Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Jun 2014

Shahidan Pula Sound Sultan Johor.


Sejak beberapa hari yang lepas kedengaran ramai pihak2 dari BN menghentam institusi raja. Secara spesifiknya membalon Sultan Johor, iaitu Sultan Ibrahim.

Penyokong2 BN yang taksub melihat ini sebagai kritikan yang bernas dari pemimpin2 BN terhadap institusi kesultanan melayu Johor.

Aku tiada masalah jika mana2 pihak berpendirian mahu membalon institusi monarki di negara neh. Seperti mana aku langsung takan pernah membantah jika suatu hari nanti ada pihak2 yang mencadangkan ahhhhh kita hapuskan saja monarkirian di Malaysia. Republickan sahaja negara neh.

Tak pernah menjadi masalah pada aku kerana tak pernah pula aku menjadi pencinta kepada sistem monarki.

Dalam kes di Johor baru2 neh Sultan bercadang mahu campur tangan dalam urusan pentadbiran yang melibatkan hal ewhal sektor perumahan. Bagi aku jika sultan itu adil, maka campurtangan (perluasan kuasa) sultan itu adalah bagus dan berada di landasan yang tepat.

Namun bagaimana pula kita boleh memastikan setiap keputusan yang dibuat itu benar2 berlandaskan kepada konsep yang adil?

Campurtangan sultan itu tidak boleh dipersoalkan langsung pula tue. Itu bermaksud sultan beranggapan bahawa dia tidak layak dinasihati oleh mana2 pihak. Itu sebabnya dia sanggup mencipta absolute power di dalam RUU perumahan baru2 neh.

Sesuatu yang wajar ditolak dan perlu ditolak. Tanpa absolute power secara undang2 pun dah banyak yang tergadai kepada warga asing di Johor itu. Tanpa absolute power yang tidak didokongi dengan undang2 tau.

Inikan pula jika ada absolute power. Apa lagi yang bakal dihadapi oleh rakyat Johor? Kelantan miskin2 pun, kena kutuk pun, kena hina pun, rakyat depa tanah sendiri. Rumah sendiri. 

Johor kemain maju. Kemain pelabur asing suka masuk. Kemain lagi pembangunan sana sini. Tapi tanah sapa punya? Rumah sapa yang punya? Kekayaan sapa yang punya? Ekonomi sapa yang pegang? Hah.. fikir2la ek.

Apa pun aku tertarik la dalam isu pemimpin2 BN termasukla ex PM, Mahathir membalon usul berkaitan RUU perumahan di Johor tue. Kalau la yang sound itu datangnya dari pemimpin2 PR mao lapan hari lapan malam tv3 dan Utusan berkampung kutuk betapa derhakanya pemimpin2 PR terhadap raja. Betapa jahat, hina dan kejinya pemimpin2 PR terhadap sultan. Betapa tak kenang budinya pemimpin2 PR sebab hidup kat negara beraja tapi tak reti nak hormati raja.

Hahaha..

Sedangkan pemimpin2 PR pun macam pemimpin2 BN juga.

Bukan mereka mahu menghina raja. Tetapi mengkritik. Seperti yang dilakukan oleh pemimpin2 BN sekarang. Kritik tindakan, keputusan dan pendirian raja dengan hujah. Bukan hina, kutuk, maki, cerca jauh sekali fitnah.

Tapi oleh kerana dalam isu RUU perumahan neh si pemimpin2 BN pun turut sama tak bersetuju dan senada dengan tv3 dan Utusan (Utusan sampai taknak jumpa raja andaikata dipanggil sekalipun, hehe) maka tak dapatla media2 gila menfitnah tue buat isu menfitnah.

Tapi isu neh juga mengajar penyokong2 BN satu perkara. Ajar dorang untuk sedar diri dan faham. Jika pemimpin2 BN yang kritik raja pun ko tak balon, sokong dan boleh bersikap terbuka, apa salahnya aku dan orang lain kritik raja juga? Same-same la. Dorang boleh, aku dan rakyat marhaen pun boleh juga.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Rujukan : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...