Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 September 2020

Isu Kampung Bharu : Annuar Musa Dulu Dan Sekarang.

POLITIK | Menteri Wilayah, TS Annuar Musa dikecam kerana berbeza pendirian dalam isu pembangunan Kampung Baru sebelum dan selepas menjadi kerajaan. 

Semasa menjadi pembangkang TS Annuar Musa telah mengkritik cara Pakatan Harapan menguruskan isu tersebut.


Kata Annuar Musa harga RM850skp bukan nilai tanah di Kampung Baru. Undang-undang telah memberikan hak kepada pemilik untuk mendapatkan harga pasaran.

Harga pasaran yang dimaksudkan ialah samada RM3,000skp ataupun paling tidak mendekati RM3,000. Ini sama apa yang pernah ditulis oleh Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri keenam di Facebooknya pada tahun lepas.


Harga tanah di KLCC dijadikan contoh perbandingan kerana berdekatan dengan Kampung Baru. Ini membayangkan secara tidak langsung paling tidak harganya tanah di Kampung Baru adalah mendekati RM3,000. Dan selepas itu Khalid Samad dikecam kerana menawarkan harga yang tersangatnya rendah berbanding harga pasaran.

Semasa menjadi pembangkang, TS Annuar Musa juga berkata tidak perlu mempolitikkan isu Kampung Baru. Isu ini akan selesai jika membayar mengikut harga pasaran.

"Tak payah nak politikkan Kg Baru. Bayar ikut harga pasaran. Selesai," ciapnya pada 23 September 2019.

TS Annuar Musa sebelum ini mengesahkan beliau adalah Perancang Bandar Profesional dan berpengalaman luas dalam aspek perancangan bandar dan merupakan Ahli Institut Perancang Malaysia.

Annuar juga dilaporkan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perancang Bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1981 hingga 1982.

Selepas dilantik menjadi menteri Annuar diminta berikan sedikit masa untuk mengkaji isu Kampung Baru. Semasa menjadi pembangkang beliau terus mengkritik dan tidak pernah meminta agar diberikan sedikit masa bagi memahami isu.

Selepas menjadi menteri juga, Annuar berkata pembelian tanah sebanyak RM1,000 bagi satu kaki persegi tidak dapat dilaksanakan kerana hanya 61% pemilik bersetuju dengan proses jual beli itu .

Selain itu Annuar juga mengesahkan kerajaan
 tiada sumber untuk membiayai kos pembelian tanah dianggarkan bernilai RM7 bilion.

Ini sangat berbeza semasa Annuar menjadi pembangkang. Kerajaan ketika itu didesak untuk bayar mengikut harga pasaran dan juga dianggap telah memperbodohkan penduduk Kampung Baru kerana tidak menawarkan harga RM3,000skp.

Dan kini apabila kerajaan PN menawarkan harga sama seperti tawaran kerajaan PH tak ada pula dianggap telah memperbodohkan pemilik tanah Kampung Baru. Pelik. - 2 September 2020.

RUJUKAN;

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/tanah-kampung-baru-adalah-dekat-dengan-klccharga-tanah-di-klcc-cecah-rm3000-satu/10156359461650952/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/270171

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/664341/pembangunan-kampung-baru-beri-saya-masa-telitinya-annuar-musa

https://twitter.com/annuarmusa/status/1176001472020058112

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...