Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Disember 2013

Hot : Gaji Ahli Parlimen Bakal Naik Sehingga RM35, 000 Sebulan !!!


Momantai. 

Kalau wakil rakyat macam Rafizi tue. Jenis alert dengan masalah rakyat. Buat kerja. Bentang fakta, hujah, idea dan strategi. Kalau yang macam Bung Muktar tue macam mana? Boleh ke rakyat menerima wakil2 rakyat seperti itu? Sudah tentulah tidak boleh. Ini bullshit namanya tue. Pun begitu RM35,000 sebulan terlalu tinggi. Tak boleh kita sokong waima dia buat kerja macam Rafizi sekalipun.

Hehe..

Rujuk ;
Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.
Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.
Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.
Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.
"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Chelakey. Makin angkuh la ahli2 parlimen macam Bung Muktar tue. Sudahla kaki meroyan. Ahhhh aku tak boleh terima benda neh. 
Tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh.. !!!!
Tak silap aku ari tue Khalid Ibrahim cakap dia akan sokong jika ahli parlimen juga dinaikkan gaji. Nampaknya kenyataan tersebut telah menjerat diri dia now. Tindakan kenaikan melampau ini tidak bijak. Aku tak sokong. Biarpun ada yang membalon. Kita tetap relax tak sokong. 
Kenyataan MB, jika usul kenaikan ahli parlimen ada, Khalid juga akan sokong, itu juga tidak bijak. Memang betul pun kenaikan gaji adun2 dan MB Selangor terlalu tinggi dari segi jumlahnya. Bukan kenaikan menjadi kemarahan. Tapi jumlah kenaikan jadi pertikaian. 
Dan kini ahli2 parlimen pun akan menerima kenaikan yang lebih kurang serupa jika usul ini diluluskan. Sapa yang sokong Selangor hari tue nak sokong gak ke benda neh? Lihatlah bagaimana mulut dan jari berpakat spin dengan menyalahkan orang lain pula.
Amek kaw. 

KAH KAH KAH

Bung Muktar, Kutuk Mengutuk Tidak Menyelesaikan Masalah - 2 Terkorban Nahas Banjir.

Bung Muktar sepatutnya rasa malu. Bahkan dia juga sepatutnya ada serba sedikit rasa bersalah dan bertanggungjawab bilamana sekarang neh kita sudah ada korban banjir di Pahang. 

Rujuk bawah ;


Bukan sekadar mangsa banjir bahkan nahas banjir. Angka kehilangan nyawa akibat banjir adalah 2. Semalam di parlimen Bung Muktar meroyan isu neh.

Rujuk sini bagi mereka2 yang belum tengok aksi royanan Bung Muktar.

Apa yang YB Fuziah buat? 

1. Dia bawa usul tergempar.

2. Kuantan lumpuh akibat banjir.

3. Masalah pertama babitkan isu air dan keselamatan. Apabila paras air naik, maka rumah mereka tidak boleh didiami. Kena berpindah ke lokasi yang lebih selamat. Kemudian kenderaan tidak boleh di access akibat air banjir. Maka kemudahan untuk bergerak juga limited. Lepas tue bagi mereka2 yang bekerja, dan duduk rumah, terpisah apabila jaringan komunikasi juga terputus disebabkan tatau kat mana nak charge telefon. Yang takde duit dalam tangan pun gelabah pasal nanti nak apa2 pun susah.. contoh beli pampers anak..

4. Masalah kedua babitkan isu makanan dan kesihatan mangsa banjir terutamanya yang melibatkan kanak2. Selain dari paras air yang naik, TNB juga terpaksa memutuskan bekalan elektrik di Kuantan. Basically, Kuantan lumpuh habis. Dengan banjir plus takde elektrik plus makanan limited, plus tempat untuk menempatkan mangsa2 banjir juga tidak cukup luas dan sempurna di tambah pula dengan suasana agihan bantuan yang tidak sistematik pada awal2 banjir bermula, disebabkan mereka tak expect yang banjir di Kuantan akan menjadi seteruk ini. Ini menambahkan lagi masalah demi masalah.

5. As wakil rakyat Kuantan, sudah semestinya FUZIAH SALLEH akan dilaporkan keadaan terkini di Kuantan, betul?

6. Jadi setelah menerima laporan la maka dia bawa usul tergempar. Bahkan dia memaklumkan JKM tidak mengambil apa2 peranan [ketika itu]. Ini berlaku kerana ada orang telah menelefon JKM dan memaklumkan masalah2 yang dihadapi oleh mangsa banjir. Tetapi JKM ketika itu tidak mengambil apa2 tindakan. ** Ketika ini rasanya semua dah ke sana untuk hantar bantuan. Kalau ikut respon menteri.

7. Lalu masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Kuantan ini dibangkitkan dalam parlimen. Tujuannya bukan nak kutuk BN [kot2 la Bung Muktar ingat itu sebabnya] tetapi adalah disebabkan nak MINTA BANTUAN DARI KERAJAAN. Ini kerana keadaan yang kelam kabut yang berlaku di Kuantan ini memungkinkan akan ada nyawa yang terkorban. [sekarang dah ada yang terkorban yer]

8. Boleh nampak tak betapa BANGANGnya Bung Muktar sahut usul tergempar tersebut?

9. Ada ke suruh orang balik KUANTAN. Memang la kena balik KUANTAN untuk bantu orang KUANTAN tetapi MP KUANTAN nak balik dengan bawa bantuan. Bukan balik tangan kosong lengang kangkung tangkap gambar bersihkan rumah banjir orang. BODOH NAK MAMPOS PUNYA KINABATANGAN.

10. Tak habis2 PROVOKE dalam dewan. Yang kurang ajar tue, wakil2 rakyat pun ada yang gelak2 bila KINABATANGAN buat LAWAK BANGANG dalam parlimen. Sapa yang gelak2 tue? Dapat muka sebijik2 pun oke gak. Kasi amek ramai2 duduk dalam banjir 5 hari dengan takde makanan, takde air bersih, takde elektrik, takde apa2. Tengok dorang nak gelak2 lagi ke tak lepas neh.

11. Baguslah FUZIAH menerima penjelasan dari menteri. Nak cakap terima kasih kat menteri dalam PARLIMEN pun kena kacau. Apa bangsat sangat sikap KINABATANGAN neh?

12. LYNAS BOLEH DUDUK, BANJIR TAK BOLEH DUDUK <-- Kinabatangan provoke dalam dewan.

13. Kenapa perlu buat provokasi macam neh? Kenapa bukan, ah mari la kita sama2 salurkan bantuan secara sistematik. Cuba kumpul maklumat situasi terkini di Kuantan, dan kemudian kita boleh susun bentuk bantuan supaya semua pihak dapat menerima bantuan yang masing2 perlukan.

14. Tetapi apa yang wakil rakyat bangang neh buat ==> Bung Mukhtar = dia meroyan dalam PARLIMEN.

Tengokla masalah2 yang rakan2 kita di KUANTAN hadapi ;






Tak faham situasi tapi nak juga bercakap pongpang2. Buruk betul sikap yang ditunjukkan oleh Bung Kinabatangan. Dia patut belajar bagaimana nak berhujah berlandaskan fakta. Jangan bawa emosi dan sentimen merepek dia dalam parlimen. Parlimen bukan tempat beruk bersidang. Tapi tempat wakil rakyat bersidang untuk bahaskan masalah2 rakyat. Jika nak bersidang seperti beruk, pergi la kat tempat beruk2 bersidang weh Bung Muktar.

Kalau aku jadi Bung Muktar aku minta maaf aje pada orang awam. Pasal tidak mengambil pendekatan serius dalam isu banjir di Kuantan. Pada kita yang tak berhadapan dengan banjir neh memang la kita rasa lawak huhu haha. Tapi pada mereka yang menghadapi situasi banjir neh tak boleh nak dibayangkan betapa tak keruan nya ahti masing2. Rumah lagi. Barang rosak lagi. Kereta lagi. Macam2 masalah nak fikir. Jangan bergurau tak kena tempat. Jangan meroyan tak tengok situasi. Pandai2 la lue fikir sendiri.

Rabu, 4 Disember 2013

Jawapan Rakyat Untuk Najib Dan Hasan Malek - Siapa Kata Kenaikan Kadar Elektrik Tak Membebankan Rakyat?

Setiap kali menteri2 kita umumkan kenaikan itu, kenaikan neh mereka akan gunakan alasan standard. Alasan standard neh memang alasan yang dah tertakluk pada protokol jawapan yang digubal oleh menteri2 Malaysia agaknya. Tak boleh tidak mereka mesti punyala akan jawab ;

Kenaikan ini tidak akan membebankan pengguna.

Kenaikan ini tidak akan menjejaskan rakyat.

Pengguna mana yang tidak terbeban? Rakyat mana yang tidak akan terjejas? Ada buat kajian terperinci dan mendalam ke sebelum mengeluarkan kenyataan2 seperti di atas? Ataupun itu hanyalah statement syok sendiri tanpa perlu membuktikan samada kenyataan tersebut adalah statement yang benar2 mewakili suara majoriti rakyat ataupun sebaliknya?

Secara logiknya, jika ko bergaji rm500 sebulan. Then ko biasa beli makanan rm1 sehari masa rehat. Then suatu hari, tetiba harga makanan yang ko beli rm1 tue dah dinaikkan menjadi rm1.20 pula. So berlaku peningkatan harga disitu? Bohong la ko nak cakap eh kenaikan ini tak membebankan aku pun. Tak menjejaskan aku pun. Fack ah. Mestilah membebankan punya. Mesti la terjejas serba sedikit. Cuma kat sini rakyat kena cari jalan la macam mana benda2 begitu boleh disesuaikan dengan diri mereka. Adakah patut jimat cermat? Atau tukar saja makanan lain yang lebih murah. Ataupun cari kerja lain yang gaji lebih tinggi? 

Ini caranya rakyat menguruskan perkara2 berkaitan kenaikan. Nak taknak bayar memang tetap kena bayar sebab elektrik kemudahan asas. Dan ya kemudahan mewah bagi Sabah dan Sarawak kan. ** Perli BN.

Sekarang neh jangan cakap banyak. Menteri2 kita dah terlalu banyak bercakap dan bercakap. Apa ko ingat ko sorang aje mulut? Kami sebagai rakyat ada telinga aje ke? Kami pun ada mulut tau. Ini kami nak bercakap guna jari. Kedua2 manusia yang memegang jawatan PIEM dan MENTERI KEPENGGUNAAN tue meh sini baca. Jangan sembang kencang depan geng2 sendiri saja. Komunikasi dua hala dengan rakyat perlu juga. Tapi bukan dengan rakyat yang suka bodek sesaja. Rakyat yang tak suka bodek juga merupakan rakyat juga. Jadi mari sini sembang kencang dengan rakyat macam aku juga oi.

1. Kenaikan elektrik membebankan.

2. 200kwj tidak terjejas. Kata menteri. Tetapi kena ingat 200kwj tidak di ukur melalui miskin kaya. Ia di ukur melalui penggunaan sebulan. Dan penggunaan ini dipengaruhi dengan beberapa faktor penting. Seperti apa? Jumlah bilangan isi rumah, jumlah mereka2 yang menggunakan alat elektrik, jumlah mereka2 yang berkerja dan membuat kerja rumah menggunakan alat2 yang mengunakan elektrik. Itu semua terpakai oke.

3. Bercakap pula pasal kilang. Adakah tarif baru untuk pengggunaan industri juga dinaikkan sama? Yang hari tue aku baca bab pengguna elektrik yang rumah2 tue aje. Kalau untuk penggunaan industri pun naik sama memang celake ah. Pasal kenaikan tersebut akan menyebabkan peniaga2 meletakkan beban kenaikan tersebut ke atas pengguna.

4. Lagi satu yang aku tertanya2. Jika meniaga kedai makan. Elektrik mereka ditarifkan atas nama pengguna biasa ataupun untuk kegunaan industri? Tak kira la mana satu yang pasti jika pengusaha2 kedai makan perlu mengeluarkan lebih wang untuk membayar elektrik maka mereka akan naikkan serba sedikit harga barangan jualan mereka. Begitu juga dengan pelbagai kedai2 lain. So kat sini tak pasal2 bila elektrik naik, peniaga akan naikkan harga product mereka untuk menyerap kenaikan tersebut.

5. Agak2 Najib dan Hasan Malek ada faham ka serba sedikit apa yang aku cuba sampaikan neh? Kalau faham maksudnya jika elektrik naik maka harga barangan lain juga akan naik sama. Tapi gaji tak naik2 pula. Apa citer?

6. Then kerajaan sembang kencang bab dapat menjimatkan 4b setahun. Untuk apa ko nak jimatkan duit tersebut? Nak buat apa dengan duit tue?

7. TNB pun dapat untung rm4b baru2 neh. Tak cukup lagi?

8. Kalau baca sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2013/12/kerajaan-umum-kadar-tarif-elektrik-yg.html

Jelas ada sesuatu yang tak kena dengan alasan2 disebalik kenaikan tarif seperti yang di umumkan oleh menteri. Mereka potpet2 sebut kenaikan arang la gas asli bagai la dan blablabla.. tapi kenaikan2 bahan2 tersebut pula bukan disebabkan kenaikan yang berlaku akibat peningkatan harga oleh pasaran global. Ia berlaku disebabkan pasaran domestik menaikkan harga bahan2 tersebut. Penetapan harga dibuat oleh pihak2 tertentu. Siapa pihak2 yang menaikkan dan menetapkan harga baru ini sekaligus menyebabkan TNB kena naikkan tarif semasa mereka, ada pernah fikir tak kawan2? Kalau tak pernah p fikir sekarang.

Hehe.

So Najib dan Hasan Malek. Ini amaran dari RAKYAT. Berhenti memperbodohkan kami dengan alasan2 BANGANG macam itu oke. Dan jangan pandai2 nak cakap bagi pihak rakyat. Kenaikan ini tak membebankan la, menjejaskan la apa bagai la. Jangan. Bagi orang yang elektrik dia disubsidikan oleh rakyat Malaysia macam korang berdua, korang tak layak sembang kencang bab neh. Nak tahu ia menjejaskan atau tidak menjejaskan rakyat, tanya rakyat directly la. Macam aku. Dan ini jawapan aku.

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK MEMANG MENJEJASKAN DAN MEMBEBANKAN AKU SEBAGAI PENGGUNA DAN RAKYAT DI NEGARA INI. FAHAM?

Dan faham jangan pergi mati plak. Just letak jawatan atau hand over jawatan tue pada aku. Apa tak sanggup? Kalau macam tue turunkan tarif elektrik 50% dari kadar sekarang. Itu solusi terbaik yang aku dah bagi neh. 

Haha..

Rakyat Desak Kerajaan Dedah Syarikat Bumbung Runtuh Atau Rakyat Terengganu Mengamok !!!!!


Perlu ke rakyat Terengganu rangka satu gerakan besar-besaran untuk memberikan mesej yang jelas kepada kepimpinan negeri di Terengganu? Sepertinya pemimpin2 kerajaan di Terengganu tak amek langsung port pasal sentimen rakyat disini kan? Nak tunggu sampai dorang terjah dan serang pejabat menteri besar ka baru nak terhegeh2 amek tindakan apa bagai?

Cabar jangan sebarang cabar Ahmad Said. Rakyat Terengganu bila bersatu memang habis tergolek la korang.

Baru2 ini berlaku satu lagi kes bumbung runtuh. Di ulangi bumbung runtuh. Di mana? Macam biasa, tempat strategik untuk bumbung2 bangunan landing dan merosakkan diri mereka ialah tak lain tak bukan, Terengganu la pilihan utama bumbung2 bangunan tersebut. Bila ditanya kepada bumbung2 tersebut, why you all suka runtuhkan diri di Terengganu hah? Why so special about Terengganu bumbungers? Dorang menjawab dengan penuh gaya dan slumber mak nenek, biasalah,  di mana ada rasuah, disitulah kami runtuhkan diri. Pergghhh. 

Nasib baik depa tak boleh jumpa SPRM dan buat report. Kalau boleh mao mampos sekor2 corrupters di Terengganu tue.

Kalau ikut pendedahan oleh MP PAS, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ;

1. Telah berlaku berpuluh2 runtuhan di Terengganu semenjak 5 tahun lepas. Samada yang besar2 ataupun yang kecil2. Gila kau. 

2. Menurut MP, mereka telah lakukan beberapa semakan. Konon nya menteri cakap syarikat yang terlibat dalam mana2 projek runtuhan akan disenaraihitamkan. Tetapi hakikatnya mereka bohong. Ini kerana mereka berjaya mengesan kontraktor yang membina bumbung masjid dan bumbung tersebut runtuh pada tahun 2009, telah diberikan satu projek pada tahun beberapa tahun lepas [selepas tahun 2009] yang mengakibatkan bumbung masjid yang lain pula runtuh pada tahun 2012. 

3. Menurut MP runtuhan terbaru melibatkan sebuah dewan yang located di Kemaman. Bangunan tersebut masih baru. Berusia hampir setahun. Siling terkopak, dan serpihan bumbung jatuh.

Persoalannya, nak tunggu ada orang mati ke baru kerajaan negeri Terengganu nak amek tindakan tegas? Selepas 5 tahun, runtuhan demi runtuhan masih berlaku dan terus berlaku.

Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu dedahkan semua syarikat2 yang terlibat dalam projek runtuhan tersebut, dedahkan pemilik2 syarikat tersebut kepada umum supaya di lainkali, bilamana syarikat2 ini mendapat projek atau apa2 tender kerajaan untuk bina apa2 bangunan, maka rakyat boleh mengemukakan bantahan atas dasar keselamatan. Disebabkan kegagalan kerajaan negeri Terengganu untuk membendung perkara ini. Mereka tak mampu kawal. Nanti bagi alasan2 bangang. Ah depa tukar nama syarikat. Ah, masa tue dia projek runtuh kat tempat lain, ini tempat lain, lain negeri lain proses dia.. biasalah. Dah dasar kerajaan kan. 

Mesti punyalah bagi alasan demi alasan untuk membenarkan kesalahan dan kecuaian mereka. Jangan harap sampai MAMPOS depa nak cakap begini, oke fine kami salah, cuai dan kami minta maaf. Kami akan lakukan sesuatu untuk membendung kerosakkan tersebut. Jangan harap la. Akhirnya rakyat Terengganu juga kena bangkit melawan. Ini ramai rakyat Terengganu dah panas ahti. Takan nak suruh dorang serbu pejabat MB pula? Ke cabar ke neh? Kalau CABAR katakan CABAR. Rakyat Terengganu sedia mendesak kerajaan untuk mengambil tanggungjawab dan lakukan tindakan tegas dalam isu runtuhan2 di Terengganu. Cakap saja hari dan waktu. 

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...