Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label surau jadi tokong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surau jadi tokong. Papar semua catatan

Selasa, 13 Ogos 2013

Wajah Pemilik Resort Isu Surau Jadi Tokong.

Mula2 masa isu neh jadi kontroversi ramai maki cina. Pejuang islam suci murni pertahankan akidah di facebook. Tengok masjid. Subuh satu saf pun susah. Zuhur dan asar ada la harapan sikit2. Mahgrib dan isyak oke la juga.

Hehe.

Last2 yang beri keizinan tue melayu muslim. Pihak pengurusan pertahankan tindakan mereka. Kumpulan buddha tue siap minta maaf dan bersalaman dengan penduduk kampung selepas di serbu. Mereka tak ke situ untuk mencari gaduh. Pemilik resort pun tak sangka isu neh boleh jadi kontroversi.

Tapi tindakan maki hamun orang semacam tak kena kat situ. Aku belum lagi faham konsep pejuang islam suci murni neh. Perjuangkan islam dengan maki hamun satu kes. Then fitnah. Then lebih teruk jenguk2 muka dia takde kat surau dan masjid pun. Solat ke mana2 hala. Aurat tak jaga. Yang maksiat lekat kiri kanan. Tapi kemain kau pertahankan akidah bagai. Itupun dekat facebook je la.

Hehe.

Syukur. Tak pernah aku mengaku sebagai pejuang islam. Malu bhai.

Kah kah kah

Apa pun ada iktibar yang bagus dalam isu neh. Pertama kita patut muhasabah diri. Kita tak lekat di masjid dan surau. Tengok ada orang lain gunakan tempat kita untuk buat upacara dorang. Apa maksudnya tue?

Kedua. Jabatan penguatkuasaan yang cuai. Arah kiblat pun salah. Macam mana mereka boleh luluskan pelan pembinaan? Sebelum bina masjid atau surau perlu lalui protokol tertentu. Bukan macam bina rumah kat atas tanah sendiri. Ini surau. Aduhai.

Takpe lah. Benda dah jadi. Kita sesama muslim meh la sama2 amek cermin untuk cermin diri. Iktibar. Maki hamun ke apa pejuang bagai takde makna kalau solat subuh pun malas bangkit. Oke? Perjuangkan dulu yang neh.

Kah kah kah

Isnin, 12 Ogos 2013

Isu Surau Jadi Tokong - Seorang Lelaki Di Tahan

Individu yang ditahan neh dipercayai ada kaitan dengan memberikan keizinan kepada sekumpulan penganut buddha untuk menggunakan surau tersebut bagi upacara keagamaan ikut kepercayaan buddha. Polis dah react. Baca statement pak polisi.

Ada orang pertikaikan. Alasan dia rapuh. Katanya tidak tahu kumpulan ini akan lakukan upacara keagamaan. Padahal hampir setiap minggu mereka datang ke situ. Entah betul entah tidak. Kalau betul kira dia nak lempar kesalahan kat kumpulan tue la pula. Padahal dia yang bagi izin kot.

Aku sejujurnya nak amek tahu dulu pendapat dari sudut agama macam mana. Satu isu baru neh. Kalau ada sesiapa yang boleh hujah berdasarkan sudut pandang agama lebih baik. Boleh aku belajar.

Kalau ikut hujah akal perkara neh boleh mengundang kekeliruan. Agak2 la gunakan surau untuk sekutukan Allah. Aku faham luar dan dalam surau atau masjid kalau kita sekutukan Allah dosa nya takde beza. Aku faham.

Tapi bukan kah kita di seru hormati rumah ibadat orang lain? Bayangkan tetiba kita pergi gereja dan mengaji2 sampai penganut kristian rasa tergangu, boleh ke?

Yang jumpa neh pun sebab penginap resort neh nak solat. Kalau dia taknak solat haram le dia jumpa. So sekarang orang muslim nak gunakan ruang solat untuk solat tapi tak dapat nak guna disebabkan perkara tersebut wajar ka?

Aku rasa dia dah solat kat tempat lain. Tapi sebab dia rasa tergangu dia rakam dan report polis untuk tindakan lanjut.

Aku rasa la kan.

Tapi tindakan melulu nak terjah kumpulan neh pun semacam tak kena. Yang beri keizinan untuk mereka guna pun pengurus resort. Yakni melayu. Muslim pula tue. Takan tatau dorang tu ada sami apa bagai? Patut tanya elok2. Meditasi apa? 

Jelas kat sini pengurus resort neh kurang sensitif. Aku tengok upacara tu 2 3 saat pun aku dah rasa heran. Seriously ko buat benda neh kat tempat yang dinamakan surau?

Kalau bilik biasa ka takpe lagi. Bilik share2. So kita faham. Multi purpose. Ini rumah ibadat kot. Multi purpose juga tapi bukan multi 'solah' maaa. Tidak sesuai la aku rasa. Apa pun aku suka nak dengar hujah agama pula. Takde ke ulama2 popular macam MAZA UZAR UFB ZAHAZAN nak ulas serba sedikit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...