Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Julai 2015

Video Muhyiddin Kata Najib Mengaku 2.6b Masuk Ke Account Peribadi - Kenapa Rakaman Dipotong?

Semalam Yidin kena pecat. Selain Yidin, Shafie Afdal pun kena tendang juga bersama Hasan Malek. Manakala Ahmad Maslan diupgrade kedudukannya.

Yidin dipecat dari dua jawatan. Pertama sebagai menteri pendidikan. Kedua sebagai timbalan perdana menteri. Pemecatan Shafie dan Hasan Malek tak mendapat sambutan sangat terutamanya si Hasan Malek. Orang UMNO pun hapa tak hel dia kena pecat. Tetapi pemecatan Yidin ada timbulkan polemik la juga. Di kalangan penyokong UMNO dan pembangkang yang turut menyibuk untuk mengapi2kan situasi.

Semasa dipecat pada semalam, Yidin memang nampak tenang. Konon tak menyangka akan dipecat. Menurut laporan Malaysiakini, Yidin diberitahu Najib bahawa dia akan dipecat aka tiada dalam barisan kabinet terbaru Najib. Secara peribadi. Najib panggil Yidin berjumpa pada waktu 11 pagi lebih kurang tapi Yidin datang lewat. Selepas dimaklumkan akan digugurkan, Najib mengucapkan terima kasih kepada Yidin. Dan memberitahu bahawa langkah ini terpaksa diambil dengan keputusan yang berat ahti. Pergh.

Alasan Najib kepada pihak media. Untuk memantapkan pentadbiran negara dengan kumpulan yang lebih jitu. Padahal. Dia nak cantas semua yang tak sekepala dengannya dan buang suara2 Mahathir dalam pentadbiran negara. Itu sebab Ghani Patail pun kena cantas. Itu pun padan muka. Aku takan lupa apa permainan dia dalam memenjarakan Anwar. Bagi aku sesiapa yang bersimpati dengan Ghani adalah bodoh serupa lembu sebab bersimpati dengan mahluk opportunis seperti Ghani. Buat baik dibalas baik. Buat jahat terima la akibatnya. Itupun dia dapat sikit je kesan dari apa yang dia buat terhadap Anwar. Elok la dia berambus dari sistem perundangan negara. Aku tengok muka dia pun meluat. Asyik terbayang citer liwat jek. Sangat menjijikkan. Dan ya memang padan muka dia dipecat dalam keadaan dia sendiri pun tatau atas faktor kesihatan. Dia memang sakit jiwa dan akal bila sanggup proceed kes liwat. Itu je dah buktikan mentalisma dia bermasalah. Apa yang sihatnya. 

Kemudian. Yidin buat perjumpaan di rumahnya. Ketika dalam perjumpaan tersebut, Yidin ada membuat pengakuan. Katanya Najib sendiri mengakui bahawa 2.6 b itu memang ada dimasukkan ke dalam account bank peribadinya.

Lihat ;
 


Jika diperhatikan dari kedudukan rakaman, Yidin seakan sedar bahawa semua percakapan2nya dirakamkan. Maknanya at least dia tahu la risikonya. Adakah ini serangan pertama Yidin terhadap tindakan Najib yang cantas dia dalam kerajaan? 

Dalam rakaman tersebut, Muhkriz Mahathir duduk di sebelah Yidin dan mendengar kenyataan Yidin. Yidin sebut secara jelas bahawa Najib mengakui padanya duit tersebut disalurkan ke dalam account bank peribadi Najib. Memang Najib tak pernah nafi pun tentang hal tersebut. Yang dia nafi hanyalah tidak guna wang tersebut untuk tujuan peribadi semata2 walaupun dimasukkan ke dalam account peribadinya.

Difahamkan wang tersebut datang dari Timur Tengah. Tak disebut tentang 1MDB.

Itu kenyataan Yidin. Cuma pelik juga. Kenapa rakaman yang tersebar sekerat2 je macam nak raih millage politik? Kenapa tak sebar lebih panjang lagi? Cuma sebarkan apa yang Yidin sebut mengenai pengakuan Najib kenapa simpan wang berkenaan dalam account banknya. Nak juga dengar apa alasan yang Najib beri pada Yidin.

Cuma kalau nak kata Najib menipu macam susah sikit sebab dia sama sekali tak pernah nafi juga. Tapi bila dah ada pengakuan dari bekas orang no dua kerajaan, takan polis tak boleh amek keterangan. Walau apa pun alasan Najib, takan la wang pelaburan boleh didepositkan ke dalam account peribadi. Bukan ini dah kira melanggar amanah ka? Hehe.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...