Minggu lalu, KWSP telah menjual sebahagian sahamnya dalam syarikat Top Glove.
Ada tiga perkara korang perlu tahu tentang Top Glove.
1. Top Glove yang dikepalai Tan Sri Lim merupakan syarikat pengeluar sarung tangan getah yang TERBESAR DI DUNIA. Pelanggan utamanya adalah hospital, klinik, kedai makan, kilang dan sebagainya.
Mereka mengeluarkan lebih 70 bilion sarung tangan getah setahun kepada lebih 195 negara (bukan 500 negara, haha) dan bertanggungjawab memenuhi hampir 1/3 sarung permintaan sarung tangan getah seluruh dunia.
Hampir 60% sarung tangan yang dikilangkan oleh Top Glove dijual ke Amerika Syarikat, Amerika Latin dan Eropah, tiga benua yang paling teruk terkesan dengan wabak Covid19 berbanding Asia.
Permintaan yang memuncak ini mencecah jumlah pengeluaran. Top Glove diunjur bakal mempunyai peningkatan keuntungan sebanyak 40%. Dividen serta nilai saham syarikat ini bakal meletup.
2. Hanya setahun setengah sebelum ini pada hujung tahun 2018, pemilikan saham Top Glove oleh Kerajaan Malaysia melalui KWSP dan KWAP telah ditingkatkan.
KWSP di bawah PH telah membeli 2.2 juta saham tambahan Top Glove pada harga sekitar RM11.22 (sekitar RM5.61 selepas saham Top Glove split susulan pengumuman bonus tahun 2018) seunit. Kosnya dalam RM25 juta.
Kini sahamnya berada pada RM7.17 (RM14.34 untuk perbandingan mudah harga zaman PH sebelum split). Nilai pelaburan sudah naik dalam RM3.12 setiap unit. Sudah dapat untung berjuta-juta belum memgambil kira dividen dan bonus yang telah dimanfaatkan negara.
3. Top Glove merupakan antara 30 syarikat terkukuh dan terbesar di Malaysia yang tersenarai dalam FBM KLCI. Top Glove baru sahaja masuk liga 30 syarikat paling top di Malaysia pada tahun 2019. Top Glove adalah sebaris dengan Petronas, Maybank, TNB, Public Bank, Hong Leong, CIMB, RHB, AmBank, Sime Darby, Digi, Maxis, Genting, MAHB. Korang tahu betapa power syarikat-syarikat ini kan? Itulah level Top Glove.
4. Prestasi saham Top Glove sudah terbukti sepanjang dua dekad ini. Diterbitkan dengan harga IPO sebanyak RM2.70 pada tahun 2001, saham Top Glove sudah melonjak sebanyak 11,070% kepada nilai RM298 seunit. Maksudnya jika kamu membeli 10,000 unit saham Top Glove pada harga RM2.70 seunit dengan kos RM27,000 (RM2.70 x 10,000 unit) pada tahun 2001, hari ini kamu sudah jadi jutawan dengan 10,000 saham ini yang bernilai RM2.77 juta. Bayangkan tokey-tokey yang melabur RM270,000 untuk 10,000 unit saham Top Glove pada tahun 2001. Hari ini nilainya sudah cecah RM27.7 juta. Bayangkan pula institusi kewangan yang melabur RM2.7 juta sahaja untuk 100,000 unit saham pada ketika itu. Hari ini saham itu sudah bernilai RM277 juta.
5. Top Glove adalah top 10 syarikat patuh syariah paling menguntungkan antara Jan - Mac 2020. RM4.70 seunit pada awal Jan, melonjak kepada RM6.45 pada 30 Mac (37.2%), kemudian naik lagi kepada RM7.17 (52.6%) pada 25 April. Kalau kamu melabur RM10,000 dalam Top Glove pada awal Jan, hari ini pelaburan tersebut sudah bernilai RM15,600.
6. Top Glove kini berada pada paras paling tinggi dalam sejarah. Paras ini belum pernah dicapai sejak terbitan saham IPO pada tahun 2001. Malah saham ini sudah pasti akan terus naik dan naik sepanjang beberapa bulan. Selagi vaksin Covid19 tidak dijumpa, selagilah permintaan sarung tangan getah akan berada pada paras tertinggi sejarah manusia.
7. Dalam beberapa tahun lagi, Top Glove akan masuk Forbes 500. Maksudnya syarikat ini bukan sahaja di top 20 di Malaysia, tetapi juga top 500 di dunia. Top Glove dalam liga bersama Microsoft, Facebook dan sebagainya.
----
Namun, saham yang sangat power ini minggu lalu Kerajaan Malaysia menjual sudah. Jual kepada entah siapa meskipun nilainya sedang naik dan dividen akan lebih tinggi susulan peningkatan sales. Kerajaan Malaysia tak nak keuntungan ini. Pelik.
Kenapa? Tidak tahu.
Mungkin Kerajaan sudah betul-betul tiada duit, maka lebih rela hanguskan keuntungan masa depan KWSP demi sedikit cash flow sekarang.
Mungkin insider move untuk kayakan individu-individu tidak kelihatan, maka sebahagian saham pegangan KWSP diletak dalam pasaran untuk dikutip individu-individu tersebut agar individu-individu tersebut boleh lah raih keuntungan yang bakal diumum.
Saya tidak tahu.