Khamis, 14 September 2017

Pelaburan 42b Di USA - Netizens Kritik Najib Kaw-Kaw.

"Buat keretapi sampai meminjam, ada 42b pergi labur kat USA, Malaysia neh anak tiri kau ke?," demikianlah antara kemarahan netizens yang memberikan respon tentang kenyataan Najib yang dilapor akan membuat pelaburan sebanyak 42b di Amerika Syarikat dalam satu sesi pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Siang tadi Berita Harian melaporkan Najib berkata kepada Trump bahawanya Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat bagi mengukuhkan ekonomi negaranya.

Berita itu kemudiannya mendapat kecaman dan kritikan netizens di ruangan komen yang meluahkan kemarahan kerana berasakan Najib telah mengabaikan kepentingan rakyat Malaysia.

Malahan ramai yang mempertikaikan kenyataan Najib dengan membandingkan kedudukan ekonomi Amerika dengan Malaysia yang dilihat lebih jauh ketinggalan. 

 
"Nombor 1, kami mahu membantu menguatkan kedudukan ekonomi negara anda, sambil peluk tepuk (WTF, ekonomi negara kami 100 kali ganda lebih besar dari ekonomi negara kamu).

Si bodoh mana la yang karang ucapan Najib neh," sindir Yaakob Osman, Ketua PPBM bagi cawangan Nibong Tebal.



Bernama sebelum ini melaporkan Najib akan menambahkan pelaburan KWSP di Amerika di antara USD3b hingga ke USD4b. KWSP telah pun melabur USD7b di Amerika Syarikat setakat ini.

Najib juga dilaporkan akan membeli banyak pesawat jenis Boeing dan akan memujuk Air Asia untuk membeli enjin General Electric, lapor agensi itu lagi.

"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat," memetik laporan Bernama pada semalam.

Selain itu Khazanah Nasional juga akan meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat. Sebelum ini Khazanah sudah pun melabur sebanyak USD400j di negara berkenaan.

Pengumuman oleh Najib itu bagaimanapun tidak diterima secara positif oleh rata-rata netizens dari Malaysia.

"Sabah, Sarawak masih mundur. Nak tingkatkan prasarana Amerika tapi di Malaysia bagaimana?," kritik netizens.

"Apa peluang pekerjaan untuk Malaysia, Najib? Semua bagi Amerika tapau, apa lagi ada untuk kami rakyat Malaysia?," kata mereka lagi.  

Kritikan-kritikan ke atas Najib boleh diakses di laman facebook Malaysiakini, Berita Harian dan Twitter. Hampir kesemua netizens Malaysia bersatu mempertikai pengumuman yang dibuat oleh Najib di Amerika pada semalam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...