Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Oktober 2016

Sarawak Report Tunjuk Bukti Penyata Bank Najib Ada Kemasukan Wang Jutaan Ringgit Berbanding Gajinya Pada Tahun Lepas!



Jadi semalam ini yang kecohnya. Rakyat Malaysia bukan sahaja gagal mengakses laman Sarawak Report yang diblock di negara ini bahkan juga gagal berkongsikan link portal berkenaan di Facebook. 


Pada semalam selepas mengemaskini portal dengan artikel baru, SR memilih untuk mengedarkan beberapa salinan yang dipercayai merujuk kepada penyata akaun milik Najib di laman FB rasmi mereka.




3 penyata ini menunjukkan berlakunya beberapa transaksi di antara bulan Feb 2015 dan Mac 2015. Sekitar 3.4 juta ringgit dimasukkan secara beransur-ansur. Ini berlaku pada tahun lepas tau! Pun begitu kita tetap perlukan pengesahan dan penjelasan dari pihak Najib Razak. Adakah penyebaran ini merujuk pada dokumentasi fitnah ataupun sebaliknya. 

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya (Malaysiakini). 


Adakah pendedahan ini merupakan satu cabaran terbuka dari SR kepada SPRM untuk menyiasat Najib Razak? Najib perolehi jumlah pendapatan sebanyak 100,000,00 sebulan termasukla pelbagai jenis elaun dan imbuhan (ikut kenyataan SR la) namun kemasukan 3.4j adalah diluar dari kemanpuan Najib. 34 kali ganda bezanya. Dari mana Najib perolehi wang-wang tersebut? Derma lagi ka? Marila menjelaskan pada kami semua. Takmau run run lagi tau.

Selepas Kecoh Page Jamal Yunos Dah Ghaib Secara Tiba-Tiba - Media PRO BN Laju2 Bersihkan Imej Jamal.

Sungguh pun ada terdetik di ahti aku bahawanya ada kemungkinan ianya page fake ataupun parody tetapi aku rasa macam tak boleh nak mempercayai alasan Jamal sekarang neh. Tak pasti samada berdasarkan sentimen ataupun kerana aku berpegang pada hujah.

Baca : Jamal Ancam Main Parang Terbang Pada Himpunan BERSIH 5

Ketika ini Jamal dan rakan2nya sedang mengiat menyebarkan 'fahaman' bahawanya page tersebut adalah fake. Page tersebut pula sudah hilang dari alam maya selepas kenyataan provokasi itu menjadi kecoh. Dah jangka perkara ini akan berlaku. Sebab tu aku amek beberapa minit untuk lakukan tinjauan tadi. 

Untuk rekod ini bukan kali pertama juga Jamal dikaitkan dengan cerita berkaitan ancaman dan keganasan.

Lihat link2 yang disertakan untuk bacaan korang.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/jamal-nafi-ancam-takutkan-orang-awam-1.433908

http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2012/08/jamal-ikan-bakar-ancam-belasah-semua.html 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/05/13/ali-tinju-mahu-rosak-reputasi-jamal/ 

Ali Tinju suatu ketika dahulu berperang agak besar dengan Jamal. Dalam satu kenyataan media, Ali mengatakan Jamal mengacam mahu memukul2 dan menembaknya sambil memaki2. Kenyataan itu viral di laman sosial dan hangat diperkatakan oleh netizens juga. 

Sebelum ini, Zahrain, UMNO Bandar Tun Razak juga pernah bergaduh dengan Jamal insiden menumbuk mukanya. Ianya didedahkan sendiri oleh individu berkenaan menerusi dinding Facebooknya suatu ketika dahulu.

Ini bermaksud, jika Jamal dikaitkan dengan sikap samseng ia bukannya perkara baru. Berdasarkan rekod, dia membuktikan kenyataan itu sendiri. Apatah lagi dengan aksi-aksi terkininya. Ia sesuatu yang tidak lagi boleh dinafikan.

Berbalik kepada tajuk asal. Penyokong Jamal mengatakan page tersebut fake berpegang kepada beberapa hujah.

Hujah pertama, url fake page Jamal menggunakan DATOK instead of Dato. Sebenarnya dalam page tersebut Jamal memang menggunakan nama Dato. Kenapa url / ID uniknya sebegitu tidak dapat dipastikan tetapi hujah ini tidak kuat untuk mengatakan ianya page fake. 

Hujah kedua mengatakan ianya dibuat pada 23 Julai 2016. Tetapi mana reference nya? Langsung tak ada. Page tu dah lesap. Aku pun silap tak check tarikh bila page tu dibuat. So tak dapat nak pastikan samada penyebaran dari sebelah Jamal neh auta ke fakta.

Hujah ketiga pula ialah Jamal pernah mengatakan page tersebut palsu ketika dilarang memasuki Sarawak suatu ketika dahulu (rujuk sini). Tak dapat dipastikan samada ianya page yang sama atau tidak dalam citer neh tetapi page palsu Jamal bukannya ada satu. Apa boleh buat. Musuhnya ramai juga. Dia yang mencari pun.

Sementara menunggu siasatan polis dan tiada niat nak masuk campur aku nak menyatakan page palsu tersebut ada persamaan sikit-sikit dengan cara update Jamal di fb personalnya. Terutamanya bab menggunakan huruf besar bagi memberikan penegasan pada ayat tertentu. Itu satu persamaan yang aku nampak. Persamaan kedua, aktiviti peribadi Jamal juga dikemaskini kat page tersebut. Sebenarnya mudah aje nak rembat gambar, reupload dan buat ayat. Harapnya polis boleh siasat siapa dalang disebalik page fake tersebut. 

Dalam pada itu, admin Suara Rakyat dapat mengesan propaganda BH berkenaan laporan pemberitaan Jamal. Amboi. Laju gila backup. Orang kabel menteri kot. Awak kabel wayar aje. Nakharomm.

Tengoklah ;


Apa yang berlaku ialah berita asal di atas telah ditukar tajuknya kepada berita di bawah ini ;


Isi kandungan artikel juga turut mengatakan account tersebut palsu berdasarkan kenyataan Jamal Yunos.

Tukar tajuk, buang nama, bersihkan imej Jamal. 

Apa kabel dia ada?

Kalau betul la account tersebut fake, memang ini merupakan satu fitnah ke atas Jamal. Kita pun taknak dia jadi mangsa fitnah dan dihukum sebarangan.

Tetapi jika account berkenaan tidak fake sebaliknya dipropagandakan sebagai fake, hah.. Jamal seharusnya bertanggungjawab atas apa yang dia sebarkan. Jangan sebar sentimen perkauman dan kebencian atas nama politik demi mencapai keuntungan peribadi. Kalau ye pun nak cari makan bukan begini caranya.

Kbai.

Ahad, 9 Oktober 2016

Saya Berjanji 13 Mei Akan Berulang Dan Parang Terbang Akan Terjadi Jika #BERSIH 5 Tetap Mahu Berhimpun - Jamal Samseng.

Gila dah pakcik Jamal korang neh. 

Baca sat ;



Aku mulanya ingat account fake ke parody ke apa ke. So aku laju-laju p intai la page tu. Intai punya intai tak nampak macam fake pulak. Semua aktiviti Jamal ada dalam page tersebut. Aktiviti dia bersenam pun ada. Semata2 nak lawan pembangkang. So nak pastikan badan cergas. Dedikasi sungguh Jamal korang neh. Hahaha.

Posting yang dikeluarkan Jamal neh dah lama. Pada 21 September yang lepas. Sekarang 9 Oktober. Dah sebulan lebih dah pun. Tapi baru viral sekarang. Maksudnya time dia update orang2 yang baca tu tak amek port sangat sebab mungkin pemikiran sama macam dia kot. Saf2 bangang gak yang LIKE page tu gamaknya. Sekarang ia viral. Mungkin kerana ada geng BERSIH p cari account FB Jamal dan terjumpa ini kot. Agak je la. Aku pun bukan sure sangat.

Semalam geng BERSIH 5 kena belasah. Ramai juga pro GERAKAN MERAH terpedaya dengan penipuan Jamal. Kononnya yang dibelasah itu mengacau dan memprovokasi GERAKAN MERAH. Padan la kena belasah. Sebenarnya cerita sebenarnya bukan begitu. Pemuda tersebut sebenarnya baru sahaja selesai menyertai #KonvoiBersih 5. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah bersama sahabatnya. Dalam erti kata lain dia melalui jalan tersebut kerana jalan itu adalah jalan untuk pulang ke rumahnya. Takan orang tue nak balik rumah kau kata orang tue provok kau? Nak menipu pun tak beragak si Jamal neh. Lepas tu masa belasah dia ramai2, geng MERAH ramai2 jerit suruh dia BALIK, BALIK, BALIK. Bodohnya lahai. DIA MEMANG NAK BALIK RUMAH. KORANG YANG KACAU PERJALANAN BALIK DIA TU. FAHAM KE TAK FAHAM?

Sebenarnya GERAKAN MERAH memang ada PLANNING nak melakukan KEGANASAN dan KEKERASAN sejak dari awal lagi. AMARAN demi AMARAN yang JAMAL pernah suarakan ia dilaporkan berleluasa menerusi media massa. Kat bawah neh siap ada bukti bergambar lagi. Sanggup beli telur berpapan2 semata2 nak baling ke orang. Apa punya biadap la korang semua melayan rezeki. Kanak2 Somalia kalau tengok neh menangis depa.


Kalau kita perhatikan babak RIDER BERSIH 5 tu, dia dah dibelasah dan diteranjang oleh pemuda yang teranjang dia selepas itu. Ketika dia diteranjang dan dibelasah oleh pemuda misteri itu, kenapa geng MERAH tak halang atau pegang budak yang membelasah itu? Dia tutup muka. Bahkan ada beberapa individu yang lain tutup wajah juga. Kenapa? Tak boleh nak cakap TAK SEMPAT. Jika pemuda GANAS tu sempat luku kepala mamat rider tu dua, tiga kali pun, at least geng MERAH mesti ada usaha untuk memegang pemuda GANAS tu. Tapi dorang tak pegang dan biarkan dia berlalu laju2. Maksudnya apa? Rider tersebut diteranjang bukan satu tapi dua kali. Satu ketika dia nak bangun kerana jatuh terduduk. Kali kedua ketika dia dah pun bangun lepas tu kena teranjang tepat kat belakang leher. 


Geng MERAH sebenarnya dah taksub melebihi dari akal manusia yang waras. Taksub ini SYAITAN suka. Nabi tak suka. Allah dan Islam tak pernah ajar. Jika mereka kata mereka ABATA ia perlu diselaraskan dengan piawaian Islam, dan keduanya bangsa ketiganya negara. Tengok protokol tu. Pukul orang, Islam suruh ke? Kalau sekalipun ditindas dan dianiaya, jika perlu kepada tindakan mempertahankan diri, maka siapa? Rakyat biasa yang menyertai Konvoi ke atau terus kepada pemimpin yang melakukan binasa? Jangan lupa sepertimana geng MERAH, pemuda BERSIH itu juga manusia biasa, orang melayu dan muslim. Dia belasah dan diserang oleh melayu dan muslim yang lain atas nama kononnya nak mempertahankan hak muslim dan melayu. Tetapi nanti dulu. Ko baru aje membelasah orang melayu tadinya tu bang. Macam mana kau pertahankan melayu tu? Aneh bukan? Kenyataan tak selari dengan pendekatan.

Dalam konsep kebangsaan pula, memukul bukan ajuran mahupun ajaran melayu. Budaya melayu ialah sopan santun. Andai diusik mereka cenderung sabar kerana telah diresapi dengan elemen keislaman yang mendidik sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Cantik bukan? Kerana agamanya membantu kaumnya menjadi lebih baik dalam pemikirannya. 

Dalam konsep kenegaraan, undang2 menyatakan melakukan keganasan dan kekerasan terhadap orang lain adalah salah. Individu boleh disiasat dan didakwa atas tujuan dengan sengaja mendatangkan kecederaan. Nah, ABATA apa neh? Perjuangan ABATA yang bagaimana? Korang bukan ABATA. Korang biol ke sewel ke apa ke aku pun tatau. Pokoknya cara perjuangan yang bodoh ini akan membinasakan imej UMNO dan Najib sendiri. Directly atau indirectly. Aku nasihatkan, berhati2lah pada yang tutup muka bagai neh. Sengaja membiakkan semangat racism dilakukan oleh siapa atau untuk tujuan apa aku memilih untuk TIDAK AKAN SOKONG.

Yang perlu diketahui walaupun tidak bersetuju kita kena belajar meraikan kepelbagaian. BERSIH 5 seperti mana GERAKAN MERAH punya hak untuk berhimpun. Konvoi lawan konvoi. Demo lawan demo. Kempen lawan kempen. Mudah bukan. Sepertimana BERSIH, MERAH juga boleh menghasut orang ramai untuk menyokong perjuangan mereka namun ianya hanya harus membabitkan fakta. Jangan menipu dan merepek bukan-bukan. 

Perkara neh terpakai la atas semua. Yang pembangkang pun berlambak2 yang taksub dan tak pandai meraikan kepelbagaian. Buktinya sila ke page aku laju2 dan tengokla macam mana yang PKR, yang DAP, yang PAS, yang AMANAH maki aku dengan pelbagai gelaran semata2 aku berkongsikan hujah dan pendapat dari sudut pemikiran aku. Ketidakpandaian meraikan kepelbagaian dengan cara berhujah ini ada pada sikap manusia itu sendiri. Ia bukan masalah parti atau pandangan politik ia lebih kepada masalah sikap dan pemikiran individu. 

Sekali lagi aku nasihatkan. Jika sungguh mahu membantu masyarakat melayu khususnya mari cari isu2 yang menjejaskan kaum melayu buat masa ini. Jangan buat propaganda konon nak selamatkan melayu tetapi isu2 yang mencengkam kaum melayu bukannya dia buat kisah pun. Jahanam. Main kata-kata wayang sahaja.

Diharapnya pihak polis boleh menyiasat keterangan di atas dengan adil dan saksama. Silakan siasat. Account fake ke parody ke original ke sila siasat. Biar sama2 jelas dengan kebenarannya. Oke bai.

Sabtu, 8 Oktober 2016

Tak Pandai Main Ping-Pong, Najib Diboo Anak Muda, Jadi Ejekan Netizens.


Nakharom korang neh. Langsung tak bagi chance kat Najib. Padanla dalam satu sesi temubual Najib mengatakan dia geram membaca komen-komen tentangnya di laman Facebook. Ini semua gara-gara pengkritik Najib yang pantang nampak. Pantang nampak apa? Pantang nampak Najib silap sikit. Laju-laju nak mengkritik. Memang keyboard warrior sungguh korang neh.

KAHKAHKAHKAH

Video seram kat bawah neh ;

 

Bukan seram apa sangat aksi Najib tu. Suara gelak tu yang seram. Terganggu mood aku nak tengok betul2. Jilake. Untuk video ini sahaja walaupun takde la apa-apa sangat pun si Najib tu dan suara memBOO tu pun tak jelas mane sangat (eh ada ke orang boo? Aku tak berapa dengar dengan clear la beb) mao dekat 2.3k orang kongsi di laman Facebook tau. Rata-rata mengutuk Najib. Tak pandai main ping-pong katanya. 

Aku nak kutuk memang tak dapat la. Malu beb. Aku pun tak reti main benda alah tu. Seingat aku beberapa kali je pegang sejak menjadi hidupan neh. Kalau hoki, badminton Insya-Allah. Kalau pingpong kirim salam je la. Hehe.

Apa pun memang teruk gak depa membahan Najib. Beria-ria kutuk macam terer gila main pingpong dorang neh. Jangan2 dua kali lima macam Najib juga.

KAHKAHKAHKAHKAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...