Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Februari 2011

Haram ke siti nurhaliza bina masjid?


Tiga hari yang lepas topik "hasrat siti nurhaliza membina masjid tercapai" menjadi tajuk perbualan saya dan rakan-rakan. Salah seorang rakan saya menceritakan kepada saya, kuliah subuh di tempatnya pada hari itu ada mencerita isu siti nurhaliza membina masjid. Saya tak faham. Memang tak faham. Kenapa isu neh masuk masjid kat tempat dia pula?

Beginilah perbualan saya dengan rakan saya pada hari itu ;

Rakan A : Ko tahu siti bina masjid kat kedah?

Aku : Tahu. Tapi kat pahang tak silap aku. Apsal sampai kat kedah pula perginya?

Rakan B : Kat kampung laki dia kot. Kedah kan kampung datuk k.

Aku : Entah. tak minat aku dengan datuk k. Sejak siti kahwin dengan datuk k, malas aku baca citer pasal dia. Aku tak tak suka datuk k beb.

Rakan B : Datuk k tinggal bini utk siti nurhaliza. kalau ko nak benci, bencilah siti sekali sebab dia rampas laki orang.

Aku : Haizh.. bukan ke siti nurhaliza bercinta dengan datuk k lepas bercerai?

Rakan C : Sapa cakap? Sama je lah dengan fasha sandha dan memey tue. Aku heran gak bila siti nurhaliza rampas laki orang takde sapa nak kutuk tp time fasha punya lah berlambak2 orang kutuk dia. Ko tahu ex-wife dia lari ke luar negara time ct kahwin dulu? Hari neh kita buat org, esok lusa Allah swt balas balik. Ct pun dah buka tudung sekarang. 

Rakan A : Lari tajuk lar korang

Rakan B : Apsal dia tak mengandung lagi?

Aku : Aku mmg nampak dia buka tudung, tapi bab rumahtangga dia aku tak tahu. Kan aku dah cakap aku tak minat amek tahu sejak2 dia umumkan datuk k tue laki dia. Siyes tah hapa-hapa aku rasa. Kena jampi kot.

Rakan A : Lari tajuklah korang. Bergosip pula kat sini. Bukan nak citer pasal ct. Nak dengar ke taknak?

Aku : Apa diaaa?

Rakan A :Siti nurhaliza lah. Dia bina masjid tp sumber wang dia tue.. itulah isu sekarang. Wang tue taktahu haram ke halal ke.. 

Aku : Wang haram apa pula? Dia kan ada bussiness sendiri? 

Rakan B : Aku sampai sekarang tak faham hukum perempuan jadi penyanyi macam siti nurhaliza, dayang, nora dan ramai lagi. Berdosa ke tak? Kalau berdosa kenapa jabatan agama tak tangkap pun dorang macam dorang tangkap kartika yang minum arak dalam pub dulu?

Rakan A : Jadi penyanyi berdosa ke tak aku taktahu. Tapi tak silap aku pasal aurat dan pembawakan artis itu sendiri. 

Aku : Kalau berdosa heret najwa anak tpm sekali. Heh

Rakan A : Jangan citer pasal politik ko. Bosan aku. Sekarang neh korang dengar dulu. CT seorang dermawan. Dia dah banyak kali berurusan dengan pihak pengurusan masjid atas tujuan derma dan sebagainya. Salah satu tempat tue masjid alam damai. Dia memang suka membantu dan ada niat nak memberikan bantuan bagi melengkapkan fasilities kat masjid tersebut. 

Tetapi pihak pengurusan tolak. Dia ada pergi ke beberapa tempat menyatakan hasrat dia, tapi ada lah beberapa masjid tidak menerima permintaan dia.

Dah banyak masjid tolak permintaan ct tue. Bukan satu masjid je. Mereka was-was dengan sumber rezeki ct. Itu je. Tadi adalah jemaah surau tanya.. apakah hukum nya ct nurhaliza guna wang hasil menyanyi bina masjid. Ustaz tue cakap "boleh jatuh hukum haram".

Aku : Haram ke bina masjid guna wang hasil menyanyi? Lagipun betul ke ct nurhaliza bina masjid guna wang hasil menyanyi? Dia ada perniagaan lain lah.

Rakan B : Perniagaan dia tue hasil dari duit menyanyi juga.

Rakan A : Ustaz kata benda was-was kena tinggal.

Rakan C : Laki dia kot support?

Aku : So macam mana pula ;

1. Kalau pemerintah islam / tidak islam yang membina masjid? Siapa tahu sumber wang tersebut? Mungkin dari hasil cukai rokok dan arak kan? Apatah lagi tiada pengasingan yang dibuat [rujuk kepada situasi di malaysia]

2. Bagaimana pula dengan ibadat mereka seperti berpuasa, berzakat dan menunaikan haji? Bukan kah mereka memperolehi wang hasil dalam bidang seni? Berbuka puasa beli guna wang [pendapatan] dari hasil seni hiburan. Begitu juga zakat dan sebagainya so apakah hukum nya di sini?

3. Bagaimana pula dengan individu yang dah bertaubat? Dulu mereka jadi artis dan kaya. Selepas itu mereka gunakan wang tersebut untuk buka bisnes. Kebetulan bisnes mereka berkembang baik. Dan mereka gunakan wang tersebut untuk membantu masyarakat. Apakah pula hukum nya?

Rakan A : ko neh dah salah orang. Ko tanya aku macam lah aku nak jawab. Ko gi tanya ustazlah ngok. Tue malas citer dengan ko. Aku citer satu benda je ko mesti suka tanya banyak-banyak kan? 

Dan seterusnya kami terus bersembang melalut dengan macam-macam topic..  Begitulah antara intipati perbualan yang saya ingat.

So adakah anda terfikir kan apa yang saya terfikir? Saya dah tanya kepada seorang ustaz kat tempat saya. Dia jawab ;

Jika ct berniat nak melupuskan wang hasil hiburan, dia boleh menyalurkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

Jika ct berniat nak membina masjid wang tersebut mestilah dari sumber yang diyakini halal apatah lagi orang islam memang terdidik halal dan haram satu-satu perkara. Katakan lah ct membina wang hasil dari bidang hiburan, akan datang mungkin penyanyi [penganut islam] bogel, lucah, gay dan sebagainya turut membina masjid. Jadi rumit nanti..

Ibarat mencuci air kencing dengan air kencing.


Psssttt : Siti bina masjid atau baikpulih masjid?


Ameno : Worr.. jadi tak tentulah haram.. semuanya berdasarkan kepada sumber wang tersebut.. elok gak ct explain dia guna sumber apa utk bina masjid.. [yayasan nurjiwa tue duit hasil apa?] buatnya orang was2 nak solat dalam masjid tersebut camne?

Share this

14 Responses to " Haram ke siti nurhaliza bina masjid? "

  1. Hurm. Menarik isu ko ni.

    Perbandingan no1 ko bagi tu pon aku terpiker jugak, so cantek tu.

    Tapi setau aku KATEkanlah (aku tak nak suka2 jatuh hukum, aku andaikan je) duit hasil nyanyian dia tu haram, duit tu hukum haram jatuh kepada dia je. selepas2 tu, dah takde dah apa2 hukum melainkan orang yg dapat duit daripada dia pun melalui cara haram (means, dia curi duit Siti). Kalau Siti bagi duit haram pun, orang yg menerimanya tak dijatuhkan hukum haram. Boleh apply utk situasi kerajaan jugak (kita sedia maklum both kerajaan BN ngan PAS agihkan duit yg sebahagiannya bercampur hasil bahan tidak halal). Tapi bab2 hukum2 ni, aku tak berani la kata pendapat aku muktamad. Pergi research sendri pasal ni kat Ustaz2.. Pasal aku pon terbaca fatwa dari sorang ustaz ni. kalau ko nak aku cari nnti. tak silap ada jugak ayat al-Quran pasal penurunan harta haram ni.

    Pasal tangkapan tu, tu dah karut sangat. Tak semua benda haram ada undang2 syariah. Tangkapan hanya dibuat kalau ada undang2. Berbohong dengan mak pun haram kan? Ada ke kena tangkap? Tu dosa kita dengan Tuhan. Merokok pon dah lama difatwakan haram.. Takde pulak keperluan cekup semua perokok Islam. Camtu la kesimpulannya.

    BalasPadam
  2. huh, kalau haram tu, akan bersangkut la sampai kemana mana pon, haram is haram, x de halalnya, islam sekadar dalam surat beranak dan kad pengenalan, penghaatan langsung -selipar_terbang-

    BalasPadam
  3. menghalal dan mengharamkan adalah hak Allah sepenuhnya. Jangan membuat ijtihad tanpa berlandaskan nas-nas yang dhaif.

    BalasPadam
  4. maaf.. tertypho "tanpa".. hanya baca : *berlandaskan nas-nas yg dhaif

    BalasPadam
  5. masjid tu wujud.. baru rasmi.. dekat tikam batu, sg.petani kedah..

    BalasPadam
  6. islam itu mudah..
    tp, kita yang membuatkannya rumit..

    BalasPadam
  7. makcik mmg ada tpikir ttg isu tu. actually sejak skola lagi ada tpikir sbb makcik bjiran dgn salah seorang comedian veteran. so, bila dia jemput makan atau nak gi beraya ke rumoh dia, tpikir jgk, halal ke duit dia blakon tu, sentuh laki pompuan tu? isu ct pun makcik tpikir jgk. tp xdek mana2 mufti yg bbunyik, kan?

    BalasPadam
  8. Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Cara Mengurus Harta Haram
    Sabda Nabi SAW : ertinya " Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik.." ( Riwayat Muslim, 3/85 ).

    Justeru, harta haram tidak sekali-sekali boleh digunakan untuk manfaat diri pemiliknya, samada untuk kegunaan pembayarn cukainya, saman keretanya, makanan keluarganya, tambang basnya dan lain-lain untuk kepentingan dirinya. Apatah lagi digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah. Kemungkinan Haji itu dilihat sah berdasarkan rukun dan syaratnya tetapi tidak diterima Allah SWT kerana ia adalah dari hasil yang tidak baik sama sekali.

    Sebuah hadith lain pula menyebut ; Ertinya : "Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertawbat)" ( Riwayat al-Hakim, sohih menurut al-hakim dan disepakati oleh az-Zahabi ; Albani : Ianya lemah )

    Harta haram yang saya maskudkan di sini adalah harta yang dimilki dengan cara yang tidak diiktiraf oleh Shariah. Ia termasuklah wang yang diperolehi dari hasil pinjaman dengan transaksi Riba, harta curi, tipu , judi, pecah amanah, rasuah, hasil perniagaan haram, hasil keuntungan dari jualan barang curi, hasil keuntungan pelaburan haram, hasil wang dari proses perniagaan secara monopoli dan banyak lagi.

    Cara Melupus

    Syeikh Atiyyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al- Azhar) berkata, : "Wajib melupskan harta yang haram ketika bertawbat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu). ( Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, hlm 2/65)

    Persoalannya ; 1) Bagaimana mahu melupuskan harta haram yang di dalam simpanan ? 2) Adakah harus untuk menyedeqahkan harta yang haram ?, sedangkan pemilik harta haram tidak dikira memiliki harta itu menurut pandangan Islam.

    BalasPadam
  9. samb..

    Menurut Shariah, jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan tawbat kepada Allah SWT. Bagaimanapun, jika gagal memulangkan semula kepada tuan miliknya, hendaklah ia memulangkannya kepada warisnya, jika gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah (Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251).

    Demikian juga harta yang terhasil dari riba pinjaman, maka perlulah dipulang semula kepada peminjam yang dikenakan riba itu. Sekiranya harta itu bukan milik perseorangan tetapi milik sekumpulan seperti koperasi sekolah , syarikat atau yayasan; maka cara memulangkannya adalah dengan memasukkan dalam akaun sekolah, yayasan atau syarikat itu; atau cara lain adalah dengan membayarkan bil air sekolah dan syarikat sebanyak jumlah yang dicurinya. Ia secara tidak langsung dikira pemulangan kepada pemilik organisasi. Manakala jika ia dicuri dari tabung masjid atau derma surau, maka ia boleh dipulangkan kepada mana-mana surau dan masjid kerana ia adalah milik umum umat masjid.

    Dalil memulangkan harta haram yang diketahui pemiliknya ini datangnya dari Hadith Nabi SAW yang menyebut :-

    من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيئ فليتحلل منه اليوم من قبل أن لا يكون دينار ولا درهم , إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمه , وإن لم يكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

    Ertinya : Barangsiapa yang menzalimi kehormatan atau apa jua (harta) saudaranya m hendaklah ia meminta halal darinya pada hari ini sehingga jangan tinggal satu dinar atau dirham jua . (jika tidak di hari kiamat ) sekiranya ia punyai amal soleh, maka akan diambillah amal solehnya dengan kadar kezaliman yang dilakukannya, dan kiranya ia taida lagi kebaikan, maka akan dipertanggungkan kejahatan orang (yang dizaliminya itu) pula" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fath Al-bari , 5/121)

    Demikian juga dalil hadith :
    على اليد ما أخذت حتى تؤديه
    Ertinya : "Kewajiban atas tangan (yang mencuri ) apa-apa yang diambilnya , sehinggalah ia memulangkannya" ( Riwayat Al-Baihaqi dan At-Tirmidzi , 3/566 ; Tirmidzi : Hasan Sohih )

    BalasPadam
  10. samb..

    Sedeqah Dengan Harta Haram?

    Berkenaan isu ketepatan menggunakan lafaz 'sedeqah ' atau men'derma'kan wang haram yang pada hakikatnya tidak dimilikinya itu. Ia sememangnya boleh dipertikaikan sekiranya 'sedeqah' itu bertujuan mendapatkan pahala. Memang benar salah satu syarat bagi mendapatkan pahala bagi harta sedeqah adalah memilikinya dengan sah serta ikhlas niat. Bagaimanapun dalam hal harta haram ini, ia bukan bertujuan mendapat pahala bagi dirinya tetapi hanya memenuhi salah satu syarat tawbat dan melepaskan diri dari memanfaatkan harta haram untuk dirinya . Manakala, pahala dari pengorbanan (derma) pula itu akan diperolehi oleh si pemilik samada ia masih hidup atau telah meninggal.

    Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya adalah :- Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejauthan Rom) bahawa Kerajaan Rom akan tewas . Kemduian apabila Rom benar-benar jatuh maka Abu Bakar telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran), apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram perolehan judi itu, Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedeqahkan ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. ( Tafsir At-Tabari, 20/16 ; At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

    Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

    Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin. Demikian pandangan keempat mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

    Hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti ini adalah pelbagai hadith Rasulullah SAW yang diriwayat Abu Daud dengan sanad yang baik, hadith tentang kekalahan Rom tadi, athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
    19 March at 19:30 · Unlike · 12 people

    BalasPadam
  11. Allah lebih mengetahui...tak payah la nak menghukum orang..kita tak tahu niat dalam hati dia..
    scaniaz hot post...Mari Melihat Ladang Ganja Dan Cara Ganja Di Tuai!!!

    BalasPadam
  12. samb..

    Menurut Shariah, jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan tawbat kepada Allah SWT. Bagaimanapun, jika gagal memulangkan semula kepada tuan miliknya, hendaklah ia memulangkannya kepada warisnya, jika gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah (Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251).

    Demikian juga harta yang terhasil dari riba pinjaman, maka perlulah dipulang semula kepada peminjam yang dikenakan riba itu. Sekiranya harta itu bukan milik perseorangan tetapi milik sekumpulan seperti koperasi sekolah , syarikat atau yayasan; maka cara memulangkannya adalah dengan memasukkan dalam akaun sekolah, yayasan atau syarikat itu; atau cara lain adalah dengan membayarkan bil air sekolah dan syarikat sebanyak jumlah yang dicurinya. Ia secara tidak langsung dikira pemulangan kepada pemilik organisasi. Manakala jika ia dicuri dari tabung masjid atau derma surau, maka ia boleh dipulangkan kepada mana-mana surau dan masjid kerana ia adalah milik umum umat masjid.

    Dalil memulangkan harta haram yang diketahui pemiliknya ini datangnya dari Hadith Nabi SAW yang menyebut :-

    من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيئ فليتحلل منه اليوم من قبل أن لا يكون دينار ولا درهم , إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمه , وإن لم يكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

    Ertinya : Barangsiapa yang menzalimi kehormatan atau apa jua (harta) saudaranya m hendaklah ia meminta halal darinya pada hari ini sehingga jangan tinggal satu dinar atau dirham jua . (jika tidak di hari kiamat ) sekiranya ia punyai amal soleh, maka akan diambillah amal solehnya dengan kadar kezaliman yang dilakukannya, dan kiranya ia taida lagi kebaikan, maka akan dipertanggungkan kejahatan orang (yang dizaliminya itu) pula" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fath Al-bari , 5/121)

    Demikian juga dalil hadith :
    على اليد ما أخذت حتى تؤديه
    Ertinya : "Kewajiban atas tangan (yang mencuri ) apa-apa yang diambilnya , sehinggalah ia memulangkannya" ( Riwayat Al-Baihaqi dan At-Tirmidzi , 3/566 ; Tirmidzi : Hasan Sohih )

    BalasPadam
  13. Hurm. Menarik isu ko ni.

    Perbandingan no1 ko bagi tu pon aku terpiker jugak, so cantek tu.

    Tapi setau aku KATEkanlah (aku tak nak suka2 jatuh hukum, aku andaikan je) duit hasil nyanyian dia tu haram, duit tu hukum haram jatuh kepada dia je. selepas2 tu, dah takde dah apa2 hukum melainkan orang yg dapat duit daripada dia pun melalui cara haram (means, dia curi duit Siti). Kalau Siti bagi duit haram pun, orang yg menerimanya tak dijatuhkan hukum haram. Boleh apply utk situasi kerajaan jugak (kita sedia maklum both kerajaan BN ngan PAS agihkan duit yg sebahagiannya bercampur hasil bahan tidak halal). Tapi bab2 hukum2 ni, aku tak berani la kata pendapat aku muktamad. Pergi research sendri pasal ni kat Ustaz2.. Pasal aku pon terbaca fatwa dari sorang ustaz ni. kalau ko nak aku cari nnti. tak silap ada jugak ayat al-Quran pasal penurunan harta haram ni.

    Pasal tangkapan tu, tu dah karut sangat. Tak semua benda haram ada undang2 syariah. Tangkapan hanya dibuat kalau ada undang2. Berbohong dengan mak pun haram kan? Ada ke kena tangkap? Tu dosa kita dengan Tuhan. Merokok pon dah lama difatwakan haram.. Takde pulak keperluan cekup semua perokok Islam. Camtu la kesimpulannya.

    BalasPadam
  14. noor kumalasari dulu pergi buat haji/umrah langsung tak guna duit dia. guna duit laki die. sbb die tau duit dari sumber yg kte mmg tahu jelas2 haram.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...