Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label jamil khir guna wang zakat bayar kos guaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jamil khir guna wang zakat bayar kos guaman. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2012

Blogger umno dibayar agar bela Jamil dalam isu penyelewengan ZAKAT!



Merujuk kepada sumber di bawah neh beb. Baca sampai habis strategi depa ;



Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:-

1. Yuran guaman tersebut dibayar oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat kerana pertikaian undang-undang tersebut melibatkan pihak Majlis, bukan individu.

2. Membangkitkan soal pembayaran yuran guaman oleh kerajaan negeri Selangor dalam kes menghina Sultan Selangor oleh ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei yang menurut sumber tersebut adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan kerajaan negeri (tapi yuran guaman masih dibayar kerajaan negeri).

3. Membangkitkan soal penerimaan zakat pelajaran oleh anak-anak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan tidak layak kerana selain Ahli Parlimen, Khalid juga adalah seorang jurutera yang mampu menampung kos pengajian anak-anaknya.

4. Memberi gambaran bahawa perkara ini sengaja dipolitikkan kerana melibatkan ketua pembangkang.

5. Mewujudkan ‘asnaf fisabillilah’ untuk menutup penyalahgunaan dana zakat bagi tujuan yuran guaman.

6. Pemberi maklumat yang membekalkan ‘payment voucher’ kepada PKR telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembuangan kerja.

Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini.

Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis.

Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh ‘asnaf fisabilillah’.

Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori ‘asnaf’ tersebut tidak wujud (atau dormant) tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku.

Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan ‘payment voucher’ tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas.

Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. ‘Kesungguhan’ Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan?

Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat.

Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan.-SABAHKINI-

Ewah

Ewahh..

Ewahhh

Ko jamil khir. Setelah berkali2 aku menulis dan menerangkan kepada ko dan orang2 ko kenapa ini salah dan harus diperangi, ko masih tetap tegar membela kemungkaran dan sanggup guna cara macam neh untuk bekap diri sendiri?

Jamil ;

1. Kalau ye ini lawan antara maiwp [bawah jamil khir] dengan dsai, ia tetap bukan alasan ko guna wang zakat bayar kos guaman. Guna lah duit peruntukkan dari maiwp sendiri. Dan lagi, kalau ko kata benda neh sebahagian dari jihad, apahal ko bayar balik wang zakat neh guna  wang rakyat? Aphal?

2. Yuran guaman depa guna wang zakat ka mangkuk? Bikin gua panas sahaja.

3.  Mmg larh.. sebab dia termaksud dalam asnaf, lantak lah dia jurutera atau bukan yang penting dia termasuk dalam 8 asnaf yang dibolehkan guna wang zakat. Ini paling penting.

4. Hehehe.. sakit perut aku tiba2. Apsal ekk?

5. Wooo... mewujudkan ek? Tak guna dah pasal ada ka takda ka sama jek. Orang tak anggap pun kes melawan qazaf ialah jihad fisabillah. Lagi kena kutuk ada lah.

6. Wooo.. jangan tahan dan buang si pemberi maklumat. Ko dah lah buat jahat lagi nak menganiaya orang, apahal?

Aku dah nampak wajah sebenar jamil khir. Menyesal aku layan ceramah dia dulu. Siyes. 

Ameno : Rumah sendiri pun besar gedabak..

Jumaat, 13 Januari 2012

Video : Jamil Khir bela diri sendiri dalam isu penyalahgunaan wang zakat.

Aku sikit lagi nak mencarut. Siyes neh beb. Siyes. Aku rasa jamil khir tak faham isu. Aku percaya ramai orang islam di malaysia neh tak kesah kalau wang zakat digunakan untuk jihad fisabillah. Amek lah oii. Amek. Amek banyak2. Orang islam di malaysia lagi suka.

Amek bantu orang islam yang berpenyakit tapi tak mampu nak rawat sebab kos perubatan sangat mahal. Amek bantu orang yang terdesak. Amek bantu buat taska2 islam. Amek bantu beli Alquran or upah guru2 yang boleh mengajar Alquran untuk orang2 yang miskin yang tak mampu hantar anak2 dia pergi sekolah agama. Amek. Amek banyak2. Silakanlah!!!

Tapi beb, ini lue amek bayar kos guaman lue. Kos guaman lue bukan jihad fisabillah bagi tafsiran gua. Gua cuba faham benda neh dengan teliti. Tapi setelah gua godek pelbagai persepsi dan ceruk, gua siyes bagitau lue, gua tetap tak boleh terima perlakuan lue. Lue melawan qazaf. Dan lue anggap dengan melawan qazaf ialah jihad fisabillah? Jihad fisabillah apa bila lue lawan hukum islam? Macam mana gua nak faham beb. Macam mana?

Ibarat lue melawan Allah swt. Then lue pongpang2 beria2 kata dalam firman Allah swt menerusi Alquran mengatakan berpahala melawan Allah swt. Itu yang lue sedang buat dan sedang paksa rakyat terima. Sorry beb. Gua cadangkan lue pergi meninggaldunia. Gua rasa bahasa gua dah cukup sopan dah neh. 

Sebelum gua keluarkan bahasa maki yang lagi dasat gua cadangkan lue berhenti dan mengakui kesalahan. Walaupun gua nak sangat lue dihukum tapi gua fikir impian gua mungkin sekadar impian sehinggalah pr amek alih putrajaya. Tapi sehingga detik itu tiba, gua cadangkan lue berhenti dan minta maaf. Tolong. Lue jaga agama so please lah "pakai" agama yang lue jaga tue. Tenkiu.

Lihat video di bawah neh ;


Ameno : Haram pun dihalalkan bhai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...