Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Jun 2014

Ahli Parlimen UMNO Diisytihar Bankrup Tapi Jangan Ejek2.


Dari segi undang2 kalau dah bankrup jawatan dia sebagai wakil rakyat tak valid orang kata. Aku ada tanya2 orang gak tadi. Dorang cakap kalau dapat status kebankrupan automatik jawatan kita sebagai wakil rakyat akan terbubar disebabkan antara syarat sah untuk bergelar wakil rakyat mestilah bebas dari unsur2 jenayah dan bankrupsi.

Baru2 neh MP UMNO dah pun bankrup. Dan perkara berkenaan telah pun diisytiharkan melalui akhbar.

Baca jap ;
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank. 

Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, ia akan berlaku jika Abdul Aziz gagal melangsaikan bayaran tunggakan pada bank berkenaan bagi mengetepikan notis kebangkrapan itu. 

Notis kebankrapannya diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj pada Rabu. 

Menerusi notis itu, permohonan bagi mengistiharkan Abdul Aziz sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas dan perintah kebenaran terhadap permohonan itu diberikan oleh mahkamah sama pada 29 Mei lalu. 

Notis muflis yang diiklankan di akhbar tempatan yang mula disebarkan di internet sejak petang Rabu. 

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya. 

Enggan mendedahkan jumlah tunggakan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sudah menghubungi pihak bank bagi menyelesaikan baki pembayaran dalam masa terdekat. 

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu. 

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya kepada mStar Online pada Khamis. -MSTAR-

Kita tengok sikit masa lagi. Adakah dia mampu menjelaskan hutang tersebut ataupun tidak. Kalau tak mampu UMNO cuba jangan bermain tipu sama rakyat. Jangan pula bagi alasan bodoh demi pertahankan kerusi berkenaan sudahla.

Hehe.

Namun dalam masa yang sama tak payah nak ejek2. Masalah kewangan neh bukan kira politik pun. Aku pun selalu hadapi masalah kewangan. Aku rasa kita neh macam dah semakin jauh dari nilai2 kemanusiaan kalau orang bankrup pun nak ejek2 dan jadikan topic untuk bergurau senda. Cover sikit la.

Kbai. 

Updated ;

Baca bawah ;


Betul ke neh? Kalau betul boleh ke? Jadi MP untuk berkhidmat dengan rakyat atau pow projek?

Hantu betul dorang neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...