Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Julai 2016

Saman AS Isu Kehilangan Wang 1MDB - Penjelasan Anak Rosmah Yg Mencurigakan.


Aku baca laporan Malaysiakini berhubung penjelasan Red Granite Pictures tentang saman DOJ bagi menyita aset 1b yang dikaitkan dengan dana yang dicuri melalui pelaburan 1MDB.

Berikut di bawah ialah laporan berkenaan ;

Red Granite Pictures menafikan dakwaan bahawa ia menggunakan dana yang didakwa disalahguna dari 1MDB untuk menerbitkan filem Hollywood 'Wolf Wall Street'.
Ini ekoran Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenal pasti ketua eksekutif Red Granite, Riza Aziz sebagai individu utama dalam samannya, yang bertujuan untuk memulangkan AS$1 bilion dana yang didakwa disalahgunakan, yang didakwa berasal dari 1MDB.
"Setahu Red Granite, tidak ada pembiayaan yang diterimanya empat tahun lalu adalah dalam apa-apa cara yang tidak sah dan tidak ada dalam saman sivil mahkamah hari ini yang mendakwa Red Granite tahu sebaliknya.
"Red Granite terus bekerjasama sepenuhnya dengan semua inkuiri dan yakin apabila fakta-fakta ditampilkan, ia akan menjadi jelas bahawa Riza Aziz dan Red Granite tidak melakukan sebarang kesalahan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam seperti yang dilaporkan hari ini oleh majalah mingguan hiburan AS, Variety.
---------
Penjelasan Red Granite tu maksudnya ;
1. Mereka memang ada terima pembiayaan pada 4 tahun lepas ketika menerbitkan filem TWS.
2. Tetapi semua pembiayaian yang diterima adalah dalam cara yang sah (tidak melanggar undang-undang negara)
3. Dan dalam saman mahkamah sivil yang menamakan Riza Aziz sebagai 'individu utama' tidak pula menyatakan bahawa pihak Red Granite Pictures menyedari apa-apa perbuatan yang tidak betul dalam isu pembiayaian berkenaan.
Hehe.
Najib Razak > 1MDB > Pelaburan hilang secara misteri (hehe) > Pelaburan rugi > Salah bayar syarikat > Riza Aziz > Anak tiri Najib Razak > Dan Red Granite tidak tahu apa-apa?
Well said.
Alasan yang cukup bagus sekali untuk memperbodohkan manusia-manusia yang sedia bodoh.
KAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...