Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 April 2016

Rumah Adun BN Dipersoalkan Netizens - Besarnya Rumah Dia....

BONGKAR dari Suara Rakyat!!!  
PANAS !!!.. 

Teratak ADUN BN Sarawak berlipat kali ganda besarnya drpd rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang ???

Bagaimana hanya sbg Adun BN Sarawak shj boleh bermewah sebegini ??.. Adakah mmg kumpul duit sejak kecil lagi ??
SPRM tak nak siasat ka ?? 

TV3suku, & media2 proUMNO kenapa tak hebohkan kemewahan Adun BN ini ???

‪#‎Sebarkan‬.. agar pengundi2 ‪#‎PRNsarawak‬ bukak mata & dpt nilaikan sendiri siapa sebenarnya wajah2 pemimpin2 BN !!.. 

SANGGUPKAH ANDA DITIPU BEBERAPA KALI ??.. DI MANAKAH MARUAH ANDA !!!




(rujuk)

-----------------

Aku taknak sentuh isu LGE dan bandingkan dengan adun BN (PRN bubar DUN so patutnya bukan adun lagi dah tapi kita sebut adun senang citer sebab dia penyandang) TETAPI penyebaran di atas ada pointnya.

Berapa gaji dia sebulan?
Berapa lama jadi ADUN?
Berapa harga rumah tu?
Setimpal ke dengan apa yang dia raih tiap2 bulan bagi membolehkan dia memiliki kediaman seperti itu? Aku rasa bukan dia neh jek. Ada ramai lagi yang macam dia neh. Masalahnya kita neh bercakap berdasarkan andaian dan tak memiliki sebarang bukti. Kecurigaan je lebih. Tapi kalau ada bukti pun tak guna. Duduk penjara 4 bulan. Dapat rebat 4 bulan. Dapat parol selepas duduk penjara sekejap. Baik macam ko takyah hukum dia pun. Semuanya ringan-ringan. Kena tang rakyat bagi yang paling berat atas nama pengajaran. Ada bukti takde bukti sama aje terlepas. Nakharom.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Khamis, 21 April 2016

Najib, Siapa Nak Bayar Hutang 1MDB US$50 Juta Ni? - Pengundi Sarawak Sila Ingat Tentang 1MDB Sebelum Memangkah...


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sekiranya kerajaan gagal membayar faedah bon 1MDB berjumlah AS$50 juta.
"Sekiranya bayaran ini gagal dibuat ia akan menjadi satu pelanggaran kepada keseluruhan bon tersebut yang bernilai AS$3.5 bilion dan boleh mencetuskan kemungkinan pelanggaran kepada semua bon 1MDB yang lain berjumlah dalam lingkungan AS$5.1 billion.
"Siapa nak bayaq tu Datuk Seri?" soal Mahfuz pada kenyataan media hari ini.
Dalam loghat Kedah, Mahfuz mendakwa sekiranya ada di antara bon atau pinjaman tersebut mendapat jaminan kerajaan maka kerajaan terdedah kepada obligasi dan liabiliti untuk membayar semua pemegang bon dan pemberi pinjaman.
"Ish takut aih Datuk Seri. Nanti Macam kena ligan dengan cheti dan Along. 
"Ada lagi ka baki duit RM2.6 bilion yang tok Arab tu bagi?.
"Jadi saya harap Datuk Seri kena bayaq lekaih. Jangan bagi kami rakyat tanggung malu kerajaan 1Malaysia tak bayaq hutang.
Jangan pi berhutang pula untuk nak bayaq hutang," katanya.
The Straits Times Singapura 18 April lalu mendedahkan 1MDB menghadapi risiko apabila syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi tidak lagi bersedia membayar faedah bon yang diterbitkan 1MDB.
Akhbar itu melaporkan 1MDB perlu menjelaskan bayaran faedah AS$50 juta kepada pemegang-pemegang bon bagi bon AS$3.5 bilion yang diterbitkannya pada 2012.
Memetik pegawai kerajaan Malaysia yang enggan namanya didedahkan, akhbar itu melaporkan kegagalan membayar ansuran faedah itu boleh mencetuskan apa yang dipanggil‘cross-default’ atau kegagalan membayar komitmen lain 1MDB.
Ini bermakna pemiutang lain 1MDB boleh menuntut penyelesaian awal atau bayaran dipercepatkan bagi hutangnya yang kini mencecah kira-kira AS$5.1 bilion - Malaysiakini.

Menteri Kata Parti Politik Tak Boleh Campur Urusan Sekolah Tetapi Berkempen Pilihanraya Boleh Pula..

Sebelum itu ;


Kementerian Pendidikan melarang mana-mana parti politik daripada campur tangan dalam hal ehwal sekolah khususnya yang melibatkan kes buli atau sebarang bentuk keganasan kerana dikhuatiri ia akan mencetuskan situasi yang tidak harmoni. 
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang bentuk keganasan atau kes buli yang berlaku di sekolah akan diselesaikan oleh pihak sekolah atau pihak jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah yang terlibat. 
"Kalau boleh kita nak elak dari sebarang campur tangan politik yang melampau kerana hal-hal sekolah ini hanya libatkan para pelajar dan di sekolah pelajarnya terdiri dari pelbagai kaum. 
"Kita tak mahu orang lain pula jadi 'jaguh' atau hero dan bawa elemen yang tidak sihat seperti memainkan sentimen perkauman," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-55 di Kuala Terengganu hari ini.

(rujuk)

Owhh parti politik tak boleh melibatkan diri dengan masalah-masalah yang berlaku kat sekolah tetapi kalau berkempen politik takpe pula ;


Seorang calon langsung BN mengedarkan bantuan kerajaan kepada ibu bapa yang kurang bernasib baik di sebuah sekolah dan meminta mereka memastikan kemenangan calon BN dalam pilihan raya negeri Sarawak. 
“Ketua menteri seorang yang baik, kita mesti sokong penuh supaya beliau dapat terus memimpin. 
“(Kita mesti pastikan) kesemua calon BN dan calon langsung BN masuk (Dewan Undangan Negeri),” kata calon langsung BN di Dudong Tiong Thai King. 
Beliau berkata demikian di SJK(C) Thian Hua, Sibu Jaya di hadapan kira-kira 300 orang hadirin.

(rujuk

Kecelaruan yang nyata.

- Parti politik tak boleh masuk campur hal ehwal permasalahan yang berlaku (melibatkan) di sekolah.

- Tetapi dalam masa yang sama parti politik dibenarkan untuk berkempen di premis sekolah.'

- Bahkan dibenar untuk berucap bagi mempengaruhi mak bapak di premis sekolah agar mengundi calon parti.

- Dan edarkan bantuan bersempena pilihanraya bagi meraih sokongan.

Nampak tak apa yang aku nampak? Takyah susah-susah minum arak pun dah mabuk. Spesis apetah dorang neh..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Rabu, 20 April 2016

Selepas Dikritik Teruk, Latheefa Koya Tutup FB Kerana Mengkritik Zakir Naik.

Ustaz Rozaimi menulis di laman rasmi efbinya ;

Saya tidak tahu apa masalah dia ini. Adakah Islam yang dia faham hanya sambut maulid sahaja? Dan bukankah mengIslamkan orang itu lebih baik dari segalanya seperti mana yang disebut dalam sebuah hadith? Owh..mungkin agama yang awak faham agama versi hiburan dan lambaian..bukan agama versi hujah dan bukti akademik. Lupa pula nak tanya..dalam mahkamah, bukankah diajar untuk berhujah di hadapan hakim? Itu bukan galakkan kebencian ke? Ke awak jenis berqasidah dan melambai je dalam mahkamah tu?

Merujuk kepada status yang diupdate oleh Kak Lat yang juga peguam PKR ;


Status berkenaan bukan sahaja dikritik oleh Ustaz Rozaimi bahkan turut dikecam oleh penyokong2 Zakir Naik di ruangan komen sebelum facebook berkenaan hilang.

Sebelum ini Kak Lat ada mengkritik Zakir Naik dan menerima kecaman hebat oleh netizens sebelum memuatkan status di atas. 

Dan selepas update status di atas, Kak Lat terus menutup account facebooknya. Mungkin malas nak melayan komen-komen yang mengkritik dirinya yang mempersoalkan Zakir Naik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...