Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Julai 2016

Malaysiakini Sebar Gambar Palsu, BERNAMA Yang Kena Tuduh - Luahan Wartawan BERNAMA.

Part one disini.

Di satu perkembangan yang lain, beberapa wartawan Bernama turut meluahkan ketidakpuasan ahti berikutan netizens beranggapan mereka menyebarkan gambar palsu.

Ini berlaku disebabkan gara-gara posting dibawah yang disebarkan secara berleluasa di laman sosial termasukla menerusi aplikasi whatsapp.


Susulan dari penyebaran gambar di atas, beberapa wartawan BERNAMA tampil menjelaskan kekeliruan.

Kata mereka ;



Semua neh jelas merupakan satu salah faham. Penggunaan gambar yang tiada kaitan dengan insiden merupakan kerja cuai dari wartawan Malaysiakini. Dan ini bukan satu-satunya isu yang menyebabkan reputasi Malaysiakini jadi pertikaian. Sebelum ini Malaysiakini sendiri pernah dipersoalkan MAZA dalam laporan berita mengenai Zakir Naik dan mengaitkan dia dengan keganasan. Malaysiakini pada aku sebenarnya anti-Islam. Maaf jika ada wartawan-wartawan Malaysiakini yang terasa tetapi itulah pendapat ikhlas aku. Ianya bermula sejak 2,3 tahun yang lepas, mungkin. Aku tak berapa ingat secara detail. Aku perhatikan setiap kali isu-isu yang membabitkan umat Islam yang membuat masalah, Malaysiakini akan lapor laju-laju. Tetapi apabila umat Islam yang jadi mangsa, tiada berita dilaporkan. Khusus untuk laporan-laporan insiden luar negara. 

Di Malaysia, aku akui laporan Malaysiakini agak terbuka meskipun masih berpihak kepada pembangkang. Aku tiada masalah bab tu cuma aku tertanya-tanya, apakah Malaysiakini ada matlamat tertentu? Jika ada, tidak kah matlamat itu sebenarnya akan mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia yang semakin hari semakin rapuh dan kelam? Jujur aku katakan. Aku tidak suka. 

Apa-apa pun aku harap pembetulan ini akan menjernihkan keadaan. Aku sebenarnya ada juga sangkaan buruk terhadap segilintir wartawan. Terutamanya wartawan politik TV3, wartawan hiburan dan wartawan yang suka melaporkan sesuatu secara berlebihan sedangkan benda-benda macam tu tak perlu. Tapi aku faham juga. Mereka bertindak atas arahan dan siapala mereka nak melawan. 

Hehe.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...