Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Oktober 2013

Kekejaman Aksi Pemaju Merobohkan Kampung Hakka Tersebar.. [Video Inside]

Inila totok UMNO. 

Pongpang2 isu bangsa yang dia nampak. Pongpang2 lagi isu bangsa lagi dia dok highlight. Aku cukup2 boring layan puak2 macam neh.

Artikel ini di dedikasikan khas kepada ;

1. Helmi Ateera

Dan

2. Mazlina Nur Elsysa



Video kat bawah sebagai hujah pertama ;


 

Siapa kata semua penduduk kampung neh orang cina? Siapa yang tatau fakta sekarang neh kawan? Dapatkan tahu pasal fakta dulu baru sembang kencang la. Tadi kat twitter sorang mangkok ayun umno meroyan marah2 aku. Katanya mana ada rumah roboh. 

Hak eneyyyy.

Kawan aku berada di lokasi kejadian. Itu pasal aku berani sembang kencang.

Ko ingat aku jadi pakar sembang kencang for nothing ka? Mestilah sebab ada something itu pasal aku berhak mendapatkan title tue. Yang korang tue memang sah sembang kencang tapi for nothing. Main melalak jek.

KAH KAH KAH

Terus kepada point ;

1. Memang ada orang2 melayu, non muslim, pelbagai bangsa kat kampung tersebut.

2. Mereka tak boleh digelar sebagai penceroboh, di anggap sebagai pendudukan haram sebab dari awal lagi mereka bayar lesen tau.

3. Entah tahu2 aje tanah yang mereka duduk tue dah dijual.

4. Memang dalam pengetahuan kerajaan bahawa ada penduduk duduk disitu. Kerajaan tahu sebab mula sebab yang bagi lesen tue seme bukan orang lain, kerajaan juga.

5. Dah jual satu hal. Bagitau last2 minit satu hal. Cuba ko bagitau awal2 tanah tersebut dah jual. Pemilik baru sekian2. Dan pemilik yang membeli tanah tue pula mestilah faham bahawa kat atas tanah tue ada orang yang tinggal. Dari awal lagi mereka dah menetap disitu. Buka penempatan kat situ. Nak halau2 orang macam orang takde perasaan. Bayaran pampasan pun rm7,000. Orang tua nak pinjam loan pun tak lepas. Nak hidup macam mana dengan rm7,000? Mana nak cari duit untuk bayar rumah tiap2 bulan pula?

6. Itu baru sorang orang tua. Kalau kat situ ada beberapa orang tua yang lain macam mana?

7. Bagaimana pula dengan mereka2 yang muda tapi tak qualify untuk loan rumah, sapa nak tanggung?

8. Itulah, orang bukan marah ko nak bangunkan tanah tue. Orang bukan tak boleh terima kerajaan dah jual tanah tue pada pemaju. Tapi nak lakukan pembangunan sekalipun jangan sampai menindas rakyat.

9. Bagi la pampasan yang sewajarnya. Yang sepatutnya. Sesuai dengan keadaan semasa.

10. Sekurang2 bagi la sebuah rumah kos rendah ataupun kos serdahana. Ada  la tempat dorang nak menapak lagi lepas neh. Sekurang2nya kan.

11. Orang2 tua yang dah tak mampu loan bagi je la rumah sebijik. Dah la tua, kerja dah tentu2 tak mampu. Mana nak cekau duit2 bulan untuk bayar duit rumah? Takde otak ke ko?

12. Tak sedih ke tengok makcik dalam video di atas tak mampu berbuat apa2 bila rumah dia dirobohkan?

13. Tak terkata dah makcik tue bila rumah dia dirobohkan. Hanya air mata dan wajah sedih jek yang kita nampak. Dalam ahti punya la sedih tue.

14. Bayangkan makcik tue mak kepada Helmi dan Mazlina. Nak sembang kencang lagi ke tak lepas neh agaknya? BTW, makcik tue cina ke Helmi? Semua cina ek kat situ? Hish.

15. Notis semalam, hari neh suruh keluar. Tak kerja gila ke tue? Yang lebih gila, orang nak jumpa, nak berunding pun depa tak layan. SOMBONG NAK MAMPUS punya pemaju. BTW tokey pemaju neh orang berbangsa cina tau. Setahu aku UMNO patut anti cina. Tak ke depa anti cina yang merobohkan rumah melayu kat dalam video neh? Dah tukar mode ka?

16. Nak di ikutkan, penduduk2 kampung faham bab pembangunan. Depa tak degil. Yang menjadi isu sekarang ialah rundingan nilai pampasan belum dimuktamadkan lagi. Penduduk teraniaya tau. RM7K? Ko ingat dorang neh hapa? Nak suruh duduk bawah jambatan ke?

17. Yang merepek cakap itu tanah yang diduduki cara haram jangan sembang kencang di facebook. Call PSM now ==> 03-22747791. Dapatkan fakta kes, bukti dan dokumen apa seme. Sebelum tuduh2 dorang tue duduk secara haram.

18. Ini aku dah bagi no telefon, ruang dan peluang untuk korang selidik fakta dengan mata korang sendiri [Helmi dan Mazlina] tapi tak buat juga mohon jangan membabi buta komen lagi. Malas aku nak berkawan dengan orang macam neh. Taknak terima kenyataan.

19. Dalam kes neh sepatutnya selesaikan dulu rundingan. Apa2 hal biar seme win2 situation. Kerajaan pun menang, pemaju pun menang, penduduk pun tak sakit ahti. Susah sangat ka nak buat macam tue? Memang la susah kalau ko dah berkira sangat dengan orang kan. Untungnya berjuta2, tapi takmo bayar pampasan yang bersesuaian. 

20. Ini bukti ==>  http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/penduduk-kampung-hakka-bagi-undi-bn.html 

Najib berjanji takan robohkan KG Hakka tau. Tapi janji tinggal janji. Apsal bulan lepas boleh je Najib berjanji takan robohkan tapi lepas sebulan Najib mungkiri janji dia? Apa taknak pula ko tuduh2 Najib nak halang pembangunan? 

Sengal.

Tatau citer tapi sembang kencang.

Yang paling tak boleh blah ada ahti nak tunjuk diri sebagai muslim yang suci murni. Getik i baca. Sorry. I memang anti sikit bab muslim suci murni neh.

KAH KAH KAH 

Penduduk Kampung Hakka Bagi Undi, BN Balas Dengan Robohkan Rumah Mereka.

Ini yang rakyat terima setelah mempercayai BN. Sekarang bukan BN yang bersama2 dorang tetapi DAP dan PSM.

Jangan di ulangi lagi kesilapan macam neh. Jadikan ia pengajaran dan iktibar yang sangat2 berguna di lain kali. Dengan tidak berniat untuk menyalahkan mana2 penduduk KG Hakka yang kini teraniaya [jangan tambahkan kesedihan dan beban mereka lagi], boleh jadi mereka juga mangsa keadaan. Mungkin mereka telah mempercayai kata2 dusta bahawa BN berjanji tidak mahu robohkan rumah mereka namun akhirnya janji dimungkiri. Tak siapa yang tahu.

Sekarang rumah dah roboh, nak duduk mana?

Lihat paparan berita yang dipetik dari Utusan ;


Najib kesayangan korang dah lari ke mana2 hala. Usah kata batang tubuh, suara pun dah senyap terus. Terlajak makan nasi lebih boleh berdiet di kemudian hari, terlajak undi BN, tak pasal2 kena tunggu 5 tahun.

Selepas undi diberi, ini yang penduduk Kampung Hakka dapat pada hari ini ;





 





Kerja2 pemotongan bekalan api dan air telah dilakukan bagi melemahkan semangat penduduk kampung Hakka untuk terus bertahan bagi menyelamatkan kediaman masing2.

Bahkan, gambar last yang aku tunjukkan ini gambar rumah orang Islam. Ada satu situasi yang mana ramai2 masuk dan duduk dalam rumah neh tanpa kira bangsa dan agama untuk menghalang pemaju merobohkan rumah mereka dan jiran2 mereka.

Undi diberi, racun dibalas.

Lue fikirlah sendiri.

Setiap Pondok Tol Di Shah Alam Akan Dikenakan Bayaran Lesen.


Aku baru terbaca satu berita neh. Korang bayangkan ek, pondok tol, tahu tak pondok tol? Hah pondok tol tue sekarang dah dikenakan bayaran lesen. Tahu tak apa itu bayaran lesen? Hah kalau taktau meh amek tahu dulu.

Yang aku baca tadi ;

Majlis Bandaraya Shah Alam akan menguatkuasa syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari.

Ia akan membolehkan MBSA mengutip sekurang-kurangnya RM218,000 setahun dalam bentuk kutipan bayaran bagi lesen pondok tol.
 

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Datuk Bandar MBSA Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menyebut, langkah itu melibatkan sepuluh plaza tol dan 218 pondok kutipan bayaran tol.

“Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuh raya Koridor Guthrie (Guthrie),” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau menjelaskan, kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan.

Tambahnya, kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluasan tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam mesyuarat bulanan MBSA kali kesepuluh tahun ini.

MBSA neh bukan bawah kerajaan negeri Selangor ka beb? Kalau ini bawah negeri Selangor apakah pentadbiran PR alert mengenai tindakan oleh MBSA ini? Aku tahu la korang sesama penjawat kerajaan pun konflik atas dasar perbezaan politik tapi hujah macam tue tak cukup kuat untuk dijadikan asas bahawa kerajaan negeri Selangor tak boleh berbuat apa2 berhubung isu neh beb.

Faham dulu apa yang aku nampak ;

1. Ko kenakan bayaran lesen untuk setiap pondok tol yang wujud.

2. Bayaran lesen satu hal + bayaran iklan lagi.

3. Then syarikat konsesi tol kena la bayar secara berkala kat ko setiap tahun bagi lesen. Itu tak masuk bab iklan. Depa kira lain.

4. Then ko rasa syarikat konsesi tol neh akan goyang kaki huhu haha dan tak heran dengan perkara2 ini? Jangan harap. Depa mesti akan alihkan beban tersebut kepada rakyat dengan mula mendesak2 kerajaan akan naikkan kadar tol.

5. Yang diharapkan oleh aku ialah bagaimana MBSA boleh memastikan bahawa syarikat konsesi tol tidak akan bertindak menaikkan kadar tol sekaligus tak pasal2 pengguna pula kena kat sini, betul tak?

6. Dan apakah MBSA tidak tahu bahawa BN boleh gunakan isu neh dengan mengeluarkan hujah bahawa bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol semakin tinggi kerana usul mereka untuk menaikkan kadar tol akibat terbeban dengan bayaran lesen di Shah Alam tidak mendapat kelulusan? Maksudnya, samada naikkan kadar tol = rakyat bayar secara direct ataupun tidak naikkan kadar tol = rakyat bayar secara pampasan, bayar tetap bayar walaupun menggunakan cara yang berbeza.

7. Khalid Samad wakil rakyat Shah Alam. 

8. Minta cuba tengok2 perkara neh.

9. Secara jujurnya benda neh takde effect pada aku sebagai rakyat. Aku tak heran langsung bab lesen kepada pondok tol neh hah. Dorang untung berjuta beb.

10. Tapi apakah kaedah yang akan digunapakai untuk memastikan perkara ini akhirnya tidak menyusahkan rakyat kembali. Itu je. Faham2 aje la sang kapitalis neh. Dorang bukan nya tak untung. Untung jek. Tapi bila untung bersusutan sikit mereka claim rugi. Macam HARAM.

Kalau la satu jaminan dapat diberikan bahawa bayaran lesen ini tidak membabitkan rakyat dalam apa jua bentuk itu yang sebaik2nya.

Aku tahu syarikat tol untung banyak. Tiap2 tahun di umumkan keuntungan BERSIH mereka. Tapi aku juga tahu. Dorang neh pantang tercuit. Kalau untung kurang rm1.00 pun depa bising rugi. Inikan pula 218,000 sekurang2nya. Mao melompat. Tak caya tengokla.

Oke bai.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/245435

Rabu, 30 Oktober 2013

Hot : Warga Indonesia Yang Mengaku Sogok Polis Sembunyikan Diri..

Kemungkinan besar dia lari sebab ini melibatkan nama baik polis. Bukti dalam facebook mendapati bahawa dia secara terang2nya mengakui bahawa dia telah menyogok polis secara tetap selama tiap2 bulan dengan nilai sebanyak rm100.

Rujuk ;


Susulan dari pendedahan di atas, pihak kami telah sebarkan gambar di atas dan tag pihak polis untuk siasatan lanjut.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=690350257656489&set=pb.163629210328599.-2207520000.1383137560.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-frc3%2F1395840_690350257656489_1319509784_n.jpg&size=451%2C720

Sehingga kini kami belum lagi menerima apa2 makluman dan jawapan rasmi dari pihak polis. Mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi. Akan tetapi pemilik account facebook tersebut secara tiba2 telah pun melarikan diri.

Kaitan individu di atas dengan penjenayah rompak dan bunuh ialah mereka bersahabat di alam maya. Menerusi facebook. Tak pasti la pula jika2 mereka berkenalan secara peribadi. Tetapi kemungkinan itu ada sebab sama2 tinggal di Malaysia dan berdekatan pula tue.

Kalau nak tahu pemilik account facebook neh dikesan susulan dengan penemuan facebook pemilik kepada penjenayah rompak dan bunuh. So ada di antara kita rajin2 pergi godek satu persatu kawan2 dia dan berhasil dapatkan bukti di atas.

Bila benda kat atas neh tersebar, dan dia pun perasan, lalu dia deactivatedkan facebook dia serta merta. Akan tetapi bukan gambar itu saja yang rakan2 kita berjaya perolehi.

Ada satu lagi gambar yang bakal mengemparkan penyokong2 BN. Jangan marah ah..

Lihat bawah ;


Gambar di atas dikemaskini dan di upload oleh tuan punya facebook yang kini melarikan diri. Dan kita minta pihak polis take note sebab ;

1. Dia mengaku dia mendapat perlindungan dari pihak polis selama ini dengan cara menyogok polis secara tetap selama 100 setiap bulan.

2. Dikesan bukan hanya melibatkan dia semata2. Ada individu lain sama seperti dia turut menyogok pihak polis.

3. Mohon siasatan rapi dan terperinci berkaitan hal ini.

Ini account facebook dia tapi tak dapat detect dah sebab dia dah pun lari.. 

--> https://www.facebook.com/mahesa.birawa.7737769

Satu Malaysia Kena Tipu Dengan KDN, Kawalan Prima Masih Beroperasi Lapor Wartawan!

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kena tikam dengan orang sendiri. Bukan wartawan dari berita pro pembangkang ataupun alternatif  [bebas] beb. Tapi ini geng2 pro UMNO - BN sendiri yang dedahkan beb.

Apa sudah jadi?

Patutlah. Aku pun dok heran pasai apa bloggers UMNO dok bantai KDN dan PDRM sejak tadi. Benda neh dah main lama kat blog aku. Tapi depa baru la neh nak sahut. Aku dok perhatikan aje. Aku rasa ini mesti ada sesuatu neh. Rupany2.. memang ada sesuatu. Yang belakang2 tue kita jangan citer.

Buat pening aku jek nak susun ayat.

Cukup korang tahu benda yang depan2 aje.

KAH KAH KAH

Oke.

Menurut Malay Mail ;

1. Syarikat keselamatan yang didakwa = Kawalan Prima or PRIMA SECURITY masih beroperasi macam biasa meskipun kementerian KDN telah pun mengeluarkan statement media bahawa syarikat tersebut telah dibatalkan lesen nya.

2. Bagi yang kurang jelas, Zahid Hamidi ada juga keluarkan statement bahawa KDN beri masa kepada syarikat tersebut untuk kemukakan rayuan. Meskipun, sebelum itu salah seorang pegawai kanan KDN telah keluarkan kenyataan bahawa KDN dengan tegas telah menarikbalik lesen syarikat keselamatan tersebut dengan serta merta [tanpa kompromi].

3. Kenyataan bercanggah ini agak memelikkan aku. Hehe.

4. Sambung balik pendedahan oleh The Malay Mail.

5. Wartawan TMM [The Malay Mail] telah ke lokasi kejadian. Ambank. 

6. Apa yang mereka dapati ialah syarikat keselamatan tersebut masih lagi beroperasi seperti biasa. Masih lagi memberikan perkhidmatan mereka kepada Ambank. Meskipun menteri kata lesen syarikat telah ditarikbalik.

7. Jurucakap daripada Ambank dilaporkan berkata kepada wartawan TMM bahawa apa yang KP [Kawalan Prima] terima hanyalah surat amaran aka surat tunjuk sebab. Bukan penarikan balik lesen syarikat mereka.

8. Seterusnya wartawan TMM cuba mendapatkan pengesahan daripada pihak KP itu sendiri. Jawapan yang mereka terima ialah syarikat KP tidak ditarikbalik lesen perkhidmatan mereka. Syarikat tersebut enggan memberikan apa2 respon terhadap insiden rompak dan bunuh staff Ambank namun mereka mengesahkan bahawa syarikat mereka tidak melakukan apa2 kesalahan dan mereka masih beroperasi seperti biasa. Penjelasan telah dimaklumkan kepada pihak2 tertentu dan perlu.

9. Semakan wartawan TMM mendapati bahawa staff Ambank tidak 'gembira' dengan perkembangan situasi ini. Pun begitu mereka juga tidak selesa memperkatakan hal ini secara terbuka dan lanjut kerana babitkan polisi syarikat.

Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kawalan-prima-licence-revoked-but-operating-as-usual

Setelah membaca laporan oleh TMM ini aku dapati ianya semakin mencurigakan. Kerana apa ek? Kerana menteri aku cakapnya depan press lain. Tapi tindakan nya lain.

Kat depan media pongpang2. Lesen dah ditarikbalik.

Tapi hakikatnya? Kebenaran nya? Fakta nya? Adakah benar lesen syarikat tersebut ditarikbalik? Nampaknya tidak woooo..

Apa pun aku tak la nak kata syarikat keselamatan neh 100% salah. Pasal bila aku perhalusi betul2 statement demi statement yang dikeluarkan di media, aku dapati ;

Yang berkuasa check IC, dorang. Yang berkuasa bagi lesen senjata api pun dorang. Yang berkuasa untuk buat screening ID, background apa seme pun dorang.

Jadi apa tak apa yang aku cuba nak sampaikan neh?

Hah, kalau faham baguslah.

Nak tahu kesudahan kes neh senang jer. Ikut je arah 'wang' berjalan. Di mana ada wang, disitu ada peluang.

Erkkk..

KAH KAH KAH

PANAS : DAP Dedah Pegawai Kerajaan Menerima Gaji RM69,000 Sebulan.

Mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Sebulan tue wa cakap sama lue.

Kalau aku yang dapat tue.. perghhhhhhhhhhhhhhhh atas bawah aku cium Rosmah Mansur beb. Sayang punya pasal.

KAH KAH KAH

Menurut Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming ;

1. “Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

2." Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,”   

3.  Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.

4. Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

5. Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakkannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

6. “Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

7.  “Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan".

8. Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Fenin la ana fenin tengok angka2 ini.

Yang aku heran tue pasai apa yang ada kakitangan kontrak lagi mahal gajinya berbanding pegawai tetap?  Patutlah bloggers UMNO mengamok sakan kat PEMANDU hari tue. Gaji rm49,000 sebulan beb. Sapa tak cemburu. Kalau aku pun aku bengang. Biar la dapat kat aku duit tue.

KAH KAH KAH

Gaji tinggi setimpal dengan kerja dia takpe juga. Ini harap je gaji tinggi. Kang lepas neh pejuang2 melayu mesti marah punya. Cakap DAP cina sebab tue jeles tak boleh tengok anak melayu berjaya. Tak caya tunggu aje la. Confirm ada wehhhhh. Bab lari tumpuan, lari focus, lari dari perbincangan asal serah kat depa je. Depa memang PAKAR.

Rujukan : http://www.roketkini.com/2013/10/29/gaji-melampau/

Selasa, 29 Oktober 2013

Penjelasan Pizza Hut Isu Larang OKU Makan Di Pizza Hut Malaysia.


Siang tadi laman facebook Pizza Hut diserang. Ini kerana telah tersebarnya satu kisah di mana Pizza Hut dikatakan telah memberikan layanan yang tidak adil terhadap salah seorang pelanggan OKU yang ingin makan dan berbincang di restoran makanan segera tersebut.

Rujuk sini.

Dalam pada itu, Pizza Hut telah melakukan tindakan pantas dengan ;

1. Meminta maaf kepada pihak terbabit.

2. Meminta para pelanggan memberikan mereka masa untuk selesaikan isu yang timbul.

3. Mereka akan mendengar cerita dari semua pihak dan akan kemukakan kenyataan susulan berhubung kejadian tersebut.

Pizza Hut juga mengakui bahawa mereka sedang mengatur pertemuan dengan OKU yang dimaksudkan namun setakat neh perbincangan antara mereka menemui jalan buntu.

Pizza Hut menjelaskan ;

1. Mereka tiada polisi yang melarang mana2 pihak yang berkerusi roda ataupun OKU untuk singgah, datang dan makan di restoran mereka.

2. Pizza Hut juga menjelaskan apa yang berlaku ketika hari kejadian ialah, individu tersebut = Anthony Thanasayan meminta untuk duduk di satu posisi yang agak sempit dan menyukarkan pergerakkan dia.

3. Lalu staff Pizza Hut menawarkan ruang makan yang lebih selesa bagi memudahkan pergerakkan  Anthony Thanasayan.

4. Apa yang berlaku sebenarnya ialah keadaan ruang makan di dalam Pizza Hut agak sempit. Maka bagaimana dengan keadaan yang sempit itu membolehkan tuan punya badan nak bergerak ke ruang yang dia inginkan tue.

5. Itulah la sebabnya ruang makan lain ditawarkan sebagai ganti. Bukan halau jauh sekali diskriminasi.

6. Akan tetapi  Anthony Thanasayan menolak cadangan tersebut.

7. Di pihak Pizza Hut pula mereka telah beberapa kali minta bertemu bagi memberikan penjelasan dan juga menyatakan permohonan maaf akan tetapi permintaan tersebut tidak menerima apa2 respon dari tuan punya badan.

8. Pizza Hut juga bercadang mahu menemui Anthony Thanasayan bagi menyelesaikan salah faham dan menyampaikan rasa kekesalan mereka.

Menurut cerita dari versi Anthony Thanasayan pula ;

1. Pizza Hut melarang dia masuk ke kawasan restoran atas alasan dia berkerusi roda.

2. Sebelum keluar dia telah pun berunding dengan staff Pizza Hut.

3. Namun permintaan dia untuk makan di restoran tersebut tidak dilayan.

4. Disebabkan marah kerana di diskriminasikan maka dia membuat aduan rasmi.

5. Dia diberitahu oleh staff Pizza Hut bahawa OKU [kerusi roda] dilarang memasuki restoran tersebut. 

Tatau sapa betul sapa salah. Jangan2 ini kerana staff Pizza Hut yang tak reti nak gunakan bahasa elok2 untuk terangkan cara baik. Kalau gunakan bahasa yang kurang faham boleh juga menyebabkan orang tersinggung weh. Ini pentingnya pendidikan komunikasi. Kadang2 kalau kita pergi makan kat mana2 fast food pun kita akan nampak memang wujud di antara staff2 mereka tak reti nak bercakap elok2 dengan customer. Yang tarik muka pun ada. Bila seme benda neh digabungkan tak pasal2 merosakkan imej restoran tersebut.

Apa pun kita tunggu je la citer neh macam mana. Harap2 penyelesaian win2 situation dapat dimuktamadkan kat sini. Dan jangan la dok tokok tambah benda yang tak wujud. Agak2 la weh. Melihat kepada kesungguhan Pizza Hut untuk menyampaikan rasa kekesalan mereka aku rasa, mungkin ada benarnya sangkaan aku kat atas tadi. Kelemahan komunikasi dengan betul mungkin pemangkin kepada punca masalah. Ah sudah. Bahasa tinggi apa yang aku pakai neh? Aku pun tak faham.

KAH KAH KAH

Dan macam biasa, citer neh dah pun jadi citer perkauman kat sesetengah page. 

Macam tak biasa pula you all. Inikan Malaysia beb. 

KAH KAH KAH

Rujukanhttp://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pizza-hut-no-policy-against-disabled-man-offered-more-comfortable-space
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...