Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 27 Oktober 2019

Agenda Singkir DAP, AMANAH Gagal Jika Anwar Jadi PM, Najib Ulas Krisis Jawatan PM8.

POLITIK | Najib Razak memasuki gelangang konflik jawatan PM8 selepas beberapa pemimpin kerajaan dan pembangkang dikaitkan dengan kerajaan pintu belakang.


Pada awalnya Malaysiakini menamakan 4 sosok penting disebalik penubuhan kerajaan pintu belakang iaitu;

1. Azmin
2. Hishammuddin
3. Pak Wan
4. Hamzah Zainuddin

Kerajaan pintu belakang ini dilaporkan akan menyingkirkan DAP dan Amanah dari kabinet. Amanah didakwa menyokong rapat DAP, berbanding PKR yang dikatakan boleh berubah mengikut kepentingan dan situasi.

Agenda ini kononnya dikatakan dikuasai oleh pemimpin elit dari PKR namun tersekat ditengah jalan berikutan terpalit dengan kontroversi sebelum diambilalih oleh pemimpin elit dari pembangkang Johor.

Hishammuddin menafikan terlibat dalam agenda menyingkirkan Anwar sebagai PM8 tetapi menurut sumber dari kalangan DAP, agenda sebenarnya ialah singkirkan DAP dan bukannya Anwar.

Alasan singkir Anwar PM8 adalah bagi mengaburi pelan asal, iaitu singkir DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.

Ketika agenda ini dibawakan kepada Tun Mahathir, pemimpin itu tidak memberikan persetujuan ataupun sebarang halangan. Hanya berkata, buatlah jika rasa kamu boleh kata sumber itu lagi.

Oleh kerana itu beberapa pertemuan diatur antara pemimpin PAS dan BN (UMNO khususnya) untuk dibawa bertemu dengan Tun Mahathir. Pertemuan itu dirancang oleh perancang utama dalam misi ini.

Bagaimanapun sumber tidak menyatakan apakah perkara yang dibincangkan dalam kesemua pertemuan-pertemuan itu. Tetapi sumber juga menyatakan secara prinsipnya, Tun Mahathir akan menggotakan janjinya memegang jawatan PM hingga 2 tahun dan menyerahkan kepada Anwar selepas itu walaupun negarawan agung itu kini dihimpit oleh beberapa pihak yang memujuknya agar kekalkan jawatan PM dan melanggar perjanjian asal.

Menurut Majlis Presiden, perjanjian persefahaman antara PPBM, PKR, DAP dan AMANAH, Tun akan memegang jawatan PM selama dua tahun sebelum menyerahkannya kepada Anwar. Hal ini terbentuk atas dua sebab utama;

Faktor usia & kesihatan
Menafikan kediktatoran

Tun Mahathir dikatakan komited pada kerja untuk menyelamatkan negara dan janjinya supaya meninggalkan legasi yang baik.

Sementara itu, dikatakan jika Anwar menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini juga melegakan penyokong PPBM yang dikatakan risau mereka akan terpinggir dalam Pakatan Harapan.

Sumber juga menyatakan, antara penghalang utama agenda kerajaan pintu belakang ialah Anwar Ibrahim.

Anwar dikatakan tidak akan mengkhianati DAP dan AMANAH dengan meninggalkan parti itu seterusnya bekerjasama dengan PPBM, PKR, PAS dan BN.

Mungkin tidak sesukar mana untuk menjalinkan kerjasama politik dengan PAS dan BN namun untuk meninggalkan DAP dan AMANAH, dan tikam kedua-dua parti itu bagi mendapatkan kuasa, adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pemimpin itu. Oleh kerana itu, pemimpin itu diserang dan akan dihalang dari menjadi Perdana Menteri kerana jika Anwar naik menjadi Perdana Menteri, misi mengeluarkan DAP dan Amanah dari kabinet akan terkubur jelas sumber itu lagi.

Sementara itu di laman sosial, Najib nampaknya telah menghidu sesuatu yang sedang berlaku disebalik tabir Putrajaya;

"Semakin hangat.

Putrajaya tidak aman.

Pilihan antara PM ke-7 atau bakal PM ke-8 menjadi perbualan.

Tapi saya percaya ramai di kalangan rakyat sudah letih dan tidak berminat.

Malaysia hari ini dalam krisis.

Hutang kerajaan melambung naik selepas PH menjadi kerajaan.

Kehidupan ramai terjejas dan tiada rezeki atau peluang pekerjaan.

Lihatlah di kedai-kedai, di pasaraya, di sekeliling kita.

Lihatlah sektor perkhidmatan. Makanan. Peruncitan.

Cuba tanya kawan-kawan.

Tidak dapat dinafikan.

Bagaikan ekonomi kita telah berhenti.

Rumah-rumah yang dijual semakin di luar kemampuan.

Tetapi Putrajaya tidak peduli.

Mereka tidak berminat membantu rakyat dengan meminta rakyat jangan bergantung kepada kerajaan.

Sebaliknya mereka mesra tauke besar dan kroni.

Aset dan kekayaan negara yang dikumpul BN dahulu, kini dijual satu demi satu.

Rumah-rumah di bumi Malaysia kini dijual dengan mudah kepada warga asing.

Jika habis dilapah, dikikis, ditelan kroni dan warga asing?

Apakah yang ada untuk anak-anak Malaysia di masa depan?

UMNO dan BN lebih bimbang dan prihatin terhadap kebajikan rakyat, terhadap krisis yang dialami negara kini.

Ya. UMNO dan BN sebuah perjuangan rakyat

Dulu. Kini. Selamanya.

Semoga dirahmati dan kembali disokong rakyat,"
katanya dalam satu kenyataan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...