Sabtu, 31 Disember 2016

Selepas Kantoi Bercuti Menggunakan Pesawat Kerajaan, Anak Najib 'Sorok' Instagram.

Tak serik-serik.

Macam taktahu pula yang semua mata rakyat tertumpu kepada keluarga Najib dan menteri-menteri Malaysia berikutan cuti akhir tahun. 

Rakyat Malaysia nak tahu di mana menteri-menteri kita bercuti dan adakah ketika bercuti mereka menggunakan aset kerajaan. Sebab itu la mereka memperhatikan setiap inci apa yang boleh diperhatikan. Kali ini Najib dan keluarga kantoi lagi. Macam tahun-tahun yang sudah. Seriously, Najib tak belajar ke dari pengalaman-pengalaman lepas?

Hehe.  

Selepas mahgrib tadi, Malaysiakini melaporkan pesawat kerajaan Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Najib Razak ke sana.
Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Malaysiakini turut menyiarkan kronologi kegiatan internet Ashman, anak bongsu kesayangan Najib dan Rosmah.

Kronologi
Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.
22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.
23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.
24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.
26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.
28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.
29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.
30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.
rujukan : Malaysiakini.
Susulan dari laporan tersebut, netizens mula menyuarakan ketidakpuasan ahti mereka terhadap Najib Razak yang menggunakan aset kerajaan untuk bercuti bersama keluarga.

Mereka juga mempersoalkan tentang kos dan siapa yang membayar semua perbelanjaan percutian tersebut.

Berikut antara respon-respon yang dipetik menerusi post berkenaan ;






Dan selepas laporan berkenaan viral, tinjauan kami ke atas account Instagram Ashman didapati dia telah bertindak 'lock' kesemua gambar-gambar yang dilaporkan oleh Malaysiakini. 

Netizens tidak lagi dapat mengakses kepada gambar-gambar percutian tersebut.

Selain itu netizens turut mempersoalkan kewajaran Najib untuk meneruskan percutian di kala rakyat di Pantai Timur sedang berdepan dengan musibah banjir. Menjadi tanda-tanya jika banjir itu akan mengulangi semula tragedi pada tahun 2014.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...