Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesir. Papar semua catatan

Khamis, 15 Ogos 2013

Tentera Mesir Bakar Kanak2 Sedang Tidur.

Boleh nampak betapa gila nya cara dorang berfikir. Ada ke nak suraikan perhimpunan dengan bakar kanak2 dan bakar hospital?

Yang aku heran. Menteri2 Mesir boleh menpertahankan tindakan gila dorang dengan bagi alasan bahawa inilah yang terbaik dilakukan bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan lebih dari sebulan..

Gila nak mampos.

Ada ke bakar orang dalam khemah ialah penyelesaian terbaik? Bakar kanak2? Bakar hospital? Musnahkan klinik mini dan pusat penyimpanan makanan?

Dari apa yang aku fahamkan.

Kalau khemah terbakar mesti boleh lari betul tak? Nama pun khemah kan? Aku syak depa bakar khemah yang menempatkan mangsa2 kecederaan yang tak mampu lari disebabkan sakit atau tertidur kesan dari ubat.

So boleh nampak betapa kejamnya tentera di bawah pimpinan Fatah Al Sisi neh. Yang aku pelik. Ada gak rakyat di negara neh pro Fattah..

Gile apa sokong keganasan?

Baca berita kat bawah neh ;

Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.

Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik  dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.

Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.

Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan  jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1,000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.

Ikhwanonline memetik kenyataan  hospital Rab’ah melaporkan bahawa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2,200 syahid dan puluhan ribu luka luka.

Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.

Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.

Ahad, 15 Julai 2012

Kisah sebenar pelajar meninggal yang difitnah papa gomo.

Apa lah nak jadi dengan bloggers umno. Tak cukup fitnah orang yang masih hidup, orang yang dah meninggal pun depa kacau. Rujuk sini.

What the fool!

Cuba lah belajar jadi orang yang bertimbang rasa kot ye pun menyampah kat pr jangan lah main sembrono jek nak mengait itu neh dengan pr semata2 nak tunjukkan kepada pembaca blog korang yang kekonon pr tue jahat nak mampos.

Bukan begitu caranya beb. Cara nak tunjukkan kepada pembaca bahawa pr tue jahat mudah aje beb. Syarat pertama ialah pemimpin pr yang ingin diperkatakan mestilah pemimpin yang jahat. Kalau gagal menemukan pemimpin pr yang jahat maka toksah lah fitnah. 

Contohi aku. Rileks jek dalam penulisan. Sebab apa? Sebab umno dan bn telah memenuhi syarat yang pertama beb. Maka syarat seterusnya menjadi lebih mudah dan senang untuk di ikuti. Oke?

kah kah kah

Mengenai kisah mahasiswa mesir yang meninggal tue pula. Baru2 neh bloggers umno sebarkan bahawa ia menjadi kesalahan pas atas apa yang berlaku ke atas mahasiswa tersebut. Terdesak gile takde benda nak salahkan pas sampai reka citer bodoh. Kot ye pun takde simpati pada keluarga si mati tak perlu lah fitnah mangkaq. 

Dah larh dia dah meninggal. Kalau masih hidup boleh juga nak menjawab. Ini tidak dia dah takde. Lepas tue komen2 celakanakmampos kutuk2 arwah. Petaksub2 umno cakap ;

Mahasiswa berjihad dijamin syurga nik aziz <-- Kepala babi kaw.

Kecik2 mak bapak bela, hantar pergi mesir kerajaan tanggung, lepas tue menentang kerajaan bersama pas. Anak tak sedar di untung <-- Kepala babi kaw.

Rileks. Aku kasar pada mereka yang biadap. Aku takde tolenrasi dengan manusia seperti itu. Bukan aku tak pernah cuba tapi orang biadap neh kalau ko tolenrasi dengan dorang, dorang lagi besar kepala. Agak2lah woii mahasiswa tue dah meninggal. Kalau kedekut Alfatihah diam2 sudah lah. Sapa nak hadap sangat alfatihah dari mulut2 longkang cam korang?

Puiiii

Kalau taknak tahu citer sebenar takpe. Kalau tatau citer sebenar pun takpe. Tapi jangan sampai fitnah orang yang dah tiada. Apa sebab mahasiswa tue meninggal? Baca sini penjelasan penuh. Baca kalau nak tahu kebenaran. Jangan baca kalau rasa fitnah tue mendatangkan kebaikan buat korang. Khusus untuk orang2 umno. Pasal aku neh terover2 sayang kat korang. Aku takmo masuk syurga sorang2. Aku nak ajak korang sekali. Faham tak?

kah kah kah

Sabtu, 7 Julai 2012

Betul ke Harian Metro Sindir Dr.Mursi?


Sebelum mahgrib aku ada nampak ramai orang sibuk2 cakap pasal kartun di atas. Depa cakap kartun neh biadap, kurang ajar, menghina dan blablabla.. oke. Aku perhatikan gak kartun neh. Lama aku teliti. Aku tengok atas bawah kiri kanan depan.. belakang takley sebab takley pegang dan bukan 3d kan. 

kah kah kah

Dan setelah melihat2 kartun neh tah macam mana tah aku berfikir.. apa benda yang menghina nye? Sindir tang mana? Dorang cakap piramid tue lambang kejahatan firaun. Meletakkan dr mursi kepada piramid bererti menyamakan dr mursi = ikhwanul muslimin = firaun.

Itu pandangan mereka. Pandangan pelukis kartun aku tatau. Niat pelukis kartun pun aku tatau. Tapi pandangan aku ketika melihat kartun neh ialah aku tak nampak apa2 perkara seperti menghina dr mursi. Kenapa? Aku ada pandangan yang tersendiri kat sini. Meh aku sharekan apa pandangan aku ;

1. Bila aku melihat piramid, perkara pertama yang aku fikir mengenainya ialah mesir. Walaupun piramid juga ada di negara2 lain. Tapi di mesir lebih popular sebab mereka memiliki piramid terbesar dan tertinggi dan antara salah satu bangunan yang di anggap keajaiban dunia. 

2. Aku memang bercita2 nak melawat mesir semata2 nak menghayati seni bina piramid dan pelbagai bangunan2 lama yang besar2 yang pernah dibina pada ketika itu. Kalau tengok discovery channel memang macam tak percaya ia dibina menggunakan tangan dan peralatan2 ringkas. [Maaf, lupa nama tools]. Dan bahkan aku juga kagum bagaimana firaun menggunakan kecerdikkan dia untuk memanipulasikan rakyat pada ketika itu.

3. Para pengkaji sejarah juga melakukan kajian bertahun2 sehingga kini sampai terkeluar pelbagai teori dan penaakulan bagaimanakah piramid dihasilkan pada ketika itu. Ini bererti piramid sememangnya antara karya agung dalam bidang senibina.

Ini juga satu persoalan bagi aku. Bila tengok dokumentari mengenai ia memang terserlah setiap satu batu2 neh bukan sahaja mempunyai ukuran yang tepat, bahkan susunan dia juga dianggap mustahil pada zaman itu sebenarnya tanpa sebarang bantuan teknologi. 

Ini perkara yang terawal aku ingat bila fikir pasal piramid. Aku tak terus fikirkan pasal firaun. Aku tak terus fikirkan firaun telah menghamba-abdikan rakyat pada zaman itu untuk membina piramid. 

Aku tak terus terfikir juga bahawa piramid ialah tempat di mana firaun bersemadi. Bahkan ada sesetengah piramid di anggap tugu bagi firaun2 tertentu. Bagi memanjangkan sejarah dari satu generasi kepada generasi yang lain bahawa raja2 tersebut ialah raja2 yang pernah tadbir negara mereka.

Tapi bila ada orang cakap piramid tue ada kaitan dengan firaun dan tiba2 aku fikir owhh ye tak ye juga ek. Sebab firaun lah piramid tue dibina. Dan ramai orang telah mati ketika piramid dibina.

Jadi kat sini piramid bukan sahaja boleh dianggap sebagai antara artifak sejarah yang agung, bahkan ia juga boleh di anggap sebagai lambang kezaliman firaun. Terserah bagaimana mata kita memandang dan bagaimana pula akal kita menafsirkan ia. 

Pada sudut kemanusiaan dan pada zaman itu dan sekarang piramid memang wajar di anggap sebagai bukti kekejaman penguasa ke atas rakyatnya.  Memaksa rakyat menjadi hamba abdi, untuk membina satu2 bangunan bagi menaikkan imej sendiri sememangnya satu perbuatan yang sangat keji.

Pada sudut sejarah di zaman sekarang, kita belajar banyak perkara mengenai piramid. Yang buruk dan yang baik. Antara yang buruk ialah mengenai kekejaman firaun, antara yang baik ialah mengenai bagaimana hujah Alquran dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid. 

Tetapi belum tentu sudut pandang generasi sekarang mengenai sejarah piramid sama seperti sudut pandang generasi dulu bila mereka bercakap mengenai piramid. Mungkin selepas kejatuhan firaun, mungkin selepas islam itu hadir, mereka menganggap piramid itu satu ikon kezaliman. Tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka dan Allah swt.

Begitu juga pada sudut sains dan teknologi. Zaman dulu dan zaman sekarang. Piramid memang antara senibina yang wajar dikagumi. Bahkan ada banyak benda ahli akedemik belajar darinya. Sehingga menghasilkan pelbagai teknologi hanya berdasarkan kepada kewujudan piramid itu sahaja. Piramid memang antara lambang kemegahan mesir dan kebanggaan rakyat itu sendiri dulu dan sekarang meskipun di dalamnya terselit kejahatan firaun [sang penguasa].

Cara kita pandang satu2 perkara ialah berdasarkan kepada zaman di mana kita hidup. Berdasarkan kepada apa yang kita tahu mengenainya. Berdasarkan kepada apa yang kita mahu percaya. 

Bagi aku kartun di atas telah meletakkan mursi = sebagai salah satu antara benda ajaib yang berlaku di mesir. Sama seperti piramid di mata aku. Dan bagi aku lambang bulan dan bintang berada di puncak piramid = sebagai petunjuk bahawa mesir akan menegakkan islam di bawah pengaruh ikhwanul muslimin. Sama seperti jatuhnya firaun ditangan Musa a.s.

Piramid memang di anggap sebagai salah satu lambang terkemuka di dunia. Sama seperti firaun. Tetapi piramid lebih kepada lambang keagungan senibina rakyat mesir bukan seperti firaun yang di anggap sebagai lambang kezaliman. Dan seperti itulah mata aku mahu memandangnya. 

Jumaat, 4 Mei 2012

Konspirasi Mahasiswa Mesir terdedah..

Gila kaw.

Mahasiswa pun reti main konspirasi apa seme ek? Sapa lah guru mereka kan. Habislah satu malaysia sekarang neh dah pandai main konspirasi sana sini.. aku pun nak buat konspirasi dan skandal arhh sebab kan.. cam gud2 jek..

kah kah kah


Kisahnya begini.  Jeng jeng jeng..

Lihat gambar kat atas neh. Inilah gambar konspirasi yang dimaksudkan. Ekekeke. Kisah asalnya bebudak mahasiswa neh dipaksa untuk berkonspirasi seolah2 mereka bencikan BERSIH = pengotor. Malang. Malang sebab mereka tak rela walaupun hanya berlakon. Berlakon jek pun mereka tak sanggup. Nak konspirasi besar2 lagi? Mana mao nya.

Yang sebenarnya mereka telah di undang untuk menjayakan satu program yang menyokong keamanan. Dengan kemain bangga2 lagi mereka pergi dan sokong program tue tanpa rasa berbelah bagi. Biasalah, keamanan kan? Sapa tak suka. 

Tapi sayangnya, ketika bergambar ramai2, pihak penganjur telah mengkonspirasikan kehadiran mereka seolah2 mereka anti BERSIH aka PENGOTOR. Arhhh sudah. Siap tayangkan lagi kat media. Macam mana neh? Sejak bila aku anti BERSIH kata setiap mahasiswa2 yang hadir itu.

kah kah kah

Yang sebenarnya, mahasiswa2 mesir adalah mereka2 yang sangat pemBERSIH. Siyes. Lihat kat bawah neh oke ;







Kesian mahasiswa2 mesir kita. Disebabkan mereka sangat pemBERSIH, mereka terpaksa menjadi ALIEN dengan menyorokkan wajah masing2 akibat dipaksa menyokong KOTOR. 

KAH KAH KAH

Inilah demokrasi di malaysia. Demokrasi ala bien. Kalau tatau apa itu demokrasi ala bien baca sini dan sini kerana disitu ada menerangkan dengan jelas dan tepat apa itu demokrasi ala bien.



Wajah2 kesedihan mahasiswa yang satuharamjadah tak faham apa kehelnya gua kena pegang banner neh oiii?

kah kah kah

Adoiii.. apa pun tak boleh.. apa pun tak boleh larh weh..

Ameno : Terkonspirasi.

Sabtu, 30 Julai 2011

Hot : Konspirasi umno terhadap pelajar mesir terdedah - pendedahan hebat masakini!







Kat atas neh ada 5 dokumen. Korang kena baca dan fahamkan betul2. Nak download pun boleh. Just pergi link neh. Kat sini korang akan nampak lihat penindasan pro umno terhadap mana2 kakitangan yang tidak condong kepada perjuangan mereka. Aku rasa bebas pun kena tiaw sekali gak kot.

Ada 5 perkara yang mengeramkan diri aku berhubung perkara di atas.

1. Kos membaiki rumah kelab umno ialah usd 97 ribu. Wow. Itu nilai usd beb. Banyak tue. Tapi betul ke itu kos sebenar nya hah? Teruk sangat ke rumah tue sampai beriban2 nak repair plak? Tapi agak bias disini bilamana rumah2 lain tak disentuh langsung. Kira nak repair rumah dia je yerk. Penting diri sungguh. Gila dowh dorang neh. Tak adil.

2. Menteri besar terengganu bagi sumbangan ye? Atas kapasiti negeri, umno ataupun individu tue hah korang rasa? Kalau bukan guna duit sendiri sepatutnya kredit haruslah diberikan kepada rakyat marhaen.

3. Ahli yang berdaftar dengan umno cuma 50 orang je. Tapi kenapa program dapat sambutan hangat? Sebab kena paksa lah weh. Tak serta kan korang buang. Tak percaya?

4. Nampak tak apa alternatif dorang terhadap kakitangan yang tidak mesra umno? Apa yang dorang buat tue? Hello.. ko patut melindungi kakitangan dan mahasiswa malaysia di mesir. Bukan nya berpolitik sakan di mesir sana. Sampai menindas2 orang. Dok ampu2 umno sampai mampos. Macam lah umno tuhan ko. Ke memang ko anggap umno tuhan ko?

5. Mengangkat perjuangan umno dan bn di mesir? Boleh tak pakatan rakyat mesir ditubuhkan di sana bagi mengangkat agenda pr pula? Adil lah beb. Umno ada negeri, pr pun ada negeri. Kita saing cara sihat dan open lah kan. Biasiswa datang dari rakyat. Gaji pegawai pun datang dari rakyat gak. Kalau rakyat tak bising, korang sapa nak memekak?

Dan korang baca kat bawah neh pula. Ini antara kerja2 yang pengampu buat bagi memantapkan kedudukan dia sisi mahakotor umno.


Dan tengok kat bawah neh pula ;



Pengampu neh bagi maklumat pada papagomo untuk kenakan pelajar sendiri? Pengampu neh takde otak ka? Kalau ko tak puas ahti dengan seseorang, sepatutnya ko direct je lah dengan dia. Yang babitkan papagomo buat apa? Ustaz.. papa gomo neh menyebarkan video lucah lah. Sebar video lucah lagi bagus daripada berniaga pakej umrah ka? Korang baca bawah neh ;



Pengampu neh juga suruh orang masuk umno. Heheheh.. kerja sampingan yang ikhlas untuk masuk ke syurga umno ke ustaz pengampu? Opsss layak ke dipanggil ustaz hah? Aku dah terconfused lah pulakk.. Lihat bawah ;



Mahasiswa mesir perak yang di aniaya oleh pegawai pengampu neh ;





Nampak apa yang aku nampak? Rasa apa yang aku rasa? Inilah kejahatan dorang. Dorang sendiri main politik kat mesir. Dorang pongpang2 cakap pembangkang hasut pelajar segala bagai. Padahal pelajar pun tak rela menyokong dorang secara ikhlas itupun pasal kena jaga pengajian masing2. Kalau tak usahkata 50, nak lepas 10 individu pun belum tentu mampu beb.

Apa pun korang nak tengok pelbagai pendedahan dan kejahatan umno kat pelajar mesir wajib like page neh ==> sini

Aku bersama pelajar mesir yang di aniaya di sana. Fb dan email ustaz khairi jalaluddin neh dah kena hack sebab tue seme maklumat terdedah. Dan korang haruslah menyebarkan kejahatan mereka. Jangan dibagi muka. Biar kita dedahkan di satu dunia siapa sebenarnya yang main kotor, yang main sandiwara dan main tikam belakang sehingga menjejaskan pelajaran budak2 neh kat mesir.

Sepatutnya daripada sibuk pongpang2 nak mampuskan pengajian pelajar2, pegawai2 umno [bukan mesir pasal perjuangan dorang more to jaga umno not pelajar] neh sepatutnya rapati pelajar, amek ahti dan amek tahu masalah dorang. Bukan nya cantas mana2 yang tak sehaluan. Perbezaan politik tue biasalah. Mahzab pun ada 4. Takan ko expect pandangan politik cuma satu aje? Bengok weh. 

Ameno : Tolong sebarkan.

Sabtu, 12 Februari 2011

Terbaru !! Hosni sah resign!!!! Sujud syukur wehhh..



Alhamdullilah. Berita yang dinanti telah tiba. Saat itu sudah tiba. Hosni sudah nyah! Hosni sudah blah! Hosni sudah bukan president mesir lagi. Jika beberapa minggu lalu, ramai yang meramalkan bahawa kedudukan rejim alzalim alkejam hosni mubarak sukar digugat dan agak mustahil untuk dijatuhkan.. namun kini itu bukan mustahil lagi. Asalkan rakyat bersatu bersama2 memerangi kezaliman itu semua bukan mustahil. 

Ramai yang tidak tahu, pernah suatu ketika orang kristian melindungi orang islam ketika mereka bersolat agar orang2 islam ini tidak diserang / digangu oleh penguatkuasa di mesir.. ketika mereka berrevolusi di dataran tahrir..

Saya berharap situasi yang sama akan berlaku di malaysia meskipun mungkin makan masa. Islam dan kristian boleh berbaik asalkan saling menerima.. itu pasti akan jadi kenyataan jika kita saling memikirkan kebaikan dan mengutamakan keharmonian.. ingatlah bahawa perpaduan hanya dapat dicapai dengan jalan tolenrasi..

Berikut adalah link berita penuh tentang perletakkan jawatan hosni mubarak sebentar tadi. Alhamdullilah. Sujud syukur kepada Allah swt.


Ucapan tiga puluh saat yang menamatkan pemerintahan selama 30 tahun. Terjemahan: Bismillahirrahmanirrahim. Wahai rakyat sekalian, pada waktu genting di negara kita ini, Presiden Husni Mubarak telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai presiden republik Mesir dan pihak tentera akan mengambil alih dalam pengurusan hal negara. Semoga Allah memberi panduan pada kita.
Ameno : Seronok sampai nak menangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...