Isnin, 31 Julai 2017

Ustaz PAS Sebak Terima Derma 1.5 Juta Najib, Itu Cerita Manipulasi Kata Nasruddin.

Sejak semalam tular kisah seorang pemimpin PAS negeri yang kononnya menerima derma bernilai jutaan ringgit dari Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. 

PAS kemudiannya menjadi sasaran sindiran sesetengah pihak di laman sosial dan dakwaan itu semakin kuat apabila salah seorang jurugambar Utusan yang dikenali dengan nama Don Mahathir memuatkan gambar-gambar majlis di laman sosial.

Berikut posting yang dimaksudkan;



Beliau turut menulis bahawanya Ustaz Mahyuddin Ghazali kelihatan sebak beberapa kali ketika Najib sedang berucap mengenai orang melayu. Dalam majlis yang sama Najib turut mengumumkan akan meluluskan peruntukan sebanyak 1.5 juta bagi tujuan menaiktaraf masjid Saudina Ali di kawasan kampung berkenaan. 

Selepas diteliti posting oleh Don Mahathir, pihak kami mendapati terdapat beberapa netizens yang mengulas tentang cerita itu sebenarnya salah faham. 

Yang dikatakan derma 1.5 juta itu bukanlah derma kepada Ustaz Pas sebaliknya adalah peruntukan yang telah diluluskan oleh Najib bagi menaiktaraf bangunan masjid Saidina Ali namun rasanya wakil masjid pun belum dapat wang itu lagi. Sebab Najib hanya melakukan pengumuman sahaja pada ketika itu.

Dan Nasrudin yang menulis di laman Facebooknya pula berkata, bahawanya kehadiran Ustaz Mahyuddin ke majlis tersebut hanyalah kerana menerima bayaran wang zakat, mewakili Maahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah kerana Ustaz Mahyudin adalah pengetua kepada Maahad Tahfiz berkenaan. 

Selain Maahad Tahfiz Ustaz Mahyuddin, beberapa pengetua yang mewakili beberapa Maahad Tahfiz yang berlainan turut dijemput untuk hadir bagi menerima sumbangan wang zakat.



Nasrudin Tantawi turut berkongsikan gambar surat jemputan ke majlis berkenaan di postnya itu.



Dari apa yang tersebar, difahamkan wang zakat kepada Maahad Tahfiz ialah sumbangan ikhlas manakala wang peruntukan 1.5 juta ialah wang pembayar cukai yang telah dijanjikan oleh Najib kepada umat Islam di kawasan tersebut bagi tujuan menaiktaraf masjid. 

Gambar : Don Mahathir, Nasrudin Tantawi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...