Buletin utama tadi memang best. Mereka dah mula mainkan lagu kebencian terhadap dsai. Korang tahu BU [singkatan untuk buletin utama okeyh] citer pasal apa tadi? Heh. Meh aku citer. Aku hari neh rajin nak mengata buletin utama.
Berita di awal-awal siaran neh ramai orang tengok. Sapa setuju dengan aku? Tak setuju lantak korang la. Ada aku kesah? Heh. Dan BU memang hebat racun minda rakyat. Citer dia macam neh ;
1. Mula-mula BU jemput sapa tah nama perempuan neh dia berhujah mengenai buku jingga. Wanita neh pakar dalam something-something la juga, aku tak catat nama dia tadi. Dia berhujah mengatakan buku jingga tidak realistik. Dia berikan serba sedikit pandangan dia mengapa buku jingga ini tidak realistik. Antara pandangan dia yang aku ingat ialah ;
- Buku jingga hanya menerangkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan.
- Buku jingga tidak mencatatkan bagaimana kerajaan menjana pendapatan.
- Buku jingga akan menambahkan hutang negara ke tahap yang membimbangkan.
Okey. Ini adalah seorang pakar yang bercakap. Aku takmo ulas apa yang dia cakap. Tak penting pun pasal bukan bidang aku. Then
2. Ada seorang orang putih dari amerika [ada nama persatuan ke apa ke aku lupa] mengulas bahawa ;
- Buku jingga ialah versi copypaste daripada dasar MEB yang diasaskan oleh najib tahun lepas.
- Pembangkang tiada idea lain selain mencedok idea najib.
So, korang nampak apa yang aku nampak?
MEB = buku jingga.
buku jingga = tidak realistik
kesimpulan nya
MEB = Buku jingga = tidak realistik?
Korang faham kan?
Tapi nampaknya penerbit BU tak faham. Ataupun mungkin team BU nak mengutuk kerajaan dalam diam. Siapa tahu mungkin mereka nak tunjukkan protes mereka kan? Heh.
Lepas habis citer neh, mereka sambung isu skandal video seks pula. Mereka buat macam semalam cuma kali neh mereka cuma interview dua orang katak je.
Katak yang pertama ialah ;
Zahrain.
Si zahrain neh cakap ada orang bagi maklumat dalaman kepada dia bahawa konon nya video skandal seks yang melibatkan dsai ialah konspirasi pkr semata-mata. Tetapi maklumat itu dia belum pastikan kesahihannya. Isu skandal seks adalah untuk menutup isu DNA.
WOW.. sapa la yang bagi maklumat dalaman tu kat dia kan? Kenapa teori dorang neh asyik bertukar je. Pelik aku.
Katak yang kedua ialah ;
Zulkifli nordin.
ZN pula mengulas bahawa dsai akan menuduh ini semua adalah konspirasi kerajaan. Resepi wajib bagi pkr. Dalam pada itu ZN juga memberitahu dia mendapat maklumat sulit bahawa kepimpinan ulama meminta anwar ibrahim serahkan dna kepada pihak polis untuk siasatan lanjut bagi membuktikan dsai tidak bersalah ataupun mereka akan menimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim pada masa akan datang.
WOW.. apa yang BU buat ialah menyerapkan kepada minda penonton untuk melihat pkr sebagai parti yang wajar dibenci. Mereka juga cuba melaga-lagakan pkr dan pas. Selalunya umno sering mengutuk pas mempergunakan islam tetapi rata-rata orang islam tak percayakan kata-kata umno sebab apa yang mereka jelas nampak ialah umno yang mempermainkan islam. So kali neh mereka tukar strategi dengan memainkan sentimen pkr mempergunakan pas. Dan nampaknya sentimen neh berjaya sebab ramai orang islam geram kat pkr akibat beberapa krisis dalaman dan ketidakcekapan beberapa ahli parlimen pkr menghanddle beberapa isu penting.
Lepas tue mereka siarkan pula berita yang datuk t tiba-tiba tak jadi bagi rakaman video terbabit kepada dsai pada hari ini atau pada bila2 masa pun. Sebaliknya dia hanya akan serahkan ia kepada badan penyiasat bebas yang disediakan untuk mengendalikan kes ini. Dia juga menuntut dsai untuk meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.
Aik... aku nak tengok video tue woitttt... ko faham ke tak faham wahai datuk tttttttttipppuuu....! Kan aku dah geram tue. Ambek ko. Heh.
Berita neh disiarkan di awal berita. Ini bermaksud ramai yang tengok. Bagi yang tidak tahu memang akan mempercayai bulat-bulat apa yang tv3 rasukkan dalam minda penonton. Macam aku dulu. Aku dulu selalu ingat apa yang tv3 beritakan adalah berita yang benar dan sahih.
Ini juga bermaksud mereka dah mula perang manipulasi untuk menang besar di pilihanraya sarawak. Hebat. Mereka ada media arus perdana untuk kekalkan kuasa dan kita? Takde. Apatah lagi kawasan yg kita nak menang neh ialah sarawak yang mana hampir kebanyakkan tempat tiada kemudahan internet. So macam mana maklumat kita nak sampai kat mereka?
Ibarat kancil bertanding dengan ferrari. Sukar nak menang tapi bukan mustahil.
Ameno : Berani betul ZN jual nama "kepimpinan ulama" tue ya.. sumber dalaman??? Mulut dia makin lama makin lancang menfitnah.. hebat!
