Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Februari 2017

Selepas Ditahan Polis Kerana Terlibat Dalam Kegiatan Samun Dan Cabul, Jamal Letak Semua Jawatan - Kenapa, Ya?

Dato Jamal Md Yunos umum Perletakan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan semua jawatan dalam NGO yang dipegang beliau, sebentar tadi di hadapan balai Polis IPD Ampang Jaya.

Dalam sidang media tersebut, Jamal mengatakan jawatan yang dipegangnya tidak dapat digunakan sepenuhnya, yang menjadi punca kenapa dia memilih mahu meletak jawatan. Selain mengetuai Cawangan UMNO Sungai Besar, Jamal juga dikatakan mempunyai jawatan dalam beberapa NGO namun kami tidak dapat mengenalpasti NGO apakah yang diketuai oleh Jamal selain dari Gerakan Merah.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Ngo Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta 9 pengikutnya dibebaskan kira-kira pada jam 7 malam tadi.


Jamal direman selama lima hari setelah mendapat perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang.
Jamal dan beberapa pengikutnya menyerbu premis mesin judi untuk membongkar kegiatan tidak bermoral di sekitar kawasan selangor kononnya dakwa Jamal namun, Jamal bagaimanapun ditahan polis kerana terbabit dalam kejadian samun dan cabul berkumpulan. Rakaman tentang insiden tersebut juga viral di laman sosial.


Sidang akhbar perletakkan jawatan oleh Jamal Yunos.

Ya Atau Tidak Kerajaan Negeri Pulau Pinang Masuk Campur Urusan Fatwa? Nah, Lihat Hujah Ini Dan Nilaikan Sendiri.

Artikel ini bertujuan untuk menyemak fakta yang menjadi pertikaian di antara kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Harapan dengan PAS selaku pembangkang negeri iaitu benarkah kerajaan (DAP) campur-tangan dalam soal fatwa di Pulau Pinang?.

Sebelum ini Afnan Hamimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendakwa wujudnya campurtangan kerajaan negeri dalam persoalan fatwa negeri.





Bagaimanapun DAP menafikan dakwaan tersebut. Sejurus laporan penafian itu tersebar, sekali lagi Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden mempertahankan dakwaan.

"Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sehingga Disember 2015, saya menegaskan dakwaan wujudnya campur tangan politik terhadap proses fatwa adalah benar dan bukan fitnah yang direka".


Namun, kerajaan negeri sekali lagi bertindak menafikan tuduhan. Mereka mengatakan dakwaan tersebut tidak benar dan PAS perlu sertakan bukti di atas tuduhan tersebut.

Tidak, kami tidak pernah campur tangan soal fatwa kata DAP.



(RoketKini)

PAS tidak berdiam diri. Mereka kemukakan bukti tatacara fatwa yang sepatutnya dan bagaimana kerajaan negeri dikatakan telah campurtangan dalam urusan fatwa.

Tatacara pengrekodkan fatwa.



Apabila terpaksa 'sembahkan' kepada mesyuarat exco sebelum boleh digazetkan, itu bermaksud campurtangan kata PAS. Sedangkan tatacara asal tidak memerlukan mufti untuk berbuat demikian. Menggunakan hujah yang disahkan sendiri oleh Mufti Pulau Pinang.



(sumber)

Sebelum ini mufti Pulau Pinang menafikan wujudkan fatwa-beku dan campurtangan kerajaan dalam proses pelaksanaan fatwa negeri.

"Fatwa yang dikemukakan ke mesyuarat EXCO untuk makluman sahaja bukan untuk dibahaskan" - Wan Salim, Mufti Pulau Pinang. 



(Sumber)

Pengakuan dari bekas mufti Pulau Pinang mengesahkan campurtangan itu wujud dan menjadi faktor kenapa kontraknya sebagai mufti tidak disambung selepas tamat pada 2014. 

Ini kerana bekas mufti, Datuk Seri Hassan Ahmad mendakwa pernah menghantar surat untuk menegur kerajaan negeri bahawanya pemakluman fatwa ke mesyuarat EXCO adalah tidak perlu kerana selaras dengan peraturan sedia ada iaitu usul berkaitan fatwa boleh dibawa terus kepada Agong bagi tujuan pelaksanaan.



Laporan itu turut menyebut, tindakan kerajaan negeri mengubah sedikit pelaksanaan fatwa adalah disebabkan isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian yang pernah menjadi polemik negara suatu masa dahulu. 

Dalam isu berkenaan, bekas mufti berpendapat seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang termasuk Lim Guan Eng perlu mematuhi apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut Kristian.



(Sumber)

Namun sekali lagi, tuduhan oleh PAS dinafikan oleh kerajaan negeri. Menurut Datuk Abdul Malik Kassim, selepas fatwa pengharaman penggunaan Kalimah Allah oleh bukan-muslim diwartakan di Pulau Pinang, jawatan Mufti telah disambung-khidmat setiap tahun sehingga Jun 2014. Pengwartaan pengharaman berlaku pada tahun 2012 (sila rujuk link berita yang telah diberikan di atas).

MENJAWAB FITNAH OLEH KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG, AFNAN HAMIMI BAHAWA KETUA MENTERI LIM GUAN ENG ARAH TUKAR MUFTI PULAU PINANG. 
 .
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menyambung kontrak bekas Mufti Dato’ Seri Hassan Ahmad kerana isu fatwa kalimah Allah, selain kononnya kerana membantah arahan Ketua Menteri bahawa semua fatwa perlu dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). 
 .
Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah. 
.
Fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam yang lain, diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 29 April 2010, sewaktu Dato’ Seri Hassan sebagai Mufti Pulau Pinang. 
 .
Dato’ Dr.Wan Salim mengambilalih jawatan Mufti daripada Dato’ Seri Hassan, pada 7 Jun 2014, iaitu selepas 4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh Kerajaan Negeri. Dalam tempoh empat tahun, Dato’ Seri Hassan disambung kontraknya pada setiap tahun iaitu sebanyak 4 kali. 
.
Sebenarnya kebanyakan urusan untuk memartabatkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang, saya mendapat nasihat terus daripada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal perlantikan Mufti, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ahli Majlis MAINPP disyorkan dan diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada sebarang campurtangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
.
Sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebelum ini, bahawa Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau menghalang sebarang pewartaan fatwa. 
 .
Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang tidak berasas ini. 
.
Sebagai seorang bergelar ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri. Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam. Allah melarangnya.
.
Islam Rahmatun Lil Alamin, 
Islam Rahmat Seluruh Alam, 
Islam Rahmat Untuk Semua.
KENYATAAN MEDIA
YB Dato’ Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama, P.Pinang
4 Februari 2017

Semakan kami.

Ya atau tidak, kerajaan negeri masuk campur dalam urusan pelaksanaan fatwa di negeri Pulau Pinang - tiada bukti yang mengesahkan dakwaan PAS. Apa yang ada hanyalah DAP menambah (ubah-suai) tata-kerja pelaksanaan fatwa dengan mahu semua jenis usul dimaklumkan ke mesyuarat EXCO terlebih dahulu.

Tiada bukti sehingga ke hari ini, kerajaan negeri TELAH menghalang mana-mana fatwa dari dilaksanakan di Pulau Pinang.

Pemakluman ke mesyuarat EXCO boleh dibaca seperti sedang campur-tangan tetapi juga boleh dianggap sebagai tujuan makluman, pemberitahuan, sebagai langkah persediaan - tidak la kerajaan negeri terpinga-pinga. 

Kami tidak pasti kenapa penambahan itu wujud namun selagi tiada bukti kerajaan negeri telah menghalang mana-mana fatwa dari diwartakan di Pulau Pinang, maka tuduhan kerajaan negeri campur-tangan dalam soal pelaksanaan fatwa di Pulau Pinang adalah tidak berasas. 

Kami akan menunggu bukti selanjutnya dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang dan bersedia mengubah analisis ini andai ada bukti yang menyokong dakwaan itu.

PAS mahu saman atas alasan kerajaan negeri tidak menjawab - tetapi semakan kami di beberapa portal berita, kerajaan negeri telah menjawab dakwaan terutamanya oleh Datuk Abdul Malik Kassim.



Difitnah Sembah Ayam - Khalid Saman Blogger Omakkau.

Fitnah sembah ayam : Khalid bakal saman pemilik blog Omakkau 


Khalid Abdul Samad Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog omakkau.blogspot.my berhubung fitnah kononnya beliau menyembah ayam dalam satu paparan video satira sempena Tahun Baru Cina. 

Penjelasan : Ini Bukti Khalid Tidak Sembah Ayam, Jika Benar Kenapa Pemilik Blog Yang Menuduh Padamkan Post Tersebut?

Mengakui dirinya tidak asing dengan fitnah dan putar belit, beliau berkata, tindakan mahkamah tetap akan diambil walaupun pemilik blog itu didapati telah mengeluarkan 'posting' dakwaan terbabit. 

"Saya sudah kenal pasti antara pemain utama iaitu blog Omakkau. Saya dapati 'posting' itu sudah dikeluarkan tetapi tidak bermaksud terlepas daripada dakwaan. 

Saya sedang berbincang dngan peguam tentang tindakan yang akan diambil. "Bila dia (pemilik blog Omakkau) keluar tuduhan sembah itu, sebenarnya semua terlibat dalam video itu kena. Dalam video itu ada YB Rafizi dan ramai lagi. 

Ini satu corak politik yang melampau dan saya berasa bertanggungjawab untuk menentukan corak politik sebegini tidak lagi diamalkan," ujarnya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini. 

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu, beliau sebelum ini pernah memenangi kes saman fitnah ke atas bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar yang menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.

Sumber : MalaysiaDateline.

Jet Berharga RM133 Juta Milik Jho Low Dirampas Oleh Pihak Berkuasa Singapura Kerana Dibeli Guna Wang Curi 1MDB.

Singapura telah merampas (menyita) jet peribadi milik Taek Jho Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low di negara ini. Rampasan jet itu dilakukan kerana jet tersebut didakwa ada kaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB. 

Jet itu dianggarkan bernilai sebanyak US 35 juta dollar atau kira-kira RM133 juta Ringgit Malaysia.




Memetik laporan portal tempatan The Edge , pihak berkuasa Singapura telah merampas (menyita) jet jenis
The Bombardier Global 5000  di Lapangan Terbang Seletar Singapura sejak dua minggu lalu.


Menurut laporan itu lagi, pesawat itu dirampas kerana pembeliannya adalah berpunca dari sumber wang penyelewengan 1MDB dan antara aset yang menjadi pertikaian dalam saman DOJ. Jet itu turut disebut dalam perbicaraan kes mahkamah yang membabitkan seorang pegawai bank Yeo Jiawei yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penggubalan wang haram di Singapura pada tahun lepas.

Saman DOJ sebelum ini, turut memetik pembelian jet tersebut ada kaitan dengan wang yang dicuri keluar dari 1MDB yang mana ia menjadi kesalahan dalam akta pengubalan wang haram di negara tersebut kerana melupuskan wang haram menggunakan sistem perbankan Amerika Syarikat. Saman DOJ menuntut untuk menyita segala aset yang berkaitan 1MDB yang bernilai US 1b pada tahun lepas.

Skandal 1MDB ialah skandal korupsi paling kontroversi di negara ini sejak 2 tahun lepas yang dipercayai turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...