Sabtu, 22 Julai 2017

Kalau Saya Jadi Ketua Menteri, Saya Ban Semua Bikers Kata Timbalan Menteri.

Pada 15 Julai lepas, penunggang motorsikal berkuasa besar yang mencipta rekod mengelilingi dunia dengan motor besarnya itu, Anita Yusof telah berkongsikan satu status yang kontroversi menerusi laman Facebook beliau.

Menurut Anita, beliau agak terkejut apabila seorang VIP yang juga berstatus timbalan menteri telah memberikan respon yang negatif tentang penunggang motorsikal berkuasa besar. 


Facebook - Anita Yusof

"Dengan lantang VIP ni cakap yang dia tak suka bikers. Bikers ni suka menunjuk-nunjuk dia cakap. Habis parking VIP pun bikers ambil macam la dorang tu VIP. Dia cakap kalau dia jadi Ketua Menteri dia akan ban semua bikers motor besar. Motor yang ada-ada ni pun dia akan limitkan boleh bawa 60kmj jer. Pastu dia sibuk cerita yang dia ada kawan jual dodol, tapi disebabkan main motor besar punya pasal habis bankrup meniaga," kata Anita dalam status berkenaan.

Tambah Anita lagi, Rosyam Nor yang turut berada disitu juga sempat mencelah percakapan VIP tersebut.

"Tapi yang ini lain Dato. Yang ini dah harumkan nama Malaysia. Solo ride keliling dunia. Kita kena bangga dengan dia," katanya kepada VVIP itu.

Namun VIP tersebut tetap mempertahankan pendapat beliau malahan sempat menyindir lagi.

"Alahh kalau setakat nak kenalkan Malaysia, aku jalan kaki pun boleh buat lah. Tak penting semua tu," katanya membalas kepada Rosyam Nor.

Menurut Anita, wajah Rosyam Nor kelihatan merah padam selepas mendengar percakapan dari VIP tersebut. Berulang-ulang kali VIP itu meluahkan perasaannya bahawanya beliau betul-betul tidak suka kepada bikers terutamanya yang menunggang motorsikal berkuasa besar.


Facebook - Anita Yusof
Anita turut berkongsikan cerita bagaimana VIP itu bercakap besar tentang pemberiaan dana.

"Bila VIP ini beralih kat icon seorang lagi yang tunjuk hasil inovasi dia, nak tahu apa VIP ini cakap? Esok datang office aku, RM40k aku bagi. Kalau nak empat juta pun aku boleh bagi. Kemain kuat suara dia".

"Pastu dia bisik kat icon tu. Sembang mau kencang. Dapat tak dapat belakang cerita," kata Anita dalam post itu.

Anita turut mengatakan bahawanya Rosyam Nor terasa seperti mahu menumbuk muka VIP itu. 

"Kat bilik F&B, Dato Rosyam cakap, "bodoh punya menteri. Aku rasa nak tumbuk je muka dia tadi," katanya lagi.




Anita sebelum ini pernah menjadi tajuk berita kerana meluahkan perasaannya ditipu oleh Menteri Besar yang tidak disebutkan namanya dalam isu tajaan bagi membolehkan beliau mengelilingi dunia untuk mencipta rekod.

Menurut Anita beliau telah dijanjikan tajaan oleh Menteri Besar berkenaan namun MB berkenaan tidak menunaikan janjinya meskipun beliau telah menulis surat beberapa kali.

Beliau turut menyindir JPA kerana bersikap bias gender dengan menafikan bantuan kewangan kerana berpendapat apa yang beliau lakukan tidak memberikan apa-apa sumbangan buat negara. Anita juga menyindir Kementerian Pendidikan kerana memberikannya cuti tanpa gaji sepanjang beliau mencipta rekod untuk negara.

Untuk rekod, pada 15 Julai lepas Anita Yusof telah dijemput untuk menyertai satu program yang diberikan nama Ekspresi Negaraku bagi pelancarannya di Melaka. Anita Yusof dijemput sebagai icon mewakili negeri Melaka kerana mencipta rekod sebagai biker solo pertama wanita di dunia yang menjelajah 40 buah negara dengan menggunakan motorsikal kuasa besarnya pada tahun lepas.

Program itu turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri bagi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohammad Diah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...