Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Mac 2014

Future Music Festival Asia - Antara Hiburan, Dadah Dan Pelancongan.

Apa itu Future Music Festival Asia?

Jawapan dia? Aku tatau pada mulanya. Tetapi setelah google rupany2 ia adalah sebuah konsert aka event bertaraf dunia. Ia pernah diadakan di beberapa buah negara dan kali ini ia diadakan di Malaysia. Event bertaraf antarabangsa ini juga termasuk dalam kalendar pelancongan negara, sebagai salah satu event yang mendapat sokongan dari kementerian pelancongan negara.

Lihat ;

 

Kenapa Nazri Aziz berada disitu?

Ini kerana berlakunya kerjasama dari kementerian pelancongan dengan pihak yang anjurkan event ini. Kementerian berperanan mempromosikan ia sekaligus memasukkan ia sebagai salah satu event pelancongan negara dan mungkin, kerajaan kita ada terlibat dalam soal penajaan? Kita tunggu respon dari Nazri Aziz..

Atas tujuan apa? Kenapa Malaysia mempromosikan EVENT seperti ini?

Ia adalah kerana EVENT ini jika dinilai dari sudut pelancongan ia akan membawa keuntungan kepada Malaysia. Kita boleh lihat ramai rupanya yang meminati ASOT dari negara2 jiran yang berdekatan, ataupun followers tegar ASOT pasti tidak akan melepaskan peluang untuk ke konsert ini. Mereka akan datang ke Malaysia, sambil berhibur, sambil berbelanja sambil melancong dan ini akan menaikkan industri pelancongan negara. Bahkan, ia juga akan membantu mempromosikan negara MALAYSIA pada dunia luar. Bila sektor pelancongan kita meningkat, maka ia akan mempengaruhi ekonomi kita secara langsung.

Pada dasarnya FMFA 2014 feats ASOT 600 ialah sejenis hiburan semata2. Sekumpulan DJ2 terkenal seluruh dunia ini sekadar mahu menghiburkan peminat2 yang membeli tiket mereka kerana dahagakan ataupun kerana terhibur dengan 'genre music' bawaan mereka.

Genre music mereka dikenali sebagai TRANCE MUSIC. The state of trance ialah rancangan radio yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan populariti mereka meningkat saban tahun. ASOT ialah shortform kepada rancangan popular itu. 

Ringkasnya, penganjuran FMFA 2014 bermaksud ;

Peminat dapat berhibur.

Kerajaan dapat menaikkan industri pelancongan.

Penganjur dapat keuntungan.

DJ dapat kepuasan dan menaikkan karier masing2.

Betul ke macam tu?
Kalau korang rajin google korang akan nampak hiburan dorang mempromosikan wanita seksi dan arak sebagai kebiasaan. Tak percaya sila google. Bukan aku nak tuduh2. Aku malas la nak cakap2 sebarangan kalau benda tue aku tak nampak.

Boleh tengok kat youtube mereka menggunakan wanita berbikini, bertelanjang sebagai latar music.

Dan ketika sesi pelancaran di Malaysia, pra party untuk mempromosikan event neh di Kuala Lumpur tengok apa benda kat bawah neh ;



Aku cuba untuk berlapang dada dengan tidak mendiskriminasikan apa2 genre music yang wujud kat dunia ini. Citarasa manusia neh lain2. Ada orang minat nasyid, ada orang minat rock, ada yang minat lentok ada pula yang minat genre music seperti di atas. Trance music katanya. ASOT. Tapi bila satu2 music itu mendorong peminat2 mereka bersikap liar, ia boleh diraikan ke? Bila satu2 genre music mendorong peminat2 mereka berbikini dan berseluar pendek sesama berhibur bercampur laki perempuan dalam satu event ia boleh diraikan ke?

Tengok ;


Sejujurnya.

Pada perhatian aku, event neh event liar.

Mereka menggunakan music untuk menghalalkan 'niat liar' mereka. Niat yang tersembunyik. Joget sana joget sini dengan berbikini atas nama music. Yang laki pula ada juga yang sampai buka baju. Bayangkan, perempuan berbikini, dengan laki tak berbaju duduk dalam satu tempat berjoget sana sini apa gambaran yang korang boleh bayangkan?

Kita jangan cakap pasal bangsa dan agama kat sini.

Adakah attitude ini sesuai untuk ditunjukkan kepada budak2? Kepada orang yang awam yang pelbagai?

Kalau attitude ini tidak sesuai untuk dipaparkan kepada kanak2, dipaparkan secara terbuka jelasla hiburan seperti ini sememangnya ada masalah.

Itu je penanda aras dia.



Kalau kita cakap pasal agama pula macam mana?

Untuk rekod konsert ini bila lue dah masuk, lue tak boleh keluar dah. Itu peraturan dia. So dalam konsert neh ada disediakan surau untuk lue bersolat ke?

Demi hiburan yang tak wajib lue kena tinggalkan apa yang wajib?

Bila lue mati ketika dalam berhiburan sakan tak ingat dunia macam mana?

Antara lue mati sebab lawan kezaliman ataupun lue mati sebab huha huha tak ingat dunia, lue rasa cara kematian mana yang lebih bermaruah?

Bila PDRM keluarkan statement bahawa mereka mati angkara sesak nafas akibat overdoss pengambilan dadah jenis chemical = yakni bermaksud orang kemain sesak gila babi la kat tempat konsert tersebut. Itu sebab lue tengah high2 lue boleh mampos.

Nak bernafas pun susah.

Dicampur pula dengan arak. Dalam event neh memang disediakan arak. Sebab penganjur tak bagi lue bawa makanan dan minuman dari luar. Lue kena topup lue punya band. Alah macam lue nak p mandi2 dengan anak2 kat taman tema kan ada gelang2 tue. So lebih kurang begitu la yang ada kat konsert ini. Lue beli tiket, tue citer lain. Topup band citer lain pula. Lue nak minum ka makan ka semua ada janji lue ada duit je dah cukup. Tapi bila nyawa lue dah melayang lue tak boleh nak topup nyawa. Sorry. Babai n sila jumpa tuhan kita kat alam baru pula. Sembang2 la lue dengan Allah.

Kematian angkara dadah ini sebenarnya sebab ada orang bawa masuk dadah jenis baru ke dalam konsert dan ia bukan perkara baru. Ia berlaku di semua konsert2 ASOT ini. Bezanya antara mati ataupun tidak aje.

Siapa yang bawa masuk aku tatau. Itu polis akan siasat habis-habisan. Kita tunggu apa kata mereka okay. Tetapi arak tak payah siasat sebab penganjur memang sediakan arak. Dan penganjur juga tidak menetapkan kod etika pakaian. Mereka hanya minta pakai kasut yang bersesuaian. Ya, tapak kaki penting juga. Tapi takan la sampai baju dan seluar diabaikan pula. Penganjur konsert ini lebih sayangkan tapak kaki peminat2 mereka sampaikan apa2 yang peminat2 mereka nak pakai pun mereka tak heran. Kata nak berhibur semata2. Kata nak berhibur secara berhemah. Kalau betul nak berhibur semata2 kenapa tak gariskan beberapa perkara agar hiburan seperti ini boleh diraikan oleh kami?

Aku rasa ia bukan la tak boleh pun nak tetapkan etika pemakaian.

Susah nak buat ka? Ini Malaysia kot. Itu Bukit Jalil kot. Kerajaan yang keluarkan permit kot. Ada meeting dengan PDRM, BOMBA, AMBULANCE dan pelbagai agensi kerajaan kot.

Usah kata kod etika cara pemakaian bahkan kod etika minuman pun kerajaan boleh masuk campur kalau nak.

Kerajaan boleh sebut no arak. No alcohol. Ataupun nak lebih garang kerajaan sendiri tetapkan beberapa protokol yang penting. 

Bukan sebab nak jumud tapi malu kot orang non muslim dok ejek. Muslim apa jadah slumber aje berbogel dan minum arak. Lepas tue ke sana ke mari jaja nama aku muslim. Yang bertudung pun ada yang masuk event begini. 

Hish..

 
Sekali lagi. 

Aku meraikan minat dia. Memahami dan menghormati.

Tetapi sayangnya suasana event neh tak membantu sangat untuk dia diterima dengan positif oleh pemerhati2 kat luar sana. Ia seperti ko bertudung dan masuk disko. Ia seperti ko baru lepas solat then masuk disko joget huhu haha.

Memang.

Ko tak ambil arak.
Tak sentuh dadah.
Tak pakai seksi.
Tak pegang dengan lelaki.

Just enjoy the show. The music itself. Tetapi suasana yang ko duduk tue ialah ko tak buat tetapi orang lain buat. Boleh ke ko berlapang dada tengok orang minum arak depan ko? Orang berbogel depan kau? Orang ambil dadah depan kau? Orang buat macam2 benda depan kau?

Ko minat music ini. Tetapi persekitaran konsert tak menghalalkan minat ko. Baik ko beli CD dan layan kat rumah. Atau ko rasa bangga sebab dapat berkumpul ramai2 untuk tengok konsert? Beli tiket termahal pun nak bangga ke? Memang la guna duit kau tapi duit2 ko tue la yang akan tolong geng2 depa beli rumah besar dan kereta besar. Ko dapat music aje beb. Benda tak fizikal. Ia hilang. Ko tak boleh gengam. Sekarang sapa bijak sapa bodoh?

Aku takan masuk lebih2 dalam privacy hidup orang. Sejujurnya aku sendiri pun banyak yang perlu ditacap. Cuma aku fikir aku perlu fahamkan dia apa sebenarnya yang kami fikir. Ia bukan orang lain tak raikan music yang dia minat tetapi cara dia tunjukkan minat tak kena dengan situasi dia sebagai seorang muslim.

Bukan kerana dia bertudung.

Ia takde kaitan pun. Tetapi sebagai seorang muslim, kita diseru jauhi tempat2 macam neh. Yelah, liberal juga kita neh tetapi seliberal liberal kita tak la kita rasa kita perlu raikan hiburan, dadah, wanita dan lelaki seksi, berjoget sesama sendiri, arak di satu tempat, bukan?

Yang menjadi persoalan aku. Sebelum kementerian berbuat keputusan untuk friendly dengan event neh, kenapa kerajaan tak ambil tahu dulu sejarah konsert ini di negara2 lain?

Ia boleh disifatkan sebagai party clubbing tersebar di dunia tau.

Kaki2 party memang suka ah benda2 gini.

Lagi arak, layan music di ikuti dengan pengambilan dadah lagi. Enjoy kata depa.

Respon orang luar. 


Sepatutnya ;

1. Kaji dulu niat penganjuran konsert ini.

2. Selidik sejauh mana penganjuran konsert ini selari dengan tema kepimpinan negara yang konon nya kita neh Islam Moderate, negara ISLAM dan mengutamakan prinsip2 ISLAM dalam pentadbiran negara.

3. Lihat sejarah2 penganjuran konsert depa. Kes melibatkan dadah ini bukan kes baru. Ini party clubbing. Di mana ada clubbing disitu ada dadah. Arak dan seksi tak payah sebut la.

4. Berhibur non stop. Mati pun ada yang non stop. Tiap2 kali konsert ada je kes negatifnya.

5. Kerajaan perlu pertimbangkan baik buruk, oleh kerana lebih banyak buruknya, bukit jalil tak sepatutnya melibatkan diri. 

Kalau kita perhatikan di fb rasmi FMFA 2014 ada menyatakan mereka mendapat kerjasama yang penuh dari beberapa agensi kerajaan ketika menganjurkan konsert ini bagi memastikan keselamatan pengunjung. Tetapi akhirnya, masih lagi ada yang mati angkara dadah. Dan yang herannya, sudah sepatutnya konsert clubbing terbesar ini sepatutnya diharamkan terus dari diadakan di mana2 negara. Ia mengundang budaya negatif berbanding budaya positif.

Dan apa la salahnya geng2 polis kita yang terpaksa sibukkan diri menjaga konsert2 kaki clubbing neh? Kes jenayah berlambak2 kot depa nak urus. Buat apa kita pergi tambahkan satu lagi cabang kerja polis? Ingat geng2 polis kita suka terlibat dengan event yang penuh kemaksiatan ini? Bukan hanya part jenayah bahkan part orang berhibur pun nak seret polis. Tah apa2.

Aku tak rasa kerajaan rugi kalau tak terlibat atau luluskan penganjuran konsert ini. Kita ada banyak benda2 yang boleh dipromosikan sebagai pelancongan. Jangan la sasarkan pada penganjuran konsert semata2.

Apatah lagi ini konsert clubbing besar-besaran. Ini bukan macam konsert CT NURHALIZA ataupun KPOP beb. Ini konsert yang betul2 liar punya.

Aku taknak scan bab akidah dan moral bagi mereka2 yang pergi ke konsert tersebut. Aku tak suka juga buat penilaian secara am. Lain orang lain tujuan mereka. Lain orang lain pula situasi mereka.

Tapi aku rasa korang sendiri yang perlu timbang baik dan buruknya konsert dan hiburan jenis apa yang korang gilaikan sangat neh.

Walaupun aku mahu bersikap terbuka tetapi aku dapati ianya tak masuk akal langsung untuk raikan hiburan liar sebagai salah satu freedom of gaya hidup. Kemon, ia takde kaitan dengan agama dan kepercayaan pun. Mana2 orang pun akan cakap hiburan 3 malam tanpa henti dengan berpakaian seksi dan bogel baik lelaki dan perempuan kemudian berpeluk2an kemudiannya disusuli dengan arak dan dadah ia bukan la hiburan yang sihat regardless orang tue tak beragama sekalipun. Ini adalah mengenai gaya hidup sihat. Arak, seks dan dadah bukan ditolak oleh golongan yang beragama aje bahkan sains membuktikan penyakit datang kerana mereka. AIDS, overdoss dan kerosakkan ahti dan organ2 penting tubuh badan ialah hujah2 sains yang mana2 manusia dari apa jenis bangsa, agama, kepercayaan dan negara akan terima bukan?  Kalau mahu bercakap pasal fakta, bukan pasal agama, argument aku neh sepatutnya dah cukup valid kan? Lue fikirlah sendiri.

Okay bai.

Bomoh Negara Nak Saman Anwar 300 Juta.. !!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

KELAKAR NAK MAMPOS la dia neh.

Dia cakap ;

1. Anwar lupa budi dia.

2. Dia pernah belanja Anwar makan masa Anwar mai Perak dulu.

3. Masa tue DSAI menteri pertanian.

4. Dia gak cakap Anwar yang memalukan negara.

5. Anwar main kot belakang (liwat)

6. Dia minta Anwar jangan sebut2 nama dia (berkenaan kempen PRK Kajang)

7. Dan dia nak saman Anwar 300 juta.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lihat video dulu ;

 
Okay JAIS,JAKIM dan semua agensi2 yang berkaitan. Tolong ambil tindakan sepatutnya sebelum demam bomoh kita makin melarat !!!

KAH KAH KAH

Hadoiiiiii.. dulu dia sebut jangan main tuduh2. Sekarang dia tuduh2 Anwar main belakang boleh pula.

Benda la lue bomoh.

NAMPAK SANGAT SIKAP LUE BERUBAH MACAM AYOR.

KAH KAH KAH

Ahad, 16 Mac 2014

Zahid Hamidi Kawan Bomoh 1Malaysia - VVIP UMNO Guna Khidmat Bomoh.

Ini la pengakuan dia sendiri.

Bukan pengakuan orang lain. Jika UMNO dan Zahid Hamidi rasa kena fitnah dan sebagainya dipersilakan untuk beri respon balas terhadap kenyataan ini. Jika nak nafikan ke nak mengaku ke apa ke lantak korang la.

Pokoknya jika Zahid Hamidi tak nafikan maka kita anggap kata2 bomoh ini benarlah. Iaitu dia kawan kepada Zahid Hamidi dan sememangnya banyak VVIP UMNO yang jumpa dia untuk dapatkan khidmat BOMOH dalam perkara2 seperti berkaitan perkahwinan, perniagaan dan KELEBIHAN DALAM POLITIK.

Dan, yang paling paling paling penting sekali. Adakah Zahid Hamidi yang jemput dia supaya ke KLIA bagi mengesan pesawat MH370?

Tolong la jawab yer.. 

Hihi..

Baca sampai habis.


Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh” yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.
Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar negara. Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan.
Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan.
“Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional,” katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya terkenal susulan aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa, teropong buluh dan sangkar ikan untuk “menghalau semangat jahat” dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
Aksi “permaidani ajaib” Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka mengkritik dan mempersenda Ibrahim.
Perkataan “bomoh” menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan.
“Saya tidak melakukan apa-apa yang haram.
“Saya guna ayat Al-Quran dan doa supaya pesawat dan penumpang boleh dikesan. Ini tidak menyalahi agama. Jangan panggil saya murtad kerana ini.
“Mengejek saya juga tidak membawa kebaikan. Saya ikhlas menolong kerajaan,” katnaya.
Dalam dua upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan “melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat menemui pesawat”.
Lelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai orang sejak berusia 10 tahun.
“Pelanggan saya pelbagai. Kebanyakan daripada mereka adalah orang penting, kaya dan ahli politik,” katanya.
Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.
Residen British pertama di Perak, J W W Birch, dibunuh oleh pejuang kebangsaan Melayu dan negarawan, Datuk Maharajalela dan Sepuntum pada 1875.
Ibrahim juga menyenaraikan peranannya dalam beberapa kejadian besar dalam negara: antaranya ialah memanggil semula roh mangsa tsunami 2004; menjejak mayat mangsa lemas di banjir besar di Kuala Dipang; mengesan mayat mangsa kondominium Highlands Tower yang runtuh pada 1993; dan melemahkan ilmu hitam Mona Fendy supaya hakim boleh menjalankan tugasnya tanpa diganggu di mahkamah Temerloh di Pahang, di mana Mona Fendy akhirnya disabitkan bersalah membunuh ahli politik pada 1993 dan dihukum gantung.
Mengenai kaedahnya yang “istimewa” dalam membantu Putrajaya mencari MH370, Ibrahim berkata, setiap individu ada cara tersendiri untuk membantu.
“Orang teknikal guna sains dan radar kesan pesawat. Saya guna ayat Al-Quran dan barangan yang saya bawa bersama ketika sesi (ritual) bukan untuk dipuja.
“Saya tidak puja barang itu kerana mereka hanya sebagai symbol. Seperti menangkap ikan, adakah kita hanya berharap dan berdoa menangkap ikan tanpa ada peralatan? Tidak, bukan? Jadi mata kail dan perangkap ikan adalah symbol mendapatkan pesawat itu,” katanya.
Mengenai kutukan yang diterimanya sejak episode di KLIA dan cadangan beliau ditangkap kerana melakukan ilmu hitam, Ibrahim berkata, mereka tidak sepatutnya menghakiminya tanpa bercakap dahulu dengannya.
“Saya bukan bomoh tepi jalan. Saya bomoh jutawan. Saya ada perniagaan pembinaan selain membantu dan merawat orang. Anda tidak pernah dengan tentang saya kerana saya tidak menunjuk-nunjuk kekayaan saya seperti orang lain.
“Khairy Jamaluddin (menteri belia dan sukan) hanya cakap besar tetapi dia tidak ada apa-apa. Saya lebih kaya daripada dia,” katanya.
Awal minggu ini, Ibrahim mengugut untuk menampar Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno kerana memperkecilkannya dan meminta supaya dia ditahan.
“Dia patut hormat orang tua. Dia mungkin tidak tahu saya tetapi ahli politik yang lebih tua kenal sangat dengan saya. Malah, Datuk Seri Zahid Hamidi ialah ketua seni mempertahankan diri kami,” katanya merujuk kepada menteri dalam negeri.
Maklum balasnya terhadap ejekan Khairy ialah beliau mengugut untuk menamparnya seperti buaya.
Khairy, bagaimanapun, tidak mengambil ugutan itu secara serius dan terus membuat lawak mengenai perkara itu dalam beberapa siri tweet menerusi akaunnya.
Dalam satu tweet, Khairy berkata:“Raja Bomoh nak tampar saya cam kokedai”.
Ibrahim berkata, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan ugutannya itu dan akan melaksanakannya jika kesabarannya teruji.
“Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap dan tuduh saya khurafat,” katanya.
Beliau berkata, tidak ada apa yang hendak dimalukannya dan tidak beranggapan caranya “membantu” kerajaan mencari pesawat hilang itu meletakkan negara dalam keadaan yang memalukan.
“Tidak, saya tidak buat apa-apa kesalahan. Anda hanya rasa malu jika buat salah, dan saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.
Perbualan kami berakhir di situ, dan sebelum itu Ibrahim berkata, dia biasanya berjalan dengan sekurang-kurangnya 16 pengawal peribadi.
“Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya tidak berseorangan. Saya ada 16 pengawal peribadi bersama saya setiap masa. Saya masih berfikir di mana patut yang lakukan sembahyang saya bila sampai di sana,” katanya. – TMI

Anwar Kini Dikaitkan Dengan Kehilangan #MH370 Oleh Media Luar..

Tah macam tah dorang punya cerita. Tetiba konar sana konar sini alih2 Anwar pula terbabit sama. 

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Semua benda Anwar juga yang salah.
Semua benda Anwar juga yang kena.

Dah macam takde orang lain.

BEBALISME sungguh.

Tengok plot dorang. 


Tetiba Kapten Zaharie dikatakan fanatik politik (condong kepada PR). Dia dikesan menghadiri perbicaraan kes DSAI pada hari DSAI dijatuhkan hukuman bersalah penjara 5 tahun oleh mahkamah rayuan dalam pertuduhan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan (kes liwat ialah kes fitnah semata2 untuk jatuhkan karier politik Anwar Ibrahim).

Lihat ;


Ramai yang fikir ini disediakan dan disebarkan oleh bloggers BN dan UMNO. Maaf, ia bukan begitu. Ia adalah jalan cerita (plot) yang disediakan oleh wartawan dari luar negara.

Seolah2 ada plot yang cuba mengaitkan kehadiran Kapten Zaharie dalam perbicaan kes DSAI dengan kehilangan MH370 secara misteri.

Fikirkan juga.

Kapten Zaharie ada anak2, ada isteri, ada keluarga di Malaysia.
Ada kerjaya yang stabil di Malaysia.
Ada kedudukan yang stabil di negara ini.

Sekalipun dia bertujuan nak melakukan sesuatu (atas nama politik) sejauh mana dia boleh pergi?
Kat mana dia nak tempatkan kesemua 236 penumpang? Bagaimana pun dia nak mencari makanan untuk meneruskan kehidupan sepanjang hari bersembunyi? Takan tak payah makan minum dan sebagainya pula kan? Sudah tentulah plot seperti ini tidak mungkin berlaku. Adakah untuk menghalalkan tuduhan maka mereka akan katakan DSAI terlibat sebagai dalang dikemudian hari? Aku tidak tahu. 

Yang aku pelik apasal pula geng2 BN semacam mengaitkan DSAI dalam cerita ini?

Lihat ;

Dan lagi ;


Masalah betul.

Apa kena mengena DSAI dalam isu neh? Actually, bukan hanya Anwar, bahkan apa kena mengena PKR dan PR dalam cerita kehilangan MH370 ini?

Langsung tak logik kalau mereka tetiba2 nak masukkan Anwar ada kaitan dengan kehilangan MH370.

Boleh rujuk sini kenapa aku cakap ianya memang tak logik sama sekali ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/persoalan-persoalan-yang-kerajaan.html

Berbalik pula pada penulisan oleh The Mail ;

1. Mereka menulis Kapten Zaharie dikatakan mahu menghadiri kes perbicaraan kes liwat II Anwar - SBA. Itulah maklumat yang diperolehi dari rakan sekerja Kapten Zaharie.

2. Kapten Zaharie dikatakan telah berpisah/bercerai dengan isterinya walaupun mereka duduk di dalam satu rumah yang sama. Kapten Zaharie mempunyai 3 anak.

3. Rumah Kapten Zaharie telah digeledah dan disiasat selepas Najib membuat pengumuman mengenai insiden MH370.

4. Untuk rekod sebelum ini polis telah pun mengambil 2 buah komputer dari rumah Kapten Zaharie bagi tujuan siasatan.

5. Kapten Zaharie juga disebut2 seseorang yang sangat fanatik kepada politik (PKR).

Itulah yang dilaporkan oleh media barat.

Haiyaaaaa..


Tunggu dan lihat.

Apa lagi yang mereka nak kaitkan.

Kalau tetiba jalan cerita dia jadi DSAI pula sebagai DALANG utama memang bangang ahhhh....

Tue je yang aku nak sebut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...