Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Julai 2017

Kes Cabul Pelayan, Pembantu Wakil Rakyat DAP Ditahan Reman.

Seorang pembantu wakil rakyat DAP, yang didakwa mencabul pelayan pusat hiburan di parkir kereta 6 Julai lalu, ditahan reman dua hari lapor Malay Mail.

Beberapa media sebelum ini melaporkan lelaki tersebut didakwa meraba kemaluan dan buah dada pelajar itu, 21 tahun, selain melancap dan memancutkan air mani ke atas gadis itu pada jam 11 malam.
Suspek, bekas seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan, ditahan jam 9.30 malam tadi sebelum dibawa ke mahkamah pagi tadi.
Siasatan dijalankan susulan dari aduan mangsa, yang bekerja sambilan sebagai pelayan, berhubung kejadian itu yang berlaku di luar pusat hiburan di Beach Street.
Suspek yang ditahan disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seseorang tambah laporan itu lagi.
Suspek bagaimanapun tidak dinamakan dalam mana-mana laporan media setakat ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...