Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Jun 2017

Jangan Kembali Duduk Dalam Perigi Buta Lah PAS Kata Mahfuz.

Kenyataan Media

PAS KEKAL BERSAMA DAP DAN PKR DALAM KERAJAAN SELANGOR:SAYA GEMBIRA BERCAMPUR DUKA.


1. Perasaan gembira bercampur duka dirasai setelah keputusan PAS untuk tidak menarik diri dan terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama parti DAP dan PKR yang didakwa oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebagai parti (pihak) yang "menentang agenda Islam PAS". Keputusan PAS itu dibuat dengan bersandarkan kepada keputusan YAB Datuk Seri Azmin Ali Menteri Besar (MB) Selangor yang mahu mengekalkan semua Exco dari PAS dalam kabinet MB Azmin Ali.

2. Saya teruja,gembira dan bangga kerana PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ianya bukan sahaja semata-mata mengekalkan 3 Exco tetapi secara langsung turut mengekalkan lebih dari 5 ribu ahli PAS yang menjawat pelbagai jawatan lantikan politik sejak PAS bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Ini suatu yang sudah tentu membuatkan lebih 5 ribu ahli PAS yang terlibat 'menarik nafas lega' kerana banyak manfaat dan faedah yang mereka perolehi sejak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu.Diyakini juga ahli dan penyokong PAS turut juga gembira juga dengan keputusan PAS untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta memperlihatkan ada sedikit sebanyak kesungguhan PAS untuk belajar dari kesilapan membuat keputusan bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.

3. Saya percaya Yb Datuk Iskandar Samad Naib Presiden PAS telah berjaya mempengaruhi keputusan untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan Selangorseperti mana yang pernah dituduh oleh Dewan Ulamak PAS dalam kenyataan Pengarah Penerangan Lujnah Penerangannya iaitu Ust Najhan Abdul Halim yang menyindir kenyataan Adun dan Ahli Parlimen PAS dengan menyenarai 10 perkara melalui postingnya dalam facebook beliau pada July 2016 dengan menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."

"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."

Antara yang disenarai Najhan dalam 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat PAS Selangor itu adalah seperti berikut:

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8.Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

4. Kenyataan Najhan itu telah dibalas oleh Datuk Iskandar yang merupakan Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu dalam posting di facebooknya pada Julai 2016 dengan menyatakan "golongan ini (ulamak) umpama masih berada dalam 'perigi buta' sejak PRU tahun 2008 kerana tidak melihat banyaknya manfaat yang PAS dapat".

Kenyataan Iskandar ini memperlihatkan keputusan PAS untuk 'kekal bersama'dalam kerajaan negeri Selangor bersama DAP dan PKR walaupun hubungan telah diputuskan atas alasan menentang agenda Islam yang dibawa PAS menggambarkan seolah-olah menganggap keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak PAS yang seakan mahu menarik PAS kembali terjun ke dalam 'perigi buta' (telaga buruk).

5. Rakyat, ahli, penyokong PAS dan saya sendiri  berduka kerana PAS sedang berhadapan dengan kesan dari kesilapan memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR dan kekal didalam Kerajaan Selangor dengan berketuakan Menteri Besar dari parti PKR yang didakwa menentang agenda Islam PAS. Disamping itu PAS juga telah mengisytiharkan perang pada PRU ke 14 akan datang untuk menentang Pakatan Harapan termasuk di negeri Selangor yang mana PKR, AMANAH,PPBM dan DAP adalah ahli gabungan pakatan didalamnya.

Oleh demikian,berdasarkan congakan 'ilmu hisap' politik adalah sukar untuk PAS berada di luar 'perigi buta' selepas PRU14 nanti sekiranya PAS mengambil jalan untuk menentang BN dan dalam masa yang sama menentang Pakatan Harapan.

6. Masih belum terlambat untuk PAS menyemak kembali keputusan untuk tidak bersama dan menyertai Pakatan Harapan. Apa yang PAS perlu sedar adalah menyertai PRU ke14 dengan tiga penjuru tidak menguntungkan PAS sebaliknya Pakatan Harapan akan berjaya memposisikan kedudukkan politik masa depan negara bagi mengambil alih kuasa dari Umno Bn. 

Rakyat mahukan kuasa politik baru di mertabatkan dengan mengalahkan Umno Bn dan rakyat juga tidak akan membuang masa serta tenaga untuk mengundi PAS yang hanya sekadar berminat bertanding 80 ke 100 kerusi serta mensasarkan kemenangan
40 kerusi parlimen yang sudah pasti  tidak dapat membentuk kerajaan kerana masyarakat umum telah memahami bahawa untuk membentuk kerajaan mesti memenangi 112 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Saya sependapat dengan Datuk Iskandar Naib Presiden PAS tak mahu melihat PAS kembali 'perigi buta' (telaga buruk).

#JauhiPerigiButa
#JanganTerjunTelagaBuruk
#BersamaTerbangDiawanBiru

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Taman AlWalid Alor Setar
1 Jun 2017/6 Ramadzan 1438H

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...