Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 September 2017

"The Fucking Sultan Is Dead," - Netizens Kecam Penyokong, Pemimpin DAP Tak Sensitif.

Semalam Nga Kor Ming sekali lagi menjadi perhatian di laman sosial berikutan satu gambar troll yang dikongsikan di page yang didakwanya dikendalikan oleh penyokong beliau - Nga Kor Ming @Superfanclub.

Pada awalnya post tersebut dimuatnaik oleh satu page yang dikenali dengan nama Taknak BN dan kemudiannya admin kepada page Nga Kor Ming berkongsikan gambar tersebut di laman sosial.

Tinjauan mendapati setiap hari admin page itu akan berkongsikan gambar-gambar yang dimuatnaik di halaman Taknak BN. Ini membuatkan ramai pihak menyangka ia dikendalikan oleh individu yang sama.

Post yang menjadi kontroversi itu ialah gambar Najib dan Rosmah bersama Sultan Kedah yang baru sahaja diisytiharkan mangkat pada petang semalam. 




"Perdana Menteri dan suaminya," tulis admin page itu yang kemudiannya diakhiri dengan icon senyum bagi tujuan menyindir Datin Seri Rosmah Mansur yang kononnya adalah pihak yang mengawal pergerakan dan pemikiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Kebetulan pada ketika admin page berkenaan memuatnaik gambar tersebut untuk tujuan troll, laman sosial dipenuhi dengan ucapan takziah berikutan kemangkatan Sultan Kedah.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah diisytiharkan mangkat pada jam 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada semalam. Baginda dilahirkan pada tahun 1927 dan berusia 89 tahun ketika mangkat. Baginda merupakan Sultan Kedah yang ke 27. Sehubungan dengan itu negeri Kedah dan Perak mengisytiharkan memasang bendera separuh tiang selama 7 hari bagi tujuan berkabung.

Dikritik tidak sensitif dan mencalarkan nama wakil rakyat Taiping, admin page Nga Kor Ming kemudiannya memadamkan perkongsian berkenaan di halaman tersebut.

Bagaimanapun memadamkan post itu tidak melenyapkan kemarahan orang ramai berikutan satu lagi komen yang dianggap biadap oleh penyokong DAP di ruangan komen post itu tular di laman sosial.

 
"Sultan **** dah mangkat dan dia (Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah) 'bermain' dengan kanak-kanak (Najib dan Rosmah) tersebut," kata Hershel Tan di post tersebut.

"Saya tahu tetapi kita tiada kaitan dengan tanah. Kita semua tiada kaitan dengan kemangkatan Sultan tersebut," kata Micheal Gilbert Lasa pula, yang memberikan respon kepada Chong Wan.

Hasil semakan kami mendapati beberapa pihak seperti Chong Wan telah tampil memberikan nasihat (merujuk pada gambar troll) dan peringatan kepada netizens yang menyokong DAP agar tidak memainkan isu sensitiviti dikala berita kemangkatan Sultan Kedah baru sahaja diumumkan malahan turut meminta agar jangan menulis komen secara sebarangan.



Pihak kami juga ada menerima info beberapa pihak akan tampil membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang kononnya didakwa menghina dan mempersendakan kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...