Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 Mac 2016

"Government (BN) Bodoh, YG Lama Pun Takde Kerja Lagi Mau Angkat Baru" - Luahan Pekerja Bangladesh. [Video Inside]


Najib/BN kena bodoh dengan pekerja bangladesh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Dalam pada dok suka ria gelakkan Najib yang kena bodoh, mari kita sama-sama doakan keselamatan pekerja Bangladesh tersebut. Risau gak aku kena tong dengan simen. Tak memasal aje hilang nyawa nanti.

Hihi.

Luahan pekerja Bangladesh tersebut viral di laman sosial menerusi page Informasi Malaysia Kini.

Video tersebut memaparkan satu rakaman luahan pekerja Bangladesh yang berkata bahawa kerajaan Malaysia dan kerajaan Bangladesh dua-duanya bodoh kerana membawa masuk pekerja-pekerja baru dari Bangladesh sedangkan pekerja2 Bangladesh sedia ada di Malaysia pun sedang tunggu masa untuk kehilangan kerja ataupun telah pun selamat 'hilang kerja'.

Pekerja tersebut turut berkongsikan perasaan bahawa kesukaran untuk makan dan tinggal di Malaysia berikutan kesusahan mendapatkan pekerjaan maka tak perlu la pekerja2 baru dari Bangladesh datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan sebab kat Malaysia pekerja2 lama pun tiada kerja.

Jilake. Gaya bahasa aku pun dah macam bangladesh.

KAH KAH KAH

Video berkenaan setakat ini telah ditonton lebih dari 74 ribu kali di laman facebook dan dikongsikan sebanyak 1273 pengguna facebook ketika artikel ini disiarkan.

Tengokla video tersebut kat bawah neh sendiri. Apa2 pun memang patut kedua2 kerajaan Bangladesh dan Malaysia kena bodoh. Bukan mereka tatau situasi sebenar pun. Ini semua taktik nak amek kesempatan je di atas kesusahan rakyat di kedua-dua negara..

Pendek kata, orang miskin adalah mangsa walau di mana jua kita berada manakala orang politik adalah pemangsa walau di mana jua mereka mentadbir negara..

BIADAP ~ Bangla kata Najib Razak BxDxH
BIADAP ~ Bangla Kata Government Najib Razak Bodoh- Yg Lama Pun Tak Ada Kerja Lagi Mau Angkat Yang Baru visit & like Informasi Malaysia Kinimore@ Amboi Media Network
Posted by Informasi Malaysia Kini on Tuesday, March 1, 2016

Selepas Mahathir Keluar Parti, Beberapa Bendera BN Terbalik Ditemui Di Johor & Selangor.

Penyokong-penyokong Mahathir sudah marah ka?

Lihat gambar ;









Ditemui di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Johor.

Kini giat disebarkan oleh geng-geng UMNO sendiri yang pro Mahathir. Viral di laman sosial dan blog.

Siapa kata Mahathir keluar UMNO tiada kesan?

Ada. Walaupun mereka protes secara senyap dan malas. Sebab sekarang depa tengah tahan amarah. Mereka akan menunjukkan sentimen kat peti undi nanti. Itula perangai orang2 UMNO sebetulnya.

Siapa kata Najib banyak penyokong?

Najib kena tipu ja. Dia tipu diri dia sendiri pun ya juga. Dia pun tahu orang bukan sokong dia tapi sokong apa yang dia hulur je. Kena beringat. Najib tak selamanya piem. 

Menteri2 kabinet macam Nazri ka, Ismail Sabri ka, Tajuddin ka bukan sokong ko pun Najib. Depa sokong pangkat, kedudukan, harta, wang ringgit ja.

Takpe la. Kita tepuk tangan je la tengok depa bergaduh sesama sendiri. Kita pun dah lama nak tengok UMNO karam kan. Maka, bersedia la. Masanya telah tiba. Terima kasih Najib. UMNO bakal terkubur dengan bantuan mu..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Selasa, 1 Mac 2016

Walaupun Banyak Benda Salah, Kita Akan Pertahankan Ketua - Nazri Aziz.

Patutlah.

Dia dilaporkan membuat pengakuan tersebut dalam satu wawancara khas lapor FMT.

Baca sat ;
“Saya cukup confident Umno okay. Takkan biarkan individu mempengaruhi hancurkan pimpinan Umno sepertimana yang cuba dilakukan Muhyiddin, Shafie, Mukhriz dan Mahathir sekarang ni. Saya harap mereka keluar partilah,” katanya kepada FMT dalam satu wawancara Ahad lalu.
Mahathir semalam mengisytihar keluar parti buat kali kedua sejak 2008 dan berharap Muhyiddin menyertai beliau membentuk satu “kumpulan teras”.
Anaknya, Mukhriz, dijangka akan mengikut langkah bapanya, menurut pimpinan UMNO dan penganalisis.
Nazri turut mencucuk Muhyiddin dengan menzahirkan rasa ‘kagum’ pada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohammed yang bingkas pertahan ketuanya sebaik digantung MT.
“Muhyiddin kena belajar dengan dia (Ismail). Dia pertahankan ketua. Saya tak nak marah dia. Itu kita buat zaman Mahathir dulu, walaupun banyak benda salah kita defend (pertahankan).”
“Kita jangan ambil tindakan kepada dia. Kita faham dia makan dari tangan Muhyiddin. Dari semangat dan kesetiaan kepada ketua itu bagus; jangan marah dia. Saya admire (mengkagumi) dia.” (rujuk)

Jika dulu-dulu dia defend Mahathir walaupun banyak benda salah yang Mahathir buat, pernah defend Pak Lah, dan sekarang beria defend Najib, ini bererti tak mustahil dia defend ketuanya kerana ketuanya bukan kerana dia peduli samada benda yang dia defend tu betul ke salah ke apa ke kan?

Kenyataan tersebut menampakkan perangai dan pemikiran dia. 

Lepas neh kalau dia menang lagi kawasan parlimen, memang sahla pengundi2 dia bangang. 

Cuba baca kenyataan dia yang dia sebut 'makan dari tangan Muhyiddin'. Itu pun satu shaykai gak tu. Menampakkan yang dalam UMNO unsur-unsur kronisme, favorisme memang kuat. Tak payah nak kata kita tuduh-tuduh ke fitnah-fitnah ke, ia jelas terbukti dari statement menteri kau sendiri.

Dan sekarang neh. Pelbagai jenis portal pro Najib, secara berkumpulan kutuk, kritik, maki dan hentam Mahathir selepas Mahathir isytihar keluar UMNO disebabkan UMNO dah jadi parti Najib.

Kalau lepas neh korang nampak menteri2 dok bekap Najib disebabkan tindakan Mahathir tu mungkin menteri2 tu makan dari tangan Najib agaknya kot. Tak gitu ke Nazri?

KAH KAH KAH

Isnin, 29 Februari 2016

Menteri Guna Gelaran 'Tengku' Palsu Rupanya..

Gelaran ‘tengku’ yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.
“Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran ‘tengku palsu’ tu?
“Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran ‘tengku’ palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.
“Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?,” soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.
Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai “tidak boleh pakai”.
“Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti ‘gergaji dua mata’.
“Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat ‘tengku palsu’ ni jangan cakap banyak,” tambah Khairuddin.

Laporan oleh FMT. (rujuk).

Gelaran palsu?

Macam mana dia boleh dapat gelaran TENGKU?

Bukan keturunan raja?

Dah tue apa nama sebenar dia?

Itu baru gelaran palsu. Belum lagi perkara-perkara lain. Tak mustahil dia dah melakukan banyak kejahatan. Kalau la negara neh mengkebalkan pemimpin2 negara dah lama dah dia kena. Silap2 nak naik menjadi menteri pun tak layak. Siapa la pengundi2 Ku Nan. Spesis bebal bodoh bangang penyangak juga kot..

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...