Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 29 April 2013

Video Penyokong BN Meroyan Tersebar. [Video Inside]

Meroyan.

BN dan PR bebas buat ceramah sebenarnya.

Kalau ko tak suka ceramah BN takpayah pergi. Kalau ko nak pergi untuk sampaikan mesej ko maka sampaikan dengan sikap yang bertamadun. Buat banner ka, at least pemimpin2 BN boleh baca mesej yang ko ingin nyatakan disitu.

Begitu juga dengan penyokong2 BN. Kalau tak suka ceramah PR tak payah pergi. Kalau nak pergi untuk berdebat ka sampaikan mesej2 korang ka sampaikanlah dengan penuh berakhlak. Buat apa ko asyik sebut

BONTOT..

BONTOT..

BONTOT..

Di majlis orang?

Ini apa? Takde akhlak ke? Ko nak balon, bagi la fakta ke apa ke. Setakat cakap BONTOT2 dah macam gila BONTOT je aku tengok.

MEMALUKAN.

Aku nak bagi idea sikit kat penyokong2 BN neh. Kadangkala aku kesian kan dorang. Macam takde orang2 cerdik yang boleh tarbiah dan pimpin dorang. Tindakan dorang seme memalukan dan menjatuhkan nama baik parti.

Pernah aku terfikir. Gamaknya dorang saja nak buruk2kan parti sendiri. Sebenarnya dorang pun dah fedap dengan umno tapi takmo masuk PR. Better kita kondem parti kita sendiri dari dalam. Itu lebih baik, strategi tumbangkan parti. Siyes. Aku sampai fikir macam neh. Pasal aku heran. Takanlah dorang BODOH sangat nak memalukan nama parti sendiri kan.

Lainkali kalau ko nak sampaikan mesej ko kat orang2 PR, di majlis ceramah PR, lakukan dengan penuh berhemah, cari point2 yang berkaitan rakyat, tulis dalam manifesto dan ajak mana2 pemimpin pr atau sesiapa saja berdebat dalam isu tue.

Aku tahu sangat dah. PR pasti akan berikan ko jawapan yang ko mahukan. Persoalannya korang tak berani buat + tak hingin nak buat sebab memang berhujah dan berdebat bukan budaya korang. Budaya korang ialah

MELUCAH

Semata2. Kan?

KAH KAH KAH

Video di bawah ;




Lelaki Dipukul Di Tanjung Dawai Kerana Pakai Baju Logo BN.

Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam Sabtu.

Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai.

"Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai.

"Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya.

Sofian berkata keadaan itu bagaimanapun dileraikan para penyokong BN yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Apa yang berlaku kepada saya adalah satu tindakan biadap. Konvoi berkenaan dipercayai datang dari luar Tanjung Dawai yang turut membawa bersama ahli keluarga mereka.
"Kejadian itu menyebabkan anak saya yang masih kecil menjadi trauma," katanya.Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Dawai selepas itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan akan menjalankan siasatan kerana melakukan perbuatan khianat.  

BERNAMA
SIASAT.

Aku setuju SIASATAN DIJALANKAN SECEPAT YANG MUNGKIN.

Aku nak juga tahu kebenaran di sebalik kejadian. Takan sebab ko pakai baju BN ko kena belasah tak pasal2 kot? Bukan nak bekap tindakan keganasan ke atas mana2 pihak tapi kemon la, kalau setakat pakai baju BN ka apa ka, takan orang suka2 nak bantai ko?

Punyalah berlambak2 orang pakai baju BN. Tak pernah pun kena belasah. 

Hehe

So aku mohon PDRM siasat secepat mungkin dan keluarkan hasil siasatan. Kepada individu/kumpulan yang dituduh membelasah tue, anda juga dialu2kan untuk memperjelaskan kejadian sebenar kepada kami. Boleh email ataupun sebarkan di facebook, atau blog masing2.

Lebih cantik, kalau korang pun pergi report polis andai kata korang difitnah. Kita tengok siapa cakap benar dan siapa sebaliknya.

Oke. 

Hot : Surat Arahan Memantau Warga AADK Tersebar !!!


Woww..

Tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti anti kerajaan. Anti kerajaan tue apa maksudnya ek? Anti kerajaan malaysia ke apa? 

Aku kurang jelas dengan arahan yang dikeluarkan. Tetapi arahan ini dibuat dengan cermat seolah2 tidak mahu menimbulkan kontroversi di kemudian hari. Instead of menyebut PEMBANGKANG ataupun PAKATAN RAKYAT mereka menyebut sebagai ANTI KERAJAAN.

Anti kerajaan pula boleh membawa pelbagai maksud dan definisi. Walaupun aku menyakini bahawa dorang sebenarnya sedang MEMANTAU mana2 kakitangan AADK yang terlibat dalam politik pembangkang. Sebab tue surat arahan seperti di atas dikeluarkan.

Sesiapa yang kat sini kerja di AADK?

Ber-ahti2 la ek.

Anda sedang diperhatikan. 

KAH KAH KAH

Sumber :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=538216946229603&set=a.208434192541215.65786.100001239066962&type=1&ref=nf

Ahad, 28 April 2013

Edaran Video Mustafa Ali Secara Terbuka.

Mohon kerjasama dari POLIS.

Setahu aku mengedarkan bahan lucah merupakan satu kesalahan di Malaysia. Ia bersalahan dengan undang2 negara. Oleh kerana itu PDRM harus ambil tindakan ke atas pengedar2 video Mustafa Ali yang di edarkan secara terbuka dan terang2an.

Aku bukan apa. Aku pun malas nak tuduh2. Tapi terang2 tulis UMNO kat situ. So fahamla kenapa public relate benda neh dengan UMNO. Takan PR plak yang edarkan hal ini?

Menjejaskan Mustafa Ali bermaksud menjejaskan PAS.

Menjejaskan PAS bermaksud menjejaskan PR. So susah nak cakap neh kerja PR.

Lagipun takan UMNO tak perasan kain rentang yang terang2an mengaitkan UMNO dengan perkara ini? Kalau tak betul turunkan kain rentang tersebut dan report polis kerana ada yang buat kain rentang untuk menfitnah UMNO.

Harap juga PDRM jangan bias. Aku rasa dah lama kot bloggers umno edarkan video dan link lucah. Tapi sampai sekarang takde tindakan. Bukan susah pun nak kenalpasti blogger mana yang edarkan seme benda tu. Kemon la. PDRM yang cakap korang antara top polis yang terbaik di dunia so apa lagi? Buktikan le.

Kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...