Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Sultan Muhammad V. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan Muhammad V. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2016

Pekerja Istana Negara Kelam Kabut Kerana Agong Baru 'Lari', Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Wilayah, Adalah Cerita Palsu.

Ini ada cerita menarik yang sedang viral di laman-laman sosial. Ada kaitan dengan Sultan Kelantan, Yang Dipertuan Agong yang baru, berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 yang lepas.

Apa ceritanya?

Kononnya, pada pagi 14 Disember, kakitangan Istana Negara kelam kabut. Seawal waktu sebelum subuh menjelma. Ini berlaku kerana YDPA yang baru memilih untuk pergi secara SENDIRIAN, di ulangi SENDIRIAN ke Masjid Wilayah bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sultan juga dikhabarkan memandu kenderaannya sendiri kononnya.

Turut dimaklumkan juga, ketika tinggal di Kota Bharu, Kelantan, menunaikan solat secara berjemaah ialah rutin bagi Sultan Muhammad V. Tambahan pula, masjid adalah bersebelahan dengan Istana yang didiami oleh Sultan Muhammad V.


Rujukan gambar : sini.

Perkara itu viral di media sosial dan YDPA yang baru mendapat pujian netizens. Ia juga disebarkan secara meluas dari WhatsApp ke WhatsApp.

Namun apa yang netizens tidak tahu ialah, sebaran cerita berkenaan adalah palsu. Ya, palsu.

Inilah penjelasannya ;



Rujukan.

Menurut Nor Azhar, berita tentang Sultan Muhammad V memandu keretanya sendirian ke Masjid Wilayah adalah laporan palsu dan tidak dapat dikenalpasti tujuan penyebaran berita berkenaan.

Sultan Muhammad V juga tidak dibenarkan ke mana-mana secara bersendirian sesuai dengan statusnya sebagai Ketua Negara Malaysia

Oleh itu kepada mana-mana pihak yang dah tersebar berita palsu ini, mohon ambil maklum.

Selasa, 13 Disember 2016

WOW! Pramugari MAS Bertudung Bawa Rombongan YDPA, Mahu MP Perjuangkan Hak Bertudung - Mohon MPs PAS Jgn Senyap Je Di Parlimen!

Menurut kenyataan Ahli Parlimen Bachok yang dipetik menerusi laman FB rasminya, kehadiran ahli kerabat YDPA yang baru ke Istana Negara menggunakan pesawat MAS yang disewa khas. Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Hari ini ialah hari pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDPA yang baru secara rasminya.
Apa yang uniknya dengan penerbangan tersebut ialah, pramugari-pramugari MAS yang bertugas semuanya memakai pakaian menutup aurat dengan lengkap bertudung.

Turut dimaklumkan sama ialah pramugari-pramugari tersebut meminta agar Ahli Parlimen akan tetap konsisten berjuang dalam isu hak pramugari MAS dalam soal tudung dan hidangan arak atas pesawat.
"Pramugari MAS berharap agar mereka dibenarkan memakai tudung ketika bertugas dan tidak lagi diarahkan untuk menghidangkan arak kepada pelanggan".

Apa yang menarik perhatian netizens ialah, ini adalah penerbangan khas yang pertama kali melibatkan kerabat diraja yang mana pramugarinya memakai tudung untuk melayan rombongan YDPA ke Istana Negara bagi acara Melafaz Sumpah Jawatan.
Netizens kemudiannya memuji tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik bagi Yang Dipertuan Agong yang baru.

Untuk rekod, pagi tadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.
Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua baginda dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, pada 14 Oktober lalu, bagi tempoh 5 tahun bermula hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...