Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label PRK Rantau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Rantau. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2019

Calon Bebas #PRKRantau Buat Provokasi Di Ceramah Anwar Ibrahim.

PRK RANTAU | Calon bebas di PRK Rantau, R. Malar nampaknya berterusan melakukan aksi yang mencetuskan kontroversi semasa berkempen.



Kali ini R. Malar membuat provokasi di program ceramah Pakatan Harapan atas alasan mahu menghantar manifestonya kepada Anwar Ibrahim.

"Saya nak sampaikan manifesto ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya nak sampaikan sendiri, ini ke keadilan ke? Ini keadilan? Saya nak sampaikan manifesto, saya nak sampaikan manifesto," kata R.Malar berulang kali ketika berusaha untuk mendekati Anwar Ibrahim.

Pada awalnya pengawal Anwar Ibrahim memberitahu R. Malar pertemuan itu boleh diadakan kemudiannya selepas Anwar Ibrahim selesai dengan programnya namun R. Malar tetap bertegas untuk bertemu dan menghantar manifestonya kepada Anwar pada ketika itu juga menyebabkan berlakunya situasi tegang diantara kedua belah pihak sehingga R. Malar dikeluarkan dari dewan oleh pasukan keselamatan.

R. Malar juga mengakui tindakannya hadir ke program ceramah Pakatan Harapan adalah bertujuan untuk menghantarkan manifesto semata-mata.

"Saya sebagai pengundi di N27, saya ingin melihat Anwar Ibrahim. Saya sebagai calon bebas saya mahu menyampaikan manifesto kepada beliau. Itu adalah tanda yang ramah.

Jadi beliau ada datang ke sini dan saya mahu berjumpa dengan beliau. Saya telah ditolak keluar dari dewan itu. Saya hanya datang untuk berjumpa dan beramah dengan Anwar Ibrahim sebagai Ketua PKR.

Sebagai calon bebas saya ada hak untuk bertemu dengan dia," kata R. Malar lagi.

Untuk rekod calon Pakatan Harapan di PKR Rantau adalah Dr. Streram dan bukannya Anwar Ibrahim. Manifesto pula sepatutnya disampaikan dan diterangkan kepada bakal pengundi dan bukannya serahkan kepada ketua parti lawan. - 5 April 2019.
 

Penyokong Pembangkang Kecam Anwar Kerana Tinggalkan Masjid Waktu Azan.

PRK RANTAU | Anwar Ibrahim menjadi sasaran serangan penyokong pembangkang di laman sosial berikutan meninggalkan masjid ketika azan berkumandangan.

Rakaman video itu dimuatnaik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Khazai Abu Bakar di Facebooknya semalam.

"Tadi aku duduk dengan Azlan nak sahkan Anwar blah waktu azan. Aku tengok video dia ceramah politik dalam masjid bila nak masuk azan dia blah. Sebenarnya ada banyak isu bagi aku cuma aku nak bagi tahu ada ke orang Islam bergegas keluar masjid bila azan bergema alasan nak kejar program lain. Ke dia rasa macam terbakar," tulis Khazai dalam satu kenyataan.  



Rentetan dari dakwaan itu, Anwar kemudiannya menerima pelbagai penghinaan di ruangan komen post itu.



Semakan mendapati Khazai Abu Bakar adalah penyokong Barisan Nasional dan sebaran video itu memberikan persepsi seolah-olahnya Anwar Ibrahim tidak bersolat demi mengejar jadual program kempen PRK Rantau. 

Pihak Anwar Ibrahim setakat ini belum lagi menjawab tuduhan yang tular itu. - 5 April 2019.

Khamis, 4 April 2019

Calon Bebas Rantau Yang Menyamar Jadi Ahli PAS Enggan Mengulas Isu Keahlian Parti..

PRK RANTAU | Calon bebas yang dibuang keahlian Amanahnya serta merta kerana masuk bertanding pilihanraya kecil Rantau, Mohd Nor Yasin enggan mengulas lanjut perihal keanggotaannya sebagai ahli Amanah.

Sedikit kronologi ringkas;

👉 Mohd Nor diumumkan bertanding di PRK Rantau sebagai calon bebas.

👉 Media melaporkan Mohd Nor merupakan bekas calon PAS di PRU ke 13 bagi merebut kerusi DUN Gemencheh.

👉 Netizens pro PH kemudiannya mentertawakan PAS dan BN kerana beranggapan calon itu telah melakukan sabotaj ke atas parti pembangkang.

👉 Netizens pro pembangkang pula membalas serangan dengan menyebarkan dakwaan Mohd Nor sebenarnya adalah ahli Amanah.

👉 Netizens pro PH pula mempertahankan diri kononnya Mohd Nor adalah agen yang dihantar dari pihak lawan untuk menyusup ke dalam Pakatan Harapan dan melakukan kacau bilau.

👉 Namun netizens pro pembangkang tidak berdiam diri, kali ini serangan mereka datang dengan gambar yang Mohd Nor bukan setakat masuk menjadi ahli Amanah bahkan penyertaannya itu diraikan oleh ADUN Paroi.


👉 Peperangan maya dua kumpulan itu semakin memuncak apabila Adun Paroi mengesahkan Mohd Nor merupakan ahli Amanah dalam satu post di Facebooknya, namun entah kenapa post itu kemudiannya dipadamkan. 

👉 Netizens pro pembangkang yang bagaikan menang loteri mengambil kesempatan untuk menyelongkar post lama Adun Paroi dan berhasil menemukan sekurang-kurangnya tujuh kali suntingan dilakukan oleh ADUN itu ke atas post bergambar yang melaporkan penyertaan Mohd Nor ke dalam Amanah. 


👉 Itu yang berlaku di laman sosial. Di dunia realiti pula, Mohd Nor Yasin mengakui beliau sebenarnya merupakan ahli PAS dan bukannya ahli Amanah. 


👉 SU Agong PAS, Takiyuddin kemudiannya mengeluarkan kenyataan media memaklumkan Mohd Nor telah keluar dari PAS dan menyertai Amanah pada 10 Mac 2019, justeru itu Mohd Nor bukan lagi ahli PAS bagi menafikan kenyataan Mohd Nor Bin Yasin.

👉 Amanah juga mengakui Mohd Nor merupakan ahli parti itu dan bertindak memecat keahlian Mohd Nor serta-merta.

👉 Blame game kemudiannya berlaku di antara dua pihak. Pro PAS mendakwa PH mempunyai agenda memburukkan PAS. Dan pro PH pula mendakwa PAS mempunyai agenda memalukan Amanah.

👉 Sementara kedua-dua kumpulan itu sibuk bermain blame game, Mohd Nor sempat menyembunyikan diri dari pihak media.

👉 Alasan Mohd Nor ialah beliau sedang sibuk menyusun strategi dan merangka kempen kerana akan melancarkan manifestonya.


👉 Ketika ditanyakan mengenai keahlian partinya, Mohd Nor enggan mengulas lanjut, boleh jadi kerana telah kantoi. - 3 April 2019.

AJK Masjid Pun Berani Troll Mat Sabu Bukti PH Memang Kerajaan Demokrasi..

PRK RANTAU | Kemenangan Pakatan Harapan menyuburkan budaya demokrasi dan kepelbagaian hujah. Mana tidaknya, Menteri Pertahanan juga tak dapat lari dari ditroll oleh netizens di laman sosial.


Semua ini bermula apabila Muhammad Sabu mengemaskini akaun media sosialnya dengan beberapa gambar sedang bersolat (ya, gambar bersolat dan tolong jangan gelak) di Masjid Kariah Kampung Kuala Sawah, Rantau pada selasa.



Post itu kemudiannya menarik perhatian AJK Masjid untuk memberikan komen, "Doakan juga kemenangan calon Muslim Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang banyak berjasa kepada Masjid ini ya YB..," katanya ringkas.

Dengan tidak disangka-sangka, komen itu mendapat jumlah sukaan yang tinggi dan ketika artikel ini ditulis, sudah ada 23,000 netizens yang menyukai komen tersebut.

Berdasarkan pandangan dari blok pembangkang, mereka beranggapan tindakan Muhammad Sabu berkongsikan gambar solat itu adalah atas niat berpolitik dan berkempen PRK.

Bagaimanapun sesetengah yang lain beranggapan gambar solat tidak perlu ditayangkan.

Dari sudut pandang blok kerajaan pula beranggapan perkongsian gambar itu adalah sekadar kemaskini perjalanan hidup harian Muhammad Sabu.

Apa pun tak kisahlah nak memegang pandangan apa sekalipun, nampaknya Muhammad Sabu tidak melarang kepada kritikan dan meraikan troll yang diterimanya secara berlapang dada.

Buktinya, post itu dibiarkan dan komen pula tidak dipadamkan. Menjadi Menteri Pertahanan memang kena kuat mental dan emosi. Muhammad Sabu jangan lempar microfon ya. 😂😂😂 - 3 April 2019.

Isnin, 25 Mac 2019

Dedak Rantau Dah Mari..

PRK RANTAU | Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Sabaruddin Bin Herman mendakwa Pakatan Harapan telah mula mengedarkan dedak di kawasan Rantau.

"Hai orang Rantau, dedak dah mari," katanya ringkas sambil berkongsikan beberapa gambar mengenai perkara itu.

Setakat ini 347 netizens telah berkongsikan gambar tersebut. Manakala jentera kempen Pakatan Harapan Rantau belum lagi menjawab kepada dakwaan tular itu.

Berdasarkan tinjauan online, PRK Rantau adalah PRK yang paling TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN dikalangan netizens.

Meskipun nama calon telah diumumkan, namun suhu kempen pilihanraya terlalu sejuk.

Dua hari lepas DAP melaporkan PRK Rantau adalah ibu segala pilihanraya, dan tiada sesiapa pun menyedari hal itu.

Sehari lepas, Ahmad Maslan dipertikaikan kerana dipercayai menggunakan elektrik dari balairaya untuk tujuan kempen, dan sekali lagi, orang tak tahu.

Jentera PH melakukan serangan dan pujian tetapi orang tidak tahu dan mungkin tidak mengambil peduli sama sekali.

Kempen-kempen Pakatan Harapan tidak menunjukkan adanya aksi perlawanan dan serangan balas dari kem pembangkang.

Macam gaya syok sendiri. Apakah sebenarnya telah berlaku ini? Dengan kemarahan PPBM kepada Nurul Izzah, apakah suhu sejuk ini akan menjadi beku? Sama-sama nantikan. - 25 Mac 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...