Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Julai 2019

Najib Tegur PH Flip Flop, Kejap Wang Haram, Kejap Kena Cukai, Mana Satu Betul?

NAJIB RAZAK | Minggu ini, kerajaan PH didedahkan dalam perbicaraan kes SRC saya bahawa mereka telah menghantar 17 dokumen yang mengandungi pemalsuan sebagai bukti mahkamah.


Selepas isu itu terbongkar di Mahkamah pula, terkeluar cerita hari ini bahawa saya disaman oleh kerajaan untuk membayar denda cukai sebanyak RM1.69 bilion.

Bulan Mac mereka tuntut RM1.47 bilion.

Selepas beberapa bulan, mereka naikkan lagi denda menjadi RM1.69 bilion.

Terlebih dahulu, saya tegaskan sekali lagi bahawa affidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melaporkan dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156086908235952/

Oleh itu, saya tak pernah lari cukai.

Laporan media hari ini juga memberi pecahan denda RM1.69 bilion.

Jika kita perhatikan, ianya  jelas menunjukkan bahawa cukai ini dikenakan ke atas apa yang saya terima dari derma dan sumbangan luar negara dalam akaun saya.

Ini termasuk sumbangan dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab yang telahpun disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC.

Wang yang diterima sebagai derma sebenarnya tak dikenakan cukai. 

Tapi PH masih mahu denda saya.

Wang dari sumber asing juga tidak sepatutnya dicukai. 

Tapi PH masih mahu denda saya.

Dana politik tak boleh dicukai. 

Tapi PH tetap mahu denda.

Kalau kita perhatikan juga, nilai denda cukai terbesar adalah untuk tahun 2013 di mana akaun saya menerima dana yang disebut RM2.6 bilion itu.

Pegawai bank juga telahpun sahkan dalam mahkamah bahawa dana ini telah dipulang kepada penghantar selepas 4 bulan diterima. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbicaraan-src-derma-kontroversi-rm2-6-bilion-dari-arab-saudi-timbul-206424

Wang diterima dari luar negara dan dihantar balik 4 bulan kemudian dalam tahun yang sama pun dikatakan oleh kerajaan PH adalah pendapatan (income). 

Mahu denda pula.

Sejak PRU14 , sudah terkeluar banyak bukti di mahkamah dan dari penjelesan-penjelasan penerima dana bahawa semua dana yang saya terima itu telah digunakan untuk projek kebajikan sama ada terus kepada rakyat atau program-progaram kebajikan melalui NGO dan parti politik.

Sebagai contoh, Jakel menjawab baru-baru ini di mana bayaran kepada mereka dari akaun saya adalah untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara dan untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014). 
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156170956965952

Saya sumbang dan buat kerja kebajikan dan CSR, saya pula didenda.

Sepatutnya penggunaan dana untuk CSR boleh ditolak dari cukai tapi mereka tetap mahu denda saya.

Lagi menakjubkan ialah kerajaan PH telah dakwa saya di Mahkamah bahawa dana-dana yang saya terima itu adalah wang haram.

Tapi LHDN bawah kerajaan PH pula anggap ini bukan wang haram tetapi "pendapatan sah" yang perlu dicukai pula.

Takkan wang yang haram pun kerajaan PH mahu cukai?

Tapi kuasa ada ditangan mereka dan mereka boleh buat apa yang mereka suka.

Nak tuntut dan denda cukai melalui saman mahkamah memang hak mereka walaupun kes langsung tak masuk akal.

Apa yang kita boleh buat? 

Kita hanya boleh mengupah peguam lagi dan menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melawan dan menang di mahkamah.

PH salahgunakan kuasa untuk tujuan politik atau tidak?

Mereka zalim atau tidak?

Rakyat boleh menilai. - 4 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...