Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Jun 2012

Gambar rumah baru Nik Aziz yang berjuta-juta tersebar.




NIK AZIZ NAK BUAT RUMAH RAKYAT UNTUK DIRINYA SENDIRI.

Nik Aziz sedang membina Rumah Rakyat dengan wang rakyat Kelantan. Itu adalah berita yang aku dengar dari rakan-rakan kelahiran negeri Pantai Timur itu. Dikhabarkan Menteri Besar mereka, Nik Aziz, sedang sibuk membina rumah atau lebih sesuai mahligai Nik Aziz sebagai salah satu mercu tanda Kelantan maju.

Ini kita boleh katakan sebagai Rumah Rakyat kerana duit bagi pembinaan rumah yang menelan kos hampir RM500,000 itu adalah dari duit derma rakyat Kelantan setiap kali diadakan ceramah. Sedangkan Lebuhraya Rakyat yang digembar-gemburkan oleh PAS Kelantan masih belum bermula pun.

Mungkin ini janji PRU-13, untuk PAS terus berkuasa di Kelantan. - ASSU -

kah kah kah

Mohon utusan cepat2 siarkan pendedahan panas anti seme salah umno kat paper dorang cepat2. Ini kan pendedahan yang panas lagi berapi. Rugi wooo tak cetak dalam akhbar. Mari lah sahut fitnah ASSU. Lagi banyak lagi bagus. Boleh larh aku tambah bukti baru kat koleksi kebodohan umno beb. Kalau ada yang sudi menaja boleh larh aku edarkan dalam buku cetakan untuk edaran.

kah kah kah

Menurut info yang aku dapat, rumah di atas neh sebijik cam rumah tokei beras yang kaya raya di perlis. Sedang dalam pembinaan. Sebijik dan serupa. Cam kembar seiras. Selama neh aku sangka binatang dan manusia jek yang ada kembar. Tak sangka plak rumah pun ada kembar. Ini rare. Boleh masuk dalam catatan sejarah beb. 

kah kah kah


Pstttt.. rumah kat atas neh nilai dia rm500k taw.. bukan juta2 ekekekeke.. baru aku tahu. Rupanya semakin besar rumah semakin murah kos pembinaan dia oke. 

Updated ;

Korang baca bawah neh. Antara komen yang aku petik dari ASSU di bawah posting mengenai rumah baru TGNA.



Kelakar tak? Member dah buat research siot. Siap ada orang maki hamun dan percaya lagi. Tak boleh blah. Benda terang2 fitnah pun ada orang bangang percaya. Lawak siot


kah kah kah

Ameno : Sengal siot.. tapi akta keterangan aka penyiaran takan dilaksanakan ke atas dorang beb. Ekekeke..

Prof Dr Nasoha yang hina TGNA rupanya pemuja Mahathir.


OoOoOoOOooo..

Aku takmo ulas banyak2 larh penglibatan dia dalam album kasih sayang kepada mahathir neh. Hak masing2 larh dia nak sayang mana2 tokoh pemimpin pun. Cuma aku heran sket dengan cara dia berfikir. Time dia mengutuk2 tgna kat sini, nampak sangat macam dia beria2 memperjuangkan islam apa seme kan? 

Cara dia tue menunjukkan seolah2 dia sedang memperjuangkan islam walaupun tak dinafikan bahawa dia balon tgna disebabkan terpengaruh dengan fitnah orang. Tapi kan, yang buat dia nampak tak konsisten sangat ialah dia tak balon mahathir pula meskipun mahathir seringkali mempersoalkan hukum2 yang dah terang2 tertulis dalam Alquran.

Contohnya isu judi, kilang arak dan aurat. Kenapa pula dia tak balon mahathir? Siap buat lirik puja mahathir lagi. Kelakar larh orang2 macam neh. Lepas tue beria2 nak kita hormat dia. Orang2 yang berkecenderungan kepada mana2 pihak selalunya gemar membuat penilaian berdasarkan kepada kecenderungan dia bukan berdasarkan kepada fakta dan hakikat.

Ada yang tidak berkelakuan begitu tetapi minor bukan major di malaysia. Peratusan sangat kecil. Tapi yang pasti prof nasoha tak termaksud dalam golongan yang minor tue. Sebab apa, kalau dia benar2 memperjuangkan islam, bukan tgna yang dia kena balon tapi mahathir. Ya, itulah hakikat yang sebenarnya meskipun ramai pemuja2 mahathir takan terima pendapat aku.

Pemuja2 mahathir takan mengakui dorang memuja mahathir sampai ke mampos. Kita boleh puji, kita boleh sokong dan terima mahathir ada jasa2 di malaysia. Tetapi menyokong jasa2 tak bermaksud kena menyokong kemungkaran dan penyelewengan juga.

Ada masanya polisi pentadbiran mahathir memang baik dan ada masanya tindakan mahathir itu tidak baik. Yang baik kita akan terus terang cakap ia benda baik dan yang tak baik kita juga akan terus terang cakap ia benda tak baik. Bukan puji, bodek dan puja sampai tak reti beza benda baik dan tak baik. 

Masalahnya di malaysia neh, ramai rakyat cenderung angkat tokoh bukan angkat isu sampai yang baik dan tak baik pun depa langgar dan lari. Hampeh. Heh.

Ameno :  Nabi saw pun orang tak puja der..

Siapa yang tak undi PAS arab jahilliah - TGNA.


Biar betul utusan neh. Mereka dok pongpang2 pasal perpaduan dengan pas tapi dalam beberapa minggu neh depa dok serang tgna bertubi2. Serangan kalau dengan fakta kita tak kesah tapi masalahnya fakta ke apa yang dorang tulis kat atas neh? Ada beberapa keterangan ayat yang aku sangat2 sangsi ia diucapkan oleh tgna sendiri. Siyes.

Antara nya ;

1. Noor deris cakap pas pernah kafirkan umno.

Setahu aku larh dalam isu neh yang kafirkan umno tue memang ada. Memang ada dalam pas. Tapi itu dulu2. Cara dia yang ekstrem tue ramai orang2 dalam pas tak boleh terima. Lepas tue dia telah keluar pas dan masuk umno. Dan ketika dalam umno sekarang neh kerja dia kafirkan pas jek. Individu tersebut bernama nor deris. 

Dia larh individu yang dok canang2 pas kafirkan umno tapi dia seolah2 terlupa bukan kah dia individu yang kafirkan umno ketika dia dalam pas dulu? Oleh kerana dia dah keluar dari pas sepatutnya dia cakap lah aku dulu dalam pas sibuk dok kafirkan umno. Kenapa dia dok jaja dan heret nama pas atas perlakuan peribadi? Tak semestinya setiap tindakan dan perlakuan dia ketika berada dalam pas mewakili pas.

Heran aku dengan nor deris. Aku pernah terfikir, dia neh waras ke tak? Bukan aku nak sangka bukan2. Maaflah kepada ahli keluarga dia or sedara mara dia yang maybe terbaca blog neh. Cuma aku tertanya2, rasanya sikap orang yang waras bukan macam neh. Aku rasa dia dah hanyut dalam ketaksuban dia. Tue pasal jadi macam tue.

2. Ulama zainal abidin cakap persepsi pas itu islam dan islam itu pas harus diperbetulkan. 

Aku rasa yang lebih tepat adalah lebih baik jika dia betulkan persepsi dia dan persepsi umno yang beranggapan bahawa penyokong2 pas dan ahli2 pas menganggap bahawa pas = islam. Sebenarnya tiada sesiapa pun menganggap bahawa pas = islam dalam pas. Yang ingat kita orang anggap sedemikian ialah orang2 umno. So betulkan persepsi sendiri. 

3. Ulama Mohd Zin cakap TGNA cakap dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada UMNO.

Yang neh aku tatau. Tapi aku rasa mungkin kenyataan asal telah diputarbelit. Dah masak dah dengan perangai utusan. Lain orang cakap lain depa dok sebarkan. Bila umat islam berbalah, bila ulama bertelagah, dia tepuk tangan dalam bilik sorang2 sambil tengok tv. Yahooo aku berjaya pecahbelahkan umat islam. Ekekeke.. 

You mad penyokong2 umno? Sebab aku tak cakap cina tepuk tangan? Ko ingat utusan tak reti tepuk tangan meh?

kah kah kah

4. Tidak undi pas arab jahilliah. Noor deris dan Abdulah cakap tgna cakap perkara tersebut.

Aku juga tatau asal usul kejadian isu neh. So aku takmo ulas apa dan bagaimana. Cuma aku percaya ia satu lagi perangkap utusan yang memutarbelitkan kenyataan asal tgna sekaligus menyebabkan ramai orang islam sakit ahti dan bertelagah sesama mereka. 

Apa yang utusan buat bila umat islam bertelagah? Masuk bilik, buka tv dan tepuk tangan sambil tergelak2. Akhirnya dorang berjaya memecahbelahkan umat islam. Syabas kepada diri sendiri [utusan] di atas strategi2 mereka.

kah kah kah

Dan, dengan tersiarnya berita mengutuk dan menfitnah tgna dan pas secara berterusan, berkala itu bermaksud doktrin pilihanraya sudah bermula. Utusan dan umno akan terus menerus menyebarkan, menyiarkan dan menghebahkan berita2 tersebut bagi menanamkan satu persepsi ke atas pembaca2 mereka.

Itu semua dilakukan sehingga persepsi tersebut di anggap realiti oleh majoriti masyarakat malaysia khususnya orang islam sebelum mereka bubarkan parlimen. Ya, jika tidak macam mana mereka nak menang PRU - 13 kan?

KAH KAH KAH

Ameno : Kan aku dah cakap awal2 lagi, tukar je nama utusan malaysia tue kepada utusan umno.. paper tue bukan paper bawa berita bebas tapi berita berpihak..

Liow Tiong Lai bida no plat WWW guna duit pembayar cukai ka?

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

liow tiong lai and healthcare in malaysiaMenurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya.

Katanya, kementerian terpaksa menggantikan kereta rasmi yang digunakan sekarang dan oleh yang demikian nombor pendaftaran baru perlu dibida.

Beliau bagaimanapun dilihat mengelak soalan berhubung siapa yang membayar jumlah besar itu.

"Ini kereta rasmi... ia rasmi," beliau dipetik sebagai berkata. -MKINI-

Oke.

Berita di atas dipetik dari MKINI. Berapa agaknya jangka hayat kenderaan rasmi untuk pegawai kerajaan ek? 5 tahun? 10 tahun? Saja aku nak tahu. Bagi aku sepatutnya kalau kenderaan tue dah selalu rosak boleh ganti andai repair tak berbaloi tapi kalau sebab dah tamat jangka hayat tak berapa sesuai sebab tak semestinya kenderaan tue dah rosak dan gagal perform dengan baik kan.

Yang nak ganti kenderaan satu hal. Biarlah memang termaktub dalam polisi kerajaan, aku takmo nafikan ia walaupun aku mempersoalkan syarat untuk menukar kenderaan baru tapi yang aku pelik tue wajib ka membida no plat WWW bagi kenderaan rasmi?

Pakai je larh apa2 no plat sekalipun bukan kesah apa pun. Dah nama nya kenderaan rasmi, ia rasmi so bererti wang pembayar cukai digunakan kat sini. Ini satu kesalahan. Sepatutnya menjadi menteri dia boleh jek guna no plat yang disertakan sekali ketika beli kenderaan rasmi yang baru. 

Toksah nak beria2 bida bagai larh sebab apa jika dia meninggalkan jawatan rasmi dia, kenderaan rasmi tidak akan ikut dia sekali.

Atau,

Aku yang taktau? Jika mana2 menteri meninggalkan jawatan rasmi, mereka akan bawa sekali kenderaan rasmi mereka.. 

Atau,

Ia sebenarnya kenderaan peribadi tetapi gunakan perkataan rasmi bagi menjustifikasikan tindakan membeli ia menggunakan wang pembayar cukai?

Mana satu yang betul neh tiong lai? Persepsi rakyat akan menghukum kamu jika kami tidak diberikan pencerahan dalam isu no plat WWW neh. Well, bila saya bercakap ia akan menghukum kamu, bukan ia betul2 bermaksud menghukum kamu yang kamu,  tetapi menghukum kamu yang BN. Faham kan? Heh.

Ameno : Nazri pun bida no plat WWW.. dia gunakan untuk kenderaan peribadi atau rasmi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...