang2? Tak ikut pula si Jamal kau neh?

Lepas tu sedap nak lepas tangan. Lepas neh apa2 terjadi kepada mana2 pendemo KUNING dia takan bertanggungjawab. Maksudnya dia taknak kawal GERAKAN MERAH punya geng. Kau nak penyepak anak orang ke, terajang bagi mampus ke baling batu hancur muka ke ada aku kesah? Lebih kurang begitulah point si Jamal neh sebenarnya. Polis nak siasat ke taknak siasat ke janji aku dah bagi peguam. Lepas neh yang buat keganasan pandai2 la lue hidup. Yang diancam pun pandai2 lue lari selamatkan diri. Bapak gila baybee malaon sekor neh. Dia yang provokasi dia kata orang lain pula. Jahanam. Ini pun ramai yang ikut dia. 

Yang peliknya puak2 neh pertahankan tindakan atas nama membela melayu. Kononnya diaibkan dan dimalukan BERSIH 5. Dimalukan bagaimana? Orang tue p konvoi nak tuntut PILIHANRAYA YANG ADIL. Takan nak tuntut pilihanraya yang adil memalukan kaum melayu? Kaum melayu tak suka benda2 adil ke macam mana neh? SAKAI.

Kalau sungguh nak defend melayu bukan susah sangat. Cari isu2 yang menjejaskan melayu. Contoh isu harga rumah. TPPA. GST. Ini lawan la habis-habisan. Then terbaru isu satu lagi syarikat Bumiputera nak digadaikan pada bukan melayu. Ini lawan la. Bukan soal racist. Tetapi soalnya syarikat yang nak diletgo itu syarikat yang menguntungkan dan ramai pekerja2 melayu di dalamnya. Hah, ada isu. Lawan la. Ini baru namanya menjaga kebajikan orang melayu. Untuk geng2 MERAH yang baca BLOG neh SALAM JARI TENGAH UNTUK KAU. KAU YANG MEMALUKAN BANGSA LA. ELOK P MENINGGAL LAJU2. HIDUP PUN BIKIN SEMAK SAJA. BAI.

Rayuan Kepada Najib, Jangan Jual Syarikat Bumiputera Lagi, Saham Makin Sikit - Kali Ini Anak Syarikat MISC Bakal Lesap.


PENGAMBILALIHAN MISC INTEGRATED LOGISTICS SDN BHD (“MILS”), ANAK SYARIKAT KEPADA MISC BERHAD (“MISC”), OLEH SWIFT HAULAGE SDN BHD (“SWIFT”) YANG DIKUASAI DAN DIMILIKI OLEH LOO HOOI KEAT

1. Pada 9 Mei 2016, MISC, anak syarikat pegangan majoriti Petroliam Nasional Berhad (“PETRONAS”) telah membuat pengumuman di Bursa Malaysia bahawa MISC telah mementerai satu Perjanjian Jual Beli Saham Bersyarat bagi melupuskan pegangan 100% ekuiti MISC di dalam MILS kepada SWIFT. SWIFT diberi masa selama enam (6) bulan dari tarikh pengumuman itu untuk melengkapkan urusan berkaitan pengambilalihan tersebut.

2. MILS adalah sebuah syarikat logistik bersepadu (integrated logistics) yang menawarkan perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu termasuk pengurusan logistik kargo projek mega, pengangkutan darat, laut dan udara, perkhidmatan gudang, pelepasan cukai dan pelbagai aktiviti berkaitan logistik. MILS adalah antara peneraju utama industri logistik bersepadu tempatan.

3. Penjualan MILS kepada SWIFT bertentangan dengan dasar semasa kerajaan untuk menambah pegangan saham ekuiti Bumiputera di dalam syarikat korporat tempatan berkeupayaan tinggi melalui penswastaan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan.

4. Pihak pengurusan MISC menjual MILS kerana berpendapat bahawa perniagaan MILS adalah bukan teras dan secara strategik tidak relevan kepada MISC yang bersaing lebih di arena perkapalan antarabangsa khususnya di dalam bidang minyak dan gas. Itu adalah benar, kerana hakikatnya perniagaan MILS lebih bersifat domestik tetapi sebagai peneraju utama industri logistik bersepadu tempatan, MILS memainkan peranan penting dalam menyokong dan membangun aktiviti ekonomi tempatan.

5. Pengambilalihan ini akan memberi kesan kepada kesinambungan status pekerjaan pekerja-pekerja MILS sekarang ini yang 90%, atau lebih kurang 1,100 orang adalah pekerja Bumiputera. Sebahagian besar daripada pekerja ini mungkin akan dibuang kerana pengurangan pekerja kerana pertindihan fungsi adalah satu tindakan lazim selepas penyatuan dua syarikat yang menceburi bidang yang sama.

6. MILS sebagai salah sebuah syarikat logistik bersepadu tempatan besar yang dikuasai pengurusan Bumiputera menjadi platform untuk melahirkan professional Bumiputera berskil tinggi di dalam bidang logistik dan juga menawarkan ruang untuk melatih generasi muda di dalam bidang teknikal berkaitan dengan logistik seperti penyelenggaraan lori peneraju utama, trailer dan juga sebagai pemandu professional.

7. Antara faktor utama kejayaan model perniaagan MILS adalah pemilikan aset hartanah di lokasi strategik termasuk tanah lapangan, dan gudang simpanan kering dan sejuk. MILS memiliki 140 ekar tanah dan 760,000 kaki persegi gudang di lokasi strategik. MILS juga memiliki hampir 300 unit lori peneraju utama dan 800 trailer. Penjualan ekuiti MILS kepada SWIFT akan menyebabkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputra berkurang.

8. Apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ingin melupuskan pegangan ekuiti di dalam anak syarikat mereka, keutamaan sepatutnya diberi kepada syarikat Bumiputera yang mempunyai merit. Penjualan ekuiti MILS kepada SWIFT, jika diteruskan juga, akan menyebabkan penglibatan Bumiputera di dalam sektor strategik seperti logistik tempatan berkurangan dan menambah ketidakseimbangan penguasaan ekonomi di dalam sektor ini.

9. Nasib pengusaha Bumiputera yang sekarang bernaung dengan MILS juga akan terjejas. Dianggarkan sebanyak RM60 – 70 juta kontrak telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera ini setiap tahun terutama di dalam bidang yang sukar untuk mereka menembusi pasaran seperti penyelengaraan lori peneraju utama, ‘high pressure tankers’, trailer paniang, dan juga pembekalan dan pelembaran tayar lori dan trailer. Penjualan ini akan menyebabkan peluang perniagaan kontraktor-kontraktor Bumiputera yang benaung di bawah MILS turut terjejas.

10. MILS menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yang amat penting untuk melengkapkan dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan usahawan Bumiputera. Jika MILS dikuasai bukan Bumiputera, pemantapan ekosistem yang kondusif untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing mungkin akan terjejas.

11. SWIFT dikuasai oleh Loo Hooi Keat. Loo Hooi Keat sebelum ini merupakan rakan niaga majoriti dalam Konsortium Perkapalan Berhad yang telah diselamatkan oleh MISC / PETRONAS pada 1998. Sebaik sahaja diselamatkan, Loo dan rakan niaganya menubuhkan Konsortium Logistik Berhad (“KLB”) yang kemudiannya dilupuskan sepenuhnya kepada Ekuinas pada tahun 2010. Dengan hasil daripada pelupusan, Loo menubuhkan Swift, menyuntiknya dengan Yinson Haulage Sdn Bhd, dibeli dari Yinson Holding. Berdasarkan rekod ini, kami percaya pengambilalihan MILS oleh SWIFT bukan niat ikhlas untuk membangunkan MILS tetapi lebih kepada satu inisiatif muslihat pelaburan (investment flipping exercise).

12. Umum juga mengetahui bahawa Loo Hooi Keat masih belum membayar wang pampasan yang diterima daripada Ekuinas kepada barisan pengurusan KLB susulan penjualan KLB kepada Ekuinas sebelum ini.

13. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga selaku Pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera harus campur tangan dan mengambil tindakan serta-merta untuk membatalkan cadangan pengambilalihan syarikat MILS oleh SWIFT.

14. Pihak pengurusan MILS semasa yang diwakili penuh ZAYM CAPITAL PARTNERS PLT/ZAYM CAPITAL SDN BHD (ZAYM) harus diberi keutamaan mengambilalih syarikat MILS. Pengurusan MILS telah mengenal pasti sumber kewangan kukuh untuk membiaya sepenuhnya pengambilalihan ini.

15. Pengurusan MILS berhasrat untuk menubuhkan satu Skim Pegangan Ekuiti Amanah Pekerja di dalam syarikat MILS kepada seluruh warga pekerja MILS yang layak untuk merealisasikan kesinambungan pemilikan bagi tujuan penjajaran matlamat dan objektif korporat. Pengurusan MILS juga berjanji akan mengekalkan pekerja sedia ada mengikut terma pekerjaan sekarang sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun akan datang, berbanding janji SWIFT selama satu (1) tahun.

16. Hasrat pengurusan MILS untuk mengambilalih MILS disokong kuat oleh Kesatuan Pekerja MILS dan pekerja bukan ahli kesatuan. Sebelum ini, pekerja-pekerja MILS termasuk bukan ahli kesatuan pekerja telah menyerahkan petisyen bantahan dan meyatakan sokongan pengambilalaihan oleh pihak pengurusan untuk tindakan YAB Perdana Menteri. Walaupun YAB Perdana Menteri telah menyarankan agar pihak pengurusan PETRONAS dan MISC mempertimbangkan semula urusan pengambilalihan itu, sehingga hari ini tiada tindakan susulan diambil oleh mereka.

17. Pihak pengurusan menawarkan harga pembelian yang tidak kurang daripada tawaran pihak SWIFT. MISC tidak akan mengalami kerugian kewangan jika menerima tawaran pengurusan MILS.

Sekian...

Sumber.


Skandal yang pernah kecoh dua tahun sudah.


Ada kaitan ka? Tanya ja.

Kbai.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Serah Nasi Lemak Kosong Cerita Sebenar Bukan Fitnah - Ini Buktinya.

Jam 1 tengahari.

Aku patut publish. Aku tak patut publish. Aku patut publish. Aku tak patut publish. Jika aku publish aku pentingkan diri aku. Jika aku tak publish. Aku fikirkan peniaga tu. Ada tak jalannya untuk perkara ini tak mencederakan dia dan aku. Aku serba salah nak publish benda neh. Aku faham sangat peniaga tu mangsa. Apa yang dia buat dia perlu buat kerana dia manusia biasa. Aku tak kurang modal jika aku mengalah dan buat2 bodoh tarik balik posting dan mengakui salah. Tapi dalam kes neh bukan modal yang aku kisahkan. Dorang main tuduh2 je buat aku rasa marah. Tak boleh blah gaya percakapan macam dah baca berita tersebut.

-----

Jam 12.30

Budak2 neh maki2 aku walau aku dah cakap baik2 dengan dorang. Aku baca berita tu dan ramai lagi yang baca. Bukan aku sorang je. Sapa yang dah baca boleh tampil jadi saksi kejadian. Oleh kerana aku langgan 'Fathi' maka semua post news dia aku dapat dan mostly aku akan baca. Kadang news tu aku tak minat sangat isunya aku tak baca.

Aku bukan gaduh dengan peniaga tu. Tapi aku disalahfahami. Aku kelakar-kelakar baca percubaan populis untuk membentuk imej Azmin. Aku tak usik peniaga pun. Jika penjelasan aku neh akan mendatangkan vibe negative kepada peniaga itu aku minta maaf banyak-banyak. Aku tahu ape rasanya ditekan secara politik. Kerana aku pun pernah kena. Tapi budak2 neh dah melampau. Aku dah explain elok2 kot. Dorang yang tak baca berita dorang buat macam dorang baca. Meluat aihh. Kalau aku tahu ianya akan disunting, aku screenshot awal-awal!

Bukan aku tak pernah sebar benda salah. Aku pernah. Tapi aku tarik balik je la. Jenis aku, kalau aku buat salah aku mengaku. Aku taknak berdolak dalik bagai sebab benda tu buang masa. Aku memilih akui kesilapan dan move on. Sebab perkara2 tu la yang akan mendidik aku sebenarnya. Sekarang yang tuduh-tuduh aku. Akan mengaku tak? Apa tindakan balas dorang selepas terbukti melakukan tohmahan ke atas aku neh? Masing2 fikirlah apa yang masing2 nak buat.

Tuduhan.





Kebenaran.


Aku tak gembira jika aku memilih menyiarkan ini. Aku harap peniaga tu faham.

Gambar Fitnah? Ini Bukti Air Terjun Dakota Rosak Dek Pembalakan, Terima Kasih Pemuda PAS Kerana Kantoikan Diri!

Sebelum ini geng pro pembalakan (geng Pemuda PAS Kelantan) VS geng anti pembalakan telah bergaduh tentang isu ketulenan gambar air terjun Dakota yang dikatakan menjadi mangsa dek kerakusan pembalakan. Ahli2 PAS mengatakan gambar2 yang tersebar itu adalah fitnah. Versi edit. Aku ada lakukan sedikit semakan juga. Nak pastikan betul ke tak tuduhan ahli2 / penyokong2 PAS. Hasil tinjauan aku di dinding FB orang asli yang tinggal disitu mendapati sebaran gambar2 tersebut bukannya fitnah. Aku tak faham kenapa ianya dikatakan fitnah padahal orang asli yang tinggal di situ dah post gambar2 terbaru. 

Sebenarnya ada dua jenis sebaran. Sebaran pertama dari Syam Ghaz. Yang dia dapati dari rakan-rakannya yang bercuti ke situ pada pertengahan bulan Mac 2016. Sebaran kedua ialah dari orang2 asli yang bergambar disitu baru2 ini. Sebaran pertama itulah yang dikatakan fitnah oleh geng2 PAS. Manakala sebaran kedua mungkin dorang tak menyedari kewujudannya.

Ini apa yang dikatakan oleh geng pro pembalakan ;

Menyangkal Fitnah dan Dakwaan Syam Ghaz Bahawa Air Terjun Dakota Telah Musnah

Pemuda PAS Kelantan hari ini menyusur laluan berbukit hampir 6 jam untuk tiba ke kawasan Air Terjun Dakota yang telah diviralkan sejak 3 hari lepas dengan mengatakan ianya telah musnah dan binasa akibat fitnah pembalakan dan penggondolan bukit. Namun realitinya ia tidak seperti yang diheboh hebohkan oleh pihak pembenci Kerajaan Islam Kelantan.

Airnya jernih dan mendinginkan. Pepasir nan indah, suasana yang mendamaikan serta dikelilingi kehijauan hutan. Ikan ikan berenang di celahan batu. Cukup indah dan menenangkan jiwa.

Rakan rakan boleh berkunjung untuk berehat dan berkelah di sini jika sanggup meredah belantara sejauh puluhan kilometer dari bandar Gua Musang.

Alhamdulillah permusafiran kami hari ini telah menjawab segala dakwaan dan tohmahan bahawa kononnya Air Terjun Dakota ini telah musnah dan penyebab utamanya adalah kerajaan negeri yang diperintah oleh "lebai telah rakus membalak".


Nazman.
Pemuda PAS Kelantan.



Dan ini pula jawapan balas terhadap penyebaran Pemuda PAS Kelantan ;


*Air Terjun Dakota: Syam Ghaz to Nazman*

Saya ucapkan tahniah di atas keprihatinan dan tindakan segera di atas laporan yang telah saya siarkan di Fb saya.

Berikut adalah sedikit keterangan saya:

1. Merujuk kepada FB saya, yang saya petik dari rakan 4x4 yang masuk melalui dan rakan rakan beliau yang melalui Air Terjun Dakota:

Gambar sebelum: Air terjun masih dalam, hutan sekeliling masih tebal dan boleh lihat sendiri airnya *menghijau* menunjukan dalamnya air tersebut.

Gambar terkini: Sangat jelas tertera tarikh 18.3.2016 yang menunjukkan Air Terjun Dakota dilanda jentera berat, airnya makin surut. (RUJUK Tarikh pada Gambar)

2. Gambar terkini yang saudara Nazman masukkan di FB beliau bertarikh: 6.10.2016 iaitu *7 BULAN SELEPAS gambar saya yang terkini peroleh dari group 4x4.

Saya percaya telah berlaku penebangan hutan, dan yang ada sekarang hutan sekunder yang ditinggalkan, selepas kayu kayan besar dikeluarkan.

Malah gambar yang dikempilkan Saudara Nazman juga, amat ketara *airnya makin cetek*, balak melintangi sungai dimana beliau dan Ustaz Ja *berdiri di sebelah balak* berkenaan.

3. Daripada gambar yang Nazman sendiri lampirkan di FB beliau bertarikh 5 Oktober 2016, *amat jelas sekali kerosakan berlaku di Air Terjun tersebut*, dengan bangkai pesawat diatas jalan hancur disertakan, dengan kesan jentera berat telah melalui kawasan tersebut.

Maka ia mengiakan pendedahan daripada group 4x4 yang telah melalui kawasan tersebut.

Bagi saya amat malang sekali, laporan yang kita siarkan dikatakan fitnah, jika inilah sifat yang diamalkan oleh PAS, bagi saya mereka mengamalkan dasar tutup pintu dan tidak terbuka.

Syam Ghaz
6 Oktober 2016


-----

Hasil perbandingan membenarkan kenyataan Syam Ghaz. Nampaknya Pemuda PAS yang mengkantoikan dirinya sendiri. Terima kasih juga la. Sebab sekarang hujah di pihak anti pembalakan semakin solid. Btw, akan ada kumpulan lagi ke Air Terjun Dakota kali ini dengan DRONE. Kita tengok pula hasil2 gambar DRONE macam mana. Harapnya Pemuda PAS Kelantan bersedia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...