Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Oktober 2014

BRIM Bentuk Kupon Untuk Beli Barangan Dapur Sahaja.


Tadi ada baca kat TMI. 

Rujuk sini.

Artikel itu membayangkan bahawa menteri akan menyalurkan BRIM dalam bentuk kupon. Bukan lagi dalam bentuk wang tunai seperti tahun2 sebelumnya. Maknanya wang kupon itu hanya boleh ditebus kat tempat2 tertentu dan mendapatkan barang-barangan dapur aje.

Ini adalah perlu bagi memastikan tiada mana2 pemohon BRIM menyalahgunakan dana tersebut untuk tujuan mendapatkan barangan2 mengarut dan mewah.

Oke.

Aku faham kebimbangan kerajaan. Sebab memang ada point dan pernah berlaku. Tapi bukan melibatkan BRIM family. Atau BRIM warga emas. Sebaliknya BRIM bujang. So kalau dorang nak kuponkan BRIM bujang aku setuju sangat. Aku meluat tengok budak2 bujang yang dapat BRIM dok enjoy sakan malam minggu. Bukan aku negatif pada semua budak2 bujang ek. Ada yang bagus. Tapi ada juga perangai serupa setan. 

Dapat BRIM dok enjoy belanja awek la, wayang la, minum la, beli tiket konsert la apa la. Then bangga tayang kat facebook.

Macam lancau.

Baik bagi duit tue kat mak bapak.

Sebab tue BRIM bujang aku setuju sangat2 dihapuskan. Walaupun ini tidak adil kepada mereka yang benar2 gunakan wang tue untuk menampung keperluan mereka.

Bagi aku BRIM family dan warga emas tak boleh dan tak patut dikuponkan. Ada banyak sebab. Dan tak perlu la kerajaan over-protected nak make sure family mendapatkan barangan dapur aje dengan BRIM tersebut.

Pada awal tahun 2013. Ada family kenalan aku dapat BRIM. Dorang bagi aku duit tue. Untuk belikan zink bagi ganti bumbung rumah mereka yang dah teruk.

So dorang tak beli barangan dapur. Beli zink. Aku yang cari dan banding harga (sebab family tue takde transport) dan berjaya la ganti beberapa bahagian yang sepatutnya diganti walaupun tak menyeluruh. 

Sebab tue bila kerajaan bagi 3x dengan 300 blabla tue aku rasa meluat.

Bayangkan. Kalau kat tempat lain ada family nak ganti zink. 300 tue tak boleh cover sangat. Kita hidup kena fikir jauh dan pelbagaikan situasi. Jangan fikir diri sendiri je.

Aku harap kerajaan boleh tarik balik keputusan gila dia untuk bayar brim 3 kali.
Dan jika sungguh kerajaan ada keputusan gila nak ganti duit tunai kepada kupon pun aku tak setuju.

Itula.

Orang ajak mai turun tempat orang susah taknak. Sekarang buat keputusan syok sendiri. Nak jumpa orang susah baca la blog neh ke jumpa aku ke boleh la aku bawakan.

Ini dok tanya penasihat2 gila babi, gila kuasa, gila pangkat tue buat apa?

Menteri2 kat Malaysia neh memang taraf bingai2 pun ye. Kau ingat penasihat2 tue nak bagi nasihat jujur ke? Nasihat depa bersulamkan duit la. Ngok betul la.

Ibu Dyana Tampil Jelaskan Zairil Bukan Kekasih Dyana, FB Dyana & Zairil Kena Serang.


Susulan kes penyebaran gambar2 yang mirip Dyana dan Zairil.

- Ibu Dyana tampil menafikan Zairil kekasih Dyana. Dyana ada seseorang tetapi bukan Zairil. Dan ibu Dyana percaya gambar2 yang tersebar itu bukanla Dyana. Sebaliknya gambar2 palsu bagi mencemarkan maruah Dyana.

- Sehingga kini Dyana & Zairil belum membuat laporan polis secara rasmi (ketika artikel ini ditulis).

- Sekadar cadangan. Apa kata Dyana & Zairil buat laporan polis terlebih dahulu.

- Dan biar polis jalankan siasatan. Bila siasatan berjalan baru la boleh buktikan gambar2 tue palsu. Kalau tak orang akan memperkatakan ia.

- Macam di facebook Dyana & Zairil. Dah mula menjadi sasaran untuk serangan.

- Ada yang suruh sumpah laknat. Ada yang suruh kawin segera la. Apa la.

- Bagi aku hal neh antara dua orang punya fucking mucking. Kalau betul sekalipun, kalau betul, dan dorang terperangkap atas nama kecanggihan teknologi, bagi aku itu urusan dorang dan dorang perlu selesaikan tanpa campur tangan orang luar. Bukan dorang berbangga2 nak upload. Atau sebar.

- Kalau tak betul? Fitnah? Buat laporan polis sudah. Biar polis jalankan siasatan. Kalau polis yang tak siasat sampai bagi satu keputusan yang pasti kepada polis la dorang kena serang. Sebab Dyana & Zairil dah patuhi ruang undang2 untuk bersihkan nama dan maruah mereka.

PETALING JAYA: "Saya tahu siapa cinta hati Dyana, tetapi bukan Zairil."

Demikian kata Yammy Samat, ibu kepada bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas mengenai insiden penyebaran gambar intim anaknya itu dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, pagi Ahad.


Yammy berkata, beliau tahu sejauh mana hubungan Zairil dan Dyana yang disifatkan tidak lebih daripada sekadar teman rapat di dalam DAP.
  "Memang mereka rapat tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan seperjuangan di dalam parti. Mereka tidak bercinta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

 
Malah, Yammy juga yakin gambar tersebut adalah palsu dan sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier anaknya.
  "Sebagai seorang ibu, saya percaya itu bukan Dyana. Gambar seumpama itu juga pernah tersebar semasa Dyana bertanding di Teluk Intan," katanya.

 
Yammy berkata, beliau tidak marah dengan tindakan tersebut tetapi menganggap ia cabaran yang perlu diharungi Dyana sebagai individu yang bergelar ahli politik.

"Saya tidak marah. Apabila sudah jadi ahli politik dia (Dyana) perlu mengharungi semua fitnah yang dilemparkan. Yang penting dia  perlu tenang dan berjuang mengharunginya," kata Yammy.

 
Pada Ahad, gambar memaparkan aksi mesra dan intim di antara Zairil dan Dyana yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad.

 
Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu.
  Zairil menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka.

 
Sementara itu, Dyana pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang.
  "Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya.

Ahad, 19 Oktober 2014

Isu Gambar Intim - Ini Penjelasan Dyana Sofea & Zairil Khir Johari.


Seperti yang kita tahu sejak pagi tadi telah tersebarnya beberapa gambar yang memaparkan aksi seorang wanita yang menyerupai Dyana Sofea dan seorang lelaki yang menyerupai Zairil Khir Johari, ahli parlimen DAP di laman maya yang bermula di facebook sebelum viral di wassap, twitter, blog dan portal2 berita.

Berikut adalah penjelasan mereka ;

1. Zairil berkata penyebaran gambar2 tersebut merupakan amalan politik longkang pada tahap yang sangat melampau (rendah/menjijikkan).

2. Gambar2 yang tersebar kelihatannya seperti diupload oleh account fb milik Zairil namun Zairil enggan mengulas lanjut tentangnya samada ia kerja hacker (penggodam cyber) ataupun account media sosial itu palsu (fake).

3. Zairil menjelaskan dia enggan melayan perkara (penyebaran) tersebut dengan lebih lanjut.

4. Dyana pula memberikan respon bahawa perkara (penyebaran) itu sangat menjijikkan dan seringkali amalan politik longkang digunakan untuk menyerang pembangkang.

5. Dyana beranggapan dia dijadikan sasaran mudah kerana dia seorang wanita. 

6. Dyana juga enggan menghurai perkara ini dengan lebih lanjut dan tidak berminat untuk melayan amalan politik longkang dengan memberikan respon lanjut pada masa2 akan datang.

7. Dyana juga menjelaskan bahawa amalan politik longkang akan terus digunakan untuk menyerang peribadi dan perkara seperti ini tidak berhenti memandangkan ini bukan kali pertama dia diserang dengan menggunakan gambar super impose. (dulu, Dyana dituduh berbikini).

Sumber : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/19/Zairil-Khir-Dyana/

Aku cuma nak sentuh beberapa perkara.

- Cakap tentang serangan peribadi. Ia berlaku dalam mana2 partisan sekali. Tiada yang lebih atau kurang. Semuanya sama aje. 

- Tolong set security pada account facebook masing2.

- Zaman kecanggihan teknologi, komputer sesiapa pun boleh dicerobohi hanya menggunakan medium internet ataupun bila kau hantar pergi repair.

- So jaga2.

Tue je la.

Kbai.

Gambar Skandal Dyana Bersama Zairil Kecoh Di Media Sosial.

Pagi neh aku mendapat satu sebaran di media sosial. Mengenai beberapa keping gambar yang tak sepatutnya diupload untuk paparan public. Sebaran ini agak mengejutkan kerana ia membabitkan ahli parlimen dari DAP, Zairil Khir Johari dan juga duta DAP yang cantik, iaitu Dyana Sofea.

Setakat neh sebaran hanya membabitkan medium facebook dan wassap. Rata2 tidak tahu samada gambar yang tersebar ini membawakan apa2 maksud tertentu.

Cuma. Kalau diperhatikan pada masa ketika gambar ini discreenshot ialah 6.30 pagi.

Gambar yang tersebar ;


Dan mula menjadi sebaran awam ;


Pertama. Aku tatau gambar2 yang tersebar itu adalah benar ataupun palsu.

Kedua. Andaikata palsu, memang biadap la si penyebar yang cuba mengada2kan fitnah.

Ketiga. Jika benar, maka kenapa ia diuploadkan ke facebook?

Keempat. Adakah account facebooknya dihack oleh pihak tertentu atas tujuan tertentu?

Kelima. Adakah komputer2 milik Zairil boleh diakses oleh pihak tertentu atas tujuan pencerobohan dan kecurian maklumat?

Ini beberapa perkara yang perlu difikirkan. Buat permulaan. Jangan buat sebarang spekulasi. Adalah lebih baik untuk kita duduk dan dengar penjelasan dari pihak2 yang terbabit. Tak perlu buat andaian melulu. 

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...