Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Januari 2014

Bersyukurlah Anwar Bertanding Di Kajang - Azmin Ali

Apsal aku macam pernah baca ayat begini ek. Kat mana? Rasa macam selalu nampak. Tapii apsal aku terasa lain macam. Bukan ke menteri2 BN aje yang suka gunakan perkataan2 macam neh?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH



Konteks ;

Anwar bertanding kat Kajang = menang = dapat gaji + elaun = rakyat Kajang mungkin dapat menerima pembelaan sewajarnya sebab Anwar bakal MB Selangor jadi pengundi Kajang kena bersyukur.

How does it reflect kepada pengundi2 non Kajang pula?

How to bersyukur sedangkan kemenangan ANWAR satu sen pun takde kaitan dengan kami semua?

Atau mungkin, Anwar akan gunakan wang2 di Selangor untuk bantu kami2 semua tanpa mengira negeri ?

Macam tue ka?

Itu sebab kami kena bersyukur?

KAH KAH KAH

Adoyaiiiiii la. BTW, ini bukan sindiran kan Azmin? Untuk kaburi rakyat? Ini ada dwi maksud tau. Bukan nak kaburkan rakyat untuk tutup pergolakkan tetapi nak kaburkan rakyat konon2 nya berlaku bergolakkan..

Hihihi

Walaupun bagaimanapun, aku berpendapat PAS perlu meletakkan kerusi di Kajang. Memandangkan ramai yang bising2 pongpang2 kutuk dan maki aku apa bagai. Ko nak tengok BN menang? Ko nak BN menang? Memang la aku pun tak gemar BN menang. So untuk selesaikan konflik aku dengan ko, dan raikan perbezaan kita dengan matang. 

Idea aku ;

1. Letakkan PAS di Kajang.

2. Ini perlu untuk memberikan pengajaran yang buat keputusan dengan membelakangkan PAS.

3. Semua tahu PAS dibelakangkan dalam keputusan di Kajang.

4. Bukan hanya PAS bahkan pengundi2 Kajang juga dibelakangkan dalam perkara ini.

5. Maka PAS perlu meletakkan kerusinya. DAP juga. Maka kat sini PAS, DAP, PKR dan BN bertanding.

6. Sapa menang dia la wakil rakyat di Kajang.

7. Sapa sekali pun menang kita terima dengan matang.

8. Sebarang kesan samada positif atau negatif akibat dari apa yang berlaku di Kajang neh pun kita kena terima dengan terbuka dan matang.

9. Andai kata tindakan DSAI ini akan merosakkan Selangor, kita sama2 kenang semula apa yang aku pernah tulis disini dan di wall fb aku.

10. Andai kata tindakan DSAI ini menambah kebaikan kepada Selangor, aku ucapkan tahniah kerana apa pun yang paling penting pada aku adalah kebaikan rakyat. Aku tak kisah jika aku salah dalam prediction neh. 

Sebab aku bukan nak kan kemenangan pun dalam mana2 prediction. Aku cuma mahu kebaikan aje untuk kita semua, rakyat jelata terbawah yang sering kali dipijak2. Yang paling penting kita sama2 menerima kesan positif dan negatifnya. Aku berharap aku salah supaya aku sorang aje yang rugi dan dimaki hamun kelak.

What say you?

Selasa, 28 Januari 2014

Pemuda PAS Ancam Boikot PRK Dun Kajang.

Bagus PAS.


Cuma bab hujah kenapa nak boikot tue perlu diperkuatkan lagi. Jangan bersandarkan kepada nas nak boikot jika tak berikan penjelasan yang kukuh. PAS power di Selangor. Kerusi banyak dari PKR. Sebaliknya boikot atas sebab hak rakyat dah dipermainkan. Ini macam la baru orang respect sama pemuda PAS.

BTW, PAS kena ingat.

PAS dan DAP akan dianggap rakan subahat dalam membazirkan wang pembayar cukai.

Walaupun itu keputusan PKR, idea PKR, pelan PKR, dan kerusi PKR, tetapi jika PAS dan DAP tidak membantah, bahkan merelakan perkara ini itu bermaksud korang semua sepakat dalam membazirkan wang rakyat.

Jadi aku minta sangat2 pada Pemuda PAS. Kita boikot atas kapasiti mempertahankan hak rakyat. Itu yang lebih utama. Bukan la obligation rakyat untuk diheretkan dan dijebakkan dalam permasalahan dalaman ahli2 politik yang berparti. Obligation rakyat sudah selesai. Pada saat kami berjuang untuk kamu tanpa dibayar satusen pun, pada saat kami biarkan diri kami dicaci maki dan diserang oleh penyokong2 BN non stop, pada saat kami jadi perisai kamu bila mana orang2 BN menyerang kamu, pada saat kami bersatu berkempen untuk memenangkan kamu dengan harapan agar kamu mengutamakan hak rakyat selepas menang.

Itu saja obligation rakyat.

Ia dah kami sempurnakan dengan jaya.

Maka jangan lagi babitkan kami atas perkara2 yang tidak perlu.
 

Baca ;

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
 
Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Pemuda PAS.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Pemuda PAS Tegur PKR Selangor.

Bagus.

Tunjuk sikit perjuangan pemuda PAS bukan jenis ikut-ikutan dan tidak berada di bawah pengaruh elites-elites ahli2 politik di negara neh. Tahniah kerana menyatakan pendapat secara terbuka, matang dan kritis. Nak lebih cantik, bagitau sikit PAS dan DAP majoriti di Selangor.

Kot2 PKR terlupa la kan.

Hihihihi.


Dewan Pemuda PAS menuntut penjelasan daripada ADUN Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau semalam, secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dengan segera. 
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS , Mohd Sany Bin Hamzan berkata, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 
"Dewan Pemuda PAS menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor.
"Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. 
Menurut Mohd Sany, rakyat meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.
Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Dewan Pemuda PAS juga menyifatkan, tindakan ADUN Kajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politik dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. 
PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.
Sekiranya, penjelasan yang diberikan Lee Chin Cheh tidak munasabah maka Dewan Pemuda PAS memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR. 

Anwar Sah Bertanding - Aku Sah Boikot PRK Dun Kajang - Dengar Dulu Penjelasan Sebelum Mengamok!

Aku relax aje semalam. Tak ulas apa2 berkenaan isu neh di blog. Sebab utama. Nak bagi laluan kepada PKR untuk keluarkan kenyataan rasmi. Mula2 ada ura2 tersebar yang DSAI akan mengantikan jawatan MB di Selangor.

Anwar Ibrahim menafikan. 

Kemudian. Ada pula wakil rakyat di Kajang berhenti. Punca utama dia berhenti kerana dia menghormati kesepakatan pakatan rakyat. Aku pun tak faham sangat alasan tue. Tapi buat2 faham sudah la.


Dan sebentar tadi Anwar Ibrahim sahkan bahawa dia akan bertanding di dun Kajang. Maka ia menguatkan lagi dakwaan Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor mengantikan Khalid. Andai Anwar mahu gantikan Khalid, aku tak setuju.

Kenapa rakyat Selangor memangkah PR di Selangor adalah bertitik tolak dari cara pentadbiran Khalid Ibrahim yang lebih berintergriti.

Jadi, Khalid Ibrahim itu sendiri, adalah punca utama kenapa PR menang besar di Selangor. Ia adalah mesej yang jelas terbukti bahawa rakyat Selangor mahukan Khalid. Namun aku tak menafikan pula bahawa peranan semua pihak membantu kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor. Baik wakil2 rakyat yang buat kerja dengan telus dan amanah, baik pekerja2 wakil rakyat yang sentiasa mengambil tahu masalah rakyat, baik pemimpin2 tertinggi parti PKR, DAP dan PAS yang sentiasa bekerjasama dan aturkan pelbagai jenis program, forum dan wujudkan beberapa skim mesra rakyat untuk memastikan kebajikan rakyat Selangor terbela. Pendek kata semua yang memainkan peranan mereka sebaik2nya membantu kepada kemenangan pakatan rakyat di Selangor. Semua ada sumbangan masing2 walaupun berbeza2 cara sumbangan mereka samada kecil, besar, sederhana atau apa dan sebagainya.

Jika pertandingan ini adalah untuk menamatkan konflik rampasan jawatan Khalid Ibrahim oleh Azmin maka aku sangatlah tidak bersetuju. Aku sejujurnya taknak amek port langsung apa2 yang berlaku dalam PKR. Sekadar dengar2 citer boleh la. Bagi aku apa yang berlaku dalam PKR dia punya pasal la. Parti dia nak tergolek ke, nak hancur ke, nak tunggang langang ke apa ke lantak la korang di situ.

Apa yang berlaku dalam parti PKR adalah urusan ahli2 parti itu sendiri.

Tetapi jika apa yang berlaku dalam PKR mengheret rakyat ia dah menjadi urusan rakyat macam aku untuk menyibuk.

Kenapa?

1. Sepatutnya PKR selesaikan konflik dalaman mereka hanya dikalangan mereka tanpa membabitkan satusen pun duit rakyat.

2. Sapa contoh aku? Bukan BN. Nabi Muhammad. Islam. Apa2 benda kalau aku nak bandingkan pun, aku bandingkan dengan pejuang2 Islam di zaman Nabi, dengan apa yang Islam gariskan.

3. Apa yang PKR buat ini dah tentu2 salah. Terbukti. Konflik dalaman mereka, mereka boleh babitkan rakyat tak pasal2. Apa kena mengena aku, ko dan kita semua bilamana Azmin vs Khalid disini?

4. Alasan Dun Kajang tak perform. Dia letak jawatan. Sebenarnya bagus juga bila tak perform ko letak jawatan. Ko sedar diri juga bahawa ko tak berkemampuan untuk jadi wakil rakyat. Tapi kenapa ko bertanding ketika itu? 

5. Maka kat sini PKR yang meletakkan dia sebagai calon, perlu bagi penjelasan apa sebab meletakkan calon yang tak buat kerja dan meminggirkan Cikgu Lee yang menjadi kesayangan pengundi Kajang ketika itu.

6. Bagi aku itu adalah hak Azmin untuk merebut apa2 jawatan sekalipun. Presiden, MB dan sebagainya. Dia nak melobi dia punya pasal. Bagi aku itu juga adalah hak Khalid nak mempertahankan jawatan dia. Dia nak melobi dia punya pasal. Bagi aku jika Anwar nak taking side sekalipun, atau memilih untuk menghentikan perbalahan kedua2 team ini itu pun Anwar Ibrahim punya pasal. Tetapi dalam setiap tindakan yang diambil pastikan ia tak babitkan rakyat sama sekali.

PKR patut fikirkan cara yang mana mereka boleh selesaikan konflik dalaman tanpa membabitkan kepentingan rakyat disini.

Buat PRK lagi sekali bermaksud SPR perlu keluarkan wang untuk adakan pilihanraya kecil.

Bila SPR keluarkan wang, dia keluarkan wang pembayar cukai.

Rakyat tengah pening kepala fikir macam mana nak cekau duit nak makan, beli rumah, bayar hutang dan blablabla lagi. Yang kat Pahang dengan bantuan banjir tak sampai2 lagi. Bersepah2 orang miskin sana sini tak terbela. Rakyat teraniaya dari segenap sudut dan segi.

Sekarang rakyat terpaksa menelan keadaan bahawa wang pembayar cukai dibazirkan begitu sahaja untuk anjurkan PRK semata2 nak selesaikan konflik dalaman parti tertentu.

Kenapa tidak PKR sendiri keluarkan wang untuk adakan proses PRK di Kajang? Memandangkan PRK ini dijalankan pun semata2 nak selesaikan masalah peribadi PKR di Selangor?

Kenapa tidak SPR wujudkan undang2 baru? Sesiapa yang berhenti atau meninggal dan sebagainya di mana2 kawasan wakil rakyat automatik jawatan itu akan dimenangi oleh pihak no 2 undi tertinggi. Yang pertama jadi wakil rakyat. Then dia berhenti. Contohnya la kan. Then yang kedua tertinggi tue akan dipilih untuk mengantikan dia. Ini bukan saja menjimatkan wang, masa bahkan tak menyusahkan mana2 pihak.

Bayangkan. 

Pengundi2 Kajang terpaksa bercuti dan sebagainya untuk buang undi. 

Rakyat bukan ada rumah besar macam pimpinan. Bahkan rakyat yang takde rumah pun berlambak2.

Rakyat kena kerja pagi petang siang malam cari makan. Bukan ada driver peribadi pergi sana sini dan sebagainya.

Gaji rakyat tak besar macam gaji pimpinan. Tak pula bermaksud pimpinan boleh buat dan layan rakyat macam haprak. Hanya kerana rakyat tak berduit apa bagai, tak bermaksud hak rakyat tak perlu dihormati.

Lepas tue suka2 buat satu keputusan yang membabitkan rakyat secara tidak langsung.

Di manakah keadilan untuk rakyat? Rakyat tidak entitled untuk menangkan PR di mana2 negeri. Ia bukan kewajipan rakyat.

Kewajipan rakyat ialah memilih calon yang boleh buat kerja supaya calon ini nanti boleh berjuang mempertahankan hak2 rakyat. Supaya calon ini nanti boleh bersuara bagi pihak rakyat. Supaya calon ini nanti boleh membawakan aspirasi dan kehendak rakyat berkaitan penempatan yang mereka wakili.

Ini saja yang rakyat perlu peduli.

Sejak bila konflik dalaman parti menjadi perkara yang rakyat perlu amek tahu pula sedangkan berlambak2 lagi masalah dalam kepala hotak rakyat nak kena fikir. Dengan GST lagi. Nak naikkan harga minyak lagi. Jangan kerana PR menjadi jurucakap melawan kezaliman BN dalam beberapa perkara itu memberikan pass penuh kepada PR untuk memijak dan memperbodoh2kan rakyat pula.

Tindakan memijak dan menindas rakyat oleh mana2 pihak sekalipun ia tetap la bermaksud zalim. Rakyat tetapla di pihak yang teraniaya macam selalu. Rakyat tidak entitle untuk selesaikan konflik dalaman oleh mana2 parti sekalipun. Rakyat sendiri penuh dengan masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah anda tanpa babitkan hak dan kepentingan rakyat sama sekali.

Aku boikot la PRK Dun Kajang. Boikot kat sini tak bermaksud aku takan menulis mengenainya. Atau mengajak dorang mengundi BN. Plan awal memang nak ajak mereka semua agar undi BN. Memberikan satu pengajaran yang jelas kepada PKR dan PR itu sendiri bahawa jangan sama sekali memperbodohkan rakyat.

Tetapi boikot kat sini bermaksud aku mahu mengajak semua pengundi2 Dun Kajang lakukan protes terbuka, tolak apa yang PKR buat sekarang neh, dan jangan keluar mengundi. Biarlah orang2 BN aje keluar mengundi. BN menang lantakla dia disitu. Tambah lagi sorang pembangkang di Selangor pun bagus juga. Maka semakin tak berani la PR untuk bersikap angkuh dengan rakyat. Apa dia ingat dia menang besar di Selangor bermaksud rakyat memuja dan menuhankan mereka ke? 

No way. Allah tetap tuhan. 

Korang semua kategori manusia sama aje macam aku. Yang mengecewakan, DSAI tue pada aku dah boleh di anggap legend dah. Ramai kawan2 aku mengidolakan DSAI. Tetapi apsal dia boleh buat keputusan macam neh? Benarlah kata orang. Usia memainkan peranan penting dalam menentukan ketajaman akal fikiran. Lue fikirlah sendiri.

Oke bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...