Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Mac 2016

Ketua Polis Negara Kantoi Menipu Isu Tahan 2 Wartawan ABC News - Mana Mao Letak Muka?

Kesian. Kesian. Kesian. 

Tindakan bodyguard Najib yang menahan wartawan dari Australia kini dah makan diri. Bukan itu sahaja, bahkan pihak2 yang beria2 membela tindakan penahanan wartawan tersebut juga kini dah termalu habis apabila dikantoikan menipu satu demi satu. 

Untuk pengetahuan korang, kini pelbagai laporan berita dari luar negara melaporkan tindakan Malaysia terhadap kedua2 wartawan ABC selepas video rakaman TIADA AKSI REMPUHAN tersebar sekaligus mencemarkan imej Najib Razak. 

Malula. Kita kata kita negara demokrasi, meraikan amalan kebebasan bersuara, wartawan baru tanya sikit dah kena tahan lepas tu bagi menghalalkan penahanan tersebut pandai2 je kita campak tuduhan ke atas mereka. 

Malu la.. tuduh punya tuduh last-last kantoi. 

KAH KAH KAH 

Kronologinya begini. 

- Sabtu lepas, 12/3 dua wartawan ABC dari Australia, Linton Besser dan Louie Eroglu telah ditahan oleh polis pengiring dan diletakkan dalam tahanan sementara atas alasan kedua-dua wartawan berkenaan merempuh kawalan keselamatan Najib. 

 - Salah seorang menteri di Malaysia turut mengesahkan bahawa tindakan penahanan tersebut atas alasan menjaga keselamatan Najib disebabkan terdapat maklumat bahawa Najib antara senarai individu yang dimahukan penculik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh menteri KPDNKK, DS Hamzah Zainuddin. Rujuk sini


- Untuk rekod, kedua2 wartawan berkenaan telah ditahan selama 6 jam selepas bertanyakan soalan mengenai 1MDB di perkarangan masjid ketika Najib mengadakan lawatan kerja. Kedua2 wartawan berkenaan juga pada awalnya dihalang dari keluar dari negeri Sarawak sementara siasatan dijalankan namun selepas menteri Luar Australia mempersoalkan tindakan Malaysia terhadap rakyatnya, kedua2 wartawan Australia dibenarkan pulang ke negara asal. Menteri Luar Australia turut mempertikaikan kebebasan amalan demokrasi di Malaysia selepas kedua2 wartawan berkelahiran Australia ditahan PDRM pada sabtu lepas. 

- Masa isu berkenaan kecoh-kecoh, KPN bagitau bahawa ; 

Klik imej


"Saya sahkan dua orang ini ditangkap kerana mereka tidak mengendahkan arahan polis. "Mereka merempuh kawalan keselamatan Perdana Menteri...saya tidak tahu apa cuba dilakukan tetapi mereka ingkar arahan polis dan kita tahan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini hari ini. Khalid berkata tindakan dua warga Australia itu amat tidak wajar kerana program Perdana Menteri malam tadi, bukannya sesi temubual atau sidang media. 

Malam tadi, Najib menghadiri sesi pemimpin bersama masyarakat di Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki, Padawan. 

"Jadi, kenapa mereka perlu merempuh kawalan keselamatan untuk dapatkan Perdana Menteri? 

"Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tuduh mereka kerana halang penjawat awam laksanakan tugas," kata Khalid. (rujuk

- Susulan dari laporan berkaitan rempuhan, kedua-dua wartawan ABC akhirnya tampil membuat penjelasan. Kali ini dengan bukti rakaman. Bagi membuktikan bahawa mereka bukan sahaja difitnah bahkan telah ditahan secara salah tanpa asas yang kukuh. 

- Lihat gambar sejurus sebelum mereka ditahan ; 




 - Lihat rakaman video ;



[PENDEDAHAN] Video ABC Buktikan Wartawan Tak Rempuh Kawalan Keselamatan..Bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh kata mereka (wartawan Australia) merempuh kawalan keselamatan PM Najib. Adakah KPN cuba berbohong satu dunia ??? SEBAB ITULAH wartawan tersebut tidak didakwa di mahkamah DAN TIBA-TIBA terus dihantar pulang dgn segera.JIKA pendakwaan dilakukan ke atas wartawan tersebut APA AKAN TERBONGKAR NANTI ???
Posted by Suara Rakyat on Tuesday, March 15, 2016


- Rakaman berkenaan membuktikan bahawa wartawan ditahan sejurus bertanyakan soalan tanpa merempuh apa-apa benteng kawalan keselamatan Najib. 

Penyebaran rakaman berkenaan sekaligus membuatkan imej Najib Razak tercalar dan tindakan tersebut dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat samada di dalam mahupun diluar negara. 

Portal2 asing turut melaporkan kejadian berkenaan. Bahkan, imej KPN turut sama tercalar apabila dikantoikan menipu. 

Terang2 dia menyebut berlakunya aksi rempuhan padahal mana ada. 

 Lepas tu beria kata nak dakwa, tapi tak dakwa pun. Nak bincang2 konon. Bincang apanya bila dah kantoi ye tak? 

 Hihi. 

Aiyoooo.. Ini KPN kot. Yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan keselamatan negara. Kalau KPN pun slumber jek menipu.. apatah lagi ... lue fikirlah sendiri ek. 

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...