Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Februari 2016

Kedai Judi, Riba, Rasuah Ko Tak Kritik, Adun PAS Pakai Baju Menyerupai Dewa Kau Nak Kritik Pula..

Aiyooo..

Pakai baju menyerupai dewa yang pada masyarakat muslim kita memegang kepercayaan bahawa perkara itu tak wujud pun (even kaum cina pun ada yang beranggapan perkara tue tak wujud) boleh menimbulkan konflik di Malaysia sehingga Adun PAS dari Paya Jaras perlu memohon maaf secara terbuka.

Kedai judi tu lawan dulu la geng-geng UMNO.
Bersepah kot.
Pengutip cukai, pelulus lesen pun bukannya puak-puak lain.
Geng sendiri juga.
P tegur benda yang terang-terang mungkar.
P lawan benda yang terang-terang haram.
Yang pasal baju neh hal kecik. Picisan je pun. Bahkan tak patut jadi isu sejak dari awal lagi pun.

Baca point dari Chin-Huat Wong kat bawah neh. Jadi manusia otak tu kasi buka luas-luas dan tolong la luang sedikit masa untuk belajar. Jangan main hukum orang melulu ja.

Hadoi. 


Musuh besar kepada silaturahim antara agama dan budaya, yang begitu penting untuk persaudaraan kemanusiaan (ikhwan insaniah), ialah kejahilan yang ingin berlagak sebagai ketaqwaan dalam keghairahan menjadi polis budaya.

Saya sungguh bersimpati dengan saudara Mohd Khairuddin Othman ADUN PAS yang diserang keras dan kesat kerana memakai uniform pegawai China zaman dahulu (sebelum pemerintahan orang Manchu di bawah Dinasti Qing bermula penghujung kurun ke-17).

Pakaian itu dikatakan adalah pakaian Dewa China maka akidah orang Muslim terjejas dengan memakainya.

Sila lihat gambar Laksamana Cheng Ho (permulaan Dinasti Ming, kurun ke-15) yang semuanya kenal sebagai seorang Muslim ini atau gambar-gambar lain beliau.

Apakah pakaian saudara Khairuddin banyak beza daripada pakaian Laksamana Cheng Ho? Tengkolok mereka berbeza kerana jawatan dan mungkin zaman. Orang China kuno biasanya berjanggut panjang atas pegangan bahawa badan termasuk rambut dan bulu adalah pemberian daripada ibubapa dan harus dijaga baik-baik. Laksamana Cheng Ho tidak berjanggut kerana beliau seorang sida.

Jadi mengapa ramai dewa China (termasuk Dewa Kekayaan) juga berpakaian serupa? Kerana mereka ini sama ada berfungsi sebagai pegawai dalam kerajaan syurga atau pernah menjadi pegawai kerajaan semasa hidup. Dan kerana Dinasti Qing cuma memerintah untuk 300 tahun terakhir dalam sejarah 4500 tahun sebelum lahirnya republik, sudah tentu kebanyakan dewa itu wujud sebelumnya.

Pakaian pegawai Dinasti Qing berlainan sekali dengan rambut yang diikat panjang di belakang dan topi yang berlainan. Pakaian ini kerap ditonjolkan sebagai pakaian pontianak dalam wayang China. Kalau sehari nanti atas apa sebabpun ada orang Muslim yang pakai pakaian pegawai Dinasti Qing, harap jangan pulak ada yang nak fitnah mereka sebagai nak jadi pontianak.

Serangan ke atas saudara Khairuddin juga pernah berlaku ke atas PM Najib Razak apabila beliau menghadiri sambutan Thaipusam dengan pakaian kurta. Pakaian kurta yang dipakai oleh jutaan orang Muslim di India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka tiba-tiba menjadi pakaian Hindu. 'Pakar segera agama Hindu' yang menuduh Najib telah membelakangi ajaran Islam juga tidak menarik balik tuduhan dan meminta maaf setelah kesilapan fakta ditunjukkan.

Tuduhan yang sama juga menimpa Tengku Razaleigh pada 1990. Beliau dituduh menjual Islam kerana pakai tengkolok Kadazan yang seolah-olah ada tanda salib. Dan kempen fitnah ini begitu berjaya sehingga partinya S46 kalah di setiap kawasan parlimen di Pantai Barat.

Kalau anda tidak suka lihat pemimpin Melayu mendampingi budaya kaum lain, dan berpakaian tradisi lain, cakap sajalah ini haram daripada perspektif nasionalisme Melayu kerana ia melemahkan gagasan Ketuanan Melayu, menggugat jatidiri Melayu atau menjatuhkan air muka orang Melayu. Anda sememangnya berhak berpegang kepada pandangan sedemikian.

Tetapi janganlah cakap macam pakar agama kaum lain. Jangan 'salib'kan tengkolok Kadazan. Jangan 'hindu'kan pakaian kurta. Jangan 'tokong'kan pakaian pegawai kuno Cina.


Kepada saudara Khairuddin, saya berharap saudara sabar dengan dugaan ini. Saya percaya beliau tidak akan memakai pakaian itu kalau tujuannya ialah diperwatakkan sebagai dewa China. Semoga niat murninya untuk merapatkan silaturahim antara komuniti itu akan diberkati oleh Allah yang Maha Mengetahui.





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...