Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Julai 2017

Paderi Koh Mungkin Diculik Oleh Sindiket Pemerdagangan Manusia Kata KPN.

Sindiket pemerdagangan manusia mungkin bertanggungjawab atas penculikan pastor Raymond Koh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abu Bakar. 

Memetik laporan dari The Malaysian Insight, Ketua Polis Negara menyatakan PDRM mendapat maklumat berdasarkan kepada kenyataan diambil daripada tiga ahli sindiket yang ditahan dalam satu operasi khas dijalankan polis di Perak pada 17 Jun lepas.

Kami mengesyakinya berdasarkan kepada soal siasat yang dijalankan terhadap beberapa suspek yang ditahan dalam operasi itu,” kata Khalid.

Katanya lagi, hasil siasatan itu juga mendapati sindiket berkenaan ada kaitan dengan kumpulan di selatan Thailand. Bagaimanapun, Khalid juga dinyatakan oleh portal tersebut, bahawanya beliau enggan mengulas ketika ditanya adakah kumpulan terbabit sebahagian daripada puak pemisah Islam di sana.

Dalam pada itu, Aktivis Citizan Action Group On Enforced Dissappearance (Caged) Rama Ramanathan mempersoalkan apa kelebihan yang diperoleh sindiket terbabit dengan menculik seorang pastor dan memgapa Koh. 

Kini polis mengatakan ia adalah kes pemerdagangan. Raymond berusia lebih 60 tahun dan mengapa mereka perlu lakukan penculikan ala-tentera untuk individu seperti Koh?

“Polis turut menemui nombor pendaftaran kereta Koh dan foto rumahnya. Mengapa mereka simpan semua ini?" kata Rama, memetik sumber The Malaysian Insight.

Seorang lagi aktivis Caged Sevan Doraisamy berkata sejak operasi itu dijalankan lebih sebulan lalu, sepatutnya pihak polis sudah mendapat petunjuk dan maklumat baharu. 



Apakah ada kaitan kematian ahli sindiket terbabit dengan penculikan Koh? Sekiranya ada, apakah kaitannya?” soal Sevan. 

Sevan juga berkata polis sepatutnya memberitahu perkembangan kes itu kepada keluarga Koh terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada media. 

Keluarga Koh pasti rasa terganggu membaca perkembangan kes termasuk tuduhan terhadap Koh menerusi media setiap masa,” katanya. Turut dilaporkan bahawanya pihak polis tidak pernah menelefon keluarga mangsa bagi memberikan sebarang bentuk kemaskini berkaitan siasatan kes.

Pastor Koh dilaporkan diculik pada pagi 13 Februari 2017. Penculikan itu juga dibayangkan dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan terlatih. Sehingga kini, sudah hampir 5 bulan Pastor Koh hilang tanpa berita.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...