Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Disember 2012

JAKIM, UMNO, Jamil Khir, Nasruddin, Najib, Bloggers umno korang meh sini kejap.

Aku nak tengok.

Aku nak tengok macam mana dorang spin dan tergolek2 mempertahankan perkara di bawah neh. Aku nak tengok lagak dorang dalam mempertahankan KEPUTUSAN yang pernah DILULUSKAN OLEH KABINET BARISAN NASIONAL. Sebut betul2, KABINET BARISAN NASIONAL.

KAH KAH KAH

Baca bawah jap ;





Keterangan.

1. Majlis raja2 telah memutuskan untuk menangguhkan satu akta yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 2009.

2. Akta apa tue? Owhh akta tukar agama.

3. Apa ada dalam akta tukar agama? Owhh antara yang dinyatakan dalam akta itu ialah ;

- Ibu bapa yang tukar agama tidak semestinya perkahwinan mereka terbubar.

- Alasan tukar agama tidak sepatutnya menjadi alasan perkahwinan mereka dibatalkan ataupun menyebabkan mereka tak dapat menjaga anak masing2.

- Kanak2 mesti kekal dalam agama asal meskipun selepas ibu bapa nya berkahwin. Maksud kat sini berkahwin lain la. Pasangan yang dah ada anak. Aku tak pasti samada ia terpakai untuk seme agama tetapi aku percaya itulah yang berlaku sehingga majlis raja2 masuk campur dan tangguhkan keputusan yang dibuat oleh kabinet pada tahun 2009.

- Menurut Harussani pula ;

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, dipetik berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.      
Maksud tuan mufti ialah mana2 ibu atau bapa yang menganuti islam, anak mereka secara sendirinya adalah menganuti islam.. kecuali bagi anak2 yang dah berumur lebih dari 15 tahun..  mereka bebas tentukan agama sendiri. 

- Dan menurut penasihat majlis agama islam johor pula ;

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

"Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya," katanya. 

Yang aku faham dalam statement di atas ialah bapa lebih berhak dan anak2 mesti mengikuti agama bapa mereka. Itu kalau bapa mereka seorang muslim. Kalau bukan? Kalau bapa dia sendiri yang convert dalam situasi neh bagaimana? Hehehe.

Selepas tue katanya lagi, selepas baligh anak2 boleh tentukan samada mahu dalam islam ataupun sebaliknya. Wahhhhhhh aku suka dengan keputusan ini. Pasal ia boleh menyelesaikan beberapa perkara berbangkit terutamanya anak2 yang lahir dari hasil kahwin campur yang terheret dengan pertelingkahan agama antara ibu dan bapa.. 

Contohnya bapa muslim dan ibu convert keluar ke agama asal.. [murtad, kembali ke agama asal sebelum muslim].. sebab tiada undang2 untuk mencegah murtad jadi anak2 yang lahir dari perkahwinan ini akan terheret dengan pertelingkahan ibu bapa. 

Masing2 nak jadi hero dan heroin konon masing2 la wira dan terbaik untuk anak masing2. Padahal kalau fikirkan perasan anak, dorang dari awal lagi takan buat masalah, bercerai berai dan menyusahkan anak2. Aku tak spesifickan untuk ibu bapa or pasangan2 yang dah bercerai berai oke. Aku tujukan untuk pasangan2 yang suka buat hal dan menyusahkan pasangan2 masing2 dan sehingga menyusahkan anak2 mereka.

Apa yang membuatkan aku rasa perkara ini boleh diperhalusi sebab ia memang merujuk kepada situasi semasa. Benda dah berlaku, masalah dah timbul dan wujud, jadi langkah2 yang boleh menyelesaikan masalah berbangkit perlu dikemukakan. So kalau tanya aku, aku agak setuju dengan pendapat ini. Jap. Ini bukan mulut nurul izzah yang bercakap oke. Hehe.

Fikirkan juga, jika perkara sebaliknya pula yang berlaku.. iaitu bapa yang convert [murtad kembali ke agama asal sebelum muslim] dan ibu pula kekal muslim.. jadi situasi nya pasti berbeza kan? Anak2 kekal dalam agama bapa dan selepas baligh boleh pilih samada nak kekal dengan agama itu ataupun masuk islam. Bukan kah itu yang sepatutnya aku faham menerusi kenyataan di atas?

Kesimpulan.

Yang aku nak tunjukkan ialah heyyyy kabinet rupanya pernah luluskan akta tukar agama ek? Wooorr ia ditangguhkan sampai kini sebab berikan laluan kepada majlis raja2 untuk perhalusi akta di atas. Ada konflik disitu sebab katanya melanggar hukum islam. Dan kabinet apa tue yang luluskan? Psttt.. kabinet barisan nasional namanya.

Dan heyyyy kenyataan ini lebih keras dan mendekati definisi murtad berbanding nurul izzah bukan? BTW, aku sokong nurul izzah sebagaimana aku sokong akta ini. Ia boleh menyelesaikan konflik kesan dari perkahwinan campur. Tapi dengan syarat ia perlu lalui beberapa pindahan terutamanya bila seseorang tue convert = murtad dari islam. Jelas?

Tapi mungkin bloggers umno sedang pening nak counter attack. Nak buat macam mana.. apabila seseorang menentang sesuatu yang dia sendiri tak jelas.. maka beginila keadaan nya. BODOH sama macam pemimpin anda. Tahun 2009 tue najib jadi pm. Jadi najib pun sama BODOH bila dia fitnah PKR dan Nurul Izzah bukan2 dalam PAU 2012. Cakap tak tengok fakta bahawa kabinet dia telah luluskan pindahan akta tukar agama. 

kah kah kah  

Psttt.. Sumber dari berita harian oke. Bukan suara keadilan jauh sekali harakah. Bai.

Ahad, 2 Disember 2012

Kisah yang wajib orang2 UMNO baca dan sebarkan.

Kepada rakan2 media sosial di twitter, blogger, facebook dan yang takde apa2 laman sosial pun takpe. Korang baca citer kat bawah neh dan pakat2 sebarkan seluas-luasnya. Mari kita dedahkan kebiadapan sikap mereka terhadap rakyat marhaen semata2 untuk perhimpunan kutuk pembangkang. Pfttttt


Assalamualaikum , saya ingin berkongsi cerita dengan encik . . Saya bercuti di Kuala Lumpur , saya juga diberi penginapan di Hotel Sunway Putera ( Depan PWTC) , hadiah daripada boss saya kerana berkerja dengan cemerlang :)

Saya bercadang untuk berjalan-2 di sekitar bandaraya bersama

 keluarga saya. Untuk pengetahuan encik , DI PWTC , terdapat persidangan UMNO . Kebanyakan mereka menetap di Hotel yang saya duduk . Dengan ada nya mereka , penggunaan lif menjadi sesak sehingga saya terpaksa menunggu 1 jam 17 minit . Ya , 1 jam 17 minit . saya trlampau menyampah sehinggakan saya mengira berapa lama saya berdiri menunggu lif . Begini ceritanya

Sewaktu itu , pukul 3.30 , saya dan keluarga akhirnya berjaya melangkah masuk ke dalam lif . bilik kami di tingkat 23 . kami ingin ke hotel lobby (tingkat 9) . Ketika kami hendak turun , di tingkat 19 , ada sekumpulan orang umno ( 10 - 15 orang ) meluru masuk ke dalam lif . sampai ke orang kedua terakhir , alarm full lif berbunyi . Saya pun berkata " cik , tunggu lif satu lagi, jgn push , anak saya ada kat sni" . Salah seorang daripada mereka yang tidak dapat masuk berkata " Kami nak pi bersidang ni , cik boleh tak kluaq sat ?" WOW , mereka mengarahkan kami (saya dan kluarga) kluar daripada lif , hanya untuk mereka yang sudah terlambat ingin bersidang ? saya berkata " Cik , atas dasar apa cik nak suruh saya kluar ?" makcik tua umngok jawab " ATAS DASAR NAJIB , PM SAYA DAN KAMU" . 

Sedikit pertelingkahan berlaku , sehingga kan , anak saya yang paling besar itu ditolak kluar . saya ada 3 anak , 2 laki 1 perempuan . yang paling besar adalah yang paling bongsu . namanya Atif . Atif ditolak oleh seorang pakcik UMNGOK ke luar lif . saya marah dan terus memaki makcik itu balik . Mereka berkata mereka seharusnya pergi bersidang tepat pukul 3 . hei , sewaktu itu sudah pukol 3.30 - 3.40 . Nampak sangat orang UMNGOK ni tak tepati masa . Isteri saya sudah keluar dan saya mengalah lalu memberikan mereka lif yang saya susah payah menunggu di tingkat 23 itu . 

Share cerita saya ini kepada semua orang agar semua orang tahu UMNGOK NI GUNAKAN NAMA PM UNTUK SEGALANYA . FUCK UMNGOK

-Marwan-(bkn nama sebenar)

Tolong jgn tanyangkan fb saya dan nama betul saya . tq

Sumber : Malaysiangags.

Azan takde, suara Najib je ada.

Kisah benar.





Semalam. Aku buka tv dalam pukul 6.55 kot. Aku tak sure sangat. Masa on tv dia terus p kat channel ntv7. Kalau ada astro dia memang macam tue. Tv apa yang terakhir ko tengok sebelum tutup astro dia akan ke channel tue time ko on tv balik. So masa tue astro terus paparkan channel 107.

Aku dah tahu je memang tv2 percuma di malaysia paparkan citer pasal umno je dalam dua tiga hari neh. Tapi aku tak layan pun. Ada astro beb. Kita layan astro sudah la. Kita ada pilihan nak dengar atau taknak dengar. Kalau tak suka jangan ko dengar. Buat apa ko dengar benda2 yang ko tak suka? Simple beb.

Masa aku terbuka tv tue.. tiba2 aku dengar najib cakap ;


"Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!," laung Najib di hadapan perwakilan perhimpunan yang berdiri sebagai tanda penghormatan kepadanya.

Laungan anti-Pakatan itu diteruskan lagi dengan menyamakan tindakan mengundi PAS dengan kemerosotan Islam, dan undi DAP dengan penindasan bangsa Melayu.
"Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!

"Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!," laung Najib lagi disambut sorakan dari para perwakilan.

Ini petikan dari malaysiakini. Aku malas nak tulis balik. Tapi memang sebijik seperti di atas la aku dengar dengan telinga aku sendiri. The thing is aku tak kesah kalau umno nak jadikan PAU 2012 persidangan mengutuk pembangkang jika mereka rasa itu agenda utama mereka. Hak masing2 la beb. Persidangan mereka. Lantak la mereka nak bercakap pongpang2 pasal apa pun. 

Tapi bila benda neh dah sampai kat telinga aku, aku terpanggil nak betulkan pendapat di atas. Maaf, bukan pendapat tapi lebih tepat, fitnah. Ini adalah merupakan satu fitnah kepada pakatan. Nampak sangat pembohong nya najib bila cakap 

Satu undi kepada pkr ialah satu undi kepada kerosakkan akidah dan sosial. Sebelum tue dia ada cakap pluralisme juga.

PKR.

PKR ialah parti yang dianggotai oleh berbilang bangsa dan agama. Kena faham la prinsip tue. PKR mewakili malaysia. Takde islam or bukan islam lebih di PKR. PKR bukan stand kepada perjuangan islam. PKR stand untuk membela keadilan dan meraikan perbezaan. Itu dorang punya aim dan matlamat. 

Jika ada orang2 PKR [bukan islam] yang menyokong kebebasan beragama sekalipun, itu logik. After all mereka bukan manusia yang kita boleh kawal pemikiran2 mereka. Mereka bercakap sesuatu atas sebab2 tertentu dan bagaimana pula dengan menzahirkan pendapat seperti itu merupakan satu kesalahan sedangkan kita bersandarkan kepada hakikat yang berlaku di malaysia?

Lagipun adakah anda yakin dalam bn tiada yang menyokong kebebasan untuk beragama? MCA dan MIC seperti umno juga kah? Jika ada so bukan kah itu bermaksud sama je stand BN dan PKR kat sini? 

Satu undi kepada pkr bukan bermaksud kerosakkan akidah dan sosial. Satu undi kepada pkr bermaksud kita rakyat malaysia belajar menerima apa yang sedang berlaku dan mencari jalan untuk menyelesaikan perkara2 yang telah dinafikan kewujudan nya disini.

Menghighlightkan masalah bukan merupakan satu kesalahan. Adakah menjadi hipokrit dan menafikan masalah itu lebih baik pula?

PAS. 

Satu undi kepada PAS bukan merupakan satu undi kepada kehancuran umat islam. Najib bohong! PAS walaupun tidak maksum tetapi dalam segi mendakwahkan islam pas lebih baik dari UMNO.

Aku tahu sukar dan berat untuk orang2 seperti ko mengakui melalui lafaz mulut tetapi dalam ahti ko, ko akui itu betul. Bukan pas yang bina kasino oke. Bukan pas yang buat kilang arak juga. Jauh sekali meluluskan apa2 perkara maksiat di malaysia. Bahkan pas berperang dan berbeza pendapat juga dengan pkr dan dap dalam isu2 seperti ini.

Ko juga tahu. Tapi apa ko buat? Bukan nak sokong or stand pendirian pas ke apa lagi ko gunakan isu itu untuk melaga2kan orang tapi ko cakap ko tak suka orang dilaga2kan tapi ko sendiri buat benda yang serupa, pe citer?

Ko cakap satu undi kepada pas ialah satu undi kepada kehancuran umat islam sedangkan ko sendiri membina jalan2 untuk umat islam hancur? Kemon la. Dalam pas walaupun tak maksum tapi bab aurat dorang follow. Bab azan dorang ikut. Dalam perkara2 yang wajib dorang amal. Ko? Ko cakap orang macam2 tapi ko sendiri? Beli la cermin weh. Cermin.

Kritik pas biarlah pada benda2 yang memang dorang tak betul. Jangan pada benda2 yang memang dorang buat dengan betul. Jangan nafikan kebaikan pas hanya kerana ko umno. Ada kebaikan dalam umno, pas akui juga. So buatla benda yang serupa. 

Ko marah pas tolak kerjasama. Tapi untuk apa ko nak berkerjasama dengan pas yang menghancurkan umat islam? At least time solat, pas berhenti dan beri laluan kepada solat dulu. 

Ko? Masih bercakap depan tv sampaikan aku dengar azan pun pada minit2 terakhir di astro aosis disebabkan terjebak dengan ucapan2 ko. BTW aku check tv3 dan tv1 juga. Confirm takde azan.

Ya, memang niat aku check untuk bagitau penyokong umno pasal hal tersebut. Aku selesa menjadi jujur sebab memang itupun yang aku buat, so?

DAP.

Satu undi kepada dap ialah undi kepada penindasan bangsa sendiri. Itu kata2 najib. Aku tak berapa jelas halatuju dap sebenarnya. Ada orang2 dalam dap aku tengok mereka tak racist pun. Ada juga orang2 dalam dap memang racist. Tapi aku fikir racist dibalas racist maka jawapannya racist2 belaka la.

Mungkin dap racist pada umno sebagai membalas umno yang racist terhadap dap. Dari pengalaman aku, orang2 cina dan bukan muslim mereka bukan racist apa. Ini sikap logik. Kita memang selesa berkawan, bergaul dan keluar dengan mereka2 yang sebangsa dan seagama dengan kita sebab itu memudahkan seme pihak.

Namun, dalam masa yang sama tidak pula kita menolak untuk berkawan rapat dengan mana2 bangsa di malaysia. Cuma bahasa menjarakkan kita disebabkan kita tidak pernah ada usaha untuk memastikan setiap rakyat malaysia disatukan atas satu bahasa.

Maksudnya disini ialah kita terlalu memberikan kebebasan sampaikan ada orang2 yang tidak boleh berbahasa malaysia pun boleh hidup di malaysia even mereka ialah malaysian. Cuba pergi amerika. Boleh ke dorang hidup kalau tak reti speaking? Haram. Interaksi wajib dalam english untuk memudahkan urusan.

Bila itu berlaku automatik kita akan bergaul. Mana pula nak bergaul sorang cakap cina sorang cakap tamil sorang cakap melayu? Macam mana nak faham? Bila tak faham macam mana nak bersatu? Jadi jika ada yang racist dalam puak2 dap itu, instead of menyalahkan dap apa kata kaji dulu perkara2 yang menyebabkan mereka menjadi racist.

Jika rasa bahasa melayu tue sampah sangat sampai umno taknak martabatkan ia so ko martabatkan la bahasa english. Apa2 bahasa pun boleh. Janji ada satu bahasa yang boleh menyatukan kita seme. Itu antara konsep asas untuk membuatkan rakyat malaysia boleh bersatupadu.

Jadi kegagalan ini berpunca dari umno. UMNO 55 tahun mentadbir negara. Bukan baru perintah. So nak salahkan siapa kalau bukan umno? Kalau pas yang perintah benda yang sama pas kena la. Kalau dap benda yang sama dap kena la. Yang dikatakan salah itu bukan pasal parti tapi pasal perbuatan. Polisi tak betul, tak tepat dan tak tegas.

Jadi bila umno sendiri tak bertegas atas satu2 perkara jangan salahkan dap yang amek peluang dan ruang. Ruang dan peluang itu ko yang buka buat mereka. Salahkan diri sendiri. Apa pun dap nak buat, even mca dan mic sekalipun, mereka bukan islam. Kaedah pemikiran mereka berbeza dengan kaedah pemikiran kita.

Tapi masalah sekarang, umno pun mempunyai pemikiran seperti itu. So kenapa pula umno nak marahkan dap yang menzahirkan kelakuan seperti umno? Benda kalau kita tak buat kita marah orang memang logik, tapi kalau benda yang kita sendiri buat [racist] dan kita nak marah orang sebab orang tue pun buat benda sama seperti kita.. memang tak logik. Lue fikirlah sendiri. 

NOTA : Gambar2 di atas aku snap time buletin utama. Bukan time Najib syok kutuk2 pr ketika waktu mahgrib. Dan aku tak tuduh bahawa najib dan umno tak solat mahgrib. Cuma terkilan tv tak paparkan azan sepertimana yang dorang biasa paparkan untuk berikan laluan kepada perkara di atas. Aku fikir tak rugi kot berhenti sekejap untuk memberikan laluan kepada azan.

Video di bawah berkaitan dengan tuduhan najib kepada pkr, pas dan dap mengenai satu undi tue. Saksikanlah.  


ADUN BN Mengamuk !

 

Aku simpati juga dengan luahan2 dari Adun BN. Tapi dalam masa yang sama gunakan cara yang betul untuk membuktikan bahawa luahan2 itu adalah benar. Antara apa yang dia sebut ialah ;

1. Notis cukai pintu yang tak terbayar ditampal depan2 pintu rumah untuk memalukan dia dan family dia..

2. Dia wakil rakyat tapi takde gaji langsung.

3. Kalau taknak bagi gaji cakap la terus terang.

4. Kerajaan negeri kedah zalim sebab dia rasa dizalimi oleh kepimpinan sekarang.

Aku takmo bekap sapa2 pun dalam isu neh. Walaupun simpat juga mendengar luahan dari adun bn tapi tah camne aku rasa bab notis dan bab anak dia yang diturunkan gred memang mengelirukan. Kalau anak dia dilantik ke jawatan yang tak wujud [or sengaja diwujudkan] memang la tak patut. Ini suatu pembaziran wang kerajaan negeri.

Bab notis tue aku bersetuju tak patut gunakan cara tue untuk memalukan dia. Tak kira la ada banyak cara pun tapi gunakanlah cara yang paling kurang mengaibkan dia. Jangan kerana beza fahaman nak layan dia macam tue pula. Tapi berdasarkan kepada jawatan exco, adun seputeh ada syarikat. So kalau ada syarikat takan tak mampu bayar cukai pintu plak?

Lepas tue nak mengamok ajak seme orang keluar dewan. See.. bukan pembangkang jek buat perangai neh di parlimen, orang bn pun sama. Asal nama wakil rakyat. Memang dorang suka keluar dewan je la. 

kah kah kah

Kesimpulannya, jalan citer adun seputeh boleh diperhalusi. Tak semestinya kerajaan negeri salah. Lagipun adun seputeh dah terkantoi bab bagi laluan tue. Even sebelum video paparkan video dia tak bagi laluan [kisah semalam], akal aku memang dah tangkap ehh bukan ko pun sekali tak bagi laluan ke semalam? 

Last2 video main klip dia tak bagi laluan pada hari sebelumnya.. so pepaham la.. benda simple2 gini pun nak buat citer lain apatah lagi benda yang berat2. Kalau ada syarikat dan sibuk dengan kerja2 dalam syarikat tue, better resign je la seputeh. 

Tapi kalau rasa nak berkhidmat, berkhidmat betul2. Bab gaji discuss bebaik dengan kerajaan negeri pas. Kalau bincang cara elok tiada apa yang tidak boleh diselesaikan. Oke. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...