Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Oktober 2015

#MH370 : Mana Sistem Radar Yang Kerajaan Janji Nak Beli Soal PERWIRA - Satu Lagi Penipuan BN YG Anda Perlu Tahu.


Selepas insiden MH370 Kerajaan Malaysia ada membuat kenyataan di media yg Malaysia merancang mempertingkatkan sistem pertahanan negara khususnya melibatkan siatem radar yang dimiliki oleh TUDM.

2. Alasan yang diberi oleh kerajaan pada ketika itu ialah kerana kemampuan sistem radar sediaada TERPAKSA didedahkan kepada pihak luar dalam usaha mencari pesawat MH370. Tindakan mendedahkan kemampuan sistem radar negara kepada pihak luar adalah suatu tindakan BODOH yang tidak sepatutnya dilakukan atas alasan apa sekalipun. Ini di sebalik keengganan pihak kerajaan untuk membenarkan satu suruhanjaya bebas yg diketuai parti pembangkang untuk menyiasat segala aspek berhubung kehilangan pesawat MH370. Bagaimana mungkin kerajaan begitu berahsia dengan rakyat sendiri namun dengan mudah menggadaikan keselamatan negara kepada pihak luar.

3. JANJI pihak kerajaan untuk meningkatkan kemampuan sistem radar negara memberi sedikit nafas kelegaan, namun sebagaimana biasa kerajaan yg dipimpin umno bn hanya pandai menabur janji, pembentangan bajet 2016 membuktikan kerajaan umno bn berbohong kepada rakyat.

4. Rahsia kemampuan sistem radar negara sudah ditangan pihak asing (sudah tentunya Amerika Syarikat rakan baik kepada negara teroris Israel) namun kerajaan langsung tidak memberi peruntukan untuk usaha2 meningkatkan sistem radar negara.

5. Ini disebalik perbelanjaan ratusan juta untuk membeli pesawat VVIP kedua untuk PM dan baru2 ini peruntukan setengah bilion ringgit untuk pembelian 2 buah helikopter bagi kegunaan Kementerian Dalam Negeri (sudah tentu keutamaan untuk kegunaan VVIP).

6. Sudah jelas di mata rakyat sekarang bahwa kerajaan umno bn langsung TIDAK PEDULI tentang keselamatan negara tetapi lebih mementingkan keselesaan dan kemewahan diri dan keluarga. Tindakan mendedahkan kemampuan pertahanan negara kepada pihak luar sepatutnya boleh didakwa di mahkamah dibawah Akta Rahsia negara namun apabila ianya dilakukan oleh pak menteri semuanya halal belaka.

7. Pihak ATM melalui TUDM telah sekian lama mengusulkan pembelian pesawat sistem radar amaran awal dan kawalan(AEWACS) sebagai "top priority" TUDM disamping pembelian pesawat pejuang generasi ke 4 bagi meningkatkan kemampuan pertahanan udara negara agar setanding dengan tuntutan semasa terutama sejak kehilangan pesawat MH370 dan peningkatan ketegangan dengan tentera China berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

8. Sehubungan dengan itu kami dari Ngo PERWIRA NEGARA yang mewakili bekas2 anggota keselamatan dan penguatkuasa negara seperti ATM, PDRM, KDN, KASTAM, SPRM dan berbagai lagi dengan ini menyeru rakyat Malaysia agar MENOLAK Umno dan BN dalam PRU akan datang diatas kegagalan mereka untuk memastikan Malaysia memiliki Angkatan Tentera yang canggih dan kuat untuk menangkis sebarang cubaan untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negara tercinta ini.

Sekian. Terima kasih

"SELAMATKAN MALAYSIA, TOLAK UMNO/BN (dan sekutu2nya) PRU 14, UNDILAH PAKATAN HARAPAN"

Hj Zaidi bin Ahmad (bekas Mejar TUDM)
Presiden Pertubuhan Kebajikan Perwira Negara (PERWIRA NEGARA)

017 4164728 (Hubungi utk menjadi ahli)

Ahad, 25 Oktober 2015

Berita Zahid Minta Muhyiddin Keluar UMNO Dipadamkan Dari BH Online - Kenapa Agaknya?

Dah kena sound kot?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aku antara yang baca berita tersebut. Ada dalam sejarah google aku. Aku baca kat twitter ada orang tweet yang berita berkenaan telah dipadamkan oleh BH. Then aku laju-laju buka history untuk check. Betui ka kena padam ke apa.

Then memang sah kena padam.

Dia tulis apa ko tahu bila kau klik link tersebut ==> http://www.bharian.com.my/node/91828?m=1

PAGE NOT FOUND.

Kesilapan dalam pemberitaan adalah perkara yang memang berlaku. Pembetulan ialah perkara yang patut.

Aku tak nafikan sebagai manusia apatah lagi syarikat media seperti BH kadang2 melakukan kesilapan tetapi aku macam confuse sikit bahkan aku rasa orang yang baca berita tersebut pada sebelum neh pun akan merasa confuse juga serba sedikit.

Betui ka BH tersalah lapor (agakan aku la pasai tu depa padam). Ka ada something berlaku yang memaksa BH terpaksa padam.

Lihat laporan berita yang dimaksudkan. Kredit pada Nyonyacyber. Ini yang dia sempat screenshot. Aku sendiri tak screenshot cuma setakat baca aje sambil berkata dalam ahti. "Ini la modal kau Zahid. Asal tak setuju je, sila keluar. Sila keluar. Jadahnya tah".


Alih-alih berita tue dah tak boleh dibaca dah sekarang.

Kalau ada rakaman video best juga. Betul ka Zahid halau Muhyiddin macam tu. Kalau betul dan BH padamkan.. maybe si dia tengah nak bermain playsafe kot. Nak tunjuk over pun payah. Kapal dia sekarang bukan kah semakin karam.. so nak lebih-lebih pun kena fikir dulu masa-masa mendatang untuk survive macam mana.. apatah lagi dulu kitanya neh kapal lain tetapi berpindah kapal secara tiba-tiba sehingga rakan-rakan tertentu terasa tertikam di belakang..

KAH KAH KAH..

Video Troll Najib Viral Di Laman Sosial - Najib Jadi Bahan Kutukan Sekali Lagi [Video Inside]

Sorry Najib. 


Video tue memang kelakar kot. Berapa kali tah aku replay sebab kelakar sangat. Part Ahmad Maslan kena tendang yang aku rasa paling kelakar. Nak pecah perut aku kot. Bapak gila kreatif. Bersungguh gila depa mengetroll piem kau neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Video yang dimaksudkan ;


 
Ini versi youtube. Versi facebook pun ada. Klik sini. Di upload oleh Amran Fans tanpa menamakan sumber asal. Mereka tak jumpa kot siapa. Aku pun tatau tapi sebab ada watermark saja-saja la godek sekali memang jumpa plak.

Btw, video troll neh baru episode pertama. Dan setakat neh perghh.. laku nak mampos macam goreng pisang panas. Viral gila kot. Kat fb Amran la, aku tengok yang share dah cecah 11,000 ++ komen.

Komen-komen pun boleh tahan. Mao sakit jiwa Najib membacanya. Ini kalau Najib kau sentap tak memasal ke lokap la korang. 

HAHAHA.

Tapi siyes. Video neh memang kelakar gila sial. Tak sabar nak tengok episode seterusnya. Mao terkeluar soalan 1MDB dan 2.6b.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Menteri Saran IPT Awam Cari Dana Sendiri.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Hadoi. Kali neh IPTA dianjur mencari dana sendiri untuk tampung operasi oleh menteri kau. Idea ini ada pro dan contra. 

Pronya, selepas ini IPTA boleh buat movement supaya ada lebih kuasa untuk menjadi bebas dari pengaruh politik. Kerajaan tak punya hak juga untuk menekan pihak U lebih2 apatah lagi bukan mereka yang biayai operasi pentadbiran universiti sepenuhnya. Polisi2 bahlol ciptaan kerajaan boleh dinyahkan secara beransur2.

Contranya, jika IPTA dok tekan student dengan tambahan yuran itu tambahan yuran ini naik yuran itu naik yuran ini kesian pula tengok student terhegeh2 mencari wang untuk membayar.

Lebih teruk kalau selepas ini antara kriteria kelayakan dinilai dari segi kemampuan student membayar kos pengajian.

Nama aje universiti awam.
Nama aje awak semakin lama semakin membayar lebih cukai dari sebelumnya.
Tetapi faedah yang diterima oleh rakyat semakin berkurangan.
Bahkan warga asing turut menerima tempias.
Kerajaan nak wujudkan satu sistem seperti KWSP ke atas warga asing.
Dalam peringkat cadangan sekarang neh. 
Takut skim neh tak memasal menekan majikan tempatan ja.
Tak dinafikan warga asing mungkin protes juga.
Bukan murah dan mudah nak masuk Malaysia kot pada mereka.
Nampak sangat dah kerajaan kau neh terdesak mencari duit.
Dia akan cekik poket sesiapa saja yang dia boleh cekik selagi mana mereka menjadi pemerintah. Dasat kot.

Ini statement menteri kau.

Baca sat ;

Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) Negara perlu mencari sumber dan peruntukan mereka sendiri, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ini kerana kata Idris, IPTA di Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara,.

Justeru beliau menggesa IPTA-IPTA terlibat untuk mencari sumber dana peruntukan sendiri yang secara tidak langsung dapat membantu mengunjur ekonomi negara yang kini berada pada tahap yang kurang stabil.

"Universiti di Malaysia terlalu bergantung kepada kerajaan hinggakan ada sesetengah itu, lebih 90 peratus bergantung kepada kerajaan berbanding dengan universiti luar negara," tegasnya selepas merasmikan Program Usahasama Low Carbon Transport Research antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Emprial College London di sini hari ini.

Sambil memberi contoh Universiti Thamasad Thailand yang hanya bergantung 30 peratus kepada kerajaan, Idris berkata Universiti Malaya antara universiti yang hebat di Malaysia juga  banyak bergantung kepada kerajaan dengan hampir 80 peratus.

Ia secara tidak langsung menjadi cabaran kepada IPTA-IPTA terlibat untuk bergerak aktif mencari sumber pendapatan mereka sendiri.

"Pihak universiti perlu pandai mencari kewangan mereka sendiri dan kita terpaksa potong bajet kita sedikit.

"Jadi inilah yang berlaku dalam pembentangan bajet kita baru-baru ini, kita mahu lihat bagaimana universiti mencari sumber mereka sendiri," katanya lagi bagi mengulas mengenai bajet kepada pengajian tinggi yang dikurangkan berbanding tahun lalu.

Laporan oleh Awani.

- Keadaan ekonomi negara tak stabil. Bab subsidi berani pula kata ekonomi negara teruk. Bab beli aset laju2 pula kata keadaan ekonomi stabil. Bila pembangkang kritik katanya fitnah. Tak faham aku. Aku kadang mental dengan statement2 menteri kau neh. Bercanggahan antara satu sama lain. Sorang cakap A, sorang cakap B, sorang cakap C. Tatau depa sedar ke tak sedar yang statement2 dorang saling contradiks antara satu sama lain.

- Menteri nak tengok macam mana universiti cari sumber pendapatan mereka sendiri. Kat sini la, akan wujud beberapa perkara yang mungkin memaksa pihak universiti melakukan tindakan yang mereka sendiri tak rela. Contoh, naikkan kadar yuran atau kos. Mungkin akan batalkan program2 tertentu atau tangguhkan perkara2 tertentu bagi selaraskan bajet sedia ada.

- Menteri sebutkan universiti awam di Thai sebagai contoh. Aku ada google. Rujukan sini.

1. Inila perangai menteri kau. Kalau kita suruh banding bab kos sara hidup dia taknak tengok negara jiran. Dia suruh kita belajar dan terima bahawa kita ada budaya kita sendiri.

2. Tapi bila bab potong subsidi itu subsidi ini laju2 suruh tengok negara jiran.

3. Aku baca wiki. Katanya di awal penubuhan universiti tersebut memang bergantung pada peruntukan sendiri. Caranya melalui dividen saham perbankan dan yuran.

4. Namun universiti terpaksa menjual saham dan bergantung pada dana kerajaan.

5. Ketika beroperasi tanpa dana kerajaan, pihak U bebas dari cengkaman politik. Bahkan banyak terlibat dalam siri protes. Key point penubuhan ialah untuk mendidik rakyat tentang konsep demokrasi.

6. Sekarang aku tak pasti sangat macam mana sistem mereka. Samada still bergantung pada kerajaan atau mencari dana sendiri tetapi menteri tak patut bagi keterangan separuh masak seperti ini.

7. Perlu dilampirkan juga bagaimana universiti tersebut hanya layak dapat 30% dana kerajaan meskipun digelar universiti awam.

8. Adakah kerana kerajaan Thai tak mampu untuk tampung operasi U ataupun 30% itu sememangnya mencukupi kerana pentadbiran universiti ditampung dengan pembayaran yuran oleh para pelajar melalui skim pinjaman atau pembiayaian atau apa.

9. Setakat nak sembang sekerat macam neh lepas tue bajet bagus baik pergi mati la. 

Haha.

Tapi fikir logik la.

Dibina guna wang awam.
Dibayar gaji oleh awam.
Alih-alih depa kena cari dana sendiri untuk tampung perjalanan operasi.
Sedikit demi sedikit nak mengGLCkan dan menswastakan universiti awam ka apa neh?
Huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...